Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Rasuah. Show all posts

Tuesday, September 5, 2017

Kit Siang, Kenapa Guan Eng Masih Lagi menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?





Jadi kenapa Guan Eng masih menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Kalau ikut piawaian UMNO, Guan Eng patut mengambil cuti atau meletak jawatan sekarang iaitu semasa dia sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah

Bagaimana Najib boleh melantik Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandangkan beliau telah menerima doser (dokumen) yang tebal tentang Isa yang mempunyai banyak masalah dan tidak layak untuk dilantik ke mana-mana jawatan awam utama

Pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan ini mempunyai satu set peraturan bagi mereka yang menyokong kerajaan dan satu set yang berbeza bagi mereka yang menentang kerajaan.

Pada masa Isa Samad dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD tidak ada satu pun bukti tentang kesalahan yang dilakukannya. Malah, siasatan terhadap dakwaan itu belum lagi dilancarkan. Oleh itu, dalam kes ini, doktrin anda tidak bersalah sehingga terbukti bersalah hendaklah duguna pakai.

Sekiranya berdasarkan kepada tuduhan saja adalah mencukupi untuk pecat seseorang, maka Mahathir boleh dianggap 'tercemar' dan tidak layak dijadikan 'TOP DOG' Pakatan Harapan.

Bukankah Kit Siang yang menuduh bahawa Mahathir dan Anwar telah menipu dan bukankah Kit Siang yang menuntut peletakan jawatan Mahathir dan Anwar pada tahun 1994

Adakah kerana DAP memerlukan Mahathir sebagai maskot serta berwajah Melayu dalam DAP

Adakah semata-mata tuduhan sudah cukup untuk membatalkan kelayakan seseorang dari jawatan pejawat awam yang disandangnya, bagaimana pula jika orang itu, seperti Lim Guan Eng yang sebenarnya telah didakwa atas kesalahan jenayah, terutama sekali mengenai penipuan, pecah amanah (CBT), rasuah, dll?

Istilah Melayu untuk sikap Kit Siang ialah TIGA SUKU. Kit Siang bukanlah orang yang bermoral, beretika dan berprinsip kerana dia tidak mempunyai maruah dan kehormatan. Dan ini mencerminkan pembiakan orang itu.

Kit Siang, why is Guan Eng still the Penang CM? – Malaysia Today


Kemunafikan Kit Siang yang terbongkar adalah seperti bau nanah busuk yang meleleh dari luka yang dijangkiti kuman. Kalau hanya berdasarkan kepada tuduhan sudah mengcukupi untuk membatalkan kelayakan seseorang daripada jawatan pejawat awam yang disandangnya, bagaimana pula jika orang itu, seperti Lim Guan Eng yang sebenarnya telah pun didakwa atas kesalahan jenayah, terutama sekali mengenai penipuan, pecah amanah (CBT), rasuah, dll?


THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)


Hari ini Lim Kit Siang berkata, "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perlu memberi penjelasan penuh dan tepat mengenai bagaimana Najib boleh melantik Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandangkan beliau telah menerima doser (dokumen) yang tebal tentang Isa yang mempunyai banyak masalah dan tidak layak untuk dilantik ke mana-mana jawatan awam utama memandang peranan kontroversinya sebagai Pengerusi Felda dan FGV, telah membangkitkan isu-isu serius mengenai integriti, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa,".

Kit Siang, sekali lagi, menunjukkan dwi standardnya (double standards). Pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan ini mempunyai satu set peraturan bagi mereka yang menyokong kerajaan dan satu set yang berbeza bagi mereka yang menentang kerajaan. Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Ling Liong Sik, dan banyak lagi dikatakan jahat semasa mereka bersama UMNO dan/atau Barisan Nasional tetapi apabila mereka menyokong pembangkang, mereka dianggap sebagai malaikat.

Pada masa Isa Samad dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD tidak ada satu pun bukti tentang kesalahan yang dilakukannya. Malah, siasatan terhadap dakwaan itu belum lagi dilancarkan. Oleh itu, dalam kes ini, doktrin anda tidak bersalah sehingga terbukti bersalah hendaklah duguna pakai.



Mahathir adalah 'TOP DOG' Pakatan Harapan walaupun 
terpalit dengan banyak jenayah


Sekiranya berdasarkan kepada tuduhan saja adalah mencukupi untuk pecat seseorang, maka Mahathir boleh dianggap 'tercemar' dan tidak layak dijadikan 'TOP DOG' Pakatan Harapan. Bukankah Kit Siang sendiri yang mendedahkan perbuatan salahlaku dan penyelewengan Mahathir? Dunia tidak akan tahu tentang kerugian Bank Negara akibat perjudian di pasaran tukaran mata wang asing, kalau tidak kerana Kit Siang sendiri yang mendedahkannya di Parlimen pada tahun 1993 dan 1994.

Bukankah Kit Siang yang menuduh bahawa Mahathir dan Anwar telah menipu dan bukankah Kit Siang yang menuntut peletakan jawatan Mahathir dan Anwar pada tahun 1994 dan berkata mereka mesti bertanggungjawab bukan sahaja untuk kerugian Bank Negara, yang kini bernilai RM99 bilion, tetapi Juga kerana menyembunyikan fakta ini dari rakyat dan berbohong kepada Parlimen?

Selama lebih 20 tahun Kit Siang menuntut diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara dan hari ini, apabila RCI telah ditubuhkan, Kit Siang telah menjadi bisu serta menentang RCI. Mengapa Kit Siang tiba-tiba melakukan U-Turn? Adakah kerana DAP memerlukan Mahathir sebagai maskot serta berwajah Melayu dalam DAP? Adakah kerana Mahathir memenuhi tujuan DAP untuk menggunakannya sebagai si Ali Baba dan menjadikan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP sebagai Pakatan Ali Baba?


