Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, December 25, 2012

Siapa Monopoli Gula di Malaysia? Jom Tengok


Beralih kepada perniagaan gula di Malaysia pula, saya mendapat maklumat bahawa terdapat 4 kilang penghasilan gula di Malaysia iaitu MSM(Gula Prai) Sdn Bhd, Central Sugar Refinery Sdn Bhd, Gula Padang Terap Bhd dan Gula Felda Perlis Sdn Bhd.

Di antara keempat kilang tersebut, MSM Sdn Bhd yang dikuasai oleh Raja Gula, Robert Kuok menguasai pasaran tempatan lebih 47 % jika dibanding dengan syarikat lain.

Kesemua empat syarikat itu membeli bahan mentah untuk mengeluarkan gula dari Brazil dan Australia. Dalam sesi dialog antara mahasiswa dengan pihak pengurusan syarikat, kami difahamkan bahawa industri gula Malaysia tidak menjalankan perniagaan dalam secara bebas untuk pasaran tempatan.Maknanya, untuk usahawan yang berkeinginan untuk menceburi dalam industri gula adalah tidak dibenarkan sama sekali melainkan mendapat persetujuan daripada keempat syarikat gula yang sedia ada.

Oleh itu, jelaslah bahawa industri gula di Malaysia telah dimonopoli oleh pihak tertentu yang sudah tertentu cukup selesa mengaut keuntungan tanpa persaingan daripada pesaing lain. Saya difahamkan oleh wakil syarikat bahawa kilang-kilang gula Malaysia dikuasai oleh dua individu iaitu Tan Sri Syed Bukhary dan Robert Kuok. Mereka menguasai 3 daripada 4 kilang yang diberi hak pengeluaran gula oleh kerajaan.

Robert Kuok sah jadi Raja Gula dengan bantuan kerajaan bila pada 1968 bila dia tubuh syarikat Perlis Plantation Berhad (PPB) bagi menyahut seruan kerajaan mewujudkan industri gula tempatan.

Syarikat itu dibagi tanah di Perlis dan monopoli untuk import, proses dan edar gula sampai tahun lalu bila Kuok jual sahamnya dalam perniagaan gula kepada Felda Global Ventures, anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Robert Kuok juga memonopoli perniagaan gula barangan keperluan lain sejak merdeka hingga lebih 50 tahun, sehinggalah kerajaan memecahkan memonopoli tersebut dengan membenarkan Tan Sri Syed Bukhary menyertai perniagaan tersebut.

Jika kita imbas masalah kekurangan gula di pasaran pada tahun 2010 adalah disebabkan oleh keengganan kilang untuk memproses bahan mentah gula untuk pasaran tempatan.

Tiga pengilang gula itu lebih mengutamakan pengeluaran bagi tujuan eksport daripada menjual di pasaran tempatan untuk meraih keuntungan tinggi dan mereka menyalahgunakan perolehan gula bahan mentah melalui kontrak jangka panjang (KJP) yang diberikan oleh kerajaan.

Oleh itu, jangan terkejut juga suatu hari nanti pengilang gula ini akan meminta kerajaan untuk menaikkan harga gula sehingga RM5 sekilo dengan pelbagai alasan dalam merealisasikan hasrat mereka untuk kekal meraih keuntungan.

Sumber
 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.