Musim
mesyuarat bahagian dan sayap nampaknya menjadi pentas terbuka menghentam
Presiden parti depan ahli parti . Ada
yang secara direct ada yang secara berkias tapi sebenarnya beri signal .
Masing-masing
ada agenda sendiri yang tetapi pelbagai pendekatan dan isu digunakan . Semuanya
menggunakan alasan atas nama DEMI
PERJUANGAN PARTI & KEBENARAN
Antaranya
Ketua sayap sendiri Khairy Jamaluddin yang sakan bercakap dan menghentam
kerajaan berikutan pertukaran pegawai kanan SPRM ke JPM .
Memetik nasihat Pengarah Strategik BN Datuk Abd
Rahman Dahlan , " jangan menari ikut rentak pembangkang" . Cukup memalukan Yang paling awal
menari dalam isu ini ialah KJ .
Apakah
KJ selaku Menteri Kabinet tidak faham peraturan pegawai & penjawat awam
yang ditetapkan JPA ??
Pegawai
itu ditukar atas bidang kuasa KSN.Mereka ditukar kerana telah melanggar
peraturan iaitu memberi kenyataan kepada media tanpa mendapat kebenaran. Tak timbul soal mereka ditukar
kerana nak tutup soal 1MDB atau ada tangan-tangan ghaib. Itu semua hanya nasi
tambah untuk menyedapkan cerita !
Malah
Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi
sendiri berkata setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada pekeliling dan
perintah am ditetapkan JPA .
Pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri tiada kena mengena dengan Polis Diraja Malaysia, sebaliknya ia adalah urusan pentadbiran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada arahan dan pekeliling dalam Perintah Am yang ditentukan JPA dan ditandatangani semua pegawai kerajaan yang menerima pelantikan sebagai aku janji. klik di sini
Persoalannya
, apa motif KJ menggunakan isu
pegawai SPRM ini dengan mengaitkan dirinya tidak takut
digugurkan daripada kabinet secara
terbuka ?? Nak jadi batu ronson ??
Untuk
tunjuk atau cabar kepada Presiden bahawa
dia boleh kritik lantang tetapi tidak
boleh disingkirkan dari kabinet ??
Pendirian
KJ dalam isu seperti ini hanyalah untukan dirinya popular dan tidak membantu parti !
Sebaliknya
ini jelas satu tindakan MEMALUKAN &
MENJAHANAMKAN parti !
Bagi GPB , di saat ini sewajarnya sokongan
diberikan kepada Presiden dan mempertahankan parti .
Lihat pembangkang bagaimana mereka mempertahankan pemimpin mereka
bermati-matian walaupun jelas dihukum bersalah oleh mahkamah .
Tapi orang UMNO dan beberapa pemimpinnya bila Presiden sendiri diserang & ditembak bertalu-talu fitnah pembangkang , ada yang sanggup datang menikam
dari belakang .
Seperti
kata Presiden UMNO ketika merasmikan Mesyuarat Bahagian Bandar Tun Razak
semalam , " bila saya diserang ,
kita tambah lagi..kita tuang minyak " ...
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak
gentar dengan sebarang tindakan akibat kelantangannya dalam isu yang melibatkan
perpindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya
tak risau (kedudukan saya terjejas atau digugurkan daripada Kabinet) kerana
saya percaya kita harus berpegang pada kebenaran.
"Kita
harus jaga kebebasan institusi dan bercakap tanpa takut terjejasnya
kedudukan," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat
Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Klang di sini pada Sabtu.
Katanya,
bermuhasabah secara terbuka melalui platform mesyuarat UMNO Bahagian selari
dengan apa yang diungkapkan presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak semasa merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. klik disini
5 comments :
KJ klu tak boleh terima tekanan maka letak jawatan... kan DS Najib dah kata ada apa2 yang tak suka berbincang lah dlu... nape cepat melatah... mcmmane klu isu SPRM ni adalh isu KJ... belum apa2 lagi dah buat announcement .... SPRM memang telah melanggar syarat dan etika, isu ape pun tak kisah lah... setiap jabatan walaupun suruhan jaya yang bebas mesti ade sempadannya...tak de apa yg tak de sempadan kecuali pencipta kita...
Daripada suruh KJ letak jawatan, lagi akan kalau suruh Najib letak jawatan.
Bro, sekarang kj ada dlm kabinet najib. Bukan sebaliknya. Jika kj ada pendpt lain & tidak setuju dgn dasar asas kerajaan, ambil keputusan lepaskan jawatan. Knp kj tunjuk gagah konon tak takut jika ada tindakan dikenakan? Dpd tunggu ditendang, baik buat tindakan lebih mulia, berenti. Lgpun jika anggap najib ni zalim, elok shj tinggalkan najib.
Apa motif dia guna isu sprm kaitkan dgn dirinya tak takut dipecat? Cari glamour tatkala persidangan bahagian2 sdg berlangsung! Tiada pemilihan
Apa motif dia guna isu sprm kaitkan dgn dirinya tak takut dipecat? Cari glamour tatkala persidangan bahagian2 sdg berlangsung! Tiada pemilihan
Post a Comment