DAP mahu Liong Sik di penjarakan tetapi 
Mahathir telah menyelamatkannya dan sekarang DAP telah melakukan U-Turn dan tidak bangkitkan lagi jenayah Liong Sik


Kit Siang bergelumang dengan kemunafikan seperti nanah yang mengalir dari luka yang telah dijangkiti kuman. Dan kemunafikan Kit Siang juga berbau busuk seperti nanah dari luka yang telah jadi gangrene. Adakah semata-mata tuduhan sudah cukup untuk membatalkan kelayakan seseorang dari jawatan pejawat awam yang disandangnya, bagaimana pula jika orang itu, seperti Lim Guan Eng yang sebenarnya telah didakwa atas kesalahan jenayah, terutama sekali mengenai penipuan, pecah amanah (CBT), rasuah, dll?

Anak Kit Siang, Guan Eng, telah didakwa atas tuduhan rasuah dan sedang menunggu hari perbicaraan. Harun Idris diminta meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor apabila dia menghadapi tuduhan rasuah. Mohamad Khir Toyo dan Muhammad Muhammad Taib, kedua-duanya diminta untuk meletakkan jawatan mereka semasa mereka membela diri mereka atas dakwaan jenayah. Malah, Mat Taib akhirnya didapati tidak bersalah tetapi dia tidak ambil semula sebagai Menteri Besar Selangor.


Guan Eng sedang menghadapi perbicaraan rasuah dan
 jika dia adalah seorang Ketua Menteri UMNO, sudah tentu 
dia dipaksa meletakkan jawatan sekarang


Jadi kenapa Guan Eng masih menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Kalau ikut piawaian UMNO, Guan Eng patut mengambil cuti atau meletak jawatan sekarang iaitu semasa dia sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah - yang pada masa ini terdapat terlalu banyak bukti yang menunjukkan Guan Eng bersalah. Ketika tiga Menteri Besar UMNO Selangor meletak jawatan, tetapi Guan Eng masih lagi menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Malah, ada seorang Menteri Besar UMNO Selangor yang didakwa melakukan salah laku seksual dengan kakak iparnya dan itu adalah cukup untuk memaksa dia meletakan jawatannya. Guan Eng juga dikatakan mempunyai hubungan dengan 'Rainbow' atas dakwaan rasuah dan kenapa beliau masih lagi menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kit Siang semakin tua dan nampak semakin nyanyuk. Mungkin dia harus mempertimbangkan untuk bersara sebelum dia bercakap lebih banyak perkara yang akan memalukan dirinya sendiri, keluarganya, partinya, dan orang-orang Cina. Bagi Kit Siang untuk membangkitkan isu Isa Samad dan menyerang Najib ketika dia bersekongkol dengan Mahathir dan Anwar serta juga enggan meminta anaknya sendiri untuk meletakkan jawatan adalah tanda orang yang tidak lagi mempunyai pendirian. Istilah Melayu untuk sikap Kit Siang ialah TIGA SUKU. Kit Siang bukanlah orang yang bermoral, beretika dan berprinsip kerana dia tidak mempunyai maruah dan kehormatan. Dan ini mencerminkan pembiakan orang itu.


http://www.malaysia-today.net/kit-siang-why-is-guan-eng-still-the-penang-cm/ 


Tuesday, May 16, 2017

SPRM tahan tiga lagi pegawai zakat P.Pinang


Kes rasuah: Reman pegawai tinggi Zakat Pulau Pinang dilanjutkan

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan tiga lagi pegawai Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat negeri ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban berkata tiga pegawai lelaki itu yang berusia di antara 33 dan 49 tahun, ditahan kira-kira 4.30 petang tadi di pejabat ZPP.

Selain itu, SPRM memanggil tiga pegawai ZPP serta seorang ahli perniagaan dan seorang kontraktor untuk diambil keterangan mereka, katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang menahan 12 suspek termasuk pegawai kanan dan tiga pegawai ZPP serta lapan kontraktor berusia di antara 41 dan 52 tahun.

Dua pegawai ZPP telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang manakala lapan kontraktor turut dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, tempoh reman bagi pegawai kanan ZPP dan seorang lagi pegawai badan itu disambung empat hari lagi bermula hari ini.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Abdul Aziz Aban minggu lalu berkata siasatan awal menunjukkan semua individu terbabit didakwa menyalahgunakan dana bernilai jutaan ringgit dengan menganjurkan program sebelum keuntungannya diagihkan.

Katanya, SPRM percaya CEO terbabit menerima barangan berharga, wang, cek daripada kontraktor dan pembekal sebagai balasan kerana memberikan projek tertentu kepada mereka.

Aziz dilaporkan berkata suruhanjaya itu akan memburu lebih ramai individu, terutama kontraktor yang menerima projek daripada ZPP, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata SPRM juga mungkin akan bertemu dengan pengurusan ZPP dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

ZPP ialah agensi di bawah MAIPP yang mengendalikan duit zakat umat Islam.

-- BERNAMA

Sunday, May 14, 2017

Guan Eng Bukan Sahaja Bacul Untuk Dibicarakan Kes Rasuah, Tapi Ada Hati Kata PAS Tidak Bermaruah




Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, selain merupakan suspek kes rasuah dan salahguna kuasa yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, 3 orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS seharusnya melepaskan jawatan mereka, sekiranya mereka bermaruah.

Kata Lim Guan Eng lagi, ketiga-tiga Exco tersebut perlu membuktikan bahawa mereka bukanlah oportunis. Lebih menarik lagi ialah, suspek rasuah dan salahguna kuasa yang cuba mengelak daripada dibicarakan dengan pemanipulasian undang-undang ini cuba pula mengaitkan UMNO untuk menyandarkan hujahnya itu.

Lim Guan Eng merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin UMNO Selangor yang mengatakan PAS tidak bermaruah sekiranya terus membenarkan ketiga-tiga Exco tersebut bergayut pada jawatan mereka.

"Sekiranya ini pun tidak boleh faham. Itu menunjukkan pemimpin Pas yang lain sudah keliru dan sesat dan kalau UMNO pun cakap mereka tidak bermaruah dan oportunis.

