Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, February 26, 2016

Dua Warga Myanmar Ditahan Susulan Tragedi Wang Kelian

KUALA LUMPUR 25 Feb - Polis telah menahan dua rakyat Myanmar untuk membantu siasatan mengenai penemuan kubur besar dipercayai mengandungi mayat mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis tahun lepas.

Ketua pasukan khas yang menyiasat kes tersebut Datuk Goh Kok Liang berkata kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditemui semasa ditahan di Depot Tahanan Imigresen di Tanah Merah Kelantan.

Goh yang juga Ketua Siasatan Jenayah Perak berkata beliau tidak dapat memberi butiran mengenai penahanan dan tempoh reman kedua-dua suspek tetapi berkata mereka dipercayai penjaga kawasan kubur itu di Wang Kelian.

"Mereka dikenal pasti melalui kawat cam oleh mangsa pemerdagangan itu sendiri. Polis masih dalam proses mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek," kata beliau kepada Bernama.

Goh berkata enam orang lagi, dipercayai rakyat Myanmar dan warga Thai dijangka direman sebaik sahaja polis dapat mengesan keberadaan mereka.

Beliau berkata polis sedang dalam proses mendapatkan waran tangkap bagi lima lelaki dan seorang wanita.

Mereka dikenal pasti November lepas, bagaimanapun polis tidak dapat menahan mereka disebabkan prosedur teknikal, kata beliau.Beliau bagaimanapun menafikan keenam-enam mereka ialah dalang sindiket pemerdagangan manusia dan berkata mereka cuma anggota bawahan dan dipercayai pembekal makanan atau penjaga.

Pada Mei tahun lepas, polis telah menemui kubur besar dan rangka manusia, dipercayai etnik Rohingya, dan 28 kem pemerdagangan manusia.

Sebanyak 139 kubur itu, sesetengah daripadanya ditinggalkan, terletak di atas bukit, setinggi beratus-ratus meter dari paras laut. 

Susulan kes tersebut, polis Thailand bulan lepas mendakwa 88 orang termasuk seorang jeneral atas tuduhan berhubung kes pemerdagangan manusia.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.