Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label The Star. Show all posts
Showing posts with label The Star. Show all posts

Tuesday, May 30, 2017

SINGKIR 'MUSANG BERBULU AYAM' DALAM THE STAR YANG JADI AGEN DAP!




WA Sengat Lu The Star semalam menyiarkan berita bertajuk 'Malaysia Terrorist Leader' di muka hadapannya, manakala sambungan berita seterusnya di halaman tiga akhbar itu.


Di bawah tajuk berita berkenaan, akhbar itu menyiarkan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih. Ia satu cara menggambarkan dan memberi persepsi buruk Islam dengan keganasan. Ia satu penghinaan.

Sikap the star bukan baru. Cara biadap berulang, tajuk yang diputar belitkan dan tidak sensitif terhadap umat Islam sudah biasa dilakukan oleh Akhbar The Star.

Sekalipun Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang The Star sebelum ini rasanya sikap akhbar ini akan terus kekal. Permohonan The Star hanyalah satu gimik "sengaja buat salah kemudian maaf". 'Damage has been done' KDN wajar mengambil tindakan tegas.

Parti komponen MCA pula pemilik saham terbesar akhbar itu perlu merombak akhbar miliknya. Sekalipun kita memperjuangkan kebebasan akhbar tetapi bukan kebebasan seperti ini yang kita mahu. Sudah tiba masa MCA perlu mencampuri urusan penerbitan akhbar The Star bagi mengelak perkara tidak diingini.

Sebagaimana Perkhidmatan Awam dalam berjuta penjawat awam ada kalangan mereka pendokong dan ahli parti pembangkang. Hanya membezakan mereka ialah tindakan sokongan secara terang-terangan atau belakang tabir sahaja. Yang dibuang digantung, amaran dan tatatertib saban hari ada. Jadi bukan menghairankan. Bertindak tegas dan cakap serupa bikin untuk buang!

Sumber dalaman The Star mendedahkan bahawa kumpulan pengurusannya dan editor adalah dari Fanatik Kristian DAP.

Malah bekas wartawan the star Cheah Sin Chong dalam tulisan di Facebooknya berkata Datuk Leanne Goh perlu dipecat dari The Star. https://www.facebook.com/sccheah07/posts/10212390295490079

Jika pengurusan dan editor The Star merupakan pendokong kuat DAP jadi tak hairan cara mereka menyebarkan maklumat merujuk kepentingan gerakan DAP. Mereka adalah 'Musang Berbulu Ayam' dalam The Star, MCA wajar mengambil tindakan tegas memecatnya. Bukan terus menternak mereka dalam kandang The Star. Jika tidak ia akan merosakkan The Star sendiri.

Dalam DAP, Evangelis DAP yang fanatik kristian lebih biadap bukan sahaja menghina Islam, budaya malah sanggup menghina bangsa cina mereka sendiri yang bukan seagama mereka. Boleh dibaca persamaan mereka dalam blog Captain M. Inilah cara sikap DAP dan agen-agen mereka termasuk di media akhbar perdana seperti The Star.

https://captainmgs.blogspot.my/…/sebarkan-hannah-yeoh-manif…

Kita harap Presiden MCA bertindak tegas memecat pengurusan The Star sebelum jadi parah. Jangan biar Musang berbulu ayam bermaharaja lela.


Thursday, April 6, 2017

Apa motif The Star Online manipulasi kenyataan MP Tasek Gelugor?


Susulan laporan bercanggah dilaporkan oleh The Star Online yang memanipulasikan kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahabuddin Yahaya ketika membahaskan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 di Dewan Rakyat, semalam, pelbagai pihak memberi reaksi balas.

Laporan The Star Online bertajuk: “Okey for rapist to marry victim, even some 9 year old can marry”.


Berikut disiarkan pendapat MADI AZMADI yang berada di Parlimen ketika Shahabuddin melontarkan pandangannya berhubung RUU tersebut sekaligus mempersoalkan motif akhbar itu membuat laporan bercanggah daripada apa dinyatakan  Ahli Parlimen tersebut.

Aku kerja di Parlimen. Aku dengar dgn teliti ucapan YB Shahabuddin Yahaya, MP Tasek Gelugor semasa perbahasan usul untuk memasukkan klausa mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur 18 tahun dalam akta kesalahan seksual kanak-kanak.

YB Shahabuddin merupakan mantan hakim mahkamah syariah. Dia jelaskan tadi, melalui enakmen negeri, perkahwinan bawah umur dibenarkan dengan syarat diberi kebenaran mahkamah.

Maknanya, mereka hanya boleh berkahwin selepas hakim mahkamah syariah membuat pertimbangan mengikut keadaan yang dirasakan wajar oleh hakim tersebut.

Dan bila dibaca artikel The Star ini, langsung tidak dinyatakan hujah berkaitan kebenaran dari hakim tersebut. 

Berkenaan umur 9 tahun yang dinyatakan, YB Shahabuddin memberi gambaran bahawasanya seseorang perempuan itu sampai akil balighnya ada yang seawal usia 9 tahun.

Hujahnya sekadar memberi contoh tentang pengalaman sebagai seorang hakim; seseorang yang sudah akil baligh, secara asasnya mereka sudah boleh berkahwin.

Tetapi ianya hanya terpakai selepas hakim meneliti perkara itu dengan sewajarnya dengan mengambil kira perkara-perkara lain.
Berkaitan perogol yg berkahwin dengan orang yang dirogol, jelas dalam awal ucapannya, dinyatakan rogol adalah jenayah.

Si perogol perlu dihukum mengikut peruntukan undang-undang. Tetapi ada banyak kes, perogol berkahwin untuk tutup kes.
Dalam ucapannya juga jelas dikatakan, pihak polis bertindak mengikut laporan polis.

Kalau tiada laporan polis, atau laporan polis ditarik, bermakna tiada kes untuk disiasat sebab orang yang mendakwa dirogol telah menarik balik laporan yang dibuat.

Tanggungjawab itu berbalik semula kepada tanggungjawab wali. Harus diingat juga, apa-apa hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur, walaupun hubungan suka sama suka, akan turut dikira sebagai rogol.

Jadi kepada The Star Online, silalah berintegriti dalam reporting anda. Bila hendak quote seseorang, quote lah sepenuhnya. Jangan menulis sehingga memberi gambaran salah. Itu tidak betul.



Shabudin jawab isu perkahwinan bawah umur bukan sewenang-wenangnya


Ekoran banyak pihak telah tersalah tafsir perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berhubung pindaan yang dibawa Ahli Parlimen DAP Kulai, untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun dibawah Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, jelas beliau di dalam enakmen Islam tidak menghalang perkahwinan itu diadakan.


Namun tegasnya apabila ia membabitkan kes rogol terdapat dua situasi yang boleh diambil tindakan berdasarkan kepada keputusan polis dan mahkamah.

BERIKUT ADALAH PENJELASAN PENUH SHABUDIN BERHUBUNG ISU PERKAHWINAN BAWAH UMUR INI.

Saya amat kecewa dan terkejut dengan cara media massa yang melaporkan perbahasan saya secara tidak tepat seolah-seolah menggambarkan saya ini menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.

Semasa saya membahaskan usul bagi menolak usul cadangan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun, saya telah menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza.

Mengikut enakmen Islam, mana-mana gadis yang hendak berkahwin bagi yang berumur 16 tahun dan kebawah hendaklah mendapat kebenaran wali dan mahkamah.

Manakala bagi laki-laki bawah umur 18 tahun yang juga ingin melangsungkan perkahwinan perlu mendapat kebenaran mahkamah dan ianya tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Ini bermakna, enakmen Islam tidak beri kuasa sepenuhnya kepada wali bagi membenarkan berkahwin di bawah usia 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki.

Seterusnya, dalam perbahasan saya bercakap tentang perkahwinan antara perogol dan mangsa.

Apa yang saya ingin tekankan disini adalah tiada apa-apa peruntukan yang menghalang mereka ini untuk berkahwin.

Laporan media yang menunjukkan bahawa saya menyokong perkahwinan perogol dan mangsa ini diambil dari luar konteks (out of context) di mana penekanan saya sebenarnya adalah tentang peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak menghalang sebarang perkahwinan dalam usia yang disebutkan.

Walau bagaimanapun, kes jenayah rogol yang dilakukan itu masih tetap menjadi satu kesalahan jenayah dan terpulanglah kepada pihak polis dan mahkamah dalam menentukan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh perogol tersebut.

Tetapi dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol yang diklasifikasikan rogol oleh undang-undang sebagai ‘statutory rape’ tetapi atas dasar persetujuan bersama (with consent).

Dalam menyelesaikan masalah tersebut keluarga cuba menutup malu dan tidak membuat laporan polis dan akhirnya membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka.

Walau bagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali tetapi perlu dapat kebenaran mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang malah hukum syarak yang menghalang mereka daripada berkahwin.

Isu ini sepatutnya dilihat dari sudut positif contohnya tentang masa depan mangsa itu sendiri terutamanya bagi kes ‘with consent’ tadi.

Pada masa yang sama, perkahwinan ini bukanlah ‘back door exit’ untuk halalkan kesalahan rogol.

Dari sudut pandangan agama, pelaku seksual boleh mengahwini pasangan (mangsa rogol) sama ada selepas atau sebelum beliau menjalani apa-apa hukuman tanpa sekatan.

Namun, contoh yang dilaporkan oleh sesetengah media terutama The Star Online seperti yang ditularkan semalam dengan mengambil contoh gadis yang berusia sembilan dan dua belas tahun terlalu ekstrim dan sebenarnya dalam masyarakat moden Islam sendiri sangat-sangat jarang berlaku.

Antara asas dalam hakim untuk membuat pertimbangan adalah berdasarkan kepada keadaan di mana seseorang itu telah aqil baligh.

Pokoknya, contoh umur yang saya nyatakan dalam perbahasan adalah soal aqil baligh dan ianya tidak terhad kepada umur sembilan atau dua belas tahun.

Tetapi pihak media dalam laporan mereka menyatakan seolah-olah saya mengatakan perempuan yang berumur sembilan tahun terus boleh berkahwin tanpa mengambil kira soal aqil baligh terutamanya dibahagian tajuk laporan berita tersebut.

Saya membahas dan menolak usul tersebut kerana usul itu berlawanan dengan peruntukkan undang-undang Syariah seperti yang terkandung dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.





Wednesday, April 5, 2017

Media Putarbelit Ucapan Perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Berkaitan Isu Rogol Kanak-Kanan Bawah Umor




Merujuk kepada portal berita The Star Online yang tertulis 'Okay for rapist to marry victim, even some 9-year-old can marry'. Jelas sekali bercanggah dengan ucapan YB Datuk Shabudin Yahaya yang dalam perbahasannya di Dewan Rakyat mengatakan pendirian berdasarkan pengalaman beliau sebagai Hakim Mahkamah Syariah.

Dalam perbahasannya , beliau telah membidas usul YB Kulai (DAP) dan YB Datuk Shabudin Yahaya sekali kali tidak menyokong perbuatan merogol malah bersetuju supaya perogol dikenakan hukuman mengikut undang2 dan peraturan yg diguna pakai.

Namun begitu , dlm perbahasannya, beliau juga menegaskan bahawa dlm hal perkahwinan dgn mangsa rogol, jika ada keizinan wali dan kebenaran dari mahkamah syariah, maka gadis yg dirogol ( kerana umurnya di bawah 16 tahun mengikut peruntukan undang2 yg mentakrifkan perbuatan persetubuhan dgn gadis bawah 16 th adalah rogol walau dgn kerelaan gadis tersebut) boleh dikahwinkan dgn org yg mensetubuhinya / merogolnya kerana maslahat yang dipertimbangkan utk kedua2 pihak.

Tidak timbul isu siapa yg akan berkahwin dgnnya itu adalah orang yg ditakuti kerana mahkamah yang menyiasat dan mempertimbangkannya sebelum kebenaran di keluarkan.

Malah besar kemungkinan perogol itu ialah teman lelaki yang saling menyayangi gadis tersebut dan terlanjur melakukan persetubuhan dgn gadis tersebut tanpa menghiraukan umur gadis itu yg belum mencapai 16 tahun..

Perlu difahami bahawa perkahwinan yg berlaku adalah sah dan di bolehkan oleh Agama Islam.

Had umur perkahwinan seorang gadis ialah dari aqil baligh (seawal 9 tahun) .. namun jika belum mencapai 16 tahun, maka kebenaranon mahkamah perlu diperolehi.
Masalah perlakuan persetubuhan itu yg dianggap rogol / zina boleh diteruskan proses kehakimannya utk tindakan jika diadu oleh mana-mana pihak.

Kenyataan sebenar YB Tasek Gelugor di Parlimen amat jauh bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh laman-laman berita. Sekaligus menunjukkan media telah memutarbelitkan kenyataan YB Tasek Gelugor kerana penentangan ke atas RUU355.


Isu yang penting dlm perbahasan YB Tasek Gelugor yg perlu difahami rakyat ialah untuk menolak usul YB Kulai yg mahu mengharamkan perkahwinan dibawah umur 16 tahun yg mana ianya bertentangan dgn amalan syariat Islam.

Oleh yang demikian , kenyataan dalam laman sosial twitter YB Dr Afif Bahardin (Ketua AMK Parti KeAdilan) yang mengatakan "kalau anak dia sendiri, would he allow? Notion of allowing a rapist to marry his victim just to show how sick is the mind of this UMNO goons' adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak akademik malah kenyataan dari ADUN Seberang Jaya itu ( PKR ) amat keanak-anakan dan bersifat menghentam peribadi YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Sebagai seorang ahli politik yg melaungkan keadilan, beliau seharusnya berfikir dan bersikap profesional selaku seorang yang bijak dan bukan sekadar mencari populariti politik murahan.

Apa yang saya dapat lihat Adun Seberang Jaya ini sentiasa menunggu peluang untuk mencari kesalahan orang untuk dipolitikkan.Kalau inilah caranya adun PKR Sbrg Jaya ini selepas ini berenti sahaja jadi Adun dan jadilah cybertroopers.

(Spread via Whatsapp. Author unknown)

Perkahwinan Bukan Sewenang-wenangnya -YB. Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor – BN)

Menjawab persoalan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Kulai agar perkahwinan untuk perempuan di bawah umur 16 tahun diharamkan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor YB. Datuk Shabudin Yahaya (BN) membidas dengan menyatakan bahawa di dalam kes-kes tertentu untuk perkahwinan bagi perempuan di bawah 16 tahun perlu dirujuk kepada Hakim Mahkamah Syariah.

Menolak usul yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kulai, Shabudin menjelaskan mengikut Enakmen Keluarga Islam pindaan tahun 2004 khususnya bagi negeri-negeri seperti Pulau Pinang dalam Seksyen (8) telah menetapkan had umur perkahwinan lelaki adalah 18 tahun dan perempuan 16 tahun.

"Ia telah dipersetujui secara undang-undang dan syariah".

"Bagi kes-kes tertentu buat perempuan di bawah umur 16 tahun apabila perlu dikahwinkan ia perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah."

Di dalam penjelasan beliau, Shabudin turut menyebut bahawa bagi kes-kes sebegini ia tidak akan dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya mesti merujuk keputusan Hakim Mahkamah Syariah kerana mereka mempunyai pertimbangan-pertimbangan khusus yang dilandaskan kehendak syariat dan tuntutan agama.
"Mahkamah Syariah tidak boleh sewenang-wenangnya dan memutuskan perkahwinan bagi perempuan di bawah umur 16 tahun".
Menyentuh isu rogol dan zina yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Subang, Shabudin menjelaskan "bagi kes-kes berkenaan (kes rogol), yang tetap jenayah tetap jenayah."

Dalam perbahasannya, beliau menegaskan dalam hal perkahwinan yang melibatkan mangsa rogol keizinan wali dan kebenaran dari Mahkamah Syariah akan menentukan samada perkahwinan itu dibolehkan kerana maslahat yang dipertimbangkan kedua-dua pihak.

Dari sudut pandangan Islam, jika perkahwinan diantara perogol dan mangsa rogol dibenarkan. Maka, perkahwinan tersebut dibolehkan dan adalah sah.

Namun, penyelewengan kenyataan yang dikarang oleh akhbar The Star, media arus perdana dan media pro-pembangkang bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah tidak menceritakan hujah utama yang diutarakan oleh beliau berkenaan isu perkahwinan bawah umur dan rogol.

Sebaliknya mereka lebih memberi fokus kepada isu di luar premis perbincangan di dalam tempoh waktu tersebut oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor ketika menolak cadangan pindaan usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai (DAP) 


[ Baca Berita Asal ]

Thursday, February 4, 2016

Kolumnis T-Star mohon semakan mahkamah terhadap Peguam Negara berhubung siasatan atas Najib

Dalam kenyataan akhbarnya, Zaid Ibrahim berkata beliau hari ini memohon Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula keputusan Peguam Negara yang menutup kes membabitkan penyiasatan ke atas Najib Razak.


Zaid, iaitu seorang kolumnis suratkhabar J-Star, telah menuntut semakan kehakiman (judicial review) berlandaskan alasan AG tidak melaksanakan budi bicaranya dengan berpatutan.

Mantan menteri kabinet tersebut yakin bahawa wujud “keterangan dan bukti yang kuat tentang kemungkinan adanya salahlaku” dari pihak Perdana Menteri.

Zaid mengkehendaki relief daripada mahkamah dalam bentuk perintah certiorari bagi mengenepikan keputusan AG untuk tidak mendakwa PM beserta perintah mandamus untuk mengarahkan AG memulakan prosiding jenayah terhadap PM.


BAWAH: Sarang EvangeliSTAR memang menjulang Melayu-Melayu liberal
Zaid Ibrahim Star


Zaid Ibrahim Star

Evangelista ghairah membela Melayu sesat


Presiden Persekutuan Belia Islam Asia, Ustaz Iman Budiman berkata kegiatan Kristianisasi di negaranya Indonesia mensasarkan golongan daif menerusi umpan wang yang dibiayai evangelis Barat, sama seperti keadaannya di Malaysia.

Iman-Budiman2

Ustaz Budiman Ustaz (gambar atas) bersetuju dengan pendapat dan kenyataan Tuan Guru Hadi Awang baru-baru ini berkenaan bahaya dakwah Kristianisasi menerusi tipu helah.

Hadi adalah juga naib ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang diterajui Dr Yusuf Qaradawi.
Sidang media Ustaz Iman yang diadakan semalam di Kuala Nerus, Terengganu adalah sempena lawatannya ke Malaysia, mengikut satu laporan 1 Feb Buletin Online.

Melati Rahim
Melati Rahim
Ahli DAP Jamila Rahim aka Melati


Jenis Melayu yang dibela oleh DAP

Pencacai-pencacai Melayu yang diupah oleh parti evangelis itu kian bertambah. Siapa dia Melayu yang suka dipungut oleh DAP?

Sepertimana pendakwah Kristian, DAP turut memungut Melayu-Melayu yang sesat, termasuk yang rela menjadi ‘mole’ atau operatif perisik mereka dalam Umno untuk menyalurkan maklumat sumber (sources info).

Dan ada juga blogger Melayu yang begitu dahagakan dedak DAP – setelah dia ditolak ‘perkhidmatan’nya oleh bos-bos Umno – sehinggakan apa sahaja pun kini sanggup dijilat.
Dah lah seorang lelaki Melayu itu menyamar sebagai perempuan. Gara-gara blognya sekarang ini dijadikan wadah cytro DAP dan Cina ultra, pula dia menonjolkan diri lebih Cina dari Cina.

Yang benar itu tetap hak, dan yang songsang itu tetap batil. Tuhan maha mengetahui.

Baca Artikel Asal di SINI


Saturday, October 3, 2015

5 4 Bo Su-Lyn Dan Editor The Malay Mail Harus Didakwa Di Bawah Akta Hasutan @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi



Sungguh kurang ajar wartawan perempuan berbangsa Cina ini bersama editor akhbar The Mail Mail bertindak mengeluarkan satu artikel bersifat mengahsut supaya Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan. Perkara 11(4) menghadkan penyebaran agama lain di kalangan umat Islam. Ia menyatakan: "... undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan Agama di kalangan orang yang menganuti Agama Islam."

Lebih kurang ajar apabila beliau mengemukakan pendapat peribadi yang berbunyi, "Get rid of Islamic laws and Islamic government departments. Let Muslims live their lives according to how they personally see fit. (Hapuskan undang-undang Islam dan Jabatan Agama Islam. Biarkan umat Islam menjalani kehidupan mereka mengikut cara mereka sendiri suka."). Nampak gayanya cina-cina DAP semakin lantang bermain isu perkauman dan keagamaan. 

Bila seseorang Melayu Islam mempertahankan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan, mereka dianggap rasis. Kenapakah wartawan wanita Cina dibiarkan bebas menghasut? Bukankah ini boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan hak orang-orang Islam yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan? Seterusnya 

Sunday, September 20, 2015

Kos Pembersihan RM38k & RM50k : Apa Motif The Star Terhadap Himpunan Aman Merah?



Penulis tertanya-tanya akan sikap akhbar The J Star yang penulis lihat berat sebelah kepada penganjuran Himpunan Merah.

Beberapa hari menjelang 16 September, The Star telah mengeluarkan laporan bahawa Himpunan Merah akan menyebabkan premis perniagaan terpaksa ditutup dan atas hujah inilah maka himpunan tersebut diklasifikasikan sebagai “tidak bagus” untuk ekonomi negara.

Penulis tidak mempunyai masalah dengan laporan akhbar tersebut, kerana jika dibaca, ianya berdasarkan pendapat-pendapat dari peniaga-peniaga (dakwa The Star, ia atau tidak, The Star sahaja yang tahu) di sekitar kawasan yang bakal dilanda lautan merah.

Namun, mengapa sewaktu BERSIH berlangsung, The Star tidak mengeluarkan laporan-laporan sedemikian? Mengapa The Star perlu bersikap selektif dalam mengetengahkan hujah? Mengapa perlu menjurus kepada Himpunan Merah sahaja? Motif?

Ia seolah menjadi juara isu untuk Himpunan Merah, The Star sekali lagi cuba menjadi “numero uno” apabila pantas mempertikaikan jumlah kos pembersihan yang bakal dikenakan ke atas penganjur Himpunan Merah.

“Red shirt rally bill: DBKL says RM50,000, minister says RM38,000” – begitulah tajuk yang dikeluarkan oleh The Star melalui laman twitternya.

Untuk makluman The Star, operasi pembersihan ibukota adalah tanggungjawab DBKL dan Alam Flora. Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, kos RM38 ribu adalah jumlah kos yang melibatkan Alam Flora manakala kos yang terpaksa ditanggung oleh DBKL ialah RM12 ribu.

Oleh yang demikian, tidak salah untuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz menganggarkan bil pembersihan adalah RM50,000.

Penulis pasti, sebagai salah satu akhbar bahasa Inggeris yang berpengaruh, rasanya tidak menjadi masalah untuk The Star merujuk pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan laporan berkenaan. Lebih mudah, The Star boleh sahaja merujuk kepada gadis seperti yang tertera pada “screen shot” di atas.

Tetapi, The Star dilihat lebih suka mengundang salah faham rakyat yang akhirnya merugikan kerajaan Malaysia. Penulis agak sukar mempercayai, apabila dimaklumkan saham pemilikan The Star sangat berhubung kait dengan salah sebuah parti komponen dari Barisan Nasional; parti pemerintah di Malaysia ia itu MCA. Adakah pihak wartawan yang condong ke arah pembangkang atau seluruh pengurusannya juga begitu. Sila baca seterusnya

Saturday, August 22, 2015

Wartawan The Star Penyebar Dakyah BERSIH? Orang Sebegini Merosakkan Nama MCA




Apabila seorang wartawan akhbar milik syarikat parti komponen BN menyebarkan dakyah pembangkang di laman sosial Facebook, adalah sesuatu yang tidak kena. Kita boleh berbeza pendapat tentang politik, tetapi perbezaan pendapat tersebut harus mengambil kira tempat majikan kita mencari makan.


Lebih sesuai wartawan yang menyebarkan fahaman dan dakyah BERSIH ini adalah wartawan Roketkini atau Suara Keadilan. Amat tidak berprinsip sekiranya wartawan berkenaan datang dari akhbar The Star, milik MCA. Ini bukannya soal kebebasan bersuara. BERSIH adalah pertubuhan haram tidak berdaftar dan perhimpunan yang akan diadakan oleh BERSIH pada hujung bulan ini adalah perhimpunan haram yang tidak mengikut undang-undang.


Sama ada akaun Facebook diklasifikasi sebagai akaun peribadi atau tidak, wartawan berkenaan membawa nama The Star sebagai majikannya. Bayangkan wartawan berfikiran pembangkang ini bertugas di dalam akhbar ini selama ini. 


Lihat posting-posting provokasi beliau di bawah. Salah satunya memujuk orang ramai menerima BERSIH. Awal-awal lagi beliau telah memberi idea bagaimana akan ada orang yang akan sabotaj. Ini dilakukan dengan tujuan sekiranya peserta BERSIH merusuh, senang mereka hendak menunding jari. Seterusnya


Sunday, September 22, 2013

Saka

Satu lagi kenyataan akhbar dikeluarkan MCA hari ini:

in retaliation to mine [Heng Seai Kie] and other MCA leaders, [Deputy Home Minister] Wan Junaidi was also reported to have said that “MCA is free to voice its opinions, but the government makes the decision in the end.”

By this, is Wan Junaidi trying to say MCA is not a part of BN which is the current ruling government?” — statement by MCA publicity bureau chairman cum MCA deputy national organising secretary

Komunis membunuh banyak mata-mata dan polis Melayu pada zaman Jepun. Mereka kemudian membunuh tentera kita pada zaman Darurat (1948-1960).

Komunis membunuh penghulu, ketua kampung dan pegawai daerah.


Komunis membunuh orang awam yang disyaki mereka telah bekerjasama dengan Jepun. Mangsa-mangsa itu digelar “running dog” oleh komunis. Rumah yang tertuduh sebagai tali barut Jepun akan dibakar sampai hangus.

MCA bukan sahaja parti ditenggelami masalah malah para pemimpinnya juga bermasalah, umpama naib presiden si Gan Ping Sieu yang mahu abu Chin Peng dibenar bawa masuk ke Malaysia serta berkata dalam kenyataan akhbarnya:

Gan Ping Sieu buta kepada sejarah interregnum di mana meskipun gerila komunis di Batu Pahat bersenjatakan senapang dan peluru, dan Tentera Sabil Selendang Merah hanya bersenjatakan parang panjang dan lembing, namun orang Cina kesemuanya gugur apabila berdepan dengan amok Melayu.

Sepanjang sejarah Tanah Melayu, orang Melayu sebenarnya tidak pernah bertemu dengan mana-mana kelompok manusia yang menaikkan amarah mereka sampai ke tahap amok kecuali kelompok Bintang Tiga.

Cuba tanya kenapa orang Melayu tidak pun mengamok dengan penjajah Portugis, tidak mengamok dengan penjajah Belanda, tidak mengamok dengan penjajah Inggeris, tidak mengamok dengan penjajah Jepun tetapi orang Melayu mengamok sakan dengan komunis yang cuba menjajah Malaya.

Chin Peng menerima pingat daripada British (Lord Mountbatten dalam gambar ialah bapa saudara Putera Mahkota Charles
Chin Peng menerima pingat kehormatan daripada British (Admiral Lord Mountbatten – gambar – ialah bapa saudara Putera Mahkota Charles)

Kekejaman komunis


Komunis mengurung mangsa mereka dalam sangkar babi.

