Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label zuraidah. Show all posts
Showing posts with label zuraidah. Show all posts

Friday, April 21, 2017

Adam Rosly Dakwa Pinjam RM500,000 Dari Along Untuk Beli Rumah Banglo



Kertas pertuduhan terhadap Datuk Adam Rosly Abdulllah mendedahkan pemimpin muda PKR itu mendakwa telah meminjam lebih kurang RM500,000 daripada along.

Berdasarkan dokumen berkenaan, Adam Rosly mengaku kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pad 10 Februari bahawa dia membayar pembelian satu unit banglo di bernilai RM1.2 juta.

Pinjaman daripada along dan beberapa individu terbabit dibuat kerana beliau tidak dapat membuat pinjaman pada bank.

Dia didakwa memberi maklumat itu semasa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 Februari lalu di Putrajaya.

Menceritakan bagaimana memperoleh wang untuk membeli rumah ala Disneyland di Ampang, Adam Rosly memecahkan sumber-sumber dana itu seperti berikut:
Pinjaman berjumlah RM500,000, berkemungkinan lebih atau kurang, daripada “Along Leo”
i. RM100,000 daripada ibu mentua dan RM100,000 daripada nenek (nenek baru meninggal dunia).
ii. RM250,000 daripada hasil jualan kereta dan gaji pengurusan flat.
iii.RM250,000 hasil perniagaan secara langsung dan tidak langsung.

Bagaimanapun pada 22 Februari, Adam Rosly memperbetulkan kenyataannya.

Katanya dia meminjam RM555,165 daripada Leo untuk tempoh dua tahun dan untuk menyokong pengakuannya itu, beliau mengemukakan dokumen sokongan kepada SPRM.

Daripada jumlah itu Adam Rosly berkata dia sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115.

Keterangan diberi Adam Rosly itu didakwa palsu dan dia hari ini didakwa mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, Adam Rosly boleh didenda tidak lebih RM3 juta, dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.


Dia berdepan keseluruhan enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hakim menetapkan Adam Rosly boleh diikat jamin RM300,000.



Sunday, April 21, 2013

Zuraida sahkan surat palsu Yusuf Qardhawi wujud?

Zuraidah Mak Lampir

Pilihan raya dah semakin dekat, dan pemimpin pembangkang mula terdesak mengumpul sokongan demi memastikan mereka terus dapat memegang tampuk kuasa dan angan-angan ke Putrajaya.

Ternyata apa yang dikatan Zul Nordin menjadi kenyataan apabila Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin mula “menjual” cerita ulama dunia Dr Yusuf Qardhawi memberikan surat kepada Anwar Ibrahim dan mengatakan hanya Anwar yang layak memerintah Malaysia


Dr Yusuf Qardhawi tidak mengundi di Malaysia lah Zuraidah!

Ia dilihat strategi Pakatan Rakyat untuk menarik undi kumpulan pengundi Melayu dengan menggunakan sentimen ulama dan agama. Mungkin mereka terdesak sehingga terpaksa menunjukkan seolah-olah mendapat sokongan orang luar.

Atau mereka tidak percaya dengan ulama negara … yalah, semua ulama dah mula menolak PAS, dan ulama PAS pula tak boleh harap. Sudah-sudahlah Zuraidah … ingatlah nasib bertanding pun belum tentu menang di kerusi Ampang.

Rakyat Malaysia bukan bodoh sangat nak percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan Zuraidah. Mungkin Dr Yusuf Qardhawi sendiri pun tak tahu ila dia keluarkan surat itu. Saja si Zuraidah ni nak jaja cerita.

Zulkifli Noordin sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat akan menyebarkan risalah palsu yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Beliau turut mendakwa menerima salinan risalah bertarikh 2 Mac, didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan kepada Anwar.

Menggunakan nama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini merupakan politik terdesak Anwar untuk ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang.

Perlumbaan untuk menggunakan nama ulama besar tersebut dalam kempen politik di Malaysia bermula apabila kumpulan penyokong Anwar giat menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang dikeluarkan Dr Yusuf terhadap pertuduhan Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang.

