
Tatkala
amalan songsang sudah sinonim dengan PKR,rasanya tiada siapa terduga
dan tiada siapa menduga,bahawa kesongsangan tersebut juga turut
menyelusup ke dalam cara kerajaan PKR negeri Selangor
mengurustadbir.Darul Ehsan Investment Group, syarikat “ajaib” dibawah
Azmin Ali,telah mencetuskan kebimbangan rakyat Selangor tentang harta
milik negeri yang didakwa berjumlah kira-kira RM30 billion.RM2,itulah
nilai “saham” syarikat,yang kemudiannya
dinafikan oleh pejabat MB Selangor,yang mengeluarkan kenyataan bahawa
modal berbayar RM10 juta,walhal RM10 juta itu adalah modal yang
dibenarkan (authorized capital). Sementara
itu Ketua Pegawai Eksekutif, Permerbadanan Menteri Besar (MBI),
Faekah Husin berkata, Modal Berbayar atau Paid Capital menentukan
keupayaan dan kekuatan sesebuah syarikat. “Jumlah
Modal Berbayar DEIG setakat ini hanya RM2. Maka jelas DEIG syarikat
bernilai RM2, Baca SINI
Cubaan
untuk menipu rakyat telah gagal dan mereka terpaksa mengakui bahawa
modal berbayar mereka kekal di angka RM2 berdasarkan carian di
Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Dakwaan mereka bahawa DEIG bernaung
dibawah Menteri Besar Incorporated juga adalah satu penipuan,apabila
rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan sebaliknya.cerita
yang diberitahu oleh Azmin Ali DEIG telah didaftarkan pada Jun 2015
dan membayar zakat pada Julai 2015.Di mana logik akan perlakuan
tersebut ??? Amalan lazim bagi pembayaran zakat ialah tempoh 1 tahun
terkumpul sebelum kewajiban pembayaran dilakukan.Sungguhpun tiada
larangan untuk membayarnya pada usia syarikat baru mencecah 1
bulan,namun tindakan DEIG sangat diluar tabii.Apatah lagi,terdapat
laporan polis oleh Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) yang mendakwa zakat
tersebut dibayar melalui jentera politik dan melibatkan ketua-ketua
cabang PKR.
saya
ingin bertanya,apakah ini salah satu cara untuk memindahkan dana
politik ke pihak-pihak tertentu ??? DEIG perlu mengemukakan nama-nama
penerima zakat tersebut.Yang paling penting,nama-nama tersebut
mestilah berstatus asnaf.Apa pula relevannya,sebuah anak syarikat
negeri Selangor,menyalurkan zakat ke Pahang ??? Terdapat laporan
akhbar bahawa sebanyak RM157,000 disalurkan ke
Pahang.Hakikatnya,masih ramai lagi rakyat Selangor yang layak serta
memerlukan bantuan di Selangor,sekaligus mengotakan kata-kata
pimpinan Pakatan bahawa hasil negeri dikembalikan kepada anak
negeri.Apa muslihat Azmin sebenarnya ???
DEIG
didaftarkan pada Jun 2015.DEIG mengeluarkan zakat pada Julai
2015.Azmin berkata,sewaktu sidang DUN minggu lalu,bahawa DEIG
dijangka akan mula beroperasi pada
2016.Namun,“printscreen” diatas,bukan kah ianya
bermaksud DEIG sudah mula beroperasi ??? Bersangka baik,mungkin
individu-individu yang dilantik masuk oleh Azmin ke DEIG bekerja
secara sukarela tanpa sebarang imbuhan,demi negeri Selangor tercinta
seperti mana Azmin mencintai negeri itu sepenuh hati.
Baca Seterusnya Badut Rakyat