"Pas mesti tunjuk bahawa UMNO tidak bercakap benar, bahawa Pas bermaruah dan letak jawatan kalau tidak apa yang UMNO cakap tu (benar), PAS oportunis dan tidak bermaruah langsung," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian iInsentif Teksi dan Bas sekolah bilangan 2 tahun 2017 di Seberang Jaya semalam. (RUJUK SINI)

Ironinya, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan, lancang lidahnya mengata PAS tidak bermaruah. Dia sendiri bukan sahaja enggan melepaskan jawatan atau bercuti sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya berusaha dengan apa cara sekalipun untuk tidak dibicarakan dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang digunakan sekarang ini dan diperjuangkan oleh para peguamnya ialah untuk mengiktirafkan Akta SPRM sebagai tidak berperlembagaan.

Ketiga-tiga Exco PAS terbabit menang dalam pilihanraya lalu kerana mereka mewakili PAS, bukannya mewakili Pakatan memandangkan Pakatan tidak wujud, tidak berdaftar dan tidak terlibat dalam PRU lalu sebagai satu entiti. Para pengundi telah memberikan undi kepada ketiga-tiga Exco terbabit dan memenangkan mereka di kawasan masing-masing.

Ketiadaan parti politik dominan di Selangor menyaksikan, perlu wujud sebuah kerajaan campuran yang melibatkan PKR, DAP dan PAS. Apatah lagi, PKR dan DAP pula banyak terhutang budi kepada PAS memandangkan segala kemudahan dan pembekalan logistik serta strategik, semuanya datang daripada PAS.

Berbanding di Pulau Pinang di mana DAP adalah parti dominan, ketiadaan wakil PAS dalam barisan Exco Negeri boleh diterima, keadaan yang sama tidak berlaku di Selangor.

Orang yang tidak bermaruah seperti Lim Guan Eng tidak seharusnya berani-berani melabelkan orang lain sebagai tidak bermaruah!



Friday, May 12, 2017

Pulau Pinang Darul-Rsuah - Dari Ketua Menteri Sampai CEO Pusat Zakat Makan Rasuah


Rasuah



Apa yang berlaku semalam  9 Mei 2017 seorang Pegawai Kanan Pusat Zakat PulauPinang antara 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan dana zakat sejak 3 tahun lalu.
 Difahamkan, empat daripada mereka ialah pegawai dan kakitangan agensi itu manakala tujuh yang lain merupakan kontraktor yang mempunyai kepentingan dalam kerja-kerja berkaitan agensi berkenaan.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah PUZ di mana seorang pegawai badan Zakat Pulau Pinang ditahan SPRM untuk siasatan. Amat memalukan. 

Pengurus Besar berusia 50 tahun itu didakwa menerima barangan berharga, wang tunai dan ce daripada beberaa kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projekatau kerja berkaitan den gan program pembangunan membabitkan keperluan asnaf, anak yatim dan gologan memerlukan.

elain menjadi CEO dalam agensi ZPP, Dato Hj Azman bin Abdul Samad juga berada di bahagian pentadbiran Kolej Isla Antarabangsa Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai KITAB. (sila baca )


KITAB mempunyai hubungan terus dengan ZPP yang menyediakan biasiswa untuk pelajar-pelajar yang berkelayakan.

Manakala PUZ adalah di bawah pengawasan Majlis Agama Islam Pulau Pinang di mana Salleh Man, ADUN tunggal PAS (mungkin juga berubah menjadi ahli PAN sekarang) adalah yang Di Pertuanya. Manakala EXCO yang bertanggungjawab ke atas PUZ adalah Abdul Malik Kassim dari PKR.

Salleh Man (Adun PAS / PAN Permatang Pasir), YDP MAIPP adalah juga Pengerusi Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang. Salleh Man sebagai Pengerusi Zakat Pulau Pinang beliau seharusnya bertanggungjawab terhadap penyelewengan yang berlaku semasa Zakat Pulau Pinang berada di bawah seliaan beliau.


Begitu juga Malek Kasim (PKR Batu Maung), Exco Hal Ehwal Agama Islam perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam Zakat Pulau Pinang. Mereka adalah sebahagian daripada Kerajaan CAT DAP Pulau Pinang. Mereka perlu bertanggungjawab.



 Fahmi Zainol, Pengarah Komunikasi PKR dalam laman sosial Twitter beliau menuduh CEO Zakat Pulau Pinang yang ditahan SPRM adalah ahli UMNO.

Setelah 9 tahun Pakatan Rakyat / Harapan perintah Pulau Pinang, adakah mungkin seorang ahli UMNO dibenarkan memegang jawatan utama sebuah agensi kerajaan negeri Pulau Pinang? 


Tuesday, April 25, 2017

Parti Kencingan Rafizi


seademon.me : Taukeh Disneyland Ampang, Adam Rosly, yang dikatakan berada di pihak Azmin Ali telahpun dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan berkaitan dengan perbuatan rasuah.

Adam dituduh di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan, 2001. Jika disabitkan kesalahan, Adam boleh dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM1 juta atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.


Dengan segera Sotong-tersohor  Saudari Rafizi Ramli menyarankan agar PKR menjauhkan diri dari dikaitkan dengan Adam Rosly.


Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda PKR Saudara Nik Nazmi pula cadangkan agar keahlian Adam Rosly dalam pergerakan tersebut digantung.


Sekiranya tindakan tidak diambil terhadap Adam Rosly maka Azmin Ali menghadapi risiko ditohmah sebagai pembela ahli yang lakukan rasuah.

Persoalan seterusnya ialah, adakah PKR juga akan menjauhkan diri dari Rafizi dan menggantung keahliannya setelah empat kali didapati bersalah kerana menabur fitnah dan menghasut?



Atau adakah PKR selesa dikenali sebagai parti yang dikemudi oleh seorang yang terbukti pemfitnah dan penghasut?

Kalau nak bertindak, bertindaklah terhadap kedua-duanya sekali. Nama pun KEADILAN.


Monday, April 24, 2017

Dokumen Skandal dan Rasuah Lim Guan Eng Melibatkan Tanah Puncak Bukit Relau, Telah diBentangkan Di Mahkamah Tinggi Hari Ini!!!


Perbicaraan saman Lim Guan Eng ke atas FMT di Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini mendedahkan satu perkara yang selama ini cukup disembunyikan oleh Lim Guan Eng dan DAP.

