Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Terowong. Show all posts
Showing posts with label Terowong. Show all posts

Friday, January 19, 2018

P.Pinang Bayar Yuran RM11.2 juta Hanya Untuk “Semak dan Sahkan” Laporan



lim-guan-eng-terowong


Tulisan asal oleh:

Eric See-To, Facebook Eric See-To, 19 Januari 2018



Jika anda fikir Kerajaan Pulau Pinang yang membayar RM305 juta untuk membuat laporan untuk projek Terowong Pulau Pinang adalah sangat keterlaluan, anda akan menjadi lebih marah apabila anda mendengar bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang baru sahaja mendedahkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah membayar syarikat swasta RM11.2 juta untuk menjadi “jurutera pemeriksa bebas” untuk menyemak dan mengesahkan laporan itu.



Ketika mengulas mengenai kos laporan projek Terowong Pulau Pinang itu, Menteri Kerja Raya sebelum ini berkata mereka boleh melakukan laporan kebolehlaksanaan untuk lebuh raya pada hanya beberapa juta ringgit memandangkan projek-projek lebuh raya adalah projek lazim di Malaysia manakala kos untuk reka bentuk terperinci itu hanyalah sebahagian kecil daripada kos yang dibayar oleh Pulau Pinang.



Di Kanada, kerajaan mereka mengarahkan kajian kebolehlaksanaan untuk terowong dasar sungai sepanjang 3.4km dengan dua lorong di setiap arah pada harga C$750,000 (RM2.4 juta) pada tahun 2015. Kajian itu selesai pada pertengahan 2016 dan orang ramai boleh melihatnya di internet.




Kerajaan Kanada juga hanya perlu membayar C$ 750,000 (RM2.4 juta) untuk satu lagi laporan kebolehlaksanaan untuk terowong dasar laut sepanjang 17km (lebih daripada dua kali ganda panjang terowong Pulau Pinang).



Tetapi di Pulau Pinang, bukan sahaja laporan mereka beratus-ratus juta, ia juga masih belum selesai walaupun sudah hampir 5 tahun.



Mana-mana bahagian yang lengkap juga nampaknya menjadi rahsia negeri yang tidak dapat ditunjukkan kepada orang ramai. Malah Kementerian Kerja Raya yang telah meminta laporan itu sejak awal tahun 2016 tidak menerimanya kerana Kerajaan Pulau Pinang tidak mahu mengemukakan laporan itu.



Di manakah ketelusannya?



Dan sekarang, kita mendapat berita bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membayar tunai RM11.2 juta untuk “jurutera pemeriksa bebas” untuk menyemak dan mengesahkan laporan itu.




Alasan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah bahawa “jurutera pemeriksa bebas” ini dipilih dan dianugerahkan melalui tender yang terbuka.



Jika beginilah, tidak hairanlah bahawa perbelanjaan operasi tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang meningkat 500% dari 2008 hingga 2017, bukan? Dan ini adalah parti yang sama yang mengatakan bahawa kerajaan BN membazir, korup dan tidak dapat mengawal perbelanjaan tahunannya?



Saya teringat akan bantahan besar apabila Ketua Audit Negara mendapati bahawa RTM telah terlebih bayar lebih RM14,000 apabila membayar untuk 3 pengimbas pada tahun 2012 – atau jumlah keseluruhan pembayaran sebanyak RM52,000.



Walaupun dengan penjelasan oleh RTM bahawa jam itu adalah sebahagian kecil daripada kontrak yang lebih besar yang melibatkan barang-barang lain dan dianugerahkan kepada pembida terendah dalam tender terbuka, kemarahan orang awam tidak mereda.



Adakah kita akan mengharapkan bantahan yang sama oleh orang ramai untuk laporan bernilai RM305 juta itu atau yuran RM11.2 juta yang telah dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk “menyemak dan mengesahkan” laporan itu?



Ini malah lebih daripada RM5 juta yang dianggarkan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk dibelanjakan untuk memeriksa semua lereng bukit di Pulau Pinang untuk kemungkinan risiko tanah runtuh berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada akhir tahun lepas.



Link asal artikel:

https://www.facebook.com/EricSeeTo

Wednesday, June 21, 2017

Guan Eng Lu Mana Mau Lari - Pulau Pinang Perlu Perjelas Isu Bayaran 4 ali Ganda





Lim  Guan Eng kembali bermasalah.... apa pula kali ini dia akan temberang dan berdolak dalik?

Beberapa hari lepas, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang terkenal kerana hubungkaitnya dengan kumpulan pengganas LTTE membela lebihan pembayaran bernilai lebih RM136 juta untuk bayaran tiga laporan untuk tiga batang jalan sahaja. sebagai berbaloi dan munasabah.

Sebaliknya P. Ramasamy menuduh  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Abdul Rahman Dahlan dan pasukannya sebagai 'berimaginasi liar' untuk membuat tuduhan tersebut.

Sebelum itu, Abdul Rahman Dahlan dan pasukannya memberikan empat soalan kepada KerajaanNegeri Pulau Pinang berhubung ketirisan dan penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan selepas empat orang pemimpin kanan DAP menyanggah dakwaan bahawa Pulau Pinang sedang menjadi negeri yang gagal dan muflis selepas berada di bawah pentadbiran DAP. 




