Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Saman. Show all posts
Showing posts with label Saman. Show all posts

Friday, June 2, 2017

Selepas Penjara 18 Bulan Kini Rafizi Berdepan Saman Fitnah Oleh LTAT Pula!!! Padan Muka Kau, Sotong!!!





Yang diminta, akhirnya Rafizi mendapat... tapi dia akan gunakan akalnya untuk mengelak daripada dihukum dengan melengah-lengahkan perbicaraan seperti dalam kes BAFIA dan kalaupun dah jatuh hukum pun, dia akan melengah-lengahkan hukuman dengan membuat pelbagai rayuan dan penangguhan pelik-pelik termasuklah mencabar undang-undang dari segi perlembagaan sepertimana yang dilakukannya dalam kes OSA.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah menyaman Rafizi berhubung fitnahnya yang mengatakan LTAT tiada wang untuk membayar gratuiti kepada pesara-pesara tentera. (RUJUK DI SINI)

Pada Mac 2016, Rafizi telah menggunakan dokumen yang masih berstatus OSA untuk menyokong tuduhannya bahawa 1MDB mempunyai hubungan perniagaan dengan LTAT menyebabkan 110 orang pesara tentera tidak dapat dibayar grautiti mereka tepat pada masanya kerana duit LTAT telah habis digunakan untuk bail-out 1MDB.

Hakikatnya, hubungan perniagaan antara 1MDB dengan LTAT telah menjadi makluman awam semenjak tahun 2013 lagi apabila satu kenyataan umum dibuat yang 1MDB telah meluluskan kontrak kepada LTAT bernilai RM2.1 bilion bagi peranan mereka membina lapan pangkalan tentera di seluruh negara dan bagi kos pemindahan pangkalan udara Sungai Besi ke kawasan baru ganti seluas 750 ekar di Sendayan.

LTAT yang juga pemilik Affin Bank telah menafikan semua tuduhan Rafizi Ramli. Bahkan LTAT turut mengesahkan 70 daripada 110 pesara tersebut telah pun dibayar, manakala bakinya berhadapan dengan masalah kerana maklumat tidak lengkap yang diberikan oleh pesara-pesara itu sendiri.

Rafizi Ramli seperti sengaja menggunakan isu LTAT untuk melanggar undang-undang OSA bagi melakukan fitnah, sekaligus membuatkan berhadapan dengan natijah hukuman penjara. Walhal sebahagian daripada pendedahan yang dibuatnya itu, sebenarnya telah pun diumumkan, tetapi diputarbelitkan oleh Rafizi dengan menggunakan alasan, dia mempunyai maklumat-maklumat daripada dokumen rahsia yang 'cuba disembunyikan' daripada pengetahuan umum.

Dan kini, selain hukuman penjara, Rafizi bakal berhadapan dengan saman fitnah LTAT yang diminta-mintanya sangat.

Pengorbanan yang sebenarnya bodoh!

Lebih bodoh lagi ialah rakyat Malaysia yang membayar gajinya ratusan ribu setiap tahun hanya untuk mendengar cerita-cerita fitnahnya.

Rafizi Ramli sebenarnya hendak menutup malu kerana telah terkantoi fitnah. Jadi, cara untuk menutup malu adalah dengan mencipta fitnah yang lain. Dia samalah macam Lim Guan Eng yang terpaksa menjual setiap inci tanah di Pulau Pinang untuk menunjukkan kononnya Pulau Pinang maju di bawah pentadbiran DAP, sehinggalah suatu ketika, sudah tiada apa-apa yang hendak dijual dan dia terpaksa berlagak seolah-olah mangsa yang telah dikonspirasikan....

Rafizi barangkali menuntut ilmu yang sama di kelas yang sama dengan Lim Guan Eng!!!



Thursday, October 2, 2014

Kena Saman Kerana Kereta Tayar Kangkang


Kreatif sangat mengubahsuai kenderaan, tak pasal-pasal  dah kena saman.

Sebenarnya apa yang best sangat buat tayar terkangkang macam tu?

Macam kasihan pun ada apabila melihat tayarnya diubahsuai begitu rupa kerana ia kelihatan ‘terseksa’ sewaktu dipandu di atas jalan.

Mungkin hanya kaki kereta yang berjiwa kreatif sahaja yang mampu memahaminya.

Apapun, perlu diingat bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang mengubah struktur kenderaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ia termasuklah saman tidak melebihi RM300 dan notis melarang kenderaan itu berada di atas jalan.





Tuesday, July 23, 2013

Imbasan Kes Calon PKR Pengedar Pil Kuda

Pil Kuda Menghantui PAS


Mungkin ramai yang sudah lupa mengenai dakwaan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang selepas hari penamaan calon PRU-13 lalu yang secara semberono telah menuduh ada antara calon rakan sepakatannya dari PKR terbabit dalam pengedaran pil kuda.

Dakwaan yang cukup serius itu diluahkannya dalam satu ceramah PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang dalam usaha Presiden PAS itu menjustifikasikan kenapa berlakunya pertindihan antara calon PAS dan PKR di beberapa kawasan pilihan raya khususnya di Terengganu.

Menurut Hadi, PAS tidak dapat menerima calon yang sedemikian rupa kerana dikhuatiri kesetiaannya dan tindakan PAS menghantar calonnya di kawasan PKR bertanding bertujuan untuk menghalang syaitan-syaitan daripada masuk pakatan pembangkang.

Tiada nama yang disebut secara spesifik oleh Hadi ketika melontarkan dakwaan itu, tapi umum tahu beberapa hari selepas itu PKR Pusat yang diasak tekanan oleh PAS telah memujuk tiga orang calonnya di Terengganu untuk menarik diri.

Menariknya selepas keputusan PRU-13 diumumkan, semua ketiga-tiga kawasan iaitu DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir yang sepatutnya ditandingi PKR itu dimenangi oleh BN dengan majoriti yang selesa melebihi seribu undi.

Pagi tadi, bekas calon PKR bagi DUN Bukit Besi telah pun tampil ke depan membuat sidang media untuk menyaman Hadi Awang setelah lebih dua bulan dipinggirkan gara-gara disyaki oleh rakan-rakan dan penduduk kampungnya sebagai pengedar pil kuda yang dimaksudkan.
Bagaimana episod pil kuda ini akan berakhir kelak sukar dipastikan, tapi ia tentunya menuntut Presiden PAS untuk segera tampil menamakan secara spesifik siapakah gerangan si pengedar tersebut.

Jika tidak, selepas PRU-13 dua lagi bekas calon PKR bagi DUN Kota Putera dan Seberang Takir akan menyusul dengan tindakan yang sama. Harus diingat, menuduh tanpa bukti adalah fitnah, memfitnah orang demi untuk kepentingan sendiri ia diibarat seperti membunuh, bukan begitu?

Di bawah ini disertakan semula video dan transkrip tuduhan oleh Hadi Awang berkenaan isu ini.




Transkrip Ucapan Hadi Awang
PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.
PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak 
Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.
Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.
Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.
PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.


Baca seterusnya : di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.