LIM GUAN ENG ADALAH KEPALA PENCEROBOH HUTAN DAN PENGGONDOLAN PUNCAK BUKIT!!!

Pendedahan berhubung pembabitan Tan Kok Ping secara langsung dengan Betty Chew, isteri Lim Guan Eng telah didedahkan sebelum ini (BACA DI SINI) dan DI SINI.

Kes pencerobohan Botak Hill atau Bukit Relau telah menimbulkan kontroversi dan kritikan keras ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas penggondolan puncak bukit.

Malah semasa hidupnya, Karpal Singh sendiri pernah membangkitkan perkara tersebut dan Lim Guan Eng dengan segera menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional terdahulu walaupun pencerobohan dan penggondolan tersebut berlaku pada zaman pentadbirannya.

Siasatan mendapati, penggondolan tersebut dilakukan oleh syarikat milik Tan Kok Ping, konco utama Lim Guan Eng yang turut diberikan hak menguasai hartanah dan tanah di seluruh Pulau Pinang oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Pada Julai 2013, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang telah mendenda GASB, sebuah syarikat hartanah yang mempunyai kaitan dengan Tan Kok Ping sebanyak RM30,000 kerana melakukan kerja-kerja tanah haram di Bukit Relau di Jalan Bukit Gambir, Gelugur semenjak Mei sekaligus mewujudkan kawasan 'botak' di Bukit Relau.

Bukit Relau kemudiannya bertukar nama menjadi Botal Hill selepas itu.

Salah seorang pengarah syarikat tersebut adalah Tan Sri Dato Tan Kok Ping, JP. yang juga merupakan Penasihat Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Pulau Pinang. Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Pulau Pinang itulah juga yang telah melantik Betty Chew ke jawatan yang ada kaitan dengan hartanah, sekaligus menunjukkan bagaimana Betty Chew menjadi agen pemungut komisyen untuk Lim Guan Eng.

Tan Kok Ping diketahui ramai amat rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kerapatan itulah yang membolehkan Betty Chew ditawarkan jawatan penting dalam sebuah Majlis yang diwujudkan oleh Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Pulau Pinang yang berkaitan dengan pemajuan tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang.

Ramai yang berpendapat, denda yang dikenakan oleh MPPP kepada GASB adalah satu lakonan semata-mata untuk menutup tembelang rasuah dan skandal melibatkan Lim Guan Eng dan Tan Kok Ping. Denda itu sepatutnya jauh tinggi dengan dakwaan lebih besar patut dikenakan.

RM30,000 bukanlah jumlah yang besar buat taikun pemaju hartanah seperti Tan Kok Ping yang telah dan akan mengaut berbilion-bilion ringgit hasil skandal dan rauahnya dengan Lim Guan Eng. Skandal dan rasuah ini dapat dilihat menerusi gaya hidup mewah dan bercitarasa tinggi Betty Chew yang berbelanja besar untuk beg tangan, rantai dan loket, cincin dan pakaian serta percutian mewah buat mereka sekeluarga.

Malahan, Karpal Singh sendiri pernah menyelar GASB dan mencadangkan agar Tan Kok Ping diheret ke mahkamah dan dipenjarakan sekiranya dia gagal memberikan penjelaan yang baik di mahkamah. Tan Kok Ping telah didenda kerana melakukan kerja-keja haram penarahan dan penggondolan bukit.

Hari ini, dalam kes mahkamah yang berasingan, kita telah diberitahu sebab-sebab utama mengapa tindakan yang dikenakan kepada Tan Kok Ping dan GASB amat ringan.

Ternyata projek tersebut bukannya HARAM sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah sekalipun pembangunan di puncak bukit di Pulau Pinang pada kebiasaannya diharamkan. Bukan juga penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah tetapi sebaliknya telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng.

Peguam Baljit Singh telah memberitahu mahkamah hari ini dia telah berjaya memperolehi dokumen dari kes mahkamah yang berasingan yang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan, mengezonkan dan menggazetkan tanah di Bukit Relau sebagai tanah kediaman.

Dokumen itu juga menunjukkan pembangunan Bukit Relau telah diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Projek yang diketuai sendiri oleh Lim Guan Eng!

Memandangkan dokumen tersebut telah diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti, ia bukanlah sesuatu yang boleh dituduh oleh Lim Guan Eng sebagai palsu.

Justeru, Lim Guan Eng perlu memberikan banyak alasan mengapa dia meluluskan projek pembangunan di kawasan yang sebelum ini telah dilarang dan secara ekologinya amat sensitif apabila isu ini sudah terdedah. 

Adakah Lim Guan Eng masih lagi mahu bercakap tentang ketelusan dan anti rasuah sedangkan dia sendiri adalah KEPALA RASUAH dan terlibat dalam skandal tanah yang membolehkan isterinya berbelanja dan bergaya mewah walaupun mereka sebenarnya adalah CINA DARAT?

Thursday, October 13, 2016

GEMPAR : Bukti Dokumen Shafie Apdal Mengawal Semua Projek Di KKLW Yerdedah! Rasuah Bekalan Air Luar Bandar Ratusan Juta Terbongkar

GEMPAR: BUKTI DOKUMEN SHAFIE APDAL MENGAWAL SEMUA PROJEK DI KKLW TERDEDAH! RASUAH BEKALAN AIR LUAR BANDAR RATUSAN JUTA TERBONGKAR

Shafie Apdal adalah Mantan Menteri KKLW yang paling pandai menggunakan kuasanya. Lembaga Perolehan A atau B Shafie Apdal yang akan arahkan KSU/TKSU 1.

Menurut catatan Artikel Captain M sebelum ini telah mendedahkan bagaimana Dato' Seri Shafie Apdal bekas menteri KKLW itu terlibat dengan kes rasuah terbesar lebih RM 114 juta di Sabah. SPRM telah mengesahkan Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah dan Teo Chee Kong Timbalan Pengarah mendapat manfaat dari projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. 38 syarikat iaitu 17 syarikat dimiliki adik beradik dan proksi Ag Tahir Pengarah dan 21 Syarikat oleh Timbalan Pengarah telah disiasat dan kita yakin syarikat-syarikat ini turut mendapat manfaat dari kuasa Menteri KKLW ketika itu.

