Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label dieg. Show all posts
Showing posts with label dieg. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

PEJABAT #DEIG DI BUKIT DAMANSARA TIDAK WUJUD!!!




PENIPUAN apa lagi yang cuba digunakan oleh Azmin Ali. Tinjauan rakan wartawan di alamat yang didaftarkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) di Tingkat 7, Menara Milenium, Bukit Damansara TIDAK WUJUD!! 

Sebaliknya premis itu menempatkan pejabat urusan Securities Services (Holdings) Sdn. Bhd. Apa lagi yang cuba Azmin sorokkan daripada rakyat Selangor!!!

Kerani di Securities Services Holdings memberitahu bahawa memang Darul Ehsan Investment Group didaftarkan di situ namun segala operasi dan surat menyurat adalah di Shah Alam. Premis di Tingkat 7, Menara Milenium hanya menempatkan Securities Services Holdings dan Zaid Ibrahim & Co. SAHAJA!!

Jadi, di mana sebenarnya syarikat DEIG beroperasi??? Adakah sebuah syarikat berstatus SDN BHD boleh ditempatkan di Bangunan SUK Negeri Selangor di Shah Alam??? Apakah keistimewaan DEIG jika bukan hanya untuk merompak harta rakyat Selangor??? Seterusnya.

Monday, August 24, 2015

KANTOI !!! #DEIG #AZMINDEIG !!! PENIPUAN #AZMINALI DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!





Tatkala amalan songsang sudah sinonim dengan PKR,rasanya tiada siapa terduga dan tiada siapa menduga,bahawa kesongsangan tersebut juga turut menyelusup ke dalam cara kerajaan PKR negeri Selangor mengurustadbir.Darul Ehsan Investment Group, syarikat “ajaib” dibawah Azmin Ali,telah mencetuskan kebimbangan rakyat Selangor tentang harta milik negeri yang didakwa berjumlah kira-kira RM30 billion.RM2,itulah nilai “saham” syarikat,yang kemudiannya dinafikan oleh pejabat MB Selangor,yang mengeluarkan kenyataan bahawa modal berbayar RM10 juta,walhal RM10 juta itu adalah modal yang dibenarkan (authorized capital). Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif, Permerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berkata, Modal Berbayar atau Paid Capital menentukan keupayaan dan kekuatan sesebuah syarikat. Jumlah Modal Berbayar DEIG setakat ini hanya RM2. Maka jelas DEIG syarikat bernilai RM2, Baca SINI


Cubaan untuk menipu rakyat telah gagal dan mereka terpaksa mengakui bahawa modal berbayar mereka kekal di angka RM2 berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Dakwaan mereka bahawa DEIG bernaung dibawah Menteri Besar Incorporated juga adalah satu penipuan,apabila rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan sebaliknya.cerita yang diberitahu oleh Azmin Ali DEIG telah didaftarkan pada Jun 2015 dan membayar zakat pada Julai 2015.Di mana logik akan perlakuan tersebut ??? Amalan lazim bagi pembayaran zakat ialah tempoh 1 tahun terkumpul sebelum kewajiban pembayaran dilakukan.Sungguhpun tiada larangan untuk membayarnya pada usia syarikat baru mencecah 1 bulan,namun tindakan DEIG sangat diluar tabii.Apatah lagi,terdapat laporan polis oleh Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) yang mendakwa zakat tersebut dibayar melalui jentera politik dan melibatkan ketua-ketua cabang PKR.


saya ingin bertanya,apakah ini salah satu cara untuk memindahkan dana politik ke pihak-pihak tertentu ??? DEIG perlu mengemukakan nama-nama penerima zakat tersebut.Yang paling penting,nama-nama tersebut mestilah berstatus asnaf.Apa pula relevannya,sebuah anak syarikat negeri Selangor,menyalurkan zakat ke Pahang ??? Terdapat laporan akhbar bahawa sebanyak RM157,000 disalurkan ke Pahang.Hakikatnya,masih ramai lagi rakyat Selangor yang layak serta memerlukan bantuan di Selangor,sekaligus mengotakan kata-kata pimpinan Pakatan bahawa hasil negeri dikembalikan kepada anak negeri.Apa muslihat Azmin sebenarnya ??? 


DEIG didaftarkan pada Jun 2015.DEIG mengeluarkan zakat pada Julai 2015.Azmin berkata,sewaktu sidang DUN minggu lalu,bahawa DEIG dijangka akan mula beroperasi pada 2016.Namun,“printscreen” diatas,bukan kah ianya bermaksud DEIG sudah mula beroperasi ??? Bersangka baik,mungkin individu-individu yang dilantik masuk oleh Azmin ke DEIG bekerja secara sukarela tanpa sebarang imbuhan,demi negeri Selangor tercinta seperti mana Azmin mencintai negeri itu sepenuh hati. 




Baca Seterusnya Badut Rakyat

Patut la Azmin Gelabah | Sah DEIG syarikat RM2- Bekas CEO


feakah

DEIG akan beroperasi tahun depan untuk menguruskan aset Selangor bernilai RM30 bilion tetapi syarikat itu hanya mempunya Modal Berbayar berjumlah RM2.

Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang ditubuhkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk menjaga aset bernilai RM30 bilion hanya mempunyai Modal Berbayar sebanyak RM2.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Permerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berkata, Modal Berbayar atau Paid Capital menentukan keupayaan dan kekuatan sesebuah syarikat.
Jumlah Modal Berbayar DEIG setakat ini hanya RM2. Maka jelas DEIG syarikat bernilai RM2,” katanya bagi menjawab fakta yang diberikan oleh DEIG bagi menafikan pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh kerajaan Selangor itu.
DEIG menjelaskan penubuhan syarikat itu kerana MBI tidak pernah menyumbang dividen kepada kerajaan negeri.
Faekah berkata, MBI adalah syarikat pemegang/induk atau holdings company dan sememangnya mana‐mana syarikat pemegang adalah ‘cost centre’ bukan ‘profit centre’.
Katanya, untuk mengurangkan kos operasi 12 anak syarikat MBI yang diuruskan DEIG, proses rasionalisasi dan konsolidasi sepatutnya dilakukan bukan menubuhkan syarikat baharu yang bertindak seperti ‘orang tengah’.
Oleh kerana MBI merupakan badan berkanun (statutory body), ia dikecualikan daripada membayar cukai kepada LHDN.
Bagaimanakah kerajaan negeri akan mendapat pulangan lebih baik daripada DEIG sekiranya ia wajib membayar cukai bagi transaksi perniagaan sebagai sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM?, tegasnya.
Faekah berkata, MBI telah menjalankan tugas kepada rakyat Selangor dengan baik di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa perlunya ‘orang tengah’ untuk mentadbir dan menguruskan pelaburan dan aset negeri.
Katanya, sehingga Disember 2013, MBI telah membelanjakan sejumlah RM1.04 bilion untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) termasuk RM774 juta untuk Skim Air Percuma.
Ditambah pula projek‐projek rakyat di bawah insiatif Geran Selangorku apabila lebih RM32 juta dibelanjakan dengan memberi tumpuan kepada menaiktaraf kemudahan infrastruktur,” katanya.
Dia juga mempertikaikan bagaimana aset bernilai RM30 bilion hanya sekadar dipantau daripada laporan tahunan dan tiada laporan operasi kerana akaun DEIG disatukan dengan laporan tahunan MBI. FMT


DEIG: Awang Selamat mahu Rafizi, Tony Pua nyata pandangan...Kaki PutAR bELIT




SHAH ALAM: Kolumnis akhbar Utusan Malaysia Awang Selamat mempersoalkan di mana pemimpin utama DAP dan PKR dalam menyuarakan pendapat mereka mengenai penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) di bawah Menteri Besar Azmin Ali.

Awang menyatakan rasa ragunya bagaimana dua individu pemegang saham DEIG diberi kepercayaan untuk menjaga aset dalam Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bernilai RM30 bilion.

"Ia tidak pernah berlaku dalam sejarah pentadbiran negeri apatah lagi membabitkan nilai yang sangat besar. Satu lagi tamparan kepada kerajaan PKR dan pembangkang.

"DEIG didaftarkan dengan nilai RM2 di bawah Akta Syarikat 1967 bagi mengurus pelaburan strategik 12 anak syarikat yang sebelum ini di bawah MBI.

"Dengan kata lain, syarikat RM2 menguasai aset RM30 bilion milik rakyat
Selangor atau umpama ulat menelan ular," katanya yang dipetik akhbar berkenaan.

Dalam sidang DUN minggu lalu, bekas Menteri Besar Tan Sri ABdul Khalid Ibrahim mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri mewujudkan sebuah entiti pelaburan baru di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI).

Khalid mendakwa, DEIG akan menimbulkan lagi masalah urustadbir, termasuk ketidaktelusan dalam hal kewangan, memandangkan ia bebas dari diaudit.

Setakat ini, tiada penjelasan menyeluruh daripada Azmin sementara pelbagai pihak mahu perkara itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain Barisan Nasional (BN) dijangka memohon semakan kehakiman bagi membatalkan DEIG.

Justeru beliau mahu pemimpin seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua tampil memberikan reaksi berkaitan hal ini seperti mana sebelum ini kedua-dua mereka begitu lantang mendedahkan penyelewengan yang melibatkan kerajaan.

"Banyak lagi tanda tanya yang Azmin perlu jawab. Awang teruja hendak melihat bagaimana reaksi pemimpin utama DAP dan PKR, apakah mereka mahu kunci mulut?

"Rafizi Ramli dan Tony Pua tiba-tiba jadi pemalu.

"Sebenarnya golongan inilah yang boleh dirujuk dalam peribahasa kuman  di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak," katanya lagi. Lagi

Friday, August 21, 2015

EKSKLUSIF !!! FAKTA SEBENAR #DEIG #AZMINDEIG DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!



DEIG : Jun 2015 

- Daftar di ROS July 2015
- Bayar zakat 5 juta seluruh Malaysia 2016 
- Dijangka beroperasi (MB umum dlm DUN 20/8/2015)

* DEIG belum mula berniaga dah bayar zakat seluruh Malaysia ???

* Darul Ehsan Investment GROUP ? Berapa anak-anak syarikat yg dinaunginya dalam GROUP ???

* DEIG bermodal RM2 ada asset RM30 Billion.Kayanya !!!

* 2 pemegang saham berdaftar DEIG bila-bila masa boleh tendang MB,SUK dan Peg Kewangan Negeri dari 'pengarah syarikat' dan bawa lari asset kerana ketiga-tiga mereka TIDAK berdaftar di ROS sebagai 'Pengarah'

* 2 Pemegang saham DEIG boleh bila-bila masa cagarkan RM30 Bil asset untuk dapatkan berbillion pinjaman bank dan cabut lari tanpa sbrg kerugian.

* DEIG digunakan sbg dana politik PKR.Guna harta kerajaan negeri untuk parti

* DEIG berdaftar dengan ROS sebagai syarikat perniagaan tapi yang diniagakan adalah aset rakyat Selangor.Hasil mana-mana kerajaan adalah dari cukai dan hasil bumi dan pulang kepada rakyat dalam bentuk kemudahan bukan niagakan hak rakyat.

* Pendapatan asas mana-mana kerajaan didunia ialah dari royalti atau cukai dari mana-mana perniagaan dlm negara/negerinya tapi bukan berisiko dengan berniaga.DEIG bangkrap,seluruh negeri bangkrap.kalau tukar kerajaan confirm aset tu dibawa lari. Baca seterusnya badut Rakyat 


IKUTI VIDEO PENUH DIAH


Thursday, August 20, 2015

AZMIN DISERANG 4 PENJURU | RM6.3 BILION ASET SELANGOR DILETAKKAN DI BAWAH SYARIKAT RM2? APA HUBUNGAN PEMILIK SYARIKAT DUA RINGGIT ITU DENGAN AZMIN?

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ketika ini menghadapi cabaran dan saat getir dalam meneruskan kelangsungan legasinya di negeri itu yang boleh menjurus kepada kehilangan jawatan yang disandangnya kini melalui undi tidak percaya.

Azmin "Diserang" 4 Penjuru

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul meminta kerajaan negeri meneliti semula penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi menggantikan Menteri Besar Incorporated (MBI) dan membentangkan secara terperinci mengenai entiti itu pada persidangan akan datang.  

Sebelum itu, Speaker Hannah Yeoh mengumumkan penerimaan usul berkenaan selepas ia dicadangkan Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan disokong oleh Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).

Usul itu kemudian dibahaskan oleh beberapa anggota DUN (ADUN) termasuk Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik), Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).  

Semasa membahaskannya, Mohd Shamsudin berkata penubuhan DEIG menimbulkan persoalan dari segi tatacara pengurusan anak syarikat yang tidak terkawal selain dibuat secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan anggota dewan. 

 E982

"Sepatutnya kerajaan negeri perlu ada kuasa mengawal pergerakan dan perjalanan entiti itu. DEIG ditubuh mengikut Akta Syarikat dan tidak diperuntukkan kepada kerajaan negeri suatu undang-undang untuk mengawal operasi ini di Selangor," katanya.

Mohd Shamsudin berkata kerajaan negeri sepatutnya memperkukuh MBI bukannya mewujudkan sebuah entiti baru.  

Sulaiman pula berkata beliau bimbang ketiadaan pengawalan operasi DEIG akan mencetuskan implikasi besar kepada kerajaan Selangor.  

"Ini khususnya melibatkan pemindahan aset tanah seluas 2,000 hektar milik MBI kepada entiti itu," katanya.  

Yeo pula mencadangkan supaya satu mekanisme diwujudkan bagi memastikan perjanjian yang melibatkan DEIG tidak berat sebelah terutamanya dalam menguruskan nilat aset MBI berjumlah RM6.3 bilion.  


"Tanpa semak dan imbang, kita khuatir akan berlaku kelompangan dan penyalahgunaan wang rakyat sekiranya DEIG tidak berupaya melakukan pelaburan yang diharapkan," katanya.

Semasa menggulung usul itu, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mempertahankan penubuhan DEIG.

Beliau berkata DEIG ditubuhkan bagi membolehkan kerajaan negeri untukterlibat dalam aktiviti perniagaan khususnya yang membabitkan sektor-sektor tertentu bagi memelihara kepentingan rakyat.

Semalam, beberapa ADUN termasuk bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

 

Mereka berkata sekiranya Menteri Besar berhasrat menstruktur semula anak-anak syarikat di bawah MBI, adalah lebih baik beliau mengukuhkan pemerbadanan itu dan bukannya mewujudkan entiti baharu seperti DEIG, yang ditubuhkan tanpa sebarang enakmen serta tidak perlu melapor kepada DUN Selangor.

Dalam penjelasannya semalam, Mohamed Azmin berkata entiti itu yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI ditubuhkan pada Disember lepas untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata selain mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.

MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab korporat, katanya.  

 

Rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan syarikat DEIG milik individu bernama Raja Shahreen Raja Othman Dan Soffan Afendi. Apakah hubungan mereka dengan Azmin sehinggakan syarikat bernilai RM2 dapat derma RM30 Billion?

Rakyat Selangor tertipu, wang sudah dipindahkan RM30 Billion, Dan Azmin akan menghapuskan pemberian air percuma!

Ini sudah gila! Betul-betul gila! Memanglah DAP sedang berusaha nak gantikan Azmin kepada Wan Azizah, tetapi kenapa curi wang rakyat RM30 Billion?


 

Esok Malam! Penerangan Khas tentang Isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang membimbangkan Rakyat Selangor. Semua dijemput Hadir.. Lagi...




DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.