Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, March 15, 2017

[ VIDEO ] Pengantin Baru Maut Kereta Bertembung Dengan Kereta Dipandu Melawan Arus



Butterworth : Bernama melaporkan seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilaporkan memandu melawan arus di KM 134, Lebuhraya PLUS di seberang Perai Tengah awal pagi tadi.

Susulan kejadian jam 7.50 pagi ke arah utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk k Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26 maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Allahyarham dikatakan baru tiga bulan mendirikan rumahtangga dan menurut sahabatnya, isteri arwah sedang mengandung anak sulung mereka.

Pihak polis percaya remaja berusia 19 tahun itu yang memandu kereta proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.


Remaja terbabit mendapat kecaman netizen gara-gara diri nya memandu secara merbahaya dan beliau hanya mengalami kecederaan ringan, sepertimana gambar beliau ditempat kejadian.









Difahamkan sebelum memandu melawan arus remaja wanita ini dikatakan telah terlibat dalam kemalangan dengan beberapa buah kenderaan lain berhampiran plaza tol, dan berpatah balik dengan melawan arus.




“Dalam kejadian tersebut kereta yang dipandu secara melawan arus dari sungai Dua menghala ke Butterworth telah melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa dipandu Allahyarham Mohamad Fandi.

“ Ekoran kejadian itu menyebab kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum berpusing beberapa kali dan melanggar dua buah kereta serta sebuah van kilang”, kata Ketua Polis Daerah seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Allahyarham Fandi berasal dari Sungai Petani, Kedah dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas habis bekerja di sebuah kilang di Perai.

Polis menahan serta mengambil sampel darah wanita itu untuk ujian lanjut, kata Nik Ros Azhan.

Beliau berkata kemalangan yang berlaku ketika orang ramai bergegas ke tempat kerja menyebabkan kesesakan teruk sejauh 5km di kedua-dua arah lebuh raya.



Monday, March 13, 2017

Lim Guan Eng Dalang Kumpulan G25 & Gagasan ‘Maqasid Syariah’ ?


lge


AIDCNews – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan pelopor gagasan liberal yang berselindung di sebalik jenama Islam, ‘maqasid syariah’ ?

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP merupakan perasmi “Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan,” anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute, pada 31 Oktober di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dalam ucapan perasmian forum itu, Lim merakamkan alu-aluan kepada lapan individu yang menjayakan program itu.

lge1

Mereka adalah;
      1. Zairil Khir Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute

      2. Dato’ Abdul Malik Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Pulau Pinang

      3. Datuk Latifah Merican Cheong; G25-bekas pembantu Gabenor Bank Negara dan Ahli Lembaga Pengarah The Asian Women’s Leadership University (AWLU) Project

      4. Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin, G25 – Bekas Ketua Pengarah di Penyelidikan, Triti dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri dan Ambassador bagi Kumpulan Pakar Perundangan Tinggi pada Susulan kepada ASEAN Piagam (HLEG)

      5. Dato’ Seri Mohd Nazir bin Tun Abdul Razak G25-Pengerusi CIMB Group

      6. Dato’ Dr Anwar Fazal, G25 -Pengerusi the Malaysian Interfaith Network (MIN) dan Inisiatif Kelestarian Pulau Pinang

      7. Dato’ Dr. Sharom Ahmat, G25 – Pengerusi SERI (Socio-economic and Environmental Research Institute) nama lain kepada Penang Institute.

      8. Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN).
      “Dari segi sejarah, Pulau Pinang adalah tempat pertemuan idea dari tamadun yang berbeza, yang memberkati kita rakyat Pulau Pinang dengan pandangan kosmopolitan dan progresif.
      “Institut Pulau Pinang harus dipuji kerana membantu untuk menganjurkan forum bersama dengan G25 dalam tradisi mulia ini di Pulau Pinang.
      “Saya perlu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada G25, bukan sahaja membawa forum di Pulau Pinang – (tetapi) mereka juga akan mempunyai satu lagi forum di Kuala Lumpur pada 5 Disember..”kata Lim dalam ucapannya.
8-g25

Selanjutnya, sila klik di sini

Tentatif program itu seperti berikut :

08.30 pagi: Pendaftaran

09.00 pagi: Ucapan alu-aluan oleh YB Zairil Khir Johari, Pengarah Eksekutif Institut Pulau Pinang
09:10: Ucapan pengenalan berkenaan G25 oleh Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim

09:20: Sesi Panel 1- Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Syariah

Moderator: Dato’Noor Farida Ariffin

Topik 1: Pertindihan bidang kuasa antara Undang-undang Syariah dan Undang-Undang Sivil (Encik Nizam Bashir)

Topik 2: Islam dan Hak Asasi Manusia dalam Perlembagaan Persekutuan (Mr Lim Heng Seng)

Topik 3: Trend dalam Semakan Kehakiman Perkara-perkara Syariah (Speaker – TBC)

11.00 pagi: rehat
11:20: Sesi Panel 2 – Isu-isu konflik dalam sistem undang-undang majmuk
Moderator: Dato ‘Anwar Fazal

Topik 1: Kebangkitan Semula Islam dan Kesan Sosio-Politik (Dr Nawab Osman)

Topik 2: Dasar Islamisasi dan Kesannya Terhadap Sistem Pentadbiran (Dr Maznah Mohamad)

Topik 3: Kepelbagaian budaya dan Politik Islam (Dr Syed Farid Alatas)

01:00: Ucapan perasmian oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

01:30: Makan tengah hari

02.00  petang: Sesi Panel 3 – Maqasid Syariah dan kesejahteraan rakyat Malaysia

Moderator: Dr. Wong Chin Huat

Topik 1: Maqasid Syariah – Satu wawasan kesejahteraan bagi umat Islam? (Dr Mazlee Malik)

Topik 2: Bolehkah Maqasid Syariah memberikan keadilan ? (Dr. Mohd. Iqbal Abdul Wahab)

Topik 3: Adakah Maqasid Shariah menghalang kebebasan ? (Encik Abdul Naser Tun Abdul Rahman)

Pembahas: Dr Dzulkefly Ahmad

04:30: Ucapan penutup oleh Dato ‘Dr Sharom Ahmat

04:40: Teh & Bersurai.

Individu-individu yang terlibat dalam “Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan” di Pulau Pinang pada Oktober itu hampir sama dengan tokoh-tokoh liberal yang terlibat dalam forum “G25 : Islam Dalam Demokrasi Berpelembagaan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur pada 5 Disember.

Pada forum di Kuala Lumpur, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan pemansuhan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.


Penyamaran & Penipuan Identiti Modus Operandi Utama DAP



AIDCNews – Pada Julai 2012, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman pernah mendedahkan bahawa modus operandi utama DAP adalah melakukan penyamaran dan penipuan identiti yang bertujuan untuk mengelabui mata pengundi.

Jika sebelum ini ramai pengundi menyangkakan identiti agama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah beragama Buddha berdasarkan identiti nama yang tertera di kad pengenalannya, namun Mohamad Razali mendedahkan sebaliknya.

“Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir 90% kepimpinan DAP adalah beragama Kristian. Lim Guan Eng, nama penuh dia pun Joseph Lim Guan Eng. Lim Kit Siang ke, Ronnie Liu, Teresa Kok..mungkin banyak orang tahu.

“Ada setengah masih guna nama Cina tapi mereka adalah merupakan anutan Kristian,” dedah Mohamad Razali.


Dakwaan Mohamad Razali itu hampir sama dengan pendedahan yang dilakukan oleh bekas penulis Malaysiakini, Helen Ang.


Selain Guan Eng, Helen menamakan Teresa Kok, Tony Pua, Hannah Yeoh, Nga Kor Ming, Teo Nie Ching dan Ngeh Koo Ham sebagai orang kuat Kristian dalam DAP.


Helen turut menamakan ramai lagi aktivis Kristian dalam DAP termasuk Ong Kian Ming, Violet Yong, Yeo Bee Yin dan lain-lain.


Pada 2014, Teresa Kok pernah mendedahkan gambar Dr Wong Chin Huat berada dalam sebuah Gereja Our Lady of Lourdes di Klang.

Dr Wong Chin Huat merupakan pakar rujuk ‘Maqasid Syariah’ di Penang Institute.


Turut dipaparkan juga muka Zainah Anwar (Sister In Islam) dan Ivy Josiah, aktivis Kristian dari Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO).


Gambar aktivis Kristian, Jerald Joseph yang terlibat aktif dalam CAN (Community Action Network) dan KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat) juga turut dipaparkan.

Penang Institute, Sister In Islam, WAO, CAN dan KOMAS merupakan  pendokong utama pergerakan BERSIH.

