Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 26, 2015

Calon PRU Singapura Wajib Isytihar Sumber Dana Politik



SINGAPURA – Ketika parti pembangkang di Malaysia masih berdolak-dalik lagi untuk telus mengumumkan sumber dana siasah mereka, lain halnya di Singapura yang sudah lama mewajibkan amalan murni tersebut.

Malah Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD) mengingatkan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) republik itu pada bulan depan agar segera mengisytiharkan sumber dana politik mereka.

Dalam kenyataan sempena pembubaran rasmi Parlimen Singapura oleh Presiden Tony Tan Keng Yam pada Selasa, ELD berkata, setiap calon parti mesti mengemukakan Sijil Derma Politik dikeluarkan Pendaftar Derma Politik.

Kegagalan melampirkan sijil berkenaan pada hari penamaan calon 1 September ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Derma Politik 2001 sekali gus boleh menghilangkan kelayakan mereka menjadi calon PRU kali ke-17 itu.




Di bawah undang-undang ketat Singapura, calon termasuk badan siasah tempatan dilarang keras menerima derma daripada sumber yang enggan dinyatakan namanya dengan jumlah besar lebih daripada S$5,000 (RM15,065).

Namun setiap penyumbang dana boleh menderma dalam kadar kecil sehingga berjumlah S$10,000 (RM30,131) atau lebih dalam tempoh setahun tetapi wajib melaporkan kepada pihak Pendaftar Derma Politik di bawah ELD.

Calon juga perlu memiliki wang cengkeram sebanyak S$14,500 (RM43,691) dan menurut Akta Pilihan Raya, jumlah itu bersamaan 8 peratus daripada elaun yang dibayar kepada seorang Anggota Parlimen pada tahun lalu.

ELD turut mengumumkan sembilan pusat penamaan calon ditetapkan untuk 29 kawasan pengundian negara itu yang kali ini menawarkan 89 kerusi Parlimen; tambahan dua kerusi berbanding PRU ke-16 pada 2011 lalu.

Dijangkakan parti pemerintah, PAP bakal berdepan satu lawan satu dengan pihak pembangkang yang baru-baru ini mencapai persetujuan bersama untuk mengelakkan pertindihan sesama sendiri di kawasan tertentu. – Agensi/Mynewshub/HAA



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.