Saidina Khalid al Walid r.a merupakan
seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai
Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya
kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan
dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.
Namun apa yang memeranjatkan, setelah
takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak
memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk
jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan
menimbulkan perasaan tidak puas hati.
khalid-al-walid-pedang-Allah-sejarah-Islam
Beliau telah dilucut jawatan sebanyak
dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas
Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun
kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia
adalah dari sebab berikut [13] :-
a) Menjaga keyakinan umat Islam
terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat
Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘bergantung harap’ dengan Khalid
sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan
bukan kerana bantuan Allah swt.
b) Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan
keputusan pembahagian harta. Pentadbiran Umar r.a inginkan keteletian dan
laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentadbiran
yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.
Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya
sebagai gabenor di Syria, beliau berkata :-
“Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik
aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancar, beliau
melucutkan jawatanku”
Lalu seorang lelaki berkata : “Sabarlah
wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah”
Khalid membalas :
“selagi anak Al-Khattab ini hidup,
selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku” [14]
Demikian hormat dan keyakinan Khalid
terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat
difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta
fitnah.
Di ketika Khalid r.a hampir wafat
(beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,
“Wahai Abu Darda, bila Umar r.a
al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku”
Dan berkata lagi sambil mengelap air
matanya:
“Aku memang merasa sedikit kecewa
dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali
berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab
r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap
tindakannya”[15]
Khalid juga melantik Umar r.a sebagai
waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menerima surat
wasiat itu, beliau turut menangis.
Inilah sikap Khalid Al-Walid si Pedang
Allah. Walaupun Saidina Khalid al Walid r.a dipecat dari jawatannya, beliau
menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap
kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.
Apa Yang Tersirat.
Jika dibaca kisah di atas hanya dengan
biji mata sahaja, maka sudah tentu perasaan kita turut menyebelahi pihak yang
tidak berpuas hati dengan tindakan Saidina Umar r.a. Namun apa yang tersirat
sebenarnya jauh lebih halus dari apa yang kita sangkakan.
Soal keyakinan dalam semua perkara yang
dilakukan dan menyerah diri hanya kepada Allah s.w.t sahaja amat penting dalam
aqidah setiap muslim. Aqidah pula merupakan jantung kepada agama yang kita
cintai ini. Jika rosak dan bermasalah jantung tersebut, maka tumbanglah agama
kita.
Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat
Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu
menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun
dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat
Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a
menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.
Hikmah peristiwa di atas juga adalah
menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina
Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana
beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi
untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia.
Seterusnya, hikmah lain yang boleh
diambil adalah ketaatan Saidina Khalid al Walid r.a terhadap seorang
pemerintah, khalifah, Saidina Umar al Khattab r.a adalah wajib dalam Islam
selagi mana ia berlandaskan syariat Islam. Langsung tiada kepentingan dalam
kedua-dua individu mulia di atas, Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidina
Khalid al Walid r.a untuk mendapatkan sebahagian habuan dunia tetapi apa yang
mereka harapkan adalah keredhaan dari Allah taala.
Wallahua’lam
Rujukan :
[12] Tarikh at-Tabari, 5/41
[13] Umar Ibn Khattab, His Life and
Time, Dr Ali Md As-Sallabi, 2/111-114 ; Abatil yajib an tumha min at-Tarikh,
Ibrahim Sha’oot, hlm 134
[14] Al-Kamil fi At-tarikh, Ibn Athir,
2/156
[15] Khalid ibn waled, Sadiq ‘Arjoun,
hlm 349 ; Al-Khilafah wal Khulafa, hlm 198
3 comments :
bro,
Bos Kahalid al Walid sape ye? Agak2 sama level dengan Jibby tak?. Sekadar nak tanya..thx
OI si anon-komen 1 si KEPARAT BANGKAI BABI, yg. akan diKUBURkan adalah DAPBANGKAI BABI!
Si PENDATANG TERORIS-TERORIS amat-KEPARAT-ANTI Islam/Melayu (punya PENAKUT jadi PENYAMAQ pula tu) memang puak KEPARAT GILABABI! lu punyak otak PENGGANAS aaahh...., itu mcm-si ANJING KURAP-manyak-NANAH si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1!!
Lu manyak LAHAP itu KANGKANG BABI aaahhh??!
Yg. si puak TERORIS-TERORIS si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO nak paksa YAB PM BUMIPUTERA ISLAM/Melayu kami letak jawatan sewenangnya apasal dan TUMBANGkan KERAJAAN kat NEGARA ISLAM kami ni - lu ingat kami MAJORITI dari BUMIPUTERA Islam/Melayu yang pilih YAB PM dan KERAJAAN kami ni, KULI-KULI lu, oi si KEPARAT PENGGANAS-PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO!!
PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN PENDATANG KAPIRDAJAL TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1!
Nak cerita jgn pilih2
1. Umar al khattab RA dijamin syurga, malahan hadis nabi ttg kelebihan beliau spt jika ada nabi selepas baginda ianya umar, syaitan lari jika bertembung umar, etc
2. Popular cerita khalifah umar ditegur sahabat (perkataannya tidak dengar & tidak taat) kerana bajunya hasil rampasan perang lebih panjang drpd diperolehi org lain sehinggalah anaknya abdullah menjelaskan lebih itu drpdnya, tp umar tidak hukum sahabat itu malah memuji dan bersyukur
3. Popular juga cerita khalifah umar dan keluarganya tdk mkn kecuali roti dn minyak ketika kemarau dimadinah kerana itulah mknn rakyat yg kesusahan
Dan byk lagi cerita seumpamanya, nak banding dgn pemimpin mana zaman sekarang ni?
Post a Comment