Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Taiping. Show all posts
Showing posts with label Taiping. Show all posts

Monday, January 22, 2018

Tahniah YB @ngakorming Kerana Memiliki BMW X5 Baru





Dalam ceramah-ceramah di sana sini, Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming menyatakan Malaysia akan muflis dan Rakyat hidup susah dan melarat. Namun beliau sendiri mampu membeli kereta baru BMW X5 yang berharga hampir RM400,000. Tahniah kepada YB DAP kerana mampu mengumpulkan koleksi-koleksi kereta mewahnya dengan plat pendaftaran ‘1123’. Tidak pasti berapa harga untuk membida nombor berkenaan.

Walaupun beliau terus menjual air liur di dalam ceramah-ceramah bahawa Malaysia sedang dalam krisis, bakal muflis, menjadi negara yang gagal dan Rakyat Malaysia semua makan rumput dan pasir, beliau sendiri mampu mengumpul deretan kereta mewah seperti Toyota Estima MPV dan Volvo 4WD dengan plat nombor yang sama iaitu '1123' untuk diletakkan di dalam 'Rumah Putih'nya di Ipoh.

Sudah tentu pada masa akan datang, beliau akan terus menggambarkan dirinya sebagai seorang yang teraniaya dan ditindas oleh pihak berkuasa sedangkan beliau hidup di dalam agam yang mewah dan memandu kenderaan-kenderaan yang mewah dan penuh gaya. Lihatlah contoh-contoh di bawah bagaimana seorang peguam yang juga pengubal undang-undang di parlimen, tidak mengikuti undang-undang jalanraya yang sedia ada.



 


Cuma kita harapkan YB DAP berkenaan tidak lupa membayar saman-saman kenderaan-kenderaan mewahnya.


 

 



 

 





Thursday, June 8, 2017

Masyarakat India perlu buat pilihan tepat - PM


PM lawat tapak pembinaan SRJK (T) Taman Kaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan Pengerusi BN Parlimen Bukit Gantang kepada wakil MIC Bahagian Bukit Gantang, Shanmugavelu ketika hadir melawat tapak pembinaan SRJK (T) Taman Kaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/


TAIPING 7 Jun - Masyarakat India di negara ini perlu membuat pilihan tepat dengan memberikan sokongan padu kepada kerajaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang jika mahu melihat Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia dilaksanakan dengan jayanya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod dalam membangunkan komuniti India di negara ini berbanding pembangkang yang langsung tidak memiliki sebarang pelan tindakan mahupun pembangunan mengenainya.

"Kita harus menggunakan akal untuk ikut mana pihak yang mempunyai agenda bagi membantu kita dan yang keduanya mampu melaksanakannya dengan rekod prestasi.


"Dengan dua petunjuk ini, kita boleh membuat pilihan bijak dan tepat dan kalau kita mengikut perasaan, kita akan rugi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat tapak pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Kaya di sini hari ini.


Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam merangkap Presiden MIC dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P. Kamalanathan dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. - UTUSAN ONLINE

Wednesday, May 24, 2017

Tarikan Baharu Bermese Pool di Bandar Taiping




TAIPING - Satu lagi mercu tanda yang dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Burmese Pool Taiping siap dibina, awal Mei lalu.

Aktivis masyarakat, Azwan Lokman, 40, berkata, pelaksanaan mercu tanda tersebut mendapat kebenaran daripada pihak yang bertanggungjawab.

Menurutnya, projek itu bagi membantu usaha mempromosikan pelbagai aktiviti pelancongan dan rekreasi.

"Ia juga dijangka mampu membantu peniaga untuk memperkenalkan perniagaan yang ada di sekitar kawasan Burmese Pool kepada pengunjung," katanya, di sini baru-baru ini.

Tambah Azwan, sejak ia siap dibina, perubahan positif dapat dilihat terutama peningkatan pengunjung.

"Ketika ini, ramai yang datang dan bergambar di mercu tanda Burmese Pool," katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan atau mana-mana badan bagi menyejahterakan bandar Taiping serta warganya.

"Kami berharap semua pihak dapat menghargai usaha ini dan bersama menjaganya termasuk kebersihan persekitaran Burmese Pool," katanya.


Sumber : Sinar Online

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.