Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Gereja. Show all posts
Showing posts with label Gereja. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

Bersih 4.0: Polis jangan ragu-ragu nak tangkap pastor | Blogger Helen Ang Ada Butirannya


PAS memutus untuk tidak mengerah ahli serta penyokongnya ke Bersih 4.0, kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan setiausaha agung parti Takiyuddin Hassan hari ini.

Dengan ini bermakna majoriti yang bakal menyertai perhimpunan haram tersebut akan terdiri orang Cina dan Kristian.


BAWAH: Politikus yang menunggang agama

hannah Hubby & I both preaching


Gereja ibarat saraf dan nadi Bersih

Seorang pembaca blog ini Calvin Sankaran berpendapat bahawa gereja merupakan sebahagian daripada Bersih sejak dari awal kemunculan gerakan kuning tersebut.

Mengikut pemerhatian beliau, ada di kalangan pemimpin Kristian evangelis pembangkang yang sering berkhutbah di gereja. Ada juga yang menggunakan kesempatan itu untuk menggalak qariah mereka supaya memberi sokongan bagi aktiviti politik beserta juga turun padang ketika siri Bersih.

BAWAH: Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dengan Hannah Yeoh

Hannah Maria crop

Hannah Yeoh preaching in church this morning


Komen Calvin Sankaran @ 2015/08/25 at 11:03 am,


Uskup Ng Moon Hin
Uskup Ng Moon Hin


“The churches always been a part of Bersih from day 1. Many of the Pakatoon and Bersih leaders are staunch Christian evangelists as Helen has exposed here many times. In fact just like the Chinese schools acted as recruitment centres for PKM, now the churches have become the nerve centres for Pakatan and Bersih.
“Some churches’ sermons include Pakatan leaders frequently especially during the elections or during Bersih demos. In fact many churches are openly asking their flocks to attend the Bersih demo.

“Perhaps our new ministers Syed Keruak and Rahman Dahlan should demand those churches who are political to register themselves as political parties.”

BAWAH: Hannah Yeoh menerima cek bagi pihak Kingdom Christian Fellowship, iaitu sebuah syarikat “Berhad”

HannahKingdomCheque


Anggap sahaja ‘gereja RM2’ sebagai entiti politik


Politikus evangelis DAP ini menyebar ajaran mereka di merata tempat, terutamanya di gereja evangelis.

Ada juga di kalangan paderi yang terang-terang menggalakkan anak buah mereka menyertai Bersih.

Betul juga pandangan Calvin bahawa tindak-tanduk sesetengah gereja lebih mirip kepada parti politik.


Hannah preaching at the Methodist church!

Hannah preaching Cheras

Hannah hubby preaching Seri Kembangan


Pastor evangelis sebenarnya aktivis politik

Gereja-gereja yang didaftarkan sebagai syarikat RM2 tidak harus diiktiraf sebagai badan agama. Gereja XYZ yang bergelar Sdn Bhd bukan pertubuhan agama di sisi undang-undang; sebaliknya ia sebuah perdagangan komersial.

Justeru itu, paderi dan pastor mereka harus juga dilihat sebagai penggiat politik.


pastorsBersh3.0


Bersih akan dibanjiri Kristian yang cenderung histeria

Bangunan mereka yang tidak memperolehi permit sah untuk menjalankan operasi sebagai rumah ibadah pula boleh dianggap gedung perniagaan.

Sekiranya orang gereja berminat untuk berkecimpung dalam aktivisme Bersih – gambar atas – maka mereka wajar dilayan polis sebagai pendemo pembangkang.
Lagipun ada juga di antara mereka yang merupakan ‘pastor-pastor’ tak bertauliah – umpamanya Hannah Yeoh. 


Friday, January 3, 2014

PAS Semakin Celaru dan Menyesatkan… BIBLE BUKAN INJIL!

mujahid-yusof-rawa-with-bishop-sebastian

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid Yusof yang menentang rampasan Bible di premis The Bible Society of Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya, memperlihatkan secara jelas kepada kita tentang kerosakan akidah yang dijelmakan menerusi kopiah, janggut, topeng Islam, serta raut wajah dan batang tubuh orang yang mengaku beragama Islam.

Ini sekaligus membenarkan kenyataan Rasulullah s.a.w lebih seribu tahun lampau.

