Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label MCA.. Show all posts
Showing posts with label MCA.. Show all posts

Tuesday, May 30, 2017

SINGKIR 'MUSANG BERBULU AYAM' DALAM THE STAR YANG JADI AGEN DAP!




WA Sengat Lu The Star semalam menyiarkan berita bertajuk 'Malaysia Terrorist Leader' di muka hadapannya, manakala sambungan berita seterusnya di halaman tiga akhbar itu.


Di bawah tajuk berita berkenaan, akhbar itu menyiarkan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih. Ia satu cara menggambarkan dan memberi persepsi buruk Islam dengan keganasan. Ia satu penghinaan.

Sikap the star bukan baru. Cara biadap berulang, tajuk yang diputar belitkan dan tidak sensitif terhadap umat Islam sudah biasa dilakukan oleh Akhbar The Star.

Sekalipun Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang The Star sebelum ini rasanya sikap akhbar ini akan terus kekal. Permohonan The Star hanyalah satu gimik "sengaja buat salah kemudian maaf". 'Damage has been done' KDN wajar mengambil tindakan tegas.

Parti komponen MCA pula pemilik saham terbesar akhbar itu perlu merombak akhbar miliknya. Sekalipun kita memperjuangkan kebebasan akhbar tetapi bukan kebebasan seperti ini yang kita mahu. Sudah tiba masa MCA perlu mencampuri urusan penerbitan akhbar The Star bagi mengelak perkara tidak diingini.

Sebagaimana Perkhidmatan Awam dalam berjuta penjawat awam ada kalangan mereka pendokong dan ahli parti pembangkang. Hanya membezakan mereka ialah tindakan sokongan secara terang-terangan atau belakang tabir sahaja. Yang dibuang digantung, amaran dan tatatertib saban hari ada. Jadi bukan menghairankan. Bertindak tegas dan cakap serupa bikin untuk buang!

Sumber dalaman The Star mendedahkan bahawa kumpulan pengurusannya dan editor adalah dari Fanatik Kristian DAP.

Malah bekas wartawan the star Cheah Sin Chong dalam tulisan di Facebooknya berkata Datuk Leanne Goh perlu dipecat dari The Star. https://www.facebook.com/sccheah07/posts/10212390295490079

Jika pengurusan dan editor The Star merupakan pendokong kuat DAP jadi tak hairan cara mereka menyebarkan maklumat merujuk kepentingan gerakan DAP. Mereka adalah 'Musang Berbulu Ayam' dalam The Star, MCA wajar mengambil tindakan tegas memecatnya. Bukan terus menternak mereka dalam kandang The Star. Jika tidak ia akan merosakkan The Star sendiri.

Dalam DAP, Evangelis DAP yang fanatik kristian lebih biadap bukan sahaja menghina Islam, budaya malah sanggup menghina bangsa cina mereka sendiri yang bukan seagama mereka. Boleh dibaca persamaan mereka dalam blog Captain M. Inilah cara sikap DAP dan agen-agen mereka termasuk di media akhbar perdana seperti The Star.

https://captainmgs.blogspot.my/…/sebarkan-hannah-yeoh-manif…

Kita harap Presiden MCA bertindak tegas memecat pengurusan The Star sebelum jadi parah. Jangan biar Musang berbulu ayam bermaharaja lela.


Tuesday, May 5, 2015

Adakah Sokongan Pengundi Cina Sudah Kembali Kepada MCA? #PRKPermatangPauh

May 5, 2015

Ini adalah gambaran pengundi-pengundi kaum Cina di Bilik Gerakan MCA di Sama Gagah. Bangga rasanya melihat MCA sudah boleh diterima masyarakat Cina. Mungkin ramai lagi yang masih 'skeptical' dengan penerimaa kaum Cina terhadap MCA. Mungkin ya dan mungkin tidak.

Apabila melihat pengundi-pengundi kaum Cina yang tanpa ragu-ragu minum air dari botol berlogokan Barisan Nasional (BN) dan 1Malaysia, dan kesediaan mereka untuk berada di bilik gerakan berkenaan, mungkin arus perubahan bakal berlaku di P.44 Permatang Pauh.

