Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

Wednesday, March 9, 2016

Tan Sri Ismail Omar Dalam Kenangan ~ Tiga Tahun Peristiwa Lahad Datu


Di sebuah masjid dekat Felda Sahabat, Lahad Datu. Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar kelihatan sedang khusyuk berdoa. Wajahnya sugul, kepenatan tetapi nyata bersungguh-sungguh. Ketika ini ramai anak buahnya dibunuh kejam oleh tentera penceroboh Sulu. Ketika ini semua mata di Malaysia tertumpu padanya. Cabaran yang beliau pikul bukan calang-calang.



       


















Sepanjang aku berada di sana, Ismail adalah orang paling sibuk menangani masalah ini. Ada ketikanya aku melihat beliau betul-betul dalam kepenatan. Dari Subuh hingga ke tengah malam masih dalam uniform. Matanya lebam tak cukup tidur. Aku masih ingat, kenderaan yang beliau naiki adalah 'Ninja King' Toyota Land Cruiser berwarna putih. Setiap kali beliau keluar masuk dengan kereta itu, pasti akan ada sekumpulan anggota UTK siap dengan senjata automatik ditangan bagi mengawal keselamatan pergerakannya.

Seperti mana nyawa anak buahnya di Kampung Tanduo itu, begitulah 'nyawa' Ismail ketika itu. Bak telur di hujung tanduk. Bila-bila masa saja tentera penceroboh boleh menghantar peluru untuk menghancurkan tubuhnya kerana beliaulah yang mengetuai pasukan keselamatan negara pada waktu itu.

Ada satu perkara yang aku cukup salute pada beliau. Tidak mudah hilang fokus dan mengelabah. Ismail ternyata tenang walaupun pelbagai 'dugaan' yang terpaksa beliau hadapi ketika menangani insiden pencerobohan ini.

Di saat beliau perlu menghancurkan pergerakan tentera penceroboh, Ismail bekerja keras bagi menyakinkah rakyat Malaysia yang kita mampu menangani masalah ini dan paling penting, beliau perlu kuat untuk menyakinkan lebih 80,000 anak buahnya bahawa Sang Saka Biru akan terus berkibar megah walaupun darah menjadi taruhan!

Aku teringat kata-kata penulis H.G Wells;

" If we don't end war, war will end us  



Wednesday, December 25, 2013

( FOTO & VIDEO ) - FENOMENA LUARBIASA DI PANTAI TAMBISAN, LAHAD DATU | GEMPA BUMI PUNCA IKAN NAIK KE DARAT DI LAHAD DATU



Lahad Datu: Penduduk di Kampung Tembisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.


Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah






Sunday, July 21, 2013

Pengganas Sulu Jangan Mimpi Mahu Balas Dendam – Zahid

kiram2

Kerajaan memberi amaran kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba mengugut untuk masuk semula ke Sabah bagi tujuan membalas dendam selepas insiden pencerobohan Februari lepas. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan polis dan tentera yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman kumpulan itu.

Jangan cuba ugut kami. Jangan cuba melakukan sesuatu kerana bukan sekadar pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang ancaman daripada pengganas Sulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di Bagan Datoh, Sabtu.

Ahmad Zahid mengulas tindakan Polis Sabah yang memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah untuk membalas dendam. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

Menurut laporan itu, surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh ‘Komando Militan’ bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu, menjelang Ogos ini.

Ahmad Zahid berkata pelbagai khabar angin termasuk kononnya bekas pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah. “Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk…beritahu (kita) lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk dalam bulan Ogos, bulan Julai kita sudah tunggu,” katanya.


Beliau mengingatkan seluruh rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman daripada luar kerana pengganas Sulu sememangnya terkenal dengan budaya membalas dendam. “Kita jangan leka. Kalau kita leka memang mereka akan menceroboh masuk,” katanya. –
BERNAMA

Baca seterusnya : di sini


Tuesday, June 4, 2013

3 perkara paling Anwar takuti

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.

Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau,

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.




"Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur.

"Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.

Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.

"Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.

"Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.

"Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.

Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.

"Anwar juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya jika disabitkan bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan berhimpun ini juga adalah usaha menakut-nakutkan kerajaan agar menunjukkan dia masih popular dalam kalangan rakyat.


"Saya gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak akan sekali-kali membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala kesalahan yang telah dilakukan," tegasnya.

Sumber : Utusan


Monday, April 29, 2013

Isu Lahad Datu:Tangkapan mungkin dibuat lepas PRU13.



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mahu nama tiga pemimpin terlibat dalam insiden Lahad Datu didedahkan dalam tempoh 24 jam.

 Beliau menegaskan, nama tiga pemimpin pembangkang itu tidak akan diberitahu dalam masa terdekat dan hanya akan dibuat selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurutnya, pendedahan nama-nama berkenaan dalam tempoh PRU13 hanya akan dianggap sebagai mempunyai tujuan atau kepentingan politik semata-mata.

 "Mana boleh dedah sekarang. Kenapa mereka (pembangkang) nak terasa hati sangat? Kalau tak makan cili kenapa rasa pedas? "Saya tak beritahu secara khusus siapa (terlibat dalam insiden Lahad Datu). Kenapa perlu melenting dan kenapa perlu beri amaran 24 jam?" katanya kepada media sewaktu melakukan tinjauan mesra di Perkampungan Nelayan Sungai Tiang, dekat sini, petang kelmarin.

 Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran yang mendesak nama tiga pemimpin pembangkang terbabit didedahkan. Surendran dilaporkan mendakwa, jika Ahmad Zahid gagal mengemukakan nama-nama berkenaan dalam tepoh 24 jam bermakna ia adalah 'fitnah' yang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN).

 Ahmad Zahid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh menegaskan, pendedahan dan pertuduhan rasmi oleh pendakwaraya akan dibuat dalam masa terdekat. Katanya, jangka masa selepas PRU13 merupakan saat terbaik untuk mendedahkan nama-nama berkenaan dan pembangkang perlu menunggu kerana sekarang adalah masa untuk semua pihak menghadapi pilihan raya.

 "Bukan tanggungjawab beliau (Surendran) untuk mendakwa. Dakwaan dibuat oleh pendakwaraya dan siasatan terperinci dijalankan mengikut undang-undang. "Saya tak sebut nama secara khusus. Kenapa nak terasa dan jika benar mereka tak bersalah, buat apa nak risau dan kenapa perlu terasa?" katanya.

Baca seterusnya : di sini


Monday, March 25, 2013

Sivarasa & Tian Chua Bawa Wang Ke Manila Untuk MNLF


Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum
Pendaratan Pertama Pengganas Kiram 


Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013.

Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer  Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim.

Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi.

Pada 
8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013.

Perjumpaan pada 
7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri.


Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa.  


Baca  Sepenuhnya di MrKinabaluBoy

Tuesday, March 5, 2013

Presiden Filipina Percaya Ada Dalang Di Sebalik Tindakan Pencerobohan di Lahad Datu




Dalangnya sebenar disebalik pencerobohan Lahad Datu telah dikenalpasti, cuma sekarang antara percaya atau tidak itu terpulang dengan pilihan masing-masing.. Malah Presiden Filipina sendiri percaya ada ketua konspirator disebalik tindakan tersebut.  Dalam satu kenyataan dua hari lalu l Presiden Benigno Aquino III berkata apa yang berlaku bukan datang secara sendiri oleh pihak sultan sulu, tetapi percaya ada konspirasi di sebaliknya.  Katanya, Jamalul Kiram menghadapi penyakit kronik yang dia sendiri pun tidak mampu sehingga dibantu sebuah badan amal di Filipina. Bagaimana pula dia boleh sewa bot-bot laju dan hantar anggota tenteranya ke Sabah sedangkan segala-galanya memerlukan kos termasuk membiayai makan minum askar-askarnya....

Berikut adalah kenyataan Presiden Filipina yang dipetik dari http://www.philnews.com 
President Benigno Aquino III on Monday reiterated his administration’s theory that the ongoing crisis in Sabah was the result of a conspiracy, and not solely the handiwork of Sultan Sulu Jamalul Kiram III and his followers. He vowed to hold liable those who had deliberately put the lives of thousands of Filipinos in Sabah in harm’s way. Aquino said Kiram III's group won't be able to launch such action in Sabah without conspirators, whom he said were critics of the government. He also suggested that the conspirators were the ones who financed the voyage of Kiram III's followers to Sabah.  Aquino suggested that Kiram III didn’t have money to bankroll the voyage to Sabah because the expenses for the latter’s dialysis were being shouldered by the Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO). “May sakit si Sultan Jamalul Kiram, kailangan niyang mag-dialysis. ‘Yong dialysis, tinutulungan siya ng PCSO [Sultan Jamalul Kiran is sick, he needs to undergo dialysis. He is being helped by the PCSO for his dialysis.] So even in terms of attending to his own health, he really needs assistance,” the President said. “I’m told that renting a boat, a sufficiently large boat to go to Sabah costs about a hundred thousand pesos. And there were two boats and one speedboat that [were] used by this group. So funds, the food, money siguro dito left behind, ‘yong concerted criticisms all point to a conspiracy,” he added.
Malaysian security forces have surrounded about 100 armed men believed to be from a breakaway rebel faction in the southern Philippines, Malaysian police and a government official said on Thursday, but a Philippine official said they were unarmed Filipinos who had been promised land. - Reuters,Thu Feb 14, 2013 4:20am EST


Untuk apa Anwar Ibrahim jumpa dengan Nur Misuari? Perbincangan apa yang diperbincangkan hingga turut disebarkan perjumpaan itu dalam Twitter. Memang benarlah jangkaan laporan perisikan Filipina yang menyatakan Anwar Ibrahim adalah dalang kejadian di Lahad Datu dan Semporna.

Begitu juga dengan laporan akhbar The Manila Times  bertarikh 16 Februari 2013, turut mengaitkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dengan kes pencerobohan ini..


Jika di Filipina Estrada mahu menumbangkan Aquino, di Malaysia pula Anwar mahu menumbangkan Najib dan Kiram TERPERANGKAP kerana Idamkan Tahta Sulu dari Sultan Batilan 11.......

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.