2. Tan Sri Pairin Kitingan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah juga menafikan kementeriannya mendapat peruntukan terus daripada KKLW.

3. 10 Oktober lalu Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes rasuah membabitkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah. Beliau yakin siasatan membabitkan peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah KKLW dari tahun 2010 hingga 2015 dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh."Saya akan mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai projek BALB yang disalurkan ke Jabatan Bekalan Air Sabah dari Bahagian Insfrastruktur KKLW".

BAGAIMANA SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASANYA?

4. Bayangkan peruntukan yang diberikan kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilion dan RM28.4 bilion pada RMK10. Projek NKRA Luar Bandar KKLW sahaja menerima peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion. Shafie Apdal, Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah (ketika itu), dan para Pengarah agensi serta jabatan di negeri bersekongkol sesama mereka merompak peruntukan ini.

5. Shafie Apdal memperalatkan Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) iaitu "memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi Kementerian-kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan"

6. Walaupun Shafie mengarahkan KSU KKLW untuk Tugas-tugas Perolehan sejak 2011 dan 2013 untuk penurunan kuasa Kontrak penentuan projek tetap dipengaruhi arahan Shafie Apdal

7. Berbanding Menteri-menteri lain Shafie Apdal satu-satunya Menteri yang menggunakan kuasanya Akta Kontrak 1949 dengan cara menurunkan kuasa kepada pegawainya setiap projek KKLW. Cara ini dapat memastikan KSU dan TKSU melaporkan terus kepadanya selaku Menteri bagi memastikan projek di beri kepada proksi atau kroninya. Malah beliau dapat mencampuri segala urusan perolehan Kementerian.

Berikut contoh Projek yang diluluskan oleh Lembaga Perolehan A yang sebelum itu telah diminitkan sokongan oleh YB Dato Seri Shafie Apdal, diluluskan dalam jawatankuasa tender, harga hinggalah Lembaga Perolehan A /B. Shafie Apdal memastikan semua proksi atau kroninya dapat projek KKLW.

Shafie menentukan Pegawai menandatangani Kontrak/ LOA KKLW termasuk projek KKLW di Sabah dan Sarawak. Ada juga beliau menurunkan kuasa kepada Pengarah JKR Negeri/ Jabatan Air bagi projek JALB, BALB dan BELB. Secara langsung Shafie mengetahui syarikat mana yang mendapat projek KKLW sebagaimana arahan Shafie sebelum Lembaga Perolehan A atau B KKLW.

8. Begitulah Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW. Beliau terlalu berlagak suci untuk tidak melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Projek KKLW yang disalurkan kepada Jabatan Air Negeri Sabah tetap mempunyai unsur seperti yang didedahkan di atas. KSU atau TKSU dan mana-mana pegawai KKLW yang engkar arahan akan dipindahkan. Malah para pegawai yang melaksanakan agendanya seperti KSU, TKSU, SUB, TSUB, KPP, teknikal di KKLW kaya raya sekarang. Kerjasama Dato' Sri Ismail Sabri Menteri KKLW yang baru bukan sahaja akan membantu kes di Sabah tetapi juga bakal membongkar kegiatan pegawai KKLW.

Bandingkan cara Tan Sri Muhyiddin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Shafie Apdal lebih "ganas" dalam membolot projek.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MUNGKIN TIDAK MENGGUNAKAN SISTEM SHAFIE APDAL. SISTEM SHAFIE APDAL MEMANG AKAN MEMONOPOLI SEMUA PROJEK KEMENTERIAN. SHAFIE DAN PEGAWAINYA AKAN MENGETAHUI 'ALIRAN' DOKUMEN ITU BERGERAK DI KKLW SEPERTI JAWATANKUASA SPESIFIKASI, BUKA TENDER, TEKNIKAL, PENILAIAN HARGA SEHINGGALAH LEMBAGA PEROLEHAN A DAN B.

KES-KES BERANI SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASA

9. Sekitar tahun 2011, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, secara jelas telah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (SE) agar meluluskan projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah secara Tender Terhad kepada 10 syarikat PKK Kelas B di Negeri Sabah.

10. Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002 jelas menyebut bahawa semua tender melebihi RM10 juta perlu kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Ini bermakna kuasa tender KKLW di bawah RM10 juta adalah di bawah kuasa sepenuhnya Menteri KKLW.

11. Adalah jelas Menteri KKLW telah menyeleweng dan mengarahkan tender terhad kelas B diluluskan dalam Lembaga Perolehan KKLW untuk Projek Jalan Access Kg. Menawo, Keningau Sabah.

12. Namun selepas tender dijalankan, kos melaksanakan projek tersebut melebihi had tender PKK Kelas B dan terpaksa melantik Syarikat Juz Jati Sdn Bhd (Syarikat Kelas B) dengan harga RM 11 juta. Entah bagaimana Jawatankuasa Spesifikasi dan penilaian tender melakukannya. Yang pasti JKR Sabah memberikan kos berlebihan. Bermakna berlaku unsur "kawtim" menaikkan harga. Tak mungkin jawatankuasa diperingkat Spesifikasi dan harga tidak dapat mengesan kos sebenar projek.

13. Sehubungan itu KKLW terpaksa membuat permohonan semula kepada Kementerian Kewangan agar meluluskan projek tersebut di atas secara khas memandangkan segala urusan tender dan pelantikan kontraktor telah dibuat.

14. Bagaimanapun Kementerian Kewangan melalui suratnya S.K.KEW/PL/KI 1/700/810209/156/12-43 JLD 12 SK 3 (7) bertarikh 3 Oktober 2011 telah memaklumkan kepada KKLW bahawa pelaksanaan tender terhad bagi projek di atas tidak teratur kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil.9 tahun 2009 dan SPP Bil.2002.

15. Angkara siapakah ini? Berlaku kelam kabut ketika itu. Dikatakan ini adalah komplot kontraktor dengan KKLW. Setiausaha Sulit Menteri KKLW, Dr Najmil Faiz bin Mohamad Aris, telah memberi memo kepada TKSU atas atas arahan Menteri KKLW agar meluluskan projek ini kepada 10 syarikat kelas B dalam kumpulan pakatan Syarikat Juz Jati Sdn Bhd.