“Gereja ini penuh dengan rakan-rakan Katolik dan beberapa ahli politik Kristian seperti Charles Santiago, Dr Xavier (Jayakumar), Yeo Bee Yin.
“Aktivis NGO-bukan (jenama) Kristian seperti Wong Chin Huat dan beberapa anggota kumpulan wanita yang diketuai oleh Ivy Josiah, Marina Mahathir, Zainah Anwar, Siti Kassim dan lain-lain juga berada di sana untuk menunjukkan sokongan,” tulis Teresa Kok dalamFacebooknya.

Friday, March 10, 2017

SEMUA BUKAN SALAH ZAIRIL, TAPI UMNO DAN TERBAHARU, PAS!!!





Dua klip video yang tular di media sosial menampilkan wajah dan tubuh seorang lelaki yang sangat mirip dengan Zairil Khir Johari @ Christopher Ross Lim, benar-benar menggugah hati pegawai khas Lim Guan Eng yang cuba jadi Melayu dan sentiasa berkata, dia adalah Melayu walaupun sebenarnya tidak!

Setelah penafian yang dibuat oleh Zairil Khir Johari @ Christopher Ross Lim dipersoalkan oleh media-media berbahasa Cina yang sebelum ini terkenal dengan sokongan mereka terhadap DAP, selain reaksi sedih daripada isterinya yang turut disiarkan oleh media-media berbahasa Cina terbabit, Zairil cuba mengalihkan perhatian menggunakan kaedah biasa, iaitu menyalahkan pihak lain.

Dengan sokongan daripada para pentaksub yang juga sudah kering idea bagaimana mahu menyelamatkan Zairil walaupun sebenarnya klip video tersebut sebenarnya 'TIDAK APA-APA', UMNO dipersalahkan. Kononnya UMNO telah menggunakan teknik cut-and-paste untuk mencipta klip video tersebut bagi memalukan Zairil.

Tiada salahnya mempersalahkan UMNO kerana Zairil kalau tak boleh kencing pun, itu adalah salah UMNO!

Itu adalah ajaran dan dogma yang telah ditanam kukuh oleh Lim Guan Eng, sama seperti ajaran ketua komunis kepada rakyat atau pengikut mereka, mereka adalah superior, untouchable dan maksum. Sama seperti kepercayaan para komunis bahawa Mao Tze Tung, Stalin, bahkan Chin Peng adalah perwira dunia.

Menariknya, Zairil tahu mengapa dia 'diserang'. Katanya, dia tidak boleh dipersalahkan kerana prestasi merudum pasukan bolasepak negeri Pulau Pinang. Katanya, dengan hanya bermodal kecil, persatuan tidak boleh membeli dan memiliki pemain-pemain yang hebat. Jadi, kesimpulannya ialah, sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, dia tidak bolehlah dipersalahkan.




Kemudian, dia marahkan PAS yang terus berkeras untuk tidak mahu bekerjasama dengan DAP. Kata Zairil, kalau PAS tidak berminat untuk menang, lebih baik tidak perlu masuk PRU. Atau dengan kata lain, As lebih baik berhenti daripada menjadi parti politik.

Kemenangan PAS menurut persepsi Zairil, hanya akan muncul sekiranya PAS berada di bawah arahan dan telunjuk DAP. Apabila PAS enggan bekerjasama atau tunduk di bawah arahan DAP, maka PAS akan kalah. Dalam bahasa yang lebih mudah, kalau tak mahu berada di bawah DAP, PAS kna berhenti dari jadi parti politik.

Itu ler pasal Zairil bersungguh-sungguh 'mempertahankan' diri dengan membuat pelbagai penafian bangang walaupun sebenarnya penafiannya semakin menjengkelkan!!!  



Tugas Kita Adalah Menghasut - St Regis Langkawi, Bakal Fitnah Dan Gurauan Terbaru @RafiziRamli





"Tugas kita ialah menghasut. Kita hasut rakyat tiap-tiap hari suruh buang UMNO dan Barisan Nasional (BN). Memang betul, nak menang jadi kerajaan memang tugas kita kena menghasut."


Jangan lupa ini iltizam yang dilafazkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli setiap kali fitnah terbaru yang dikeluarkan olehnya. 

Fitnah terbaru beliau yang boleh dibaca di laman blog beliau di sini adalah hotel mewah St Regis Langkawi dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) adalah milik TS Peter Sondakh. Hakikat yang sebenarnya adalah kedua-dua projek Langkawi yang dituduh dimiliki oleh TS Peter Sondakh sebenarnya 60% adalah milik kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Aset Tanah Nasional Berhad. TS Peter Sondakh memiliki pegangan saham sebanyak 40% melalui suntikan dana dan melalui branding St Regis. Untuk rekod, TS Peter Sondakh juga pemilik hotel St Regis di Jakarta dan di Bali.

Kedua, Rafizi Ramli mempertikaikan bagaimana sebuah hotel mewah seperti St Regis yang dimiliki oleh TS Peter Sondakh, milik ahli perniagaan besar yang bukan rakyat Malaysia pun boleh dibiayai oleh wang rakyat melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)? Bab ini saya hendak katakan Rafizi Ramli seorang akauntan yang bodoh! 

Sejak bila meminjam daripada Bank menggunakan wang Rakyat? Pinjaman dari BPMB memerlukan kedua-dua projek berkenaan dicagarkan kepada Bank. Setiap pinjaman perlu dibayar balik kepada Bank bersama faedah atau keuntungan. Celah kangkang Rafizi Ramli yang mana duit Rakyat digunakan dengan membuat pinjaman dari Bank? Ini bukan duit rakyat percuma. Ini PINJAMAN. Faham atau tidak si sotong ini?

Kesimpulannya, sememangnya tugas Rafizi Ramli ialah menghasut rakyat tiap-tiap hari dengan pelbagai tuduhan dan tuduhan yang tidak masuk akal. 




Zairil berburit mana satu malam tadi?



Jom Terjah Blog The Unspinners


Cakap banyak, kamu tu, nak berpolitik ke nak jadi kaki burit? Dulu ada Dr Badrulamin, Ustaz Adrul Burit kini Zairil kaki burit 

Kamu ni berapa bini ada? Laman SINI dedahkan gambar berikut:

Ulfah Zainal abidin


dahlia Hamzah



Mana satu isteri pula yang di atas ini.

Namun yang kini menjadi persoalan adalah siapa yang Zairil menari dan bercumbuan dalam video berikut:








Adakah orangnya berikut?

  

Dah jelas sangat kenapa mahu nafi lagi:

Hahahahaha....looks like me, sounds like me but it is not me! Korek korek korek la tu ....

Ketika gambar berikut tersebar, Zairil dan Dyana diam seribu bahasa dan tak saman pun sesiapa:

Kalau dah tak tahan pun dan tak takut dosa untuk buat maksiat, sewa bilik. Tidaklah dikhalayak ramai. Jagalah maruah diri sebagai ahli parlimen dan pasangan tu bercita-cita nak jadi ahli parlimen.

Jadi kenapa berdiam diri. Takut bini ke? Bini yang mana satu? Kenapa FB tak update?

Wahai Zairil @ Christopher Ross Lim anak Howard Lim dan Christina Lim .... malam tadi kamu tidor mana? Isteri ada disebelah ke?


Katanya setiap kali parlimen bersidang, Zairil selalu clubbing malam-malam di Vaults, Sri Hartamas atau Marini's

Ethan Hunt Dalam Mission Imposibble Pun Boleh Menangis Dengan Soalan Bodoh MP PKR ini.




9 tahun lalu, pengundi-pengundi Bayan Baru telah membuat kesilapan dengan melantik Sim Tze Tzin sebagai Wakil Rakyat mereka. Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen berkenaan di dalam laman sosial Twitter dan Facebook beliau. Hari ini terbukti apabila di dalam Sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru bertanyakan soalan berapakah jumlah agen perisikan asing di Malaysia!


Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Allied, di dalam filem berkenaan Brad Pitt, seorang agen perisik telah menyamar sebagai seorang suami kepada heroin supaya identitinya tidak diketahui oleh pihak musuh. Ini namanya perisik atau 'spy'. Agak kurang bijak atau bodoh sekiranya mana-mana negara asing hendak mengisytiharkan agen perisikan mereka kepada Malaysia atau pun kepada negara-negara lain.



Jawapan Timbalan Perdana Menteri saya suka apabila beliau menjawab perisik asing tidak mendaftar sebagai perisik dengan Kerajaan Malaysia. Ada jugak Ahli Parlimen pembangkang yang kurang bijak di Malaysia ini ya? 



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.