(Maksud hadis)
“Telah diceritakan kepada kami oleh Ismail bin Abu Uwais berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya, dari Abdullah bin Amru bin Al-Asy meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus mencabutnya daripada hamba-Nya tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama sehingga bila sudah tidak bersisa ulama, maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya, mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.” Berkata Al-Firabri, telah menceritakan kepada kami Abbas berkata, telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Hisyam seperti ini juga. “ (Sahih Bukhari)

Antara lima Rukun Iman ialah mempercayai kitab-kitab Allah. Kitab-kitab Allah Taala itu yang diutuskan kepada para Rasul itu terdiri daripada Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Bagaimanapun, sejarah telah membuktikan Zabur, Taurat dan Injil telah ‘diangkat’ oleh Allah Taala untuk digantikan dengan al Quran menerusi pelbagai peristiwa termasuklah serangan oleh tentera-tentera Babylon ke atas Baitul Muqaddis pada tahun 568 Masehi di bawah kepimpinan Nebukhadniza.

Injil sebenarnya tidak pernah ditulis. Ramai terutama sekali kaum pendakyah cuba menjadikan kitab Gospel sebagai Injil bagi tujuan pengeliruan. Walaupun Gospel dan Injil berkongsi maksud iaitu ‘Berita Baik’, tetapi konsep Gospel dan Injil sama sekali berbeza. Gospel atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Bible, menekakan tentang konsep penyelamatan (salvation), aitu kepercayaan bahawa Jesus Christ, selepas disalib menjadi pengampun kepada dosa warisan dan penyelamat bagi mereka yang mempercayainya.

Sedangkan Injil pula tidak mengandungi semua perkara tersebut, sebaliknya membawa ajaran tauhid.

Boleh jadi, pemimpin PAS seperti Muhajid Yusof tidak tahu bahawa Injil tidak pernah dicatatkan dalam bentuk tulisan sebaliknya hanya dalam bentuk SAYING GOSPEL. Saying Gospel pula telah hilang dari pegangan umat Nasrani menjelang akhir kurun pertama selepas peninggalan Nabi Isa a.s dan digantikan pula oleh Narrative Gospel iaitu Gospel yang ditulis oleh pihak-pihak tertentu yang membawa ajaran akidah triniti dengan menyandarkan kepada riwayat hidup Nabi Isa a.s sedangkan ajaran dari Narrative Gospel ini tidak langsung berkaitan dengan Nabi Isa a.s.

Semua Gospel yang terdapat dalam Perjanjian Baru seperti yang ditulis atas nama Matthew, Lucas, Mark dan John adalah dikategorikan sebagai Narrative Gospel dan ia berbeza daripada Sayings Gospel yang ditulis oleh pengikut-pengikut Nabi Isa a.s sepeninggalannya pada awal kurun pertama selepas Masihi. Sayings Gospel hanya mengandungi kata-kata hikmah daripada ajaran Nabi Isa a.s , manakala Narrative Gospel pula tertmpu kepada riwayat hidup dan pendewaan peribadi Nabi Isa a.s sebagai Christ.

Kenyataan Burton L.Mack (1993) menerusi bukunya The Lost Gospel (The Book of Q and Christian Origin) yang diterbitkan oleh Queensland: Element Shaftersburg, Dorset Rockport, Massachsetts, Brisbane, menjelaskan perkara berkenaan.


Cubaan menyamakan Bible atau Gospel dengan Injil secara jelas merupakan cubaan untuk mengiktiraf Konsep Triniti yang menyengutukan Allah Taala dengan sebarang cara. Barangkali Mujahid Yusof amat sedar dengan perkara ini dan perbuatannya dilakukan dalam usaha untuk membolehkan pemurtadan dilakukan secara lebih halus dan ‘sopan’. 

Sunday, November 10, 2013

Minoriti di Tanah Sendiri

Nasib Melayu Islam di Malaysia semakin tidak menentu. Hasil kajian yang dijalankan oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) dengan Merdeka Centre For Opinion Research menunjukkan bahawa jumlah rumah ibadah tidak seimbang dengan bilangan populasi penduduk.
Situasi yang berlaku ini mencabar umat Islam. Ianya tidak adil dan bertentangan dengan pernyataan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan seperti yang termaktub perlembagaan perkara 3(1) Islam; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Adil yang dimaksudkan bukanlah konsep sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini termasuklah jumlah rumah ibadat perlulah berkadaran dengan keperluan penganut sahaja dan tidak berlebihan.

Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia adalah sebanyak 26.64 juta orang. 24.8 juta orang ini, merupakan warganegara Malaysia. Manakala baki 1.84 juta orang lagi merupakan bukan warganegara Malaysia. Daripada 24.8 juta warganegara Malaysia, lebih separuh iaitu 13.48 juta orang (54%) adalah Melayu. (Bancian penduduk dan demografi ini dilakukan sebanyak 10 tahun sekali).

Di Selangor, penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. Orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar, manakala, Kristian berjumlah 50,000 dengan 27 buah gereja. Jumlah gereja ini tidak termasuk gereja-gereja yang berada di rumah kedai. Statistik ini tidak termasuk kuil-kuil dan rumah ibadat yang berselerak di sana sini yang tidak didaftarkan.

Logiknya, bilangan masjid dan surau mesti mengatasi semua rumah ibadat yang lain, jika mengambil kira majoriti penduduk Islam melebihi 54 peratus dan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. Tetapi keadaan sebenarnya tidak berlaku. Ini baru perbandingan satu negeri, bayangkan negeri-negeri lain. Begitu besar bezanya.

Dalam kajian yang dijalankan pihak YADIM pula, pada bulan September 2009, di Kuala Lumpur sahaja terdapat 64 buah gereja, 192 buah kuil Hindu, malah bilangan tokong Buddha mencecah 819 buah, dan hanya ada 59 masjid dan 218 surau/madrasah. (Sumber Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia 2009)

Rumah Ibadah3

Terkini, gereja terbesar dan tercanggih Asia Tenggara bakal bertapak di Malaysia. Gereja ini yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre sedang dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club. Sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta. Gereja 6 tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih di dunia. Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa .

 
Calvary-CCC2

Apa tujuan gereja yang begitu besar dibina di negara ini?

Sedangkan rakyat Kristian lebih ramai di Filipina dan Indonesia.

Sebuah kuil Hindu yang disifatkan unik juga bakal didirikan di Putrajaya, sebaris dengan dua buah masjid yang telah dibina. Kuil ini boleh memuatkan seramai 10 ribu orang dengan ruang pejabat yang turut disediakan. Sedangkan majoriti penduduk Putrajaya adalah beragama Islam, dan penduduk beragama Hindu hanya seramai 1,500 orang.

Kovil-Putrajaya

Inilah nasib umat Islam di Malaysia. Bukan sahaja banyak tanah tergadai untuk pembinaan rumah-rumah ibadat tanpa keperluan ini, malah kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan digugat secara senyap ibarat musuh dalam selimut. Walaupun dikatakan ada garis panduan dikeluarkan tetapi garis panduan itu masih bersifat berat sebelah. Malah bantuan turut diberikan untuk pembinaan rumah ibadat ini oleh pemerintah Islam.

Namun, dalam kecelaruan ini masih ada yang menganggap ia sebagai kebebasan beragama. Tanggapan salah ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata kerana ia berkait langsung dengan kedaulatan dan maruah umat Islam sejagat.

Angka dan maklumat di atas adalah pergerakan yang dinilai dengan mata kasar. Namun di sebalik ini, mereka terus bergerak mengedar bible bahasa Melayu di sekolah-sekolah, murid sekolah rendah diajar lagu memuja agama lain, penulisan buku-buku motivasi yang mengandungi dalil rekaan mereka dan mendakwa ianya ayat Al-Quran dan banyak lagi pergerakan mereka yang halus dalam menyebarkan agama.

Apakah ianya berlaku kerana semua pihak terlepas pandang?

Atau toleransi yang keterlaluan?

Atau pihak yang terlibat mempunyai kepentingan tersendiri?

Dan adakah istilah toleransi dalam agama?

Isu tuntutan rumah ibadat ini perlu diteliti dengan baik sebelum menjadi semakin keruh. Ianya isu kritikal. Nasib umat Islam semakin terancam!

Bukan semata-mata kedudukan mereka di Malaysia, malah kedudukan aqidah dalam hati setiap Muslim. Adalah tidak wajar jika pembinaan yang berterusan ini tidak disertai dengan usaha untuk meramaikan pengikut.

Mereka telah menyusun strategi, sedang kita masih terperangkap dengan isu ‘kerusi’. Keluarlah daripada kepompong ini dan binalah kerangka pemikiran untuk kemaslahatan ummah. Pilihlah calon Muslim yang amanah dalam menjaga hak Islam disamping membina perpaduan antara semua kaum seperti yang pernah dibina oleh Rasulullah s.a.w satu ketika dahulu. 
 
Seterusnya : di sini
 

Sunday, November 3, 2013

Kalimah Allah : Semakin terserlah siapa Anwar

Anwar bermesyuarat dengan Kristian
Anwar bersama Father Thomas Philips, President of the Council of Churches Malaysia (tengah) dan Brother Augustine Arokiasamy di the Luther Centre, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010.

Isu terjemahan kitab Injil ke Bahasa Melayu atau kalimah Allah merupakan isu klasik. Isu ini merupakan agenda utama Anwar Ibrahim, baik semasa berada dalam ABIM, maupun semasa memimpin parti multiracial – multireligious, PKR. Cumanya, isu ini dikonotasi dalam versi berbeza mengikut kehendak Anwar.
Ketika Anwar berada dalam ABIM dan selepas itu menyertai UMNO, ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar memberi ancaman akan berlaku proses pengkristianisasi Melayu secara besar-besaran, jika gerakan ini tidak dibendung. Ekoran itu ,ABIM menerbitkan buku-buku yang mendedahkan gerakan Kristianisasi di Malaysia. Buku-buku itu dijual di pasaran terbuka.
 
Di mana-mana ceramah ketika berhadapan dengan khalayak Melayu-Islam, Anwar sering memprovokasi persoalan ‘niat’ Stamford Raffles (penjajah British) mengupah Abdullah Munsyi menterjemahkan kitab Injil ke Bahasa Melayu. Pada Anwar, niat utama Raffles menterjemahkan Kitab Injil ke Bahasa Melayu semata-mata untuk ‘memurtadkan’ sekelompok Melayu yang menjadi majoriti di negara ini.
 
Begitulah ekstrim dan radikalnya Anwar terhadap survival Melayu-Islam, jadi tidak salah jika Subky Lattif tergoda dengan perjuangan Anwar serta ‘mendoakan’ agar Anwar menjadi Presiden PAS, selepas Asri Hj Muda yang dilihat sebagai seorang nasionalis yang berada di pentas Islam. Manakala Anwar pula dilihat sebagai Islamis yang sepatutnya berada di pentas Islam.
 
Perubahan pemikiran dari Islamis ke Liberalis ?
 
Tetapi, itu cerita dulu. Sekarang, selepas keluar dari penjara Sungai Buloh (2004), pemikiran Anwar berubah 360 darjah. Sebaik sahaja menghirup udara segar di luar penjara, orang yang pertama dikunjungi adalah Paderi Desmond Tutu, Ketua Biskop Kristian di Afrika Selatan.
 
Untuk apa melawat dan meminta ‘restu’ daripada Ketua Biskop Kristian yang kontroversi itu ? Desmond Tutu merupakan paderi kontroversi dan ‘fatwa’nya menghalalkan amalan homoseksual ditolak oleh majoriti penganut Kristian. Klik di sini
 
Ketika Anwar berceramah kali pertama di New York anjuran National Endowment for Democracy (NED) pada tahun 2005, Anwar secara jujur mengakui, pemenjaraannya selama 6 tahun telah merubah pemikirannya, inspirasi kebebasan individu dan prinsip hidup beragama menular ke dalam sanubarinya. Dia mahukan kebebasan secara total dilakukan di negara ini, bermula dari kebebasan cara hidup hingga kebebasan beragama.
 
Pendiriannya ini dipertegaskan lagi oleh Anwar ketika berceramah di Melbourne, Australia, dalam program The Parliament of World’s Religions (Parlimen Agama Dunia).
 
Anwar berkata sepanjang berada di penjara, dia banyak menghabiskan masa dengan mengkaji pemikiran William Shakespeare dan membaca semua koleksi-koleksi kitab Bible serta mengulangkaji semula kitab Ramayana dan Mahabrata, pemikiran falsafah barat dan sebagainya.
 
