Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, August 10, 2015

CARI POPULARITI BALUN KERAJAAN SENDIRI !



Musim mesyuarat bahagian dan sayap nampaknya menjadi pentas terbuka menghentam Presiden parti depan ahli parti  . Ada yang secara direct ada yang secara berkias tapi sebenarnya  beri signal .

Masing-masing ada agenda sendiri yang tetapi pelbagai pendekatan dan isu digunakan . Semuanya menggunakan alasan  atas nama DEMI PERJUANGAN PARTI  & KEBENARAN

Antaranya Ketua sayap sendiri Khairy Jamaluddin yang sakan bercakap dan menghentam kerajaan berikutan pertukaran pegawai kanan SPRM ke JPM .

Memetik  nasihat Pengarah Strategik BN Datuk Abd Rahman Dahlan , " jangan menari ikut rentak pembangkang" .  Cukup memalukan Yang  paling awal  menari dalam isu ini ialah KJ .

Apakah KJ selaku Menteri Kabinet tidak faham peraturan pegawai & penjawat awam yang ditetapkan JPA  ??


 


 

Pegawai itu ditukar atas bidang kuasa KSN.Mereka ditukar kerana telah melanggar peraturan iaitu memberi kenyataan kepada media tanpa mendapat  kebenaran. Tak timbul soal mereka ditukar kerana nak tutup soal 1MDB atau ada tangan-tangan ghaib. Itu semua hanya nasi tambah untuk menyedapkan cerita !

Malah Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi   sendiri berkata setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada pekeliling dan perintah am ditetapkan JPA .


Pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri tiada kena mengena dengan Polis Diraja Malaysia, sebaliknya ia adalah urusan pentadbiran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada arahan dan pekeliling dalam Perintah Am yang ditentukan JPA dan ditandatangani semua pegawai kerajaan yang menerima pelantikan sebagai aku janji. klik di sini

Persoalannya ,  apa motif KJ menggunakan isu pegawai  SPRM   ini dengan mengaitkan dirinya tidak takut digugurkan daripada kabinet  secara terbuka ?? Nak jadi batu ronson ??

Untuk tunjuk atau cabar  kepada Presiden bahawa dia boleh kritik lantang  tetapi tidak boleh disingkirkan dari kabinet ??

Pendirian KJ dalam isu seperti ini hanyalah untukan dirinya  popular dan tidak membantu parti !

Sebaliknya ini jelas  satu tindakan MEMALUKAN & MENJAHANAMKAN parti !

 Bagi GPB , di saat ini sewajarnya sokongan diberikan kepada Presiden dan mempertahankan parti   .  Lihat pembangkang bagaimana mereka mempertahankan pemimpin mereka bermati-matian walaupun jelas dihukum bersalah oleh mahkamah .

 Tapi orang UMNO dan beberapa pemimpinnya   bila Presiden sendiri diserang &  ditembak bertalu-talu fitnah  pembangkang , ada yang sanggup datang menikam dari belakang .

Seperti kata Presiden UMNO ketika merasmikan Mesyuarat Bahagian Bandar Tun Razak semalam   , " bila saya diserang , kita tambah lagi..kita tuang minyak " ...
  


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak gentar dengan sebarang tindakan akibat kelantangannya dalam isu yang melibatkan perpindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya tak risau (kedudukan saya terjejas atau digugurkan daripada Kabinet) kerana saya percaya kita harus berpegang pada kebenaran.

"Kita harus jaga kebebasan institusi dan bercakap tanpa takut terjejasnya kedudukan," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Klang di sini pada Sabtu.


Katanya, bermuhasabah secara terbuka melalui platform mesyuarat UMNO Bahagian selari dengan apa yang diungkapkan presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. klik disini

5 comments :

Anonymous said...

KJ klu tak boleh terima tekanan maka letak jawatan... kan DS Najib dah kata ada apa2 yang tak suka berbincang lah dlu... nape cepat melatah... mcmmane klu isu SPRM ni adalh isu KJ... belum apa2 lagi dah buat announcement .... SPRM memang telah melanggar syarat dan etika, isu ape pun tak kisah lah... setiap jabatan walaupun suruhan jaya yang bebas mesti ade sempadannya...tak de apa yg tak de sempadan kecuali pencipta kita...

Anonymous said...

Daripada suruh KJ letak jawatan, lagi akan kalau suruh Najib letak jawatan.

Anonymous said...

Bro, sekarang kj ada dlm kabinet najib. Bukan sebaliknya. Jika kj ada pendpt lain & tidak setuju dgn dasar asas kerajaan, ambil keputusan lepaskan jawatan. Knp kj tunjuk gagah konon tak takut jika ada tindakan dikenakan? Dpd tunggu ditendang, baik buat tindakan lebih mulia, berenti. Lgpun jika anggap najib ni zalim, elok shj tinggalkan najib.

megat panjialam said...

Apa motif dia guna isu sprm kaitkan dgn dirinya tak takut dipecat? Cari glamour tatkala persidangan bahagian2 sdg berlangsung! Tiada pemilihan

megat panjialam said...

Apa motif dia guna isu sprm kaitkan dgn dirinya tak takut dipecat? Cari glamour tatkala persidangan bahagian2 sdg berlangsung! Tiada pemilihan

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.