Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

Friday, January 12, 2018

Najib Ke Taman Dari Taman syurga, Mahathir Pula Cari Banduan Penjara!!!



 


Allah SWT yang muliakan dan angkat seseorang itu menjadi pemimpin. Tanpa izin Allah SWT, usahlah melawan ketentuan takdir.

Alhamdulillah, semalam Datuk Seri Najib telah berjaya masuk ke taman syurga, Raudhah di Madinah. Raudhah adalah satu taman syurga yang ada di dunia ini.

"Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga” Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim

"Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya’ di Masjid Nabawi.


 


Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda memasuki makam Rasulullah" tulis Perdana Menteri di laman twitternya pada 10 Januari 2018.

Amat berbeza apa yang terjadi kini pada Mahathir. Baru sahaja diumum namanya untuk jadi Perdana Menteri sementara bagi pembangkang. Kena pula mencari banduan penjara untuk minta restu.

Kena pula "sign" surat perjanjian agar bila Anwar Ibrahim lepas dari penjara, mahu jawatan PM itu kena diserah pada Anwar.


 


Sebelum ini, cari Anwar di mahkamah. Sekarang ini, cari di hospital pula. Semalam di Hospital Rehabilitasi Cheras, Nurul Izzah jadi "tour guide" Mahathir untuk berjumpa dengan bapanya.

Namun Allah SWT tidak izinkan perjumpaan itu berlaku. Katalah apa pun andaian, kalau Allah SWT izin, ianya berlaku. Kalau Dia tidak izin, buatlah macam mana pun. Ianya tidak berlaku.

Doa dari kota suci Mekah dan Madinah lebih makbul dan diizinkanNya.

Bila hantar jemaah haji ke Mekah, dikatanya haji tidak mabrur. Bila Datuk Seri Najib tunaikan umrah, ada juga pembangkang yang cuba lempar fitnah dan jadikan ianya sebagai isu.

Sudah tidak ada modal lagi. Minyak pun turun 3 sen. Apa lagi pembangkang di Malaysia hendak jadikan isu. Sampai orang buat ibadat pun mereka kutuk dan kecam.

Pejabat Perdana Menteri sudah menjawab tohmahan jahat pembangkang itu di pautan ini ;

https://www.facebook.com/PMOMalaysia/posts/2011082668907702


 


Tidak cukup dengan itu, ada juga pembangkang pertikai Datuk Seri dapat masuk atau tidak dalam Kaabah. Ternyata tohmahan jahat itu meleset.

Tengok status di Twitter Datuk Seri Najib ini, https://twitter.com/NajibRazak/status/951299664095006722

Bukan sekali, sebelum ini pun pada tahun 2015, Datuk Seri Najib juga diberi peluang masuk dalam Kaabah. Lihat gambar di pautan ini ;

https://m.facebook.com/story.php…

Hari ini 11 Januari 2018, kalau ditulis akan jadi 11.1.18, nombornya amat cantik susunannya dan bermakna. Dari Madinah, Datuk Seri Najib kirimkan sekeping gambar di pintu masuk makam Rasullullah SAW.


 


Sebentar tadi, di Mekah, Datuk Seri Najib masuk dalam Kabaah. Tunaikan solat sunat dua rakaat dan memohon doa di dalam Kaabah agar negara ini terus aman, makmur dan sejahtera.

Amat kontradiks dengan pembangkang, mereka masih lagi sibuk hendak merampas kuasa, seolah olah mereka akan hidup selama lamanya.

Daripada sibuk pertikai ibadah umrah Datuk Seri Najib dan keluarga, alangkah baiknya kalau Mahathir ajak sama semua pembangkang naik jet peribadi anaknya ke tanah suci Mekah.

Moga Allah SWT terus kekalkan negara ini di tangan kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 nanti. Kerajaan BN yang berkhidmat untuk rakyat, bukannya pembangkang yang mahu kuasa untuk agenda peribadi dan kroni.

Tulisan :
Beruang Biru
BB734, Khamis

11 Januari 2018


Sunday, September 27, 2015

SAIFUL NANG TERSESAT DI MEKAH HINGGA KE RUMAH PELACURAN ???



Seorang fotografer yang juga blogger telah menulis di status facebook miliknya dan mendakwa di sekitar Makkah terdapat banyak rumah pelacuran.  