16. Dr Najmil Faiz telah mengarahkan agar surat kelulusan KKLW dibuat kepada syarikat dan termasuk surat permohonan kelulusan khas kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Akhirnya projek ini tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan perlu ditender semula secara terbuka. Ini satu cara bagaimana Pegawai dan menteri menggunakan kuasa Akta Kontrak 1949.

17. Mengapa Menteri KKLW ini mudah dipengaruhi oleh Dr Najmil dan TKSU sehingga sanggup campur tangan dalam tender KKLW? Bukankah sudah jelas dalam pekeliling bahawa semua tender melebihi RM10 juta mesti dengan kebenaran Kementerian Kewangan. 

18. Kes ini pernah didedahkan suatu ketika dulu. KKLW sentiasa mengulangi kesilapan demi kontraktor. Buktinya sekali lagi Menteri KKLW mengarahkan projek Kelas B dibawa ke MOF semula kerana melebih kos. Projek Jalan Kangkau (Langkau)-Narambai, Ranau, Sabah rujukan S/K.KEW/PK/KI 1/700/810209/156/22 JLD 15 SK 4 (4). Projek Jalan Keningau berulang ditempat lain. Projek CIDB G6 (dulu PKK Kelas B) dinaikkan kos sehingga RM16,035,890.00 dan melantik kontraktor Jutawan Emas Sdn Bhd. Sekali lagi Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan menolak permohonan KKLW.

Berkuasa tak Shafie Apdal? Dia fikir dengan menaikkan kos projek dan kawtim dengan JKR Negeri maka MOF akan meluluskan dengan mudah? Jika ini dibiarkan sudah tentu KKLW akan meluluskan semua Projek bernilai bawah RM10 juta dalam Lembaga Perolehan A kemudian meminta kelulusan khas dengan MOF kerana terlebih bajet. Namun taktik Shafie Apdal tidak berjaya

19. SPRM boleh menyiasat berapakah jumlah projek yang diluluskan oleh KKLW secara tender terhad dibawah nilai RM10 juta? Dimana MOF tidak mencampuri urusan ini. Kecuali CIDB G7 yang memerlukan perakuan semula di MOF selepas disahkan Lembaga Perolehan A KKLW. Hanya dikatakan selepas KKLW berlebihan menggunakan kuasa menteri meluluskan Tender Terhad G6 barulah MOF memberi arahan kepada KKLW bahawa mereka perlukan kelulusan MOF!.

20. Begitulah berkuasanya Menteri KKLW ketika itu. Pegawainya pun berkuasa. Tidak hairan kes yang di Sabah baru ini adalah "Tip of The Iceberg". Pasti banyak lagi terbongkar. Jadi penyelewengan peruntukan RM3.3B itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Apatah lagi kalau pegawai boleh menyimpan "cash" RM 45 juta dirumah. Cuba periksa kekayaan adik-adik Shafie Apdal Hj Yusuf Apdal, Haji Hamid, Haji Zul malah anak buahnya Dato' Azis Jaman mantan Ketua Pemuda Semporna sekarang punya kenderaan mewah "hummer". Lagi mahu berlagak suci!

Thursday, October 6, 2016

Biodata Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Rasuah RM53 Juta

Biodata Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ditahan SPRM kerana mengumpul kekayaan rasuah berjumlah RM53 juta atau lebih dari itu. Perbuatan tersebut turut bersubahat dengan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah iaitu Teo Chee Kong yang terlibat mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010. Namun, kesemua projek melibatkan Jabatan Air di Sabah telah diseleweng dan tidak disalurkan ke infrastruktur yang sepatutnya.

Difahamkan, kesemua wang disonglap untuk kepentingan sendiri dan memonopoli semua projek jabatan air kepada adik beradiknya. SPRM turut menjumpai kesemua duit RM53 juta itu di 3 lokasi berlainan melibatkan rumah, pejabat dan peti simpanan di bank. Manakala duit rasuah RM3 Juta ditermui di kediaman timbalan pengarah jabatan air Teo Chee Kong manakala selebihnya diseleweng oleh Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

Biodata Pegawai Suspek Kakitangan Kerajaan Rasuah RM53 Juta

Suspek 1:

Nama Penuh: Ag Mohd Tahir

Asal: Kota Kinabalu

Jawatan: Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

Suspek 2

Nama Penuh: Teo Chee Kong

Asal: Kota Kinabalu

Jawatan: Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

Gambar Suspek Simpan Duit Rasuah Dalam Peti Besi dan Almari Dirumah.
Rampasan Terkini Sudah Cecah RM112 Juta dan Lebih Lagi

Rampasan Wang Rasuah, Barang Kemas, Kereta Mewah kini dilaporkan mencecah RM112 Juta. Kesemua barang kemas, kereta mewah turut disita kerana dipercayai hasil daripada penyelewangan duit kerajaan.

Adik Beradik Menopoli Projek Jabatan Air Negeri Sabah Sejak Tahun 2010

Difahamkan, rumah adik Ag Mohd Tahir  sedang dalam pembinaan di Kg Sri Serbang. Adiknya merupakan kontraktor yang mendapat projek dibawah Jabatan Air Negeri Sabah.

Kes Rasuah Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

Untuk rekod Teo Chee Kong Timbalan Pengarah memiliki Hotel No 5 di Kota Kinabalu, rumah mewah, Syarikat Pemaju Perumahan di Membakut dan Beaufort dibawah syarikat Hasil Emas Takapan Sdn Bhd yang pernah membangunkan projek perumahan Taman Takapan Emas.

Thursday, February 11, 2016

Mengapa DAP Tidak Saman Tunku Abdul Aziz Yang Tuduh DAP Rasuah!!!



Kita masih tertunggu-tunggu bilakah DAP mahu ambil tindakan terhadap Razali bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng yang terbaru mendedahkan pasal tawaran Israel kepada DAP dan dan RM1.2Billion. Bagaimana pula pasal Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz?

