KENANGAN 16 TAHUN
MENJADI PELAKON HANDALAN
GAMBAR KIRI : ANWAR
SEDANG MEMBACA KHUTBAH DI MASJID GOMBAK
GAMBAR KANAN : ANWAR
SEDANG MENARI DENGAN ANAK LIM GOH TONG ANAK TAUKEH JUDI GENTING
1998
Ketika di wawancarakan oleh Ahmad Lutfi Othman (sekarang Ketua
Pengarang Harakah) dan Suria Janib dengan Mohamad Sabu (sekarang
Timbalan Presiden Pas) yang diambil daripada majalah Tamadun, Julai
1998 Mat Sabu ( sekarang Timbalan Presiden PAS)
mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertindak melulus dan
menambah jumlah lesen Judi di Malaysia sepanjang menjadi Menteri Kewangan
dan Timbalan Perdana Menteri. Berikut ada teks wawancara
berkenaan:
MAT
SABU INSAN PERTAMA DEDAH ISU HOMOSEKSUAL
ANWAR
DAN ISU ANWAR LULUS LESEN JUDI
Menurut
Mat Sabu "Saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun... pada
masa saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi
dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang
telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk
judi lumba kuda.Dahulu ada tiga tempat jadi lumba kuda iaitu Ipoh,
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan,
ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli
Parlimen di sana dan juga menemui bantahan di Sarawak apabila judi
lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.
Begitu
juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia
sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini
.
Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."
Malah
Anwar sendiri juga telah mendesak kerajaan Sabah meluluskan
lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan.
Anwar pernah menghentak meja dan membuang fail bagi membuat
desakan itu sewaktu kerajaan Sabah diketuai Datuk Yong Teck
Lee.
Anwar nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan. Yong dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.
Anwar nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan. Yong dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.
ANWAR
DAN LESEN JUDI SABAH
Rakyat di Semenanjung Malaysia khususnya generasi “Y” mungkin tidak tahu 'Sejarah Hitam' yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah'Merry Go Round.'
YONG
TECK LEE :"SAYA DIPAKSA ANWAR LULUS LESEN JUDI"
Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato' Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim.
Walaupun
Lesen Perjudian di Negeri Sabah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan
melalui Akta Pertaruhan Pool 1967 yang telah dipanjangkan ke Sabah
pada 1992, tetapi lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa
tempatan di Sabah.
Menteri
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, ketika itu Datuk Lajim Haji
Okin telah mengeluarkan surat pembatalan lesen perniagaan milik
Diriwan Berhad menjadikan anak syarikat Olympia itu beroperasi secara
haram; sehingga akhirnya Pengarah Urusan Diriwan, Datuk Lee
Sheong Mai dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah.
Tindakan
Lajim dan Kabinet Negeri Sabah ini menyebabkan Anwar marah dan
mendesak Yong agar menarik balik pembatalan lesen perniagaan Diriwan;
tetapi Kabinet Negeri Sabah tetap dengan keputusan awal sekalipun
Kementerian Kewangan Malaysia yang diterajui Anwar meneruskan
penyambungan lesen Diriwan. Seterusnya di Merung Mahawangsa
No comments :
Post a Comment