Daripada empat soalan tersebut, salah satunya adalah membabitkan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PMTP) yang telah meningkat harganya dari RM27 bilion menjadi RM46 bilion pada tahun sebelum ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Chow Kon Yeow, Exco Kanan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.



Juga persoalan yang dibangkitkan sendiri dua bulan lalu oleh Ketua Menteri Pulau PInang, Lim Guan Eng bahawa penyiapan laporan yang sangat popular bernilai RM305 juta untuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang dimulakan pada 2013, ditunda lagi dan kali ini sehingga ke hujung tahun. Alasan yang diberikan untuk penundaan tersebut adalah kerana projek yang diberikan oleh Barisan Nasional pada 1999 atau 18 tahun lalu.

Gelagat DAP dan Lim Guan Eng yang menyalahkan BN bagi kegagalannya sendiri, memang sudah sedia maklum!

Yang dipersoalkan adalah Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang mengandungi dua bahagian dengan tiga batang jalan dan terowong itu sendiri bernilai RM6.34 bilion.

Berdasarkan Laporan Perakaunan Awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2016 membabitkan 3 jalan utama dan projek terowong itu yang disebut dalam Sidang DUN 22 Mei 2017, ketiga-tiga batang jalan dalam projek tersebut terdiri daripada:

- Jalan berkembar Tanjung Bungah ke Teluk Bahang sepanjang 10.53 kilometer bernilai RM377.6 juta.

- Lintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam sepanjang 5.7 kilometer bernilai RM851 juta.

- Lintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Pesiaran Gurney sepanjang 4 kilometer bernilai RM757.9 juta.

Secara keseluruhan, ketiga-tiga batang jalan tersebut apabila digabungkan hanya sepanjang 20.23 kilomenter dan nilai pembinaannya adalah RM1.99 bilion atau RM98.2 juta bagi setiap kilometer.

Daripada laporan PAC Pulau Pinang sendiri, RM305 juta untuk kos kertas laporan sahaja, telah diserahkan kepada pemegang konsesi projek. Secara tidak langsung, laporan kebolehlaksanaan untuk ketiga-tiga batang jalan tersebut menelan kos sebanyak RM31.3 juta manakala kos untuk fi bagi rekabentuk pula adalah RM177.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan fi sahaja adalah RM208,755,080.

Kos tersebut tidak termasuk kos laporan yang lebih komplikated untuk terowong dasar laut itu lagi, yang menokok lagi fi berjumlah RM96 juta.

Dalam laporan PAC Pulau Pinang itu, Kerajaan Negeri cuba mewajarkan penyelewengan yang telah mereka lakukan menerusi nilai kos yang terlalu tinggi yang telah dilaporkan oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) Pulau Pinang.

Walaupun kos laporan kebolehlaksanaan tidak tertakluk di bawah garis panduan Kerajaan Persekutuan, kos untuk rekabentuk dikawal oleh Pusat berdasarkan penggazetan skala fi tertentu. Skala fi ini tidak ditentukan oleh persatuan jurutera tetapi oleh Lembaga Jurutera.


 

Dalam surat mereka, Lembaga Jurutera menyatakan bahawa kos RM177,485,756 telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau PInang kepada pemegang konsesi, EMPAT KALI GANDA lebih tinggi berbanding jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah skala fi yang digazetkan. Jumlah sepatutnya mengikut perkiraan Lembaga Jurutera hanyalah RM41,052,003.62 sahaja.

Sekaligus menunjukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah terlebih banyak sebanyak RM136.4 juta.

Berdasarkan jawapan bertulis yang diberikan kepada DUN Pulau Pinang pada 19 Mei 2017, Exco Pulau Pinang, Lim Hock Seng mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan RM208.8 juta telah pun dibayar kepada pemegang konsesi menggunakan TANAH KERAJAAN NEGERI.

Kenyataan Lim Hock Seng itu membuktikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun membuat bayaran penuh untuk keseluruhan kos fi untuk kebolehlaksanaan dan reka bentuk bagi ketiga-tiga batang jalan.

Projek tersebut telah ditandatangani pada penghujung 2013. Pembinaan dua daripada tiga batang jalan tersebut sepatutnya dimulakan pada tahun 2015 dan disiapkan pada tahun 2018. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang jalan telah dimulakan pembinaan fizikalnya.

Dari tahun 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng terus berdolak dalih berhubung projek terowong dasar laut itu. Antara alasan yang paling tidak masuk akal ialah kebimbangan bahawa jalan-jalan berkenaan tidak boleh dibina lagi kerana tidak diketahui di atas tanah siapakah jalan tersebut akan dibina.

Terbaharu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa paling awal pembinaan boleh dijalankan adalah pada pertengahan 2018 atau lebih tepat lagi, selepas PRU-14.


 

Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP perlu mengisytiharkan mengapa mereka telah membayar lebihan sebanyak 400% lebih tinggi daripada skala fi yang telah digazetkan untuk rekabentuk terperinci bagi 3 batang jalan atau lebih tepat lagi pembayaran menggunakan wang rakyat bernilai RM136 juta.

