Transkrip taklimat yang dipaparkan ini merupakan taklimat
SUARAM kepada 35 orang MPP Keadilan, ia
juga bukti skandal Scorpene yang dicipta oleh pembangkang sebenarnya bertujuan
menjadikan isu ini sebagai 'peluru' kempen mereka dalam PRU13.
Aduan SUARAM kepada Mahkamah Antarabangsa dibuat kerana mereka
tahu Perancis serius terhadap korupsi dan rasuah selepas pembunuhan 12 orang di
Pakistan.
SUARAM juga tahu walaupun aduan dibuat tanpa bukti yang
kukuh, kerajaan Perancis akan menggunakan kuasa perundangan mereka untuk
mengadakan siasatan walaupun ia melibatkan rakyat negara lain.
Agenda pembangkang adalah untuk menjadikan isu Scorpene
sebagai bullet PR dalam PRU13 :
Transkrip taklimat
SUARAM di atas membuktikan bahawa skandal Scorpene dicipta oleh pembangkang
tanpa bukti dan sama sekali tidak berasas. Maka tidak hairanlah jika tiada
pembicaraan di Perancis, sebaliknya kerajaan Perancis hanya menjalankan
siasatan berdasarkan aduan SUARAM.
Bahasa mudah faham, SUARAM mengadu kepada Mahkamah
Antarabangsa, kerajaan Perancis membuat siasatan berdasarkan aduan, pembangkang
melalui media mereka memainkan isu ini kononnya terdapat perbicaraan di
Perancis.
Marina China, S.Ambiga, Steven, Cynthia dan Kin Woon Dalang
Ganggu Gugat Politik Sarawak!
Kiriman emel Kin Woon kepada Marina Chin pula membuktikan bahawa
tuduhan yang dibuat oleh Global Witness dengan mengaitkan Taib Mahmub terlibat
adalah tuduhan yang dirancang untuk memberikan persepsi kepada rakyat bahawa
Ketua Menteri itu korup.
Ia juga menunjukkan bahawa pihak Global Witness
telah dibeli untuk membuat laporan berdasarkan maklumat 'hear say' malah
laporan yang mengaitkan Tan Sri Taib Mahmud tanpa disertakan bukti yang kukuh.
Siapa penaja SUARAM?
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment