Dalang terhadap insiden pencerobohan Lahad Datu sudah
dikenalpasti namun masih belum didedahkan buat masa ini kerana dikhuatiri
pendedahan itu akan dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan
politik atau SANDIWARA POLITIK. Namun, sehingga kini beberapa pemimpin dari
pembangkang mula membuat penafian bagi menyelamatkan diri supaya tidak dikaitan
dengan insiden tersebut. Malah ada juga yang membuat pengakuan awal bahawa
dirinya KEMUNGKINAN akan dikaitkan memandangkan dia turut terlibat dalam siri
lawatan ke Manila bersama-sama R.Sivarasa dan Tian Chua sebelum pencerobohan
berlaku.
Pada 26 April, Kementerian Pertahanan telah mengenal
pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan
kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang
tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan
selanjutnya. Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin
pembangkang tersebut dan segala butiran serta tindakan hanya akan diketahui
selepas pilihanraya. Laporan Penuh ( Di sini )
Sebaik pengumuman dibuat, Ketua Penerangan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua mendakwa kenyataan Menteri Pertahanan itu
berunsur politik. Beliau mempersoalkan kenapa Ahmad Zahid membuat kenyataan itu
menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini. Beliau juga meminta menteri
berkenaan menamakan tiga pemimpin pembangkang yang dikenal pasti menjadi dalang
kepada insiden pencerobohan Lahad Datu.
Sementara, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
pula mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan
bukti bahawa Pakatan Pembangkang menjadi dalang dalam serangan pengganas Sulu
di Lahad Datu, Februari lalu. Beliau berkata kenyatan Zahid yang mendakwa tiga
pemimpin pembangkang terlibat dalam pencerobohan merupakan satu lagi cubaan
untuk mengaitkan dirinya dengan pengganas Sulu. Laporan Penuh ( Di sini )
Lebih mengejutkan apabila, calon Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Darell Leiking tiba-tiba tampil mendakwa beliau akan disenaraikan
sebagai salah seorang pemimpin pembangkang yang dikaitkan menjadi dalang dalam
pencerobohan kumpulan militan Sulu ke Sabah. Darell berkata, beliau membuat
kesimpulan itu kerana dirinya bersama dengan dua pemimpin PKR iaitu R.Sivarasa
dan Tian Chua mengadakan lawatan ke Manila sebelum pencerobohan berlaku pada
Februari lalu. Beliau turut berkata lawatan itu tiada kena mengena dengan
kumpulan militan Sulu tetapi mereka ke sana untuk mendapatkan maklumat mengenai
Manuel Amalilio yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana didakwa
terlibat dalam kes penipuan bernilai RM1 bilion dan kini dipenjara dua tahun di
Sabah kerana memiliki pasport Filipina palsu. Laporan Penuh ( di sini )
Jika benar ketiga-tiga pemimpin ini tidak terlibat,
maka mereka tidak perlu risau dengan pendedahan tergempar oleh Menteri
Pertahanan Malaysia. Tian Chua yang terkenal dengan kenyataan "SANDIWARA
POLITIK" juga tidak perlu mengulangi kenyataan yang sama bagi melepaskan
diri memandangkan segala tindakan hanya akan diambil selepas pilihanraya. Anwar
dan Darell juga tidak perlu membayangkan yang diri mereka akan dikaitkan dengan
insiden pencerobohan tersebut jika benar mereka tidak bersalah. Segala butiran
atau maklumat yang diperolehi oleh Menteri Pertahanan adalah hasil dari siasatan
yang dibuat sejak insiden itu berlaku yang mana turut melibatkan kerjasama dari
kerajaan Filipina.
Jesteru, tuduhan bahawa pendedahan ini adalah berunsur
politik, sandiwara politik atau apa sahaja yang seangkatan dengannya,
sama-sekali tidak benar sebagaimana jenayah ini berlaku yang tanpa mengira
waktu dan tempat. Penafian demi penafian yang dibuat, baik oleh tiga orang
pemimpin diatas mahupun pemimpin-pemimpin lain selepas ini, sebenarnya tidak
perlu kerana penafian itu boleh dibuat di mahkamah sekiranya ada antara mereka
yang dikenalpasti terlibat.
Komen: Ingatkan hanya dua orang sahaja yang terbang ke
Manila.. rupanya TIGA orang.. konon mahu mendapatkan maklumat mengenai Manuel
Amalilio.. Tapi persoalannya, siapa ketiga-tiga orang ini yang cuba bertindak
sebagaimana layaknya anggota polis?? dan kenapa kali ini mereka tidak terbang
ke Manila atau Sulu bagi mendapatkan maklumat mengenai pencerobohan di Lahad
Datu?????
**SIAPA TERMAKAN CILI, DIA TERASA PEDASNYA##
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment