Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label PDC. Show all posts
Showing posts with label PDC. Show all posts

Wednesday, April 6, 2016

SPRM Serbu Pejabat Penang Development Corporation


pdc


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu ke pejabat Penang Development Corporation (PDC) untuk mengambil beberapa dokumen, lapor China Press. (Baca sini )

Menurut Lee Kah Choon, Pengarah InvestPenang dan Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ia merupakan prosedur biasa dalam siasatan SPRM.

cina paper

Difahamkan serbuan SPRM ke atas PDC dilakukan setelah pendedahan dibuat di media sosial mengenai penglibatan Magnificent Emblem Sdn Bhd, syarikat milik Ms Phang Li Koon dalam cadangan projek pembinaan perkampungan pekerja warga asing oleh PDC di Juru.

Ini adalah bukti hubungan langsung Ms Phang penjual banglo dan Lim Guan Eng sebagai pembeli banglo di bawah harga pasaran. Lim Guan Eng adalah Pengerusi PDC selain Ketua Menteri,” ulas Azizi Safar



Semalam, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan turut mendedahkan Phang mempunyai kepentingan secara langsung dengan kerajaan negeri pimpinan Guan Eng melalui syarikatnya, Magnificent Emblem Sdn Bhd.

Kalau tiada urusan perniagaan (antara Phang) dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, macam mana (syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd) boleh buat permohonan untuk pembinaan asrama pekerja asing dengan PDC iaitu Penang Development Corporation, “soal Huan.

Tambah Huan hubungan di antara syarikat milik Phang itu dengan PDC membuktikan pengakuan bersumpah yang dibuat pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn sebelum ini yang mendakwa ‘tiada apa-apa kepentingan perniagaan dengan kerajaan negeri’ boleh diragui kebenarannya.




Tuesday, April 5, 2016

Phang Li Koon Terbukti Beri Akuan Bersumpah Palsu, Laman Web PDC Tiba Tiba Di Tutup Untuk Buang Bukti ?


12512335_1787354604816659_5883986243827732825_n

Dalam akuan bersumpah Phang Li Koon kononnya beliau tidak ada kaitan perniagaan dengan kerajaan negeri ternyata satu pembohongan.

Beliau menjual banglo dengan harga terlajak murah apabila ada ada kickback projek dan perolehan tanah dengan harga dibawah pasaran. Apa yang menarik penafian dan pembohongan dari Lim Guan Eng dan kuncu kuncu mereka tidak mampu untuk menutup skandal yang membabitkan kerugian puluhan juta kepada kerajaan negeri.

Bukti Phang Li Koon dan rakan kongsinya mempunyai kaitan projek dengan kerajaan negeri.

10401991_476901199175611_8007141981921245439_n

Apa yang menarik tentang pendedahan ini,secara tiba tiba laman web PDC syarikat GLC kerajaan negeri terus ditutup. Sedangkan segala maklumat penting tertera didalam laman Web PDC. Akses disekat agar bukti maklumat skandal dicuci seberapa segera, kata pisau.net

12512335_1787354604816659_5883986243827732825_n

Mana mungkin laman web PDC di godam,  Mungkin selepas ini akan keluar kenyataan kononnya mereka digodam atau mengalami masaalah teknikal.. haha..
Ini semua wayang bagi menutup kerja mencuri dan rasuah didalam DAP.

”Makin banyak buka mulut, makin banyak maklumat keluar..tokong mana mau lari” 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.