Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label hongkong. Show all posts
Showing posts with label hongkong. Show all posts

Thursday, March 17, 2016

Standard & Poor’s menurunkan prospek Hong Kong dan China daripada stabil kepada negatif – salah Najib & 1MDB?



Minggu lepas, Agensi Penarafan Standard & Poor’s Corp menurunkan prospek Hong Kong dan China daripada stabil kepada negatif. Yang ini DAP, Pakatun dan Protun nak salahkan siapa? Najib dan 1MDB juga?

Moody Standard & Poor’s Corp seperti yang dipaparkan Kamaluddin Blogs adalah agensi penilaian yang menyemak semula penarafan Malaysia daripada positif kepada stabil pada bulan Januari – menyebabkan sekumpulan pemimpin DAP, Pakatun dan Protun (pakar ekonomi media sosial) menuduh ini salah Najib, GST, 1MDB, dan sebagainya.

Mereka senyap menikus buat tak nampak tinjauan mengatakan faktor global keadaan pasaran dan harga komoditi yang merupakan faktor dorongan utama untuk semakan baru-baru ini.

Sebenarnya, selain daripada Hong Kong dan China, Standard & Poor’s Corp telah menurunkan penarafan pelbagai negara sejak 3 bulan lepas – Poland, Rusia, Kazakhstan, Sepanyol, Georgia, Croatia,, Saudi, Oman, Bahrain (diturunkan kepada junk!), Brazil, Costa Rica, Azerbaijan dan mempunyai banyak orang lain semua diturunkan.


China downgraded.



Saturday, January 30, 2016

Lim Guan Eng Klien Pengurus Dana Berpengaruh Di Hong Kong ?


lim korup

Apakah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah klien Dato’ Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong.

Perkara ini dibangkitkan oleh WakeUp Malaya ketika mendedahkan rahsia nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang sering digunakan Lim ketika berkunjung ke negara itu.

Plat kereta PENANG yang digunakan Lim itu dimiliki Dato Cheah  yang menggambarkan betapa akrabnya hubungan mereka berdua.

lim-cheah
Lim Guan Eng meraikan Dato ‘Cheah Cheng Hye, Pengerusi & Ketua Pegawai 
bersama Pelaburan Value Partners Limited (tengah)

Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?

Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?

Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?,” 



Nama Cheah sebelum ini pernah didedahkan salah seorang kroni Lim, namun tiada perkaitan projek yang dikaitkan dengannya di Pulau Pinang.

Berbeza dengan kroni-kroni yang lain, mereka sekurang-kurangnya mempunyai hubungan dengan Betty Chew (isteri Lim) atau Lim Hooi Eng (adik Lim), namun Cheah hanya mempunyai hubungan terus dengan Lim secara berasingan.


Menurut The Star, Cheah asalnya seorang wartawan kini menjadi salah seorang yang paling berpengaruh di Asia dalam perlindungan nilai dana di Hong Kong.

Hari ini, Cheah menggerakkan pelaburan terbesar di Hong Kong, menguruskan dana bernilai US $ 9bill (RM28.7bil) dari pelabur di seluruh dunia.

Tahun lepas, beliau menjadi pemain Asia pertama yang dijemput untuk berucap di Majlis Sarapan Graham dan Dodd acara yang berprestij di Universiti Columbia, New York,”lapornya.
Cheah mula menetap di Hong Kong pada tahun 1974 selepas mendapat tawaran Standard Hong Kong sebagai wartawan kewangan dengan Asian Wall Street Journal dan Far Eastern Economic Review.

Pada tahun 1993, Cheah mula menceburi bidang pelaburan dengan mengasaskan syarikat pelaburan sendiri iaitu Value Partners Limited.

Pada tahun lepas TIBAI pernah mendedahkan kekayaan Lim kini sudah sampai ke peringkat tidak mampu disorok lagi.

Lim Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang, menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Secara jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri, terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.

Dengan menggunakan Tan Kok Ping yang merupakan taikun hartanah yang cuba menguasai industri tanah dan hartanah di Pulau Pinang beberapa isu lain termasuklah tender terbuka yang ‘tertutup’ membabitkan tapak bekas kelab lumba kuda Pulau Pinang yang diserahkan kepada Berjaya Group serta syarikat ‘serta-merta’ dari China yang mendapat projek berbilion ringgit untuk terowong bawah laut Pulau Pinang, merupakan sebahagian daripada sumber kekayaan melampau Lim Guan Eng sekeluarga.

Begitu juga dengan penarahan bukit-bukau serta perampasan tanah-tanah wakaf yang menjadi perkampungan orang Melayu tetapi tidak berdokumen untuk dimusnahkan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat pemaju kroni Lim Guan Eng bagi pembangunan hartanah yang sangat mewah dan mahal, SPRM seharusnya melakukan siasatan secara terperinci dan tidak perlu bergantung kepada laporan awam semata-mata.

Dengan pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan perompakan besar,” dedahnya.

betty


Wednesday, January 27, 2016

Misteri Nombor Plat ‘PENANG’ Di Hong Kong Terjawab


penang

Misteri nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang digunakan oleh Lim Guan Eng jika beliau berada di Hong Kong telah pun terjawab.

Plat terbabit digunakan oleh sebuah BMW 7-Series sebelum ini tetapi sekarang ianya digunakan oleh sebuah Mercedes Benz S-Class yang terbaru.

Ianya dimiliki Datuk Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, yang membuat pelaburan secara ekslusif di luar Malaysia, dedah sumber


Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?

Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?

Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?

Ini kerana, Lim Guan Eng kerap berkata yang buruk mengenai Malaysia kepada media dan pelabur di Hong Kong dan berkata Malaysia akan bangkrap dan beliau risau apa yang akan terjadi pada masa depan Malaysia.

Datuk Cheah Cheng Hye adalah pengurus dana serta pengerusi dan CIO bersama Value Partners, sebuah syarikat pengurusan aset yang berpangkalan di Hong Kong dengan fokus kepada Tanah Besar China. Sekarang, Cheah menguruskan dana Value Partners Classic Fund dan dana lain di dalam kumpulan.

Pada tahun 2013, Cheah dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh kerajaan Pulau Pinang.

penang1

Wednesday, May 13, 2015

DAP SALAHGUNA KUASA ORANG UMNO TAK BISING

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.