Anwar dalam ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh Ketua Ulama Islam Sedunia itu, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Sibuk-sibuk Zuraidah mengesahkan kewujudan surat berkenaan, pemimpin PAS pula menolak campurtangan orang luar dalam arena politik negara.

Mana satu ni? Siapa punya cakap kita boleh percaya? pening-pening

Kemudian bila bertelagah sesama parti komponen, buat mesyuarat dan keluar satu resolusi “bersetuju untuk tidak bersetuju.”

Baca seterusnya : di sini


Tuesday, December 25, 2012

Kisah Benar Pendedahan NFC Terhadap Fitnah Anjing Upahan Anwar


 

Pelan strategi 3 Pemimpin yang diberi Komisyen besar dari Anwar Ibrahim cuba menggunakan isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) sebagai modal politik untuk menyerang Pemimpin UMNO. Jika dilihat serangan ini jelas sekadar bermotifkan politik sebagai amaran kekejaman yang bakal mereka serang menjelang PRU13.

Tanpa sebarang bukti, mereka mengugut pihak Kerajaan agar memperjelaskan kepada rakyat kononnya projek ini menggunakan dana dari pihak Kerajaan sepenuhnya bagi merealisasi Projek Fitlot ini telah mengalami kerugian besar. Adakah ketiga2 Penjilat tapak kaki Anwar ini benar2 yakin dengan kenyataan ini?





Amaran beberapa Muslimat PAS tidak diendahkan Zuraida. Malah dihina. Lalu pendedahan ini mungkin tidak terfikir di benak kepala Zuraida. Gambar di atas merupakan beberapa produk NFC yang berjaya dipasarkan dengan jumlah hasil yang memberansangkan. Bagaimana syarikat2 di atas masih boleh memilih NFC sebagai pembekal utama jika Syarikat ini didakwa telah mengalami kerugian besar?



 
 
Malah beberapa syarikat Kompleks Membeli Belah yang menyediakan jualan barangan pasar turut memilih Syarikat NFC sebagai pembekal utama barangan daging sehingga hari ini. Mungkin Zuraida sendiri pernah terbeli produk daging keluaran NFC.


 
 
Bagi yang telah membuka blog2 Pro Kerajaan, pendedahan lokasi pemprosesan Lembu Fitlot NFC seperti gambar di atas mungkin mengejutkan Zuraida. Ada dakwaan dari pihak NFC yang telahpun mengundang Zuraida dan Saifuddin Nasution untuk melawat kawasan ini. Akan tetapi bukan sahaja memberi alasan yang tidak munasabah, malah diserang lagi dengan kepentingan politik sempit upahan Anwar.

Sekali lagi Melayu CinDia bertanya, adakah kamu pasti Zuraida wang yang diberikan sebagai dana NFC ini adalah dana Kerajaan? Jangan tersilap 'langkah' menyerang seperti Hantu Kak Limah.

Sumber: Gelombang Rakyat

Jawapan NFC Kepada 3 Lembu Jadian Bernama Rafizi, Saifuddin Dan Mak Lampir




Cuba  cari 3 ekor lembu jadian PKR kat sini!


9 tuduhan fitnah PKR & dijawab oleh pihak NFC



Tuduhan pertama



- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.



Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.



Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.



Tuduhan kedua 
- harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.



Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.



“Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal,” katanya.



Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.



Tuduhan ketiga 
- rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.



Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.



Tuduhan keempat 
– NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.



Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.



“Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini," katanya.



Tuduhan kelima 
– dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.



Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.



“Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC," katanya.



Tuduhan keenam 
– pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.



Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.



“Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.



“Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.



“Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000,” katanya.



Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.



Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.



Tuduhan ketujuh 
– dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.



Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.



Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.



Tuduhan kelapan 
– perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.



Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.



“Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet,” katanya.



Tuduhan terakhir 
– Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.



Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.



“Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya,” katanya.


Akhirnya NFC dah jawab semua persoalan Rafizi, Saifuddin dan Zuraidah Mak lampir yang bebal nak mampos!


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.