Lebihan bayaran tersebut sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding perbelanjaan RM100 juta yang digunakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk usaha-usaha mitigasi banjir semenjak tahun 2008, berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh Chow Kon Yeow pada 15 November 2016.

P.Ramasamy bagaimanapun, menolak hujah-hujah tersebut, sebaliknya berkata dia hairan dari mana Abdul Rahman Dahlan memperoleh figur 400% memandangkan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 'fi untuk konsultansi bagi projek tersebut adalah berdasarkan kepada tender terbuka sebelum itu' yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri.

"Fi tersebut adalah munasabah dan masih lagi sekitar 10% sehingga 15% daripada jumlah keseluruan kos pembinaan," katanya.

Dengan kata lain, P.Ramasamy mengesakan bahawa fi untuk konsultansi bagi projek PTMP yang bernilai RM46 bilion adalah antara RM4.6 bilion sehingga RM6.75 bilion. Maka tidak hairanlah mark-up harga yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, begitu mengkagumkan kerana komisyennya sangat-sangat tinggi walaupun yang akan membayarnya adalah rakyat Pulau Pinang berdasarkan kenaikan dan penambahan cukai termasuklah kutipan wang parkir kereta yang dahulunya tidak pernah dikenakan selain kenaikan tarif air yang telah dibuat enam kali dalam tempoh 9 tahun DAP memerintah.

Difahamkan, laporan kepada SPRM berhubung penyelewengan dan salahguna kuasa dalam isu ini, akan dibuat dalam tempoh terdekat.


Patutlah, Lim Guan Eng sudah tidak menyembunyikan lagi hasratnya untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia walaupun sebelum ini bersungguh-sungguh berkata, orang Cina tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia walaupun Perlembagaan tidak melarang atau menegahnya!!! 


Baca juga pendedahan The Saviour


Tuesday, April 23, 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang Siap Awal dan Peningkatan Kos Terowong Opera Lim Guan Eng


Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa menjelaskan peningkatan kos sehingga RM2.25 bilion bagi projek pembinaan terowong dasar laut berserta tiga lebuh raya yang dirancang kerajaan DAP negeri.

Bagaimanakah  Open tender CAT  boleh naik lagi harga projek …konsep tender terbuka yang dilaksanakan kerajaan DAP negeri boleh menyebabkan kos projek berkenaan meningkat kepada RM6.3 bilion

Dulu kos RM 4.08  Bilion , sekarang 2013  dah jadi RM 6.3 Bilion ....pertambahan RM 2.25 bilion itu komisyen ka


Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, H'ng Khoon Leng berkata, perkara itu perlu dijelaskan memandangkan Guan Eng pada September 2011 mengumumkan pembinaan projek mega berkenaan hanya bernilai RM4.08 bilion.

"Kita terkejut dengan peningkatan kos tersebut dan mahu penjelasan secara terperinci oleh Guan Eng memandangkan jumlah RM4.08 bilion itu diperoleh melalui portal kerajaan negeri.

Sementara itu Rakyat Pulau Pinang juga  membantah Projek Terowong Bawah Laut lebih-lebih lagi  Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka siap pada September 2013 iaitu dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan. Semasa dialog Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama rakyat negeri itu pada 10 Mac lepas, rata-rata peserta yang hadir tidak yakin dengan kesungguhan Kerajaan Negeri yang di lihat hanya mengambil kesempatan untuk mengabui mata umum tatkala menjelang PRU 13. Rata-rata rakyat amat berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tetap meneruskan projek itu sekalipun Kerajaan Negeri dikuasai oleh DAP.


Jambatan kedua belum pun siap untuk digunakan sudah bermimpi mahu membina terowong bawah laut, besar melampau angan-angannya tapi tak kena dengan masanya. Sepatutnya guna dulu jambatan kedua dan lihat keberkesanannya, bila wujud keperluan barulah bina jambatan ketiga atau pun terowong.

Lagi pun ramai yang mempersoalkan pembinaan terowong bawah laut itu yang bukan sahaja tidak efektif dan merupakan satu pembaziran kerana buat masa sekarang sudah memadai negeri itu mempunyai dua jambatan termasuk yang sedang disiapkan sekarang.

Selama dua tahun semenjak April 2011 Lim Guan Eng senyap tanpa berita selepas pengumuman awalnya dulu, sekarang bila sahaja dekat nak PRU 13 tergesa-gesa mengumumkan projek tersebut digerakkan segera.

Nampak sangat DAP sedang bermain opera Cina untuk mengekang mood gembira khalayak ramai yang ketika ini agak tidak sabar menantikan siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang. Adakah sandiwara ini berjaya menarik perhatian rakyat dan mengalih tumpuan umum kepada jasa Kerajaan Pusat?


Ketika ini, projek itu telah siap 90.15 peratus, melebihi daripada jadual asal sebanyak 2.92 peratus. Apabila siapnya projek itu kelak, sebahagian besar masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dapat dikurangkan sekaligus memberi keselesaan kepada para pengguna untuk berulang alik dari pulau ke Seberang Perai.




DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.