Tunku Abdul Aziz yang pernah berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti itu sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP mmelaungkan slogan anti rasuah.

“Saya sertai DAP kerana dijemput oleh Lim Kit Siang. Masa itu,beliau selalu mengatakan DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, saya sedar, ia hanya omong kosong sahaja.

“Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat.Saya dah kena,dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,”katanya.

Tunku Aziz juga turut mendakwa bahawa Lim Kit Siang telah menjadikan DAP sebagai parti keluarga dengan menggunakan agenda sendiri di dalam mentadbir parti itu.

Menghairankan, mengapa sehingga kini tiada peguam di dalam DAP langsung tidak berani memfailkan saman terhadap Tunku Aziz. Sudah berkali-kali dia mendedahkan “kekotoran” dan “kejijikan” dalaman DAP, tapi langsung tiada saman terhadapnya?

Apakah DAP sedar bahawa pendedahan-pendedahan itu sememangnya benar dan DAP  akan kalah kes sekiranya perkara itu dibawa ke kamar mahkamah? Samanlah Tunku Aziz kalau berani.


Saturday, September 26, 2015

MASIH TAK FAHAM MAKSUD RASUAH DAN SUMBANGAN??


Nak ketawa pun ada, nak marah pun ada. Itulah yang penulis rasa apabila mengenangkan ramai yang tidak tahu untuk membezakan sumbangan dan rasuah. Dua perkataan yang sangat berbeza makna yang berteraskan subjek yang sama, iaitu duit.

Peliknya, yang tidak faham itu adalah mereka yang berbangsa Melayu dan Bahasa Melayu merupakan bahasa kegunaan harian mereka. Mereka rata-ratanya masih tidak berpuas hati dan cuba menyindir tentang sumbangan RM2.6 bilion yang disumbangkan kepada Presiden UMNO.

Kata mereka, RM2.6 bilion itu rasuah dan tidak wajar ditakrifkan sebagai sumbangan politik.

Penulis rasa, sudah berbuih mulut dijelaskan bahawa wang tersebut merupakan sumbangan dana politik kepada UMNO yang disalurkan melalui akaun Presiden UMNO yang menjadi pemegang amanah parti. Sangat mudah untuk difahami penjelasannya, bukan?

Dari mana datangnya wang itu? SPRM sendiri sudah mengesahkan bahawa wang itu datangnya dari Timur Tengah. Bila disebut negara Timur Tengah, penulis yakin terlintas di fikiran kita bahawa negara itu adalah negara Islam, bukan?

Kenapa disalurkan kepada akaun Dato’ Seri Najib Tun Razak? Ikut suka penyumbanglah untuk salurkan ke akaun mana yang mereka suka! Takkanlah hendak disalurkan pada Tun Dr Mahathir? Nanti dia pakai untuk Proton dan kayakan kroni dia pula, kan? Khabarnya dia meminta berbilion ringgit untuk Proton yang bukan lagi berstatus GLC negara, benarkah?

Lagipun, secara logik akalnya, Najib merupakan salah seorang pemegang amanah bagi parti UMNO. Bila wang dimasukkan ke akaunnya, sudah tentu ada rekod masuk dan keluar wang berkenaan. Jadi, tidak perlu risau jika ia tercicir di tengah jalan seperti yang berlaku sewaktu orang lain jadi Presiden UMNO sebelum ini.

Khabarnya, wang itu digunakan untuk PRU ke-13 tempohari. Jika dihitung, RM2.6 bilion dan dibahagi-bahagikan kepada 222 kawasan Parlimen dan lebih 500 Dewan Undangan Negeri, calon yang bertanding dan perbelanjaan lain, apakah jumlah itu mencukupi? Faham?

Ada orang kata, pilihanraya di zamannya hanya menggunakan wang sebanyak RM10 juta sahaja. Percaya pada kata-kata itu? Penulis harap tidak ada yang muntah kahak hijau mendengar jumlah RM10 juta digunakan untuk PRU. Kalau nak muntah juga, sila muntah pada orang yang berkata sedemikian…

Berbalik kepada perbezaan antara sumbangan dan rasuah. Pada pandangan penulis, rasuah membabitkan perbuatan menyalahguna kuasa untuk mendapat imbuhan sama ada dalam bentuk material atau khidmat dengan memberi sesuatu kepada mereka yang meminta sesuatu atas kuasa yang ada padanya.

Sebagai contoh mudah, seorang pegawai trafik menerima sejumlah wang dari seorang pesalah trafik supaya dia tidak disaman. Maka itu dinamakan rasuah, faham?

Contoh terbaru, mana-mana individu yang membeli rumah di bawah harga pasaran ekoran kelulusan bank yang terbatas pada slip gajinya, dan walaupun tuan rumah setuju menjual rumah tersebut berdasarkan kemampuan pinjaman bank yang terhad itu, maka ia juga dianggap ‘rasuah’.

Sumbangan pula contohnya adalah seperti Kerajaan Arab Saudi memberikan RM1 juta dan tawaran menunaikan haji kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Mekah baru-baru ini. Itulah yang dikatakan sumbangan.

Jadi, sumbangan seperti yang dilakukan Arab Saudi itu samalah juga dengan sumbangan dana politik yang diterima Najib. Negara Timur Tengah itu menghargai Najib dan suka sekiranya UMNO terus menerajui Malaysia. Mungkin kerana dasar Islam fundmental yang menjadi contoh banyak negara Islam di luar sana menyebabkan negara Timur Tengah itu menghulurkan sumbangan itu.

Lagipun, selalunya negara Islam di Timur Tengah hanya menyumbang kepada sesuatu yang bertujuan baik untuk agama Islam. Lainlah jika dana itu disumbang dari Israel, Woltfowitz, Soros dan sekutu-sekutu Yahudi di blok-blok negara barat, bukan?

Sebagai contoh, ketika berlakunya gempa bumi di Sabah, bukankah ada negara dari Timur Tengah yang menghulurkan sumbangan? Nak diharapkan dari Soros atau negara pro-Yahudi? Kirim salamlah! Lebih baik dihulur pada pihak pembangkang, kan?

