Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, February 11, 2016

SPRM Sorok Pertuduhan Rasuah Terhadap Rafidah Aziz?

rafidah aziz
INTEGRITI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) telah tercalar dengan teruk namun mereka dilihat terus gagal memperbaiki imej tersebut. Masihkah anda ingat kes AP menantu kepada Datuk Seri Rafidah Aziz? Laporan demi laporan telah dibuat. Malahan bukti-bukti telah dihantar kepada SPRM sebelum ini tetapi sehingga kini SPRM dilihat seolah-olah mahu menyorokkan pertuduhan rasuah terhadap Rafidah Aziz.
Namun berlainan pula nasib yang menimpa bekas Ketua Pemuda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Noor yang telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah memiliki dokumen rahsia rasmi