Ketika mengulas perubahan pemikiran ‘Islam’ Anwar ini, Khalid Jaafar dalam facebook Irsyad Sidi menulis, “Imam Shafiee ada dua mazhab, Qaul Kadim dan Qaul Jadid. Dahulu Anwar kuat dipengaruhi oleh Naqib al-Attas yang ekslusivis. Anwar terus belajar dan berkembang pemikiran, bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan Qaraqdhawi, Hossein Nasr, Taha Jabir dll”
 
Khalid-FB
 
Anda setuju Anwar Ibrahim setaraf dengan Imam Shafie seperti yang cuba digambarkan oleh Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) itu ?
 
Kalau Anwar setaraf dengan Imam Shafie, bermakna ramalan Subky Latif masih relevan dan Anwar masih layak menjadi Presiden PAS sekarang ini ?
 
Saya tidak fikir begitu. Kalau PAS bersetuju menerima Anwar sebagai Presiden PAS, tidak mungkin akan berlaku perpecahan serius dalam PAS yang terbelah kepada dua kem; ulama dan Erdogan.
 
Husam Musa yang diwar-warkan sebagai kem Erdogan dan mempunyai kaitan dengan Anwar tidak popular dalam Muktamar PAS baru-baru ini dan dia sendiri tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden ekoran label ‘Erdogan’ dan ‘Anwar’ yang terpahat di dahinya.
 
Tetapi, apa yang cuba digambarkan oleh Khalid Jaafar itu, transisi pemikiran Anwar dari Islamis ke Liberalis. Dulu berpegang kepada pemikiran Syed Qutb dan Hassan Al Banna, kini berpegang kepada pemikiran liberal Syed Hussein Nasr dan Taha Jabir Al Awani.
 
Tentang Anwar berpegang kepada pemikiran Dr Yusof Al Qaradawi, seperti yang cuba digambarkan oleh Khalid itu, banyak perkara perlu diperbahaskan lagi. Jalur pemikiran Dr Yusof Qaradawi sangat berbeza dengan jalur pemikiran Anwar.
 
Dr Yusof Qaradawi menolak usaha persefahaman dialog Muslim dan Kristian yang dilihat berat sebelah, manakala Anwar pula menerima sepenuhnya dialog itu, walaupun tidak menguntungkan Islam.
 
Berbeza dari segi pendekatan, Qaradawi melihat keuntungan kepada Islam melebihi keuntungan peribadinya, manakala Anwar lebih mementingkan keuntungan peribadinya melebihi keuntungan Islam.
 
Sememangnya, sebagai penganut liberalis seperti Khalid Jaafar, dia berusaha sedaya upaya menarik watak Dr Yusof Qaradawi ke dalam kelompoknya untuk berselindung di sebalik bayang-bayang ulama terkenal Mesir itu.
 
IIIT sama dengan Ikhwan Muslimin ?
 
Tetapi saya mempunyai pendapat yang berbeza. Saya lebih cenderung mengatakan pemikiran Islam Anwar sekarang sama seperti ketika berada dalam ABIM dahulu. Dulu tidak ketara, sekarang semakin terserlah.
 
Pada tahun 1981, ketika Anwar menjadi Presiden ABIM, Anwar bersama-sama dengan Taha Jabir Al Awani, Jamal Berzinji, Hamid Sulaiman dan Dr Ismail Al Faruqi menubuhkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa atau The International Institute of Islamic Thought (IIIT), di Virginia, Amerika Syarikat.
 
Ramai orang keliru dengan mengatakan IIIT dan Ikhwan Muslimin adalah jalur yang sama, apatah lagi usaha RAND Corporation menyamakan kedua-dua kelompok ini dengan melabelkan sebagai ‘Muslim Brotherhood’.
 
Ada usaha tersirat di sebalik usaha pelabelan RAND itu. Walaupun dilabelkan kedua-duanya sebagai Muslim Brotherhood, tetapi Dr Yusof Al Qaradawi tidak terlibat dalam perencanaan badan itu, tetapi Anwar Ibrahim adalah salah seorang master design di dalam RAND Corporation.
 
Sebenarnya jalur pemikiran IIIT (baca Triple IT) berbeza dengan pemikiran Ikhwan Muslimin, Mesir. Umar at-Tilmisani, Muhammad Hamid Abu Nasr, Mustafa Masyhur, Ma’mun al-Hudhaibi, Muhammad Mahdi Akif yang menjadi pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir tidak menyertai IIIT, walaupun IIIT mendakwa badan bersifat antarabangsa. Dan Dr Yusof Al Qaradawi, termasuk dalam kelompok Ikhwan Muslimin, Mesir itu.
 
