Bekas
Menteri Kewangan,Tengku Razaleigh Hamzah menafikan bahawa kejatuhan nilai
ringgit yang semakin menghimpit negara pada hari ini berpunca daripada kemelut
politik yang melanda negara.Sebaliknya menurut beliau,ia berlaku kerana faktor
luaran seperti masalah minyak mentah pasaran dunia dan perebutan pasaran global
yang turut menyumbang kepada kejatuhan harga komuditi sawit dan getah di negara
ini.
“Ia
adalah faktor luaran yang kita tidak menjangkakan berlaku demikian hingga ada
penduduk berhenti terus daripada menorah getah kerana tidak tahan dengan harga
semakin rendah.Ini semua perlu ada inisiatif bagi mengatasinya dalam masa yang
segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Ibadur Rahman
Sekolah Kebangsaan (SK) Jerek,disini, petang semalam.
Turut
hadir pada majlis itu Adun Nenggiri,Datuk Mat Yusoff Abd Ghani,Adun Galas,Ab
Aziz Yusof dan Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian,Datuk Wan Hazani Mohd
Noor.Bercakap kepada media,Tengku Razaleigh atau mesra disapa Ku Li
berkata,beliau ada pandangan bagaimana untuk meningkatkan semula nilai Ringgit
Malaysia yang kini jatuh teruk hingga menjadikan RM4 bersamaan dengan 1USD.
“Bagaimanapun,pandangan
itu bukan untuk saya umumkan sekarang tunggulah sikit masa nanti dan jika
berbuat demikian sudah pasti ringgi kembali naik,” katanya.Ku Li turut
menyatakan kebimbangannya dengan keadaan pada hari ini yang boleh membebankan
kehidupan rakyat kerana harga barangan keperluan yang naik mendadak namun pada
masa sama peluang pekerjaan pula tidak ada di dalam negara.Sehubungan
itu,beliau mahu kerajaan meningkatkan usaha terutama menarik lebih banyak
pelabur ke negara ini bagi memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kerana
mereka tidak boleh lagi bergantung kepada hasil komuditi itu. Cr
1 comment :
Kena faham ayat sindir je tu cara lembut...
Dia suh bandingkan jugak dgn matawang negara2 Asean..
Ringgit paling teruk..
Apa penyelesaian seterusnya..??
Post a Comment