Cucu Tok Selampit

Monday, May 12, 2014

PRK BUKIT GELUGOR : SOALAN, BENARKAH WEE KA SIONG 'TAKDE TELOR' ????


Wee ka siong ugut BN.

Bila ? minggu lepas.

Alasannya kalau umno sokong hudud pas, maka MCA berkira akan keluar BN.

Sekarang pas dah KIV dulu rancangan hududnya yang hendak di bawa ke parlimen.

JADI KENAPA MCA TAK REVERSE BALIK KEPUTUSANNYA UNTUK TAK BERTANDING ?

Takde telor ke wee ka siong ?

Bekas presiden MCA pun balun sikap takde pengecut MCA... 


Friday, August 2, 2013

ARTIKEL TUN M " The Chinese Dilemma" YANG MENJADI KONTROVERSI....


Terjemahan artikel Tun Dr Mahathir ‘The Chinese Dilemma’ di NST (26th July 2013) kepada Bahasa Melayu.

Konsep ‘Kongsi’: Setiap pihak perlu berkorban sesuatu supaya pihak lain boleh mendapat sesuatu.

Tindak balas kepada kemunculan parti politik Melayu, “UMNO” dan kejayaan menolak ilham British “Malayan Union”, masyarakat Cina tahun 1940-an melihat keperluan untuk menubuhkan parti politik mereka sendiri untuk membawa pandangan mereka kepada kerajaan British.

Oleh itu MCA dilahirkan, dan diketuai oleh Sir Tan Cheng Lock. Walaupun ia bertujuan untuk melawan pengaruh UMNO dan melindungi kepentingan masyarakat Cina, namun ia adalah zaman untuk mengubah strategi dan peranan MCA serta masyarakat Cina.

Pada tahun 1952, pemimpin UMNO Kuala Lumpur dan pemimpin MCA Kuala Lumpur memutuskan bahawa pada Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur, mereka 'tidak perlu' bertanding menentang satu sama lain, sebaliknya harus menyokong calon masing-masing di kawasan masing-masing.

Keputusannya ialah mengejutkan kerana mereka mengalahkan hampir semua parti bebas kaum. Menyedari akan kelebihan politik bekerjasama dengan satu sama lain itu, Tunku (Abdul Rahman) dan Sir Tan Cheng Lock, serta pemimpin-pemimpin kanan MCA dan UMNO memutuskan untuk merasmikan kerjasama mereka dengan menubuhkan Parti Perikatan, gabungan MCA dan UMNO.

Asas pakatan ini adalah idea yang menyokong antara satu sama lain dan berkongsi kuasa. Didorong oleh kejayaan parti Perikatan dalam pilihan raya 1955, di mana MIC turut menyertainya, Tunku kelihatan lebih terbuka dengan cadangan Sir Tan Cheng Lock bahawa kewarganegaraan hendaklah berdasarkan jus soli (kewarganegaraan melalui yang dilahirkan di negara ini) dan tidak jus saguinis (kewarganegaraan berdasarkan kewarganegaraan bapa atau ibu, iaitu kewarganegaraan berdasarkan hubungan darah).

Sungguhpun Tunku tidak begitu bersetuju setuju namun beliau memutuskan untuk memberi satu juta kerakyatan kepada orang Cina dan India yang tidak berkelayakan.

Dengan itu konfrontasi antara Cina dan Melayu berubah menjadi kerjasama yang positif.

Ia merupakan satu kongsi klasik yang telah ditubuhkan. Intipati adalah suatu aku janji untuk berkongsi. Perkongsian melibatkan perjanjuan memberi dan mengambil, di mana setiap bahagian terpaksa berkorban sesuatu supaya yang lain boleh mendapat sesuatu.

Disebabkan orang Melayu membentuk majoriti rakyat secara semula jadi, maka Melayu menjadi pemimpin Parti Perikatan. Tetapi orang Cina dan India juga mendapat kuasa yang mencukupi. Di mana kuasa politik Melayu dikurangkan untuk mendapat undi dan kuasa ekonomi Cina dan India.

Tunku melihat manfaat daripada “kongsi” kerana beliau percaya orang Melayu hanya mahu menjadi kakitangan kerajaan dan orang Cina cuma mahu berniaga. Tidak akan ada persaingan atau perebutan di antara mereka.

Orang India akan mengisi jawatan profesional. Namun Tunku tidak menjangkakan apabila kerajaan tidak akan dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk bilangan Melayu yang meningkat secara mendadak.

Perikatan ‘kongsi’ berjalan dengan baik. Tetapi pada tahun 1963 Singapura menyertai Malaysia.

PAP segera cuba mendapatkan sokongan Cina dengan mengutuk Perikatan “kongsi” kerana ia merugikan orang Cina. PAP berkata rakyat Malaysia tidak sama. Perlu ada Malaysian Malaysia di mana semua faedah perlu berdasarkan merit semata-mata, dengan yang terbaik mengambil segala-galanya, tanpa mengira kaum.

Dengan itu,PAP telah membuat kesimpulan bahawa orang Melayu tidak patut ada hak. Orang terbaik perlu memerintah negara ini. Di mata PAP, Singapura diperintah oleh orang terbaik dan yang paling layak. Secara kebetulan, kesemuanya adalah orang Cina.

Dalam pilihan raya 1964, MCA dan Cina Malaysia secara amnya hargai kerjasama mereka dengan orang Melayu. Mereka menolak PAP dan rayuan cauvinis, memberikan ia hanya satu kerusi.

Tunku sedar apa yang PAP sedang lakukan sehingga beliau memutuskan bahawa Singapura tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada Malaysia. Tetapi tindakan PAP itu tidak habis disitu sahaja.. Sisa parti tersebut di Malaysia, menubuhkan DAP untuk menjalankan formula Malaysian Malaysia bagi melemahkan sokongan kaum Cina kepada MCA.

DAP meneruskan serangan terhadap keistimewaan orang Melayu yang disebut tidak adil kepada orang Cina, DAP perlahan-lahan mengurangkan idea kongsi dalam gabungan berbilang kaum Barisan Nasional.

Walaupun ia adalah fakta bahawa Barisan Nasional menyokong pendidikan Cina dan penggunaan bahasa Cina, DAP memberitahu kepada orang Cina bahawa budaya dan bahasa mereka tidak diberikan keutamaan sewajarnya oleh Barisan Nasional.

MCA telah diserang kerana tidak melakukan secukupnya untuk orang Cina.

** Tak betul ke apa yang Tun M cakap???


Thursday, May 16, 2013

Apa lagi Cina mahu?



Cina mahu Umno mati.

Itu saja.



utusan APA LAGI CINA MAU


Cina tidak akan berpuas hati kecuali Umno dikapan dan ditalqinkan.

Dengan berkuburnya Umno nanti, maka Cina yakin golongan “Umnoputra” yang sering diungkit Dapster dengan perasaan penuh jijik akan terus hilang.

Seraya dengan kemusnahan Umno, “Ketuanan Melayu” yang selalu dikecam oleh pemimpin-pemimpin DAP akan lesap juga.

Adakah politik benci yang dibawa DAP telah berjaya? Cuba lihat jadual keputusan PRU13 (bawah).


PRU13dun


PAS bertanding sejumlah 236 kerusi DUN dan menang 85. Parti Islam itu mencapai kejayaan 36.0 peratus.

PKR bertanding sejumlah 172 kerusi DUN dan menang 49. PKR mencapai kejayaan 28.5 peratus.

DAP bertanding sejumlah 102 kerusi DUN dan menang 95. Parti kononnya “Malaysian First” itu mencapai kejayaan 93.1 peratus.

Orang Cina yang menyokong DAP tahap gaban sememangnya menolak BN dengan sekeras-kerasnya.

Malah DAP begitu berjaya sekali sehinggakan MCA dan Gerakan lingkup.
Ekoran parti Gerakan kecundang, Koh Tsu Koon terpaksa meletak jawatan sebagai presiden dan 
Teng Chang Yeow sebagai setiausaha agungnya.
Siapa yang patut dipertanggungjawabkan atas kegagalan MCA serta jentera media parti tersebut yang menikam belakang BN?

NECFacebook


Screenshot atas: Paparan di laman Facebook National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia (NECF) — sumber: Malaysian Digest

Laporan Harian Metro hari ini: Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap badan induk gereja-gereja evangelis NCEF kerana menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.