Untuk lebih mudah memahami jalur pemikiran IIIT dan Ikhwan Muslimin, bandingkan jalur pemikiran Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang (Presiden PAS). Perbandingan di antara jalur pemikiran Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang ini akan menentukan hubungan sebenar Anwar dan Al Qaradawi.
 
 
Di luar negara, Anwar boleh mendakwa bahawa dia sangat rapat dengan Presiden PAS dan mendakwa Presiden Parti Islam itu sama dengan pemikirannya. Mungkin masyarakat barat akan terpedaya apabila melihat foto-foto Anwar bersama Hadi Awang, tetapi di dalam negara, rakyat Malaysia (khususnya di kalangan ahli PAS) dapat membezakan pemikiran Anwar dan Hadi Awang, meskipun mereka bersama-sama dalam PR.
 
Begitu juga, di dalam negara, Anwar boleh mendakwa pemikirannya sama seperti Al Qaradawi, berdasarkan foto-foto yang menunjukkan mereka bersama, tetapi di Mesir dan Amerika Syarikat, masyarakat luar tahu bahawa Anwar dan Qaradawi mempunyai pemikiran yang berbeza. Sampai sekarang Al Qaradawi tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat, berdasarkan latar belakang pegangannya, tetapi Anwar, bukan setakat bebas keluar masuk ke Amerika Syarikat, bahkan boleh membawa kawan-kawan terdekatnya (Khalid & Azmin) mengunjungi kawasan pusat operasi perisikan rahsia, Amerika iaitu di Pentagon.

anwar-wolfowitz
Khalid Jaafar, Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Pentagon, 2005.
 
Hakikatnya IIIT, hanya dianggotai oleh tokoh-tokoh Islam yang pro Amerika Syarikat.Dari Malaysia, tokoh itu adalah Anwar Ibrahim. Dari Mesir, Taha Jabir Al Awani. Manakala sebahagian besar ahlinya merupakan pelarian dari negara Islam yang menetap di Amerika Syarikat seperti Dr Ismail Faruqi (allahyarham), Jamal Berzinji, Hamid Sulaiman, termasuk juga Taha Jabir Al Alawani.
 
Perbezaan IIIT dan Ikhwan ini diperkukuhkan lagi pendapat bekas Presiden JIM (Jemaah Islah Malaysia), Saari Sungip. Abu Urwah atau Saari Sungip, ketika menjadi Presiden JIM, merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan selepas Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh, Saari Sungip merupakan barisan depan yang mengetuai reformasi hingga dia sendiri pernah ditahan ISA di atas kesetiaan kepada Anwar dan peranannya sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Parti Keadilan Nasional(PKN) merancang demonstrasi jalanan.
 
Sebaik sahaja, Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004) dan menetap di Amerika Syarikat (2005-2007), Saari Sungip mengistiharkan diri keluar dari Parti Keadilan dan menyertai PAS tanpa memberitahu sebab musababnya. Ramai orang tertanya-tanya kenapa Saari keluar PKN, sedangkan dia sanggup ditahan ISA kerana mempertahankan parti itu suatu ketika dulu.
 
Pada tahun 2006, Saari Sungip menulis di kolum Siasah mendedahkan salah satu sebabnya, iaitu faktor Amerika Syarikat. Sebelum dipenjara dan berada dalam penjara, Anwar hanya didakwa pro Amerika Syarikat, tanpa bukti yang konkrit, tetapi selepas bebas dari penjara, sikap sebenar Anwar semakin terserlah, apabila berhijrah dari Malaysia ke Amerika Syarikat, serta menjadi sebahagian missionari kerajaan Amerika Syarikat ke atas dunia Islam.
 
Malaysian IbrahimPosisi Anwar di Amerika Syarikat yang berada di pusat rekrut kader-kader Amerika Syarikat iaitu di SAIS (The Paul H. Nitze School of Advanced International Studies) John Hopkins University dan CMCU (Center for Muslim and Christian Understanding), Georgetown University juga turut dipertikaikan.
Apatah lagi Anwar sendiri direkrut sendiri oleh Paul Wolfowitz, John Esposito dan Syed Hussein Nasr, yang merupakan pemain di sebalik tabir dalam meliberalkan dunia Islam. Klik di sini, di sini dan di sini
 
Dalam tulisan “Hassan Al Banna dan Syed Qutb : Antara dua waqi’ yang berbeza”, Saari membandingkan dua waqi(tempat/kaedah) di antara Hassan Al Banna & Syed Qutb (Ikhwan Muslimin, Mesir) dengan Ismail Al Faruqi dan Anwar Ibrahim (IIIT, Amerika Syarikat).
 
“Gagasan International Institute of Islamic Thought, IIIT di Washington DC di bawah pimpinan Ismail Faruqi, melahirkan manual bagi modus operandi perubahan Islamisasi dari dalam pemerintah sendiri. Mereka yang mengasaskan IIIT bukan calang-calang orang. Sebahagian besar daripada mereka berasal dari Iraq. Mereka adalah seangkatan dengan Saddam Hussein semasa masing-masing berusaha menempatkan diri ke tapak kuasa politik Iraq. Kesudahannya Saddam Hussein yang menang. Di mana salah? Anwar Ibrahim juga adalah salah seorang pengasas IIIT. Di mana salahnya?” Klik di sini
 
Kotak pandora ‘Kalimah Allah’
 
Isu kalimah Allah, bukan isu terasing. Isu ini berkait rapat dengan isu murtad seperti Azlina Joy dan Moorty, Forum Memeluk Islam dan IFC (Interfaith Council), Artikel 11 dan seangkatan dengannya.
 
Bagaimana sikap Anwar terhadap isu IFC, Forum Memeluk Islam, Murtad dan terbaru Kalimah Allah ?
 
Dalam isu IFC yang heboh diperkatakan dulu, pendapat Anwar sekata dengan penajanya KAF (Konrad Adenuer Foundation). KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang menjadi salah satu penaja Anwar merupakan badan utama dibelakang IFC itu. Klik di sini dan di sini
 
Kekecohan “Forum Peluk Islam” dan “Subashini & Shamala Revisited” satu ketika dahulu juga menyaksikan fenomena yang sama.
 
Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen PKR, dikenakan tindakan oleh PKR kerana menyertai demonstrasi menentang program forum itu. Anwar juga menjadi pembela forum itu, walaupun sebahagian besar ahli-ahli PAS diketuai oleh Salahuddin Ayub menentang forum tersebut. Klik di sini
 
Dalam kes murtad, Anwar sengaja mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan isu itu di dalam negara. Tetapi di luar negara, kelantangan Anwar membenarkan murtad amat ketara. Prinsip Anwar seperti yang diwar-warkan oleh media barat adalah demokrasi dan kebebasan, termasuk kebebasan memilih apa sahaja agama tanpa halangan institusi keagamaan.
 
Dalam isu Lina Joy, Anwar menyokong keputusan wanita Melayu itu untuk murtad kerana itu adalah hak asasinya. Prinsip Anwar dinyatakan kepada wartawan BBC yang disiarkan di media barat.
 
 
Ketika diwawancara oleh Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life, di Amerika Syarikat (2006), Anwar juga menyokong kes murtad Moorthy.
 
“Saya bersetuju terdapat peranan untuk agama dalam masyarakat, dan masyarakat perlu diberikan peluang untuk mengamalkan amalan agama mereka…Tetapi dalam kes spesifik lelaki Hindu ini, Moorthy, kerajaan mendakwa bahawa dia bertukar agama kepada Islam sebelum meninggal, dan oleh yang demikian mengebumikannya mengikut upacara Islam melalui Mahkamah Syariah….Pada kepercayaan saya, rayuan isterinya perlu didengar di Mahkamah Sivil. Tidak kira apa pun, Mahkamah Syariah, dilihat sebagai berat sebelah.Ini adalah rasa percaya peribadi saya bahawa perkara ini berada dalam hak isteri Moorthy untuk merujuk kes ini ke Mahkamah Sivil. Insiden ini menonjolkan kegagalan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepura-puraan mereka propaganda mereka mengenai Islam yang moderat”. Klik di sini
 
Satu aspek lagi, semua pihak yang terlibat dalam IFC, Forum Memeluk Islam, Murtad adalah pihak yang sama dalam inner cirle Anwar.
 
