Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label pekak. Show all posts
Showing posts with label pekak. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

Jika Petik Dari Sumber Tipu, Siapa Yang Nak Percaya?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah marah pada majoriti warga UMNO yang tampil bersuara kecewa dan mengecam tindakannya mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kata Mahathir, kerana UMNO kini 'pekak', 'bisu' dan 'buta', maka beliau mengambil keputusan untuk keluar parti dan sanggup bersama DAP yang beliau 'ludah' dulu. Jika syaitan pun mahu Najib dijatuhkan, mungkin Mahathir sanggup bersama syaitan agaknya?

Pada pandangan penulis, UMNO sejak dari lahirnya dulu tidak pernah 'pekak', 'bisu' atau 'buta' hinggalah kini. Jika UMNO itu seperti yang didakwa Mahathir, sudah pasti Allah akan jatuhkan UMNO dan gantikan dengan parti lain.

Apa yang ada dalam UMNO ialah budi bahasa, adab dan sopan, bersesuaian dengan budaya Melayu yang tebal dalam diri seluruh warga UMNO. Walaupun berselisih faham dan tidak bersetuju, budaya Melayu cukup terkenal dengan muafakat dan menyelesaikan masalah dengan cara yang halus berhemah.

Lebih utama lagi, merujuk pada cara menegur yang dianjurkan Rasulullah SAW dan berdasarkan Al-Quran, teguran yang dibuat itu perlulah dilakukan dengan cara yang sabar, bijaksana dan berhemah. Jika menegur isteri, tidak sama caranya menegur anak.

UMNO tidak pekak di zaman Najib kerana UMNO tahu apa yang diperkatakan Mahathir terhadap Presidennya. Parti kami juga tidak buta kerana ia melihat apa yang dilakukan Mahahthir terhadapnya, dan UMNO juga tidak pekak kerana ia tahu bahawa Mahathir kini bukan lagi ahlinya.

Mungkin pada pandangan Mahathir, UMNO itu 'cacat' kerana tidak mengikut kehendak dan perancangannya. Kerana enggan mengikut 'skrip' dan 'plot' yang beliau sediakan sebelum meletak jawatan dulu, maka mungkin itulah yang mencetus kemarahan Mahathir.

Mahathir dulu mencatur supaya Pak Lah menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Caturnya, beliau hanya mahu Pak Lah menjadi Perdana Menteri selama sepenggal dan jawatan itu perlu diberi pada Najib. Oleh kerana Pak Lah enggan, maka Mahathir 'mengamuk' jatuhkan Pak Lah.

Setelah Najib naik menjadi Perdana Menteri, tiba-tiba pula anak Mahathir gagal meraih sebarang jawatan utama dalam kepimpinan UMNO Pusat. Bertanding Naib Presiden pun kalah. Mungkin ketika itulah Mahathir mula risau tentang 'skrip' dan 'plot'nya yang terganggu.

Mungkin disaat ini, Mahathir menjangkakan Mukhriz menjadi Naib Presiden, dan pada pemilihan agung UMNO nanti maka Mukhriz akan merebut jawatan Timbalan Presiden di bawah Najib.

Namun mungkin memandangkan Najib 'degil' dan tak mahu ikut 'master plan' Mahathir, maka beliau terpaksa ubah sikit 'plot'nya. Muhyiddin terpaksa dipergunakan wataknya untuk memberi 'amaran keras' kepada Najib kerana 'derhaka' pada Mahathir.

Malangnya, Muhyiddin pula diberi 'kad merah' dari kabinet, dan 'digantung perlawanan' menyebabkan beliau tidak boleh memain peranan dalam 'padang'. Apatah lagi beliau sudah diganti oleh 'pemain lain', ia mungkin membuat Mahathir hilang keruan di bangku warga emas 'stadium'...

Kini sudah hampir di peringkat klimaksnya. Rela berperanan sebagai pengkhianat parti, beliau sanggup bersekongkol dengan mereka-mereka yang pernah digelarnya sebagai 'syaitan', pernah beliau 'kurung', pernah beliau hina dan 'kahak hijaukan' di khalayak umum.

Dan Mahathir marah bila orang UMNO kecam tindakannya? Siapa yang pekak, bisu dan buta sebenarnya? Anaknya gagal menjadi ketua di Kedah, tidak pula dia 'tibai' seperti yang diucap ketika berkempen dulu, tapi beliau 'tibai' pula individu yang beri peluang pada anaknya itu?

Mahathir perlu tahu bahawa Najib bukanlah seorang 'boneka'. Seorang Presiden bukan seorang 'puppet' dan jika beliau perlu ikut telunjuk Mahathir, maka beliau boleh dianggap seorang ketua yang lemah. Mahathir mahu Presiden UMNO dilihat 'lemah' dan 'boneka'?

Kenapa marahkan UMNO yang setia pada Presiden? Mahathir menuduh Najib dengan menggunakan fakta-fakta palsu dan rekaan dari Sarawak Report, bagaimana kami hendak percaya pada tuduhan Mahathir itu?

Takkanlah kerana menolak untuk percaya pada sumber tidak benar itu layak dianggap 'pekak', 'bisu' dan 'buta'? Atau Mahathir sebenarnya yang sudah 'tuli', 'bisu' dan 'buta' kerana percaya pada tuduhan-tuduhan rekayasa itu?

Penulis mengharapkan Mahathir terimalah kekalahan kali ini dengan hati yang terbuka...

Thursday, February 25, 2016

Rakyat Pulau Pinang Buta, Pekak dan Hati Mati Kata Lim Guan Eng



Peperangan diantara wartawan ini dengan LGE nampaknya semakin berat. Wartawan berbangsa Cina ini nampaknya sudah tidak tahan lagi dengan sifat cauvinis yang dibuat oleh LGE.
Respon penulis akhbar berbahasa Cina kepada ucapan Lim Guan Eng Ahad lalu yang berkata " ... hanya orang yang buta, pekak dan hati yang mati sahaja tidak nampak pencapaian yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang":

"Betul, orang Pulau Pinang memang buta, kerana mereka tidak nampak kerajaan negeri jual tanah, tidak nampak kerajaan negeri tidak ambil tindakan tegas terhadap pemaju yang menggondolkan bukit secara haram, dan juga tidak nampak kerajaan sedia menjalankan projek tambakan laut yang boleh merosakan ekosistem di laut."

"Betul, orang Pulau Pinang pekak, kerana orang Pulau Pinang tidak boleh mendengar suara dan rintihan nelayan yang membantah dan merayu kerajaan Pulau Pinang tidak menjalankan projek tambakan laut; tidak dapat mendengar para pencinta anjing menyeru kerajaan negeri berhenti bunuh anjing, dan juga bantahan orang Pulau Pinang dalam isu penggondolan bukit."

"Betul, hati orang Pulau Pinang sudah mati, sudah jadi "mayat yang hidup", kerana kerajaan Pulau Pinang tidak dapat membantu mereka membeli rumah kos sederhana rendah, tambahan lagi beri peluang kepada pemaju tamak buli pembeli rumah, membeli rumah yang berkeluasan 700 kaki persegi dengan harga yang satu kali ganda lebih daripada RM72,500. "

Penulis itu juga berpendapat, memandangkan ramai orang Pulau Pinang telah buta, pekak dan hati sudah mati, kerajaan Pulau Pinang harus menyediakan lebih banyak tempat letak kereta bagi orang OKU.


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.