Apa lagi Cina mahu?

Mereka mahu kebas kalimah Allah.

Politikus evangelis DAP yang memberi galakan mereka agar boleh berani mengambil sikap militan.

Cuba tengok wakil-wakil Cina pembangkang yang baru-baru ini melonjak naik menerusi PRU13. Ramai Yang Berhormat keturunan Cina yang membarisi Pakatan kali ini yang nampak evangelis.

Di bawah ialah kenyataan tentang kalimah Allah oleh Ahli Parlimen DAP Serdang, iaitu Doktor (PhD) Ong Kian Ming.



OngKianMingAllah


OngKianMingAllah2


Akhbar milik MCA pun telah sekian lama mendokong gerakan evangelis. Baca ‘GEMPAR! Jarum halus dakyah Kristianisasi dicucuk The Star‘

Di bawah ialah scan sidang pengarang sisipan Metro The Star yang menggaji lebih kurang 30 orang wartawan dan mempunyai lebih sejuta orang pembaca.

Bahagian Metro suratkhabar tersebutlah yang selalu membuat liputan kegiatan-kegiatan Hannah Yeoh di Jerusubang.


MetroEditorial

Pengarang Eksekutif – Brian Martin  
                                    Timbalan Pengarang – Eddie Chua  
                                    Penolong Pengarang – Sam Cheon
                                             Pengarang – Frederick Fernandez


                                             Pengarang Berita – Vicky Ooi
             
                            – Aluosies Francis

                                                                        – V. P. Sujata

                                                                        – Patrick Fong

                                                                        – Esther Chandran

Tengok pada nama-nama mereka. Tidak ada seorangpun pengarang Melayu dalam senarai di atas.

Manakala dengan para pemberita The Star pula, it’s hard to tell where the Red Bean Army ends and the Red Bintang newspaper cadres begin.

Gunting dalam Lipatan

Pada tanggal 13 Mei dua hari lepas, The Star telah menerbitkan sebuah rencana bertajuk ‘Time to end race-based governance‘ pada mukasurat 8 dalam bahagian berita nasional suratkhabar itu.

Penulis The Star-newsdesk Chen Yen Ling mengadu, “In the aftermath of GE13, I am deeply saddened because even my childhood friends of different races and political preferences have expressed strong disagreements to a pictorial message I have shared on my Facebook page.”


RaceBaseStar

Penulis The Star itu mahu mempertikaikan “race-based governance” iaitu rumusan BN yang sedia ada, serta mendokong falsafah “Beyond Race” (buta warna kulit) dengan mendakwa: “Skin colour does not matter as long as they serve all quarters of society well”.

Ia bukannya mengikut budi bicara The Star untuk memutuskan bahawa “(Malay) + Chine(s)e + Ind(ian) = Malaysian” — sepertimana digambarkan dengan selamba sahaja oleh kartun hiasan pada halaman akhbar itu (di atas).

Ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara – mengamalkan sistem raja berperlembagaan, agama persekutuan ialah Islam, takrif kaum ‘Melayu’/kedudukan istimewa kaum Melayu — semuanya sudah diperincikan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Menyebarkan fahaman politik melalui media sosial

Penulis The Star Chen Yen Ling juga mengaku dirinya banyak memuatkan bahan-bahan berunsur politik ke Facebooknya (“Perhaps it was due to my recent vigorous postings of shared materials of political nature that provoked such a reaction”).
Dia agak tipikal dalam mencerminkan golongan Cina yang pada masa kini mabuk politik ‘Ubah’.


Seterusnya dia menulis (petikan):

“They have their reasons and freedom to make their statements [disagreeing] but I hope one day, they will agree with me.”
Yang bezanya rakan-rakan Facebook Chen Yen Ling tidak diberikan peluang oleh akhbar The Star untuk menyuarakan pandangan “kolot” dan “sempit” perkauman mereka (mengikut Chen Yen Ling, rakan-rakan Facebook yang bercanggah pendapat adalah dikongkongi pemikiran “old school” box).

Ini bermakna akhbar milik MCA menyediakan pentas kebangsaan kepada orang macam Chen Yen Ling untuk berkongsi pendapat serta propaganda politik Ubah/Firster untuk disampaikan melalui Kumpulan Media Star kepada audien 5.63 juta orang, terutamanya penduduk bandar yang mengundi pembangkang dalam PRU13.