Status tersebut pastinya mengundang banyak komen yang tidak senang dengan dakwaannya kerana dianggap seolah-olah merendah-rendahkan Tanah Suci Makkah. Lihat SINI

Ikuti beberapa komen dan nasihat positif untuk fotografer tersebut....

    DARI DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI : USAH SEBAR STATUS FB DAN WHATSAPP SEORANG PHOTOGRAPHER YANG MENDAKWA MAKKAH ADA RUMAH PELACURAN.
Nasihat saya kepada mereka yang membaca status FB seorang photographer dan blogger yang mendakwa banyak rumah-rumah pelacuran di sekitar Makkah, usah share di FB masing-masing. 
Jangan cemari wall FB kalian dengan status yang kotor. Status yang boleh merendah-rendahkan Tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.
Kalau pun benar di Makkah ada aktiviti pelacuran, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seIslam dengan cara sebegini.
Apatah lagi ia adalah dakwaan, fitnah dan tuduhan yang didengar entah dari siapa..
Sesungguhnya membuka dan menyebar keaiban saudara seIslam adalah sifat munafiq.
Apatah lagi keaiban yang direka cipta dengan tujuan memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan dua tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُون
 Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azah siksa yang tidak terperi pedihnya, di dunia dan di akhirat. Dan ingatlah Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (surah al-Nur: 19)
(Nasihat daripada sahabat saya Ustaz Lokmanulhakim)



Astaghfirullah al azim.....

Saiful Nang mu jangan nak ganti Alvin Si Vavi tu pula!!! Balasan Allah itu pasti.... dan janganlah tunjuk kebodohanmu di FB sebegini.

Saudara Saiful Nang...

1. Cuba lihat bagaimana Allah dan Nabi memuliakan Tanah Haram Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya Islam dimulai dengan (dianggap) asing dan akan kembali (dianggap) asing sebagaimana awalnya. Mereka (Islam & ummatnya) berlindung diantara dua masjid (Masjidil Haram & Masjid Nabawi) sebagaimana ular berlindung dalam lubangnya” [Hadits Shahih, Muslim 2/76 – An-Nawawiy].

Hadis riwayat Abu Hurairah radhiyAllahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Di setiap jalan-jalan Madinah itu terdapat malaikat (yang menjaga) agar tidak dimasuki wabah penyakit dan Dajjal (HR. Muslim No. 5236) 
Hadis riwayat Anas bin Malik radhiyAllahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. (HR. Muslim No.2449).1`

2. Begitulah bagaimana allah dan nabi memuliakan tanah haram. Yang cuba memburukkan tanah haram adalah kerja-kerja golongan Syiah.

3. Saya tak nafikan tentang dakwaan saudara mengenai kegiatan pelacuran di sana. Mungkin ada. Saya tak tahu. Jika ada pun mungkin ibarat semut hitam di atas batu hitam yang besar.

4. Namun, saya cukup kagum dengan saudara. Di tempat di mana umat Islam di seluruh dunia melakukan ibadah, saudara masih mampu mencari lorong2 pelacuran yg bagi saya ianya amat sukar di cari di sebuah kawasan yg Nabi dan Allah muliakan.

5. Boleh saya tahu kenapa saudara boleh berada di lorong-lorong pelacuran di Tanah Haram?

6. Jangan salahkan saya jika saya meragui saudara kerana saudara telah meletakkan diri saudara di tempat yang meragukan. 

Sekian. Dr Aznil Hisham.

Bagaimanapun difahamkan, status tersebut telah pun di delete oleh Saiful Nang. Mungkin tindakannya mendelete itu setelah menyedari bahawa ianya sekadar khabar angin atau FITNAH ..... ???    Lihat perbualan berikut  : 


Saturday, September 12, 2015

[VIDEO & GAMBAR] Ribut: Kejadian Kren Jatuh Hempap Masjidil Haram


Al-Fatihah untuk mangsa...syurga untuk mereka yang dijemput ALLAH SWT dirumahNya...




Ribut kuat yang melanda Mekah sebentar tadi mengakibatkan sebuah kren terjatuh di atas Masjidil Haram sehingga menyebabkan atapnya roboh.

Berdasarkan perkongsian dari laman Facebook Haramain, beberapa orang dilaporkan maut dan ramai yang cedera akibat kejadian.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dijangka
mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu dalam tempoh terdekat.–











Video kejadian telah dimuat naik oleh portal berita Arabnews.com


Wednesday, August 26, 2015

Ringgit Tak Laku Di Mekah Dan Madinah Adalah Berita PALSU Berniat JAHAT...!



Pagi tadi bertempat di perumahan FELDA Gelanggi 04 Jerantut Pahang, Pengerusi Tabung Haji, YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim dengan tegas menafikan khabar angin kununnya matawang ringgit negara kita tidak laku di tanah suci....

Dikala waktu ini sedang berlangsungnya musim ibadah Haji, tiba-tiba muncul juak juak yang tidak bertanggungjawab membawa perkhabaran palsu bernilai FITNAH menyebarkan berita menakut-nakutkan jemaah yang masih belum berangkat untuk mendepani kepayahan jika mahu berbelanja sewaktu berada di Mekah dan Madinah.


Viral semakin teruk di laman laman sosial dan mesej Whatsapp Group cuba memburuk-burukan imej negara yang sedang bergelut dengan krisis nilai matawang ringgit yang sedang susut sedikit sekarang ini.

Azeez Rahim agak kecewa dengan fitnah jahat ini kerana menurutnya keadaan kesemua jemaah dibawah seliaan Tabung Haji memang sangat teratur dan dijaga dengan baik.

Sebenarnya tidak timbul langsung isu jemaah haji membawa matawang ringgit ke tanah suci kerana setiap Maktab [iaitu hotel penginapan] memang tersedia ada pusat khidmat kewangan Tabung Haji.

Pusat khidmat ini lengkap dengan kaunter kaunter pengeluaran wang yang akan membayar dalam bentuk matawang Riyal buat setiap jemaah haji. Malah semua jemaah mendapat kesitimewaan kerana tidak pelu langsung membawa buku simpanan untuk urusan pengeluaran wang.

Cukup sekadar menunjukkan kad pengenalan Haji yang sentiasa digantungkan sepanjang tempoh berada disana, dan pihak Tabung Haji juga membenarkan pengeluaran walaupun hanya menunjukkan gelang tangan jemaah.

Maka disini jelas terbukti tidak ada logik kenapa harus mana mana jemaah kita bersusah payah mahu pergi merayau pergi mencari penukar wang asing dan membawa matawang ringgit...? Tidak masuk akal langsung !

Perkhidmatan dah disediakan di lobi tempat penginapan, kenapa pula jemaah mahu pergi berjalan jauh jauh mencari pusat kaunter penukar wang asing ?

Menurut Azeez lagi, setiap jemaah tidak perlu risau memikirkan masalah membawa wang tunai yang banyak kerana pengeluaran boleh dibuat di Maktab masing masing dan jumlah had pengeluaran dibenarkan sehingga 10,000 sehari.

Malah buat mana mana jemaah yang ingin berbelanja lebih mereka boleh menyuruh ahli ahli keluarga di Malaysia mendepositkan wang disini dan selepas itu mereka akan membuat pengeluaran disana.

Sementara itu pada jam 9.15 pagi tadi, Datuk Seri Panglima Azeez selamat tiba di No 189 Felda Gelanggi 04, Jerantut rumah Allahyarhamah Zaleha Bt Yasin, 63 jemaah yang meninggal dunia di Madinah.

Beliau disambut oleh waris keluarga, anak anak Allahyarhamah. Majlis tahlil diadakan sebentar tadi dipimpin oleh Imam masjid Felda Gelanggi.

Azeez turut memaklumkan bahawa segala urusan jenazah telah selamat diuruskan oleh kakitangan TH di Madinah. Allahyarhamah selamat disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Baqe' Masjid Nabawi.

Pihak TH turut menghulurkan sumbangan dan derma seperti air zamzam dan wang bejumlah RM1,500.

Turut sama hadir untuk mengiringi Azeez pagi tadi adalah Ahli Parlimen Jerantut, YB Ahmad Nazlan Bin Idris dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Prof Emeritus Tan Sri Dato' Abdul Shukor Husin. MIK


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.