LSS
Report – Satu ayat
yang biasa digunakan DAP adalah “Lim Guan Eng Telah Masuk Penjara
kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah dirogol.”
Tahukah
anda, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng cukup membenci kesungguhan Gopal
Sri Ram, ketua pembelaan Anwar di dalam rayuan Kes Liwat II?
Ini
apa yang sebenarnya berlaku.
Pada
1997, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah
Tinggi Melaka kerana dengan sengaja dan berniat jahat mencetak berita
palsu di bawah Akta Penerbitan Dan Pencetakan 1984 dan di bawah Akta
Hasutan 1948.
Lim
Guan Eng telah didapati bersalah menyebarkan tuduhan yang Ketua
Menteri Melaka ketika itu, Rahim Tamby Chik telah merogol seorang
gadis bawah umur.
Hukuman
asal beliau hanyalah denda maksimum RM5,000 untuk dakwaan hasutan dan
RM10,000 untuk ‘berita palsu’ tetapi tiada hukuman penjara.
Kes
itu kemudiannya dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Pada
1998, Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu Gopal Sri Ram berkata, “Sudah
tiba masanya mahkamah ini menghantar mesej yang jelas yang ia tidak
lagi boleh bertolak ansur ke atas serangan terhadap badan
kehakiman.”http://www.limkitsiang.com/archive/1998/April98/sg985.htm
(Menariknya,
bertahun kemudian, Gopal Sri Ram menjadi ketua pembelaan Anwar untuk
kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan pada awal tahun 2015 – yang
beliau kalah dan Anwar ke penjara)
Kemungkinan
kerana tidak gembira dengan serangan terus-terusan oleh Lim Guan Eng
dan peguamnya terhadap Mahkamah, Gopal telah menaikkan hukuman dari
denda RM15,000 kepada penjara 36 bulan.
Dan
Lim Guan Eng pun ke penjara. Tetapi bukan untuk 36 bulan.
Selepas
beberapa siri rayuan, Lim dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan.
Beliau, bagaimanapun, dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 Ogos 1999.
Maka,
Lim Guan Eng masuk penjara kerana mengedarkan berita palsu dan
menghasut dan menggunakan kes Rahim Tamby Chik ini untuk menaikkan
kemarahan orang ramai.
Tetapi
adakah kes rogol itu benar-benar terjadi dan patutkah Lim Guan Eng
mempertahankannya?
DAP
berterusan berkata Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan
gadis melayu yang telah dirogol.
Kemudian
Rahim Tamby Chik telah menyaman DAP dan beliau menang dan ini yang
sebenarnya terjadi, seperti yang dijelaskan DAP di dalam kenyataan
mereka bertarikh 21 Oktober
2003. http://dapmalaysia.org/all-arc…/…/2003/oct03/bul/bul2287.htm
——-
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik pada pagi ini menarik balik saman fitnah beliau terhadap DAP yang berkaitan dengan buku yang diterbitkan oleh DAP “Lim Guan Eng – MP In Jail” dan poster ‘Sympathy, Support and Solidarity with Lim Guan Eng’ selepas Peguam Bela DAP Karpal Singh membacakan kenyataan berikut oleh dan bagi pihak DAP. Tiada arahan untuk penyelesaian bersama.
Kenyataan
oleh Parti Tindakan Demokratik:
Kami,
Parti Tindakan Demokratik , dengan ini merujuk kepada buku yang
diterbitkan oleh kami yang bertajuk “Lim Guan Eng – MP di dalam
Penjara” dan juga poster kempen yang dimulakan oleh kami yang
berkaitan dengan plaintif,Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Tamby Chik,
dan kami di sini ingin membuat kenyataan berikut:
1)
Kami mesti menekankan bahwa tuduhan yang kami buat yang berkaitan
dengan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang terkandung di dalam buku
dan poster kerana kami mempercayai ianya benar pada ketika itu
berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Pendek Binti Ahmad kepada Lim
Guan Eng dan oleh Noryati Binti Mohamad Yusop dan ACP Mok di Mahkamah
Tinggi Melaka untuk perbicaraan jenayah Nos: 45-2-1995 and 45-3-1995
(Pendakwa Raya Lawan Lim Guan Eng)
2)
Walaubagaimanapun, apabila melihat perkara yang terjadi selepas itu,
terutamanya
(a)
penarikan semula dakwaan oleh Noryati Binti Mohamad Yusop yang telah
tertakluk kepada pengakuan bersumpah; dan
(b)
fakta bahawa tuduhan yang sama dibuat oleh Majalah Time dan Majalah
Asiaweek telah ditarik balik dan permohonan maaf telah diberikan
kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik;
Kami
kini menyedari asas dakwaan yang telah kami buat terhadap Tan Sri
Abdul Rahim Thamby Chik di dalam buku dan poster tersebut tidak lagi
wujud dan berdasarkan ini, tuduhan yang disebutkan kini adalah tidak
berasas.
3)
Kini, kami telah kesal di atas perkara-perkara yang telah terjadi
yang melibatkan kesemua pihak, termasuk Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk
Thamby Chik dan keluarga, yang mengalami keperitan dan tekanan
disebabkan oleh peristiwa ini.
(21st
October 2003)
——-
Adalah jelas majalah Asiaweek dan Time telah memohon maaf kepada Rahim Thamby Chik.
——-
Adalah jelas majalah Asiaweek dan Time telah memohon maaf kepada Rahim Thamby Chik.
DAP
juga menarik balik dakwaan rogol dan membaca kenyataan tersebut di
dalam mahkamah.
Maka,
apa yang berlaku lepas itu adalah Lim Guan Eng terbukti bersalah
menyebarkan berita palsu dan mencetuskan kemarahan rakyat dengan
dakwaan rogol (yang telah ditarik balik dan permohonan maaf oleh
pelbagai pihak telah diterima) – maka penghakiman mahkamah pada
waktu itu terbukti tepat.
Walaubagaimanapaun,
sama ada perkara ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan atau
hanya sekadar denda adalah perkara yang lain tetapi itu hanya boleh
ditentukan oleh hakim dan mahkamah.
Lim
Guan Eng tidak masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis
melayu yang telah dirogol (memandangkan dakwaan ini tidak lagi wujud)
tetapi kerana menyebarkan berita yang palsu dan cuba menghasut rakyat
berdasarkan dakwaan yang tidak benar.
Sudah
tentu, Lim Guan Eng sebagai ahli politik DAP, akan menggunakan apa
sahaja isu untuk menentang kerajaan – tetapi malangnya bagi mereka
isu ini terbukti tidak berasas pada mata undang-undang dan telah
diakui oleh DAP sendiri di dalam kenyataan terbuka mereka di dalam
mahkamah.
Tetapi
sudah semestinya, DAP akan menyambung menyebarkan dakwaan yang mereka
banggakan ini iaitu Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan
gadis melayu yang telah dirogol walaupun ianya tidak benar.
No comments :
Post a Comment