SEMUA sudah maklum bahawa Kutub Utara dan Kutub Selatan merupakan ceruk benua paling sejuk di dunia.
BACA: Shahrom Berjaya Tamatkan Misi Kutub Selatan
Justeru
apabila seorang lelaki Melayu mengenakan kain pelikat ketika
berada di Kutub Selatan dan memuatnaik gambar itu di Facebook, dah
pasti ianya mengejutkan ramai orang.
Bayangkan,
pada bulan Januari seperti sekarang pun suhu kawasan itu berada pada
tahap -16 darjah celcius.
Senang
cakap, jika pakai baju sejuk berlapis-lapis pun masih terasa hingga
ke tulang apatah lagi bagi anak Malaysia yang biasa hidup dalam suhu
panas lembab sepanjang tahun!
Hal
itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan
jejaka yang ‘kebal’ dari kesejukan tersebut.
‘Mat
Salleh’ yang berada di kawasan Kutub Selatan waktu itu pun, sudah
pasti pelik melihat jenis kain dan bendera negeri Kelantan yang
dibawa bersamanya.
BACA: Misi Ekspedisi Shahrom Tawan Kutub Selatan Bermula
Jejaka
berkain pelikat sambil mengibar bendera Kelantan di negeri berlantai
ais itu tak lain tak bukan adalah Shahrom Abdullah, anak
Malaysia pertama yang berjaya menjelajah ke Kutub Selatan.
Jejaka
berusia 33 tahun dari Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan ini merupakan
atlet sukan lasak duathlon dan triathlon negara.
Shahrom
telah berjaya menamatkan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan
pada 9 Disember 2015 lalu.
Ekspedisi
berkenaan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun
Abdul Razak, awal Julai tahun lepas.
Tahniah
buat Shahrom, semoga semangat nasionalisme dan kental dirinya jadi
ikutan anak muda lain di negara ini. – MYNEWSHUB.CC
No comments :
Post a Comment