[Sila baca juga nukilan Alwie Abdullah yang menyebut bahawa beliau "melihat di pejabat-pejabat kerajaan yang staffnya majoriti Melayu, akhbar The Star yang paling banyak dikepit di bawah ketiak dan dibawa sama waktu sarapan".]


Dibayangkan rasis dan merbahaya

Tambah penulis The Star Chen Yen Ling yang falsafah politiknya pro-Ubah:
“A non-race-based government whether from a structurally changed and re-invented Barisan Nasional or one promised by opposition parties is not impossible. The road may be long and hard but I am willing to commit myself to it [...] If we refuse to open up and face reality in this rapidly changing world, we may be depriving ourselves and the younger generations of better living..
Jelaslah siapa yang dituduh oleh Chen Yen Ling sebagai penyebab jurang perkauman apabila dia menuduh: “Racial polarisation and anger clearly proved its point during elections. It is scary to take note of the many dangerous minds revealed in the mainstream and social media during and after GE13.”

Dan jelas juga siapa yang dibayangkan oleh Chen Yen Ling sebagai golongan pemarah pasca-PRU13 yang mempunyai pola pemikiran serta mungkin menyimpan niat yang merbahaya.


Masa depan MCA

Semakin terselak agenda musang-berbulu-ayam The Star terutamanya ekoran kemenangan besar DAP.

Selama ini MCA telah melepas tangan untuk orang Star membuat sesuka hati mereka asalkan keuntungan dikaut. Pada tahun 2010, The Star telah membayar dividen berjumlah RM126 juta kepada MCA.

(“… MCA’s portion of dividends declared by Star last year would amount to RM126 million”, The Edge, 27 Sept 2011)

MCA ialah sebuah parti kaya-raya dengan hartanya dianggarkan (conservative estimate) bernilai RM2 bilion — ‘All eyes on the MCA presidency‘ (Bernama, 5 March 2010). Ada sumber-sumber yang percaya harta MCA melebihi RM2 bilion.

The Star juga sebuah konglomerat yang kaya-raya. Seorang pengarah eksekutif dalam lembaga The Star boleh dibayar upah sehingga RM6.8 juta setahun.

Lihat jadual ganjaran yang diterima oleh para pengarah The Star (bawah) — sumber Laporan Tahunan 2011 The Star


StarDirectorFee
  • Antara lima eksekutif paling top The Star ialah
  • Tan Sri Fong Chan Onn
  • Datuk Vincent Lee
  • Ho Kay Tat (sudah meninggalkan syarikat)
  • Tan Sri Kamal Hashim
  • Datuk Seri Wong Chun Wai

Wah-wah-wah, nampaknya Wong Chun Wai sebagai seorang pengarah eksekutif The Star besar kemungkinan menerima bayaran director’s fee sebanyak RM2.2 juta setahun (ataupun RM183,300 sebulan).

Ini tidak termasuk imbuhan lain (“benefits-in-kind”) yang diterima oleh para pengarah The Star bejumlah RM910,299 (lihat bawah). Dengan gaji bulanannya sebagai pengarang kumpulan sekali, Wong Chun Wai sama kaya-raya lah dengan saudagar MCA.


StarDirectorsBenefits
wongsaiwan
Fat cat The Star pengarang eksekutif Wong Sai Wan

Adakah The Star akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mengalih pengundi atas pagar kepada DAP dalam PRU14 kelak?

‘Opposition to focus on 47% of Malaysians who voted for BN’ (The Star, 13 Mei 2013) memetik Lim Kit Siang sebagai berkata:

“We need to win them [fence-sitters] over in the next general election,” he said at a press conference yesterday.

“Earlier, Lim, accompanied by Skudai assemblyman Dr Boo Cheng Hau and Gelang Patah DAP Wanita chief Ng Siam Luang, handed out 1,000 stalks of flowers to women at the Taman Ungku Tun Aminah market in Skudai here in conjunction with Mothers Day.”

Apa lagi Cina mahu?

Cina DAP mahu memegang tampuk pemerintahan negara.



Sumber & Credit Utk  : Helen Ang


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.