Malik Imtiaz adalah pengerak utama IFC. Dia turut disokong oleh kawan-kawan seangkatannya terdiri daripada Haris Ibrahim, Edmund Bon , Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim. Malik Imtiaz juga merupakan peguam pemerhati yang membela kes murtad Lina Joy.
 Klik di sini
 
MalikSivarasa
Sekarang Malik Imtiaz merupakan peguam utama kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh PKR. Manakala Edmund Bon dan Sivarasa Rasiah merupakan barisan peguambela kes liwat Anwar. Zaid Ibrahim adalah tunggak utama PKR, begitu juga Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR.Klik di sini
 
Forum Memeluk Islam bermula dari kritikan Anne James yang mempertikai keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes murtad S Shamala, Lina Joy, M Moorthy and R Subashini. Siapa Anne James ? Dia adalah isteri kepada Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR.
 
Bermakna semuanya berpunca dari sumber yang sama, yang berpusat di PKR yang berketuakan Anwar Ibrahim.
 
Kalimah Allah : Anwar langgar teguran ulama ?
 
Isu kalimah Allah ini sudah lama berlanjutan. Anwar lah yang merancang supaya provokasi ini berlanjutan hingga ke hari ini.Klik di sini
 
Isu ini bermula pada Februari 2008, apabila Persatuan Kristian Malaysia memohon penggunaan Kalimah Allah daripada Anwar Ibrahim dalam perjumpaan tertutup Anwar bersama 200 paderi dan aktivis Kristian di Petaling Jaya.
 
Anwar menjawab “Sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka” Klik di sini
 
Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman di mahkamah berhubung penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan gereja dan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.
 
Hujah Tan Sri Murphy Pakiam perkataan Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam. Kalimah Allah digunakan dengan meluas dalam kalangan penduduk asli Kristian di Sabah dan Sarawak dengan kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Malaysia.
 
Pada Mac 2009, isu kalimah Allah bergema di parlimen apabila wakil UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) bertikam lidah dengan wakil PAS Erdogan (Khalid Samad dan Dr Dzulkifli Ahmad). Kedua-dua wakil PAS itu bertegas membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian, akhirnya dipatahkan hujah oleh wakil PAS dari kem ulama, ustaz Taib Azamuddin.
 
Pada April 2009, Anwar membangkitkan sekali lagi isu kalimah Allah dalam kempen pilihanraya di Lubuk Antu & Batang Ai, Sarawak.
 
Kata Anwar, “Orang Iban sudah lama menggunakan kalimah Allah dan saya (Anwar) telah runding dengan ulama Islam, mereka tiada masalah benarkan kalimah Allah kepada Kristian”
 
Ketika Anwar memulakan kempen sarafnya membenarkan kalimah Allah kepada Kristian ini, tokoh ulama pertama yang menegur Anwar adalah Datuk Harussani, Mufti Perak.
 
Tanpa menghiraukan teguran Datuk Harussani dan ustaz Taib Azamuddin, Anwar sekali lagi membangkitkan isu ini di Ipoh Perak, semasa persidangan PKR peringkat Perak pada September 2009.
 
 
Isu ini menjadi isu paling sensitif pada 31 Disember 2009, apabila Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald – The Catholic Weekly.
 
Umat Islam mula bangkit menentang keputusan mahkamah itu. PAS melalui Timbalan Muryidul Am, Datuk Haron Din mengeluarkan kenyataan membantah media keputusan mahkamah itu serta menghuraikan secara panjang lebar bahawa kalimah Allah tidak terdapat dalam kitab Bible, jadi permintaan melalui mahkamah penggunaan kalimah Allah dibimbangi mempunyai agenda tersirat.
 
Bahkan Dr Haron Din berkata :
 
“Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada KEKUFURAN. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.” . Klik di sini
 
Tetapi Anwar tidak pernah mempedulikan teguran ulama dan sarjana Islam itu. Secara konsisten, Anwar terus bertegas dengan pendapatnya. Melalui Dr Mohd Nur Manuty, selaku Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan (semua) Agama (BIPPA), PKR, satu kenyataan mendia dikeluarkan untuk menyokong keputusan mahkamah itu. Klik di sini
 
Persoalannya, apa agenda Anwar berkempen membenarkan kalimah Allah kepada Kristian, sedangkan dia sendiri tahu isu itu paling sensitif yang boleh menguggat kestabilan negara ?
 
Anwar mahu negara ini bergolak seperti 13 Mei, supaya kaum saling mencuragai antara satu sama lain ?
 
Kalau benar, inilah animal politic, politik menghalalkan cara yang pernah dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk, bapa gay, di Turki.
 
 
 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.