Ada yang diikat kaki dan tangan mereka di tiang buluh lalu diusung melalui jalan-jalan untuk ditunjukkan kepada orangramai yang seterusnya akan memaki-hamun si mangsa.
Komunis membunuh dengan menjalankan hukuman terbuka di mana mangsa dipukul sehingga mati dengan kayu dan batang besi ataupun ditikam dengan bayonet dan lain-lain senjata tajam.

Mangsa dikerat anggota tubuh mereka tatkala masih hidup serta dikorek biji mata mereka. Alat sulit mangsa dipotong dan perut mereka dirobek sehingga terkeluar usus.
Ada juga mangsa komunis yang digantung dan ada yang dipenggal kepala.
Oleh kerana siksaan kejam yang dilakukan oleh mereka maka komunis digelar “pengganas”.

Chin Peng ialah kepala pengganas komunis. Dia mengetuai regimen komunis yang paling kuat yang bergiat di Perak.


Lokasi regimen-regimen komunis
                                                                                                                                                                                                                                                               

MCA mula belajar biadab DAP

Kenapa Melayu boleh mengamok dengan komunis Cina?

Kalau bukan kerana Datuk Onn Jaafar – ya, negarawan PENGASAS UMNO – yang menghalang, orang Cina Batu Pahat pasti habis disembelih oleh tentera sabilillah yang diketuai kiyai Salleh Selempang Merah.

Tapi pemimpin yang memegang jawatan besar MCA macam Gan Ping Sieu tidak faham-faham lagi. Pemimpin MCA macam Gan pula terikut telunjuk saka komunis dalam bentuk baru Evangelista Bintang Lima.

Pada hemat saya, para pembaca budiman blog ini pun tahu berfikir kenapa orang Melayu boleh jadi begitu marah dengan komunis dan sekarang ini dengan waris Dapster mereka.

MCA anggota komponen paling senior BN sahaja yang sama ada betul-betul tak reti atau bodoh siot.

Apapun, intipatinya MCA bukan sahaja bermasalah tetapi parti tersebut merupakan masalah pokok kepada BN.


Artikel Penuh Sila Baca juga  :   Helen Ang            

                                             

Saturday, September 14, 2013

Utusan lawan The J-Star

Petang semalam Perdana Menteri telah merasmikan ibu pejabat baru Utusan yang setinggi tujuh tingkat serta serba canggih.

Seni binanya menarik selain menggamit mata memandang — begitulah bentuk bunyi pujian Najib Razak terhadap mercu tanda Utusan itu (gambar bawah).


DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Utusan berpindah bangunan pada bulan Jun ini setelah bertapak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin selama 55 tahun.

Utusan Melayu telah ditubuhkan di Singapura pada bulan Jun 1938 di Queen Street, Singapura dan kemudiannya dalam November 1945 ia berpindah ke Cecil Street, Singapura.
Pengasas Utusan Melayu ialah Yusof Ishak, Wajahnya adalah wajah yang tertera di atas wang kertas Singapura. Beliau yang merupakan presiden pertama republik Singapura sebelum itu menyandang jawatan ketua pengarang Utusan dari 1939 ke 1959.

singapore_dollar

Suratkhabar Melayu yang dicerca macai-macai pakatan haram sebagai Utusan meloya berusia 75 tahun itu telah melahirkan ramai tokoh wartawan, sasterawan dan negarawan yang ulung ibarat the Who’s Who dalam alam Melayu.

Di antara mereka ialah:

UtusanIshak Muhammad yang lebih dikenali sabagai Pak Sako, Abdul Rahim Kajai (pengarang: 1939-1942), Aziz Ishak, Ghafar Baba (pengerusi: 1967-68), A. Samad Ismail (anak perempuannya Nuraina ialah seorang wartawan dan blogger popular), Ahmad Boestamam, Said Zahari, Usman Awang, dan ramai lagi.
Tahniah diucapkan kepada mantan ketua pengarang Utusan Zainuddin Maidin (1982-1992) yang bukunya Di Depan Api Di Belakang Duri dilancarkan oleh Perdana Menteri juga hari ini.

Tunku Abdul Rahman kelihatan dalam gambar bawah bersama-sama menyempurakan majlis perasmian bangunan Utusan di Kuala Lumpur dalam Februari 1958.

Pada 9 Februari 1965, Tunku merasmikan bangunan tambahan Utusan manakala pada 22 Jun 1972, Tun Razak merasmikan satu lagi bangunan tambahan Utusan.

Bagi Perdana Menteri kita yang pertama, “Utusan Melayu tidak akan dapat dipisahkan daripada perjuangan bangsa Melayu” sementara Perdana Menteri kita yang kedua menganggap suratkhabar itu sebagai “pengukir sejarah”.


TunkuUtusan


Dalam Mei 1977, Tun Hussein Onn merasmikan loji percetakan Utusan. Pada pandangan Perdana Menteri kita yang ketiga:
Pada masa lalu, Utusan berjaya menyatupadukan orang-orang Melayu serta meningkatkan semangat kebangsaan sehingga tercapainya kemerdekaan, sudah tentu pada masa ini boleh memainkan peranan bagi menyampaikan perutusan tertentu sehingga tercapinya matlamat Dasar Ekonomi Baru.”
Kilang cetak Utusan di Bandar Baru Bangi, Selangor pula dilancarkan oleh Dr Mahathir Mohamad dalam Julai 1998. Najib melancarkan akhbar digital (e-paper)Utusan dalam November 2012.


Lawatan Dr M
Lawatan Dr M bersempena ulangtahun ke-50 Utusan (1989)


Garis masa di atas menunjukkan keakraban tali hubungan suratkhabar Melayu tersebut dengan pucuk pimpinan negara.

Pertalian ini sudah wujud sejak zaman Datuk Onn Jaafar lagi (gambar bawah).Beberapa orang wartawan Utusan turut terlibat dalam gerakan menuntut kemerdekaan.

Di dalam rencananya di Agenda Daily minggu lepas, Zainuddin kata Utusan ialah sebuah akhbar perjuangan. Benda ini bukannya sesuatu yang mampu dihayati biarpun difahami oleh Dapster.

Bekas Menteri Penerangan itu pernah bercakap tentang bagaimana “penyuburan patriotisme adalah lebih besar dari nilai wang”. (Meskipun si Dapster selalu menguar-uarkan diri mereka sebagai Malaysian First, namun mereka bukan sebenarnya boleh mengerti akan pendekatan ini.)


UtusanOnnJaafar
Salah seorang menteri pertama Kabinet Aziz Ishak ialah wartawan Utusan;
digambarkan bersama Datuk Onn

Sambung Tan Sri Zam,Fahaman metrialisme The Star dalam hal ini tidak seharusnya
dijadikan ukuran dengan matlamat Tanda PuteraThe Star tidak akan membuat cerita tentang kurang sambutan terhadap filem ini atau cuba memperkecilkan filem ini jika ia tidak menjiwai semangat dan fahaman DAP”.

Memang betul kata Zam bahawa The Materialistic Star menjiwai semangat dan fahaman DAP.

Hakikatnya The Sneaky Star is to the DAP what Utusan is to Umno.

DividendStar

Maka Utusan hari-hari dicerca oleh para Dapster — lihat sahaja komen-komen pembaca @ http://www.malaysiakini.com/news/241066

Pengerusi eksekutif Utusan Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin memberitahu hadirin majlis bahawa ada juga “pihak-pihak tertentu yang ingin melihat UtusanMelayu terkubur” serta suka “melontar persepsi serta label negatif ke atas Utusan“.

Star Editor's Choice (TheStarEC) on Twitter 2012-12-30 21-08-17


SIKAP PREJUDICE KETUA PENGARANG AKHBAR THE STAR TERHADAP UTUSAN MALAYSIA. 2013-09-13 23-13-09


Pada masa ini, perbelanjaan iklan oleh sebahagian besar syarikat-syarikat bersangkutan kerajaan (GLCs), syarikat-syarikat korporat Melayu dan malah oleh badan-badan kerajaan sendiri adalah dibayar kepada The J-Star.

Ini membawa makna orang Melayu yang kaya dan berjaya lebih cenderong untuk memberi sokongan dan keuntungan kepada suratkhabar pro-DAP itu.

Pesanan Najib kepada GLC untuk mengiklan di Utusan sebagai pilihan utama telah dipesongkan oleh media pembangkang (lihat bawah) bagi membayangkan bahawa langkah memilih Umno “mouthpiece” tersebut umpama menghulurkan tongkat kepada sebuah syarikat Melayu yang mundur.


http://www.malaysiakini.com/news/241066


Sebagai akhbar Melayu apakah salah Utusan mempertahankan hak kepentingan bangsa Melayu, agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja?

Jika soalan Hashim di atas ditujukan kepada penyokong pembangkang berjuta-juta orang yang merupakan pelanggan The J-Star, jawapannya pasti ‘Ya’.

Ya, mempertahankan hak kepentingan bangsa Melayu ialah gejala rasisme, kata mereka.
Ya, mempertahankan hak kepentingan agama Islam adalah reaksi puak pelampau (religious bigotry) – lihat screenshot bawah – dan bagi mereka [si Dapsters], hanya orang Melayu kampung dungu sahaja yang akan dipengaruhi oleh tulisan-tulisanUtusan.


http://www.thenutgraph.com/for-allahs-sake/


Evangelista bodoh sombong kerana mereka buta sejarah.

Mereka sudah lupa daratan.

Patutlah kandungan The Jerusubang Sombong Star digarap mengikut selera evangelista.

Kedua-dua mereka sebulu. 



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.