Soalnya, apakah sumbangan dana politik wajar dikatakan sebagai rasuah? Jika wajar, penulis yakin bahawa semua parti di dunia ini adalah korup kerana mereka semua menerima sumbangan dana politik dari pelbagai pihak, bukan? Jangan tipulah!

Jadi, tidak perlulah untuk disindir RM2.6 bilion itu rasuah atau sumbangan. Itu kebudak-budakan namanya. Sumbanga dana politik itu secara tidak langsung adalah ‘open secret’, semua parti politik termasuk PAS, UMNO, DAP, PKR mahupun Amanah diyakini terima sumbangan dana dari pelbagai pihak.

Bila Najib cabar untuk semua parti politik dedah ‘rasuah’ dana politik yang diberi pada parti politik di Malaysia, ada pula yang tidak setuju. Kenapa? Takut? Bimbang tembelang pecah? Bimbang rakyat Malaysia dapat tahu sumber mereka dari Yahudi, kongsi gelap dan negara blok komunis? Kalau ‘bersih’ sangat, kenapa nak takut, kan?

Tidak perlulah berlagak ‘suci’ sangat. Penulis yakin, setiap wang yang keluar masuk di negara kita sememangnya diketahui dari mana sumbernya. Jika PDRM tidak tahu pun, Bank Negara mungkin tahu. Jika Bank Negara tak tahu pun, mungkin LHDN tahu. Cuma tidak digembar-gemburkan sahaja di atas terma ‘kerahsiaan’ dan undang-undang…

Sebab itulah penulis agak marah apabila ada rakyat negara kita yang bersikap kebudak-budakan yang tidak faham perbezaan antara rasuah dan sumbangan. Namun penulis ketawa semula apabila menyedari betapa ruginya pembangkang yang disokong oleh mereka yang sangat dangkal dan rendah tahap pemikirannya, kan? Seterusnya

Thursday, November 28, 2013

Senarai Kes Rasuah Babitkan Ahli Politik Malaysia!!

Senarai Kes Rasuah Babitkan Ahli Politik Malaysia!!


Naik muak melihat telatah pembangkang yang cuba berlagak hebat yang merekalah jaguh dalam isu cegah rasuah dan mendedah salah laku parti lawan.

Hakikatnya mereka hanya pandai bermain wayang dengan melayang-layangkan kertas kosong di atas pentas ceramah kononnya bukti. 

Tidak cukup dengan itu, difitnah pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan atau gagal melakukan siasatan.

Pembangkang melalui Rafizi baru-baru ini, main tembak mengatakan SPRM melindungi ahli politik yang dikaitkan rasuah. 

Terlalu syok membalun hingga terlupa yang barisan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), SPRM juga terdiri daripada tiga wakil pembangkang!

Tiga wakil dari pembangkang ini telah dilantik bersama-sama empat lagi individu lain oleh Yang Di-Petuan Agong pada 28 Oktober lalu di Istana Negara. Wakil pembangkang ini terdiri daripada:

1. Dr. Tan Seng Giaw (DAP) - Kepong
2. Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR) - Indera Mahkota
3. Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) - Kota Baru 



Halatuju siasatan sesuatu kes oleh SPRM saling berhubung rapat dengan Lima entiti penting iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), JKMR, Jawatan Aduan (JA), Panel Penilaian Operasi (PPO), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR). 

Bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti, setiap laporan hasil siasatan SPRM perlu melalui lima entiti tadi sebagai 'check and balance' bagi meneliti serta menentukan sama ada diperakukan untuk didakwa, ditutup atau perlu siasatan semula.

Ini menunjukkan SPRM tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk tidak menyiasat atau menutup sesuatu kes. 
Maka jelaslah tuduhan liar Rafizi ini merupakan fitnah jahat bukan sahaja terhadap SPRM, malah terhadap rakan-rakannya sendiri yang berada dalam barisan JKMR.

Kesudahannya, kenyataan Rafizi sekaligus mencerminkan kelemahan akal pemimpin pembangkang dalam memahami perjalanan proses siasatan.


Mungkin tiga wakil pembangkang Tan Seng, Fauzi dan Takiyuddin patut sekolahkan si Rafizi supaya lebih memahami cara-cara siasatan kes rasuah dilakukan dan mengingatkan beliau kembali rekod-rekod siasatan SPRM terhadap ahli politik sebelum ini.

Antara ahli politik yang telah disiasat oleh SPRM dan dituduh adalah:
  • Dato’ Mohamad Norza Zakaria (ahli UMNO dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
  • Mohd Yahya Bin Mat Sahri (ahli PKR dan Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor)
  • Wong Chuan How (ahli DAP dan Pembantu Khas ADUN)
  • Hasbie Satar (bekas Setiausaha Politik, Menteri Kewangan)
 Manakala ahli politik yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah: 
  • Dato’ Suhaili Abdul Rahman (Ahli Parlimen Labuan)
  • Abdul Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam)
  • Mohd Khir Toyo (Menteri Besar Selangor)
  • Yap Soo Sun (ADUN Teratai).
Antara ahli politik yang  pernah disabitkan bersalah di mahkamah atas pertuduhan rasuah: 
  • Mustafa Salim Bin Salim (ADUN Lenggeng)
  • Datuk Azman Mahalan (EXCO Perak)
  • Tan Sri Kasitah Gadam (Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi)
  • Dato’ Waad Bin Mansor (EXCO Negeri Sembilan).
Sejarah juga membuktikan bahawa tiga Menteri Besar Selangor juga pernah disiasat dan didakwa oleh Suruhanjaya: 
  • Datuk Harun Hj Idris
  • Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib
  • Dr Mohd Khir Toyo.
Statistik dan senarai ini membuktikan bahawa SPRM dan BPR (dulu) sentiasa memandang serius dan menjalankan siasatan tanpa mengira kedudukan.


Jadi mana-mana individu sama ada orang awam atau Ahli Politik seharusnya tampil kepada Suruhanjaya sekiranya memiliki maklumat rasuah beserta dokumen yang menyokong dakwaan tersebut. 

Mereka juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan melalui wakil parti masing-masing yang dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bukan kepada individu yang tiada kena mengena seperti Rafizi. 


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.