PROFESOR
DR RIDHUAN TEE ABDULLAH
SURAT
TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
Sejak mengambil alih jawatan sbg PM, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.
Dalam
kemelut dan situasi politik yg berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah
duduk berdiskusi dan cuba melihat drp sudut persepsi serantau.
Menyelak,
mengkaji dan cuba membaca senario dunia yg sedang berlegar drp dulu hingga
kepada kemelut mutakhir yg sedang berlaku.
PM
Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas
pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam
yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yg sepatutnya.
Malaysia
secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada
umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan
Israel. DS Najib juga menjadi PM Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yg
berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.
Beliau
juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang
ditembak oleh peluru kerajaan negara itu.
Kuala
Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro
di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah
juga akan selesai.
PM
Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand,
di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat
Thailand di utara negara Gajah putih itu.
Wujud
konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan
utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.
Mungkin
ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu dia buat perkara yang sama.
Untuk
rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi PM, semua bantuan kepada umat Islam
Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara rahsia, dan lebih
berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian
seperti PM Najib.
PM
Najib berani mengambil risiko untuk ‘rock the boat’ dengan mengusulkan berbagai
pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.
Keberanian
beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan drp
pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan
terhadap Najib dikalangan pimpinan PAS).
Kedua,
serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yg mahu Anwar jadi PM), para
pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang
rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.
Baik,
drp sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan
PM Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi
PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?
Mari
bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam
memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara
terbuka, dan beliau perlukan dana.
Apakah
kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau
infak untuk kepentingan umat.
Ingatlah
saudara-saudaraku bhw kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yg segala fitnah
dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita
menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.
Mungkin
PM Najib bukanlah PM yg terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan
kedaulatan Islam drp diserang drp segala sudut yg akhirnya akan merugikan kita.
Jadikan
sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan
oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yg membuatkan
rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yg terakhir itu.
Sdra-sdra
mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun gunakan
rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yg
akhirnya akan merugikan kita semua.
Prof.
Dr. Ridhuan Tee Abdullah
No comments :
Post a Comment