Pilihan raya dah semakin dekat, dan pemimpin pembangkang
mula terdesak mengumpul sokongan demi memastikan mereka terus dapat memegang
tampuk kuasa dan angan-angan ke Putrajaya.
Dr Yusuf Qardhawi tidak mengundi di Malaysia lah Zuraidah!
Ia dilihat strategi Pakatan Rakyat untuk menarik undi
kumpulan pengundi Melayu dengan menggunakan sentimen ulama dan agama. Mungkin
mereka terdesak sehingga terpaksa menunjukkan seolah-olah mendapat sokongan
orang luar.
Atau mereka tidak percaya dengan ulama negara … yalah, semua
ulama dah mula menolak PAS, dan ulama PAS pula tak boleh harap. Sudah-sudahlah
Zuraidah … ingatlah nasib bertanding pun belum tentu menang di kerusi Ampang.
Rakyat Malaysia bukan bodoh sangat nak percaya bulat-bulat
apa yang diperkatakan Zuraidah. Mungkin Dr Yusuf Qardhawi sendiri pun tak tahu
ila dia keluarkan surat itu. Saja si Zuraidah ni nak jaja cerita.
Zulkifli Noordin sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat akan
menyebarkan risalah palsu yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim mendapat sokongan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Beliau turut mendakwa menerima salinan risalah bertarikh 2
Mac, didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan
kepada Anwar.
Menggunakan nama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini merupakan
politik terdesak Anwar untuk ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu
dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang.
Perlumbaan untuk menggunakan nama ulama besar tersebut dalam
kempen politik di Malaysia bermula apabila kumpulan penyokong Anwar giat
menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang dikeluarkan Dr Yusuf terhadap
pertuduhan Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang.
Anwar dalam ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh
Ketua Ulama Islam Sedunia itu, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita
fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.
Sibuk-sibuk Zuraidah mengesahkan kewujudan surat berkenaan,
pemimpin PAS pula menolak campurtangan orang luar dalam arena politik negara.
Mana satu ni? Siapa punya cakap kita boleh percaya?
pening-pening
Kemudian bila bertelagah sesama parti komponen, buat
mesyuarat dan keluar satu resolusi “bersetuju untuk tidak bersetuju.”
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment