Kelantan telah diperintah oleh PAS sejak 21 tahun lepas.
Kita tahu tidak semua perkara kerajaan tidak kira pusat ataupun negeri boleh
selesaikan. Tetapi, di sebuah negeri yang diperintah oleh “Tuan Guru”
harap-harapnya tidaklah apabila gagal dalam membanteras maksiat, alasan yang
diberikan adalah: Ini salah UMNO.
UMNO sudah tidak memerintah sejak tahun 1990. Sudah 21
tahun, mungkin orang boleh menerima Kelantan tidak membangun fizikalnya tetapi
jikalau spiritualnya yang merupakan slogan yang selalu dicanang-canangkan maka
kepimpinan tersebut perlu memikirkan apakah faktor yang menggagalkan usaha
untuk mencapai KPI tersebut?
Kadangkala, kita menuduh sekian negara itu kurang Islamik
ataupun kurang tarbiyyah apabila rakyat negara itu hanya berpurdah di negaranya
tetapi melondehkan auratnya sebaik sahaja kapal berada di perairan
antarabangsa. Dan menolak negara sekian-sekian sebagai sebuah negara Islam yang
syumul di usrah-usrah dan tamrin-tamrin kerana perlakuan rakyatnya. Jadi,
adakah ini keadaan di Kelantan ini merupakan model negara Islam..oops..minta
maaf..negara berkebajikan yang PAS hendak tubuhkan?
Apa pun, bukanlah masa kita menuding itu dan ini, tetapi
sebagai muhasabah kepada Tuan Guru dan Pas Kelantan bahawa realiti pemerintahan
bukanlah semudah kertas kerja usrah dan tamrin. Sepenggal mungkin orang boleh
terima tetapi 21 tahun, bak kata Tun…Dah lama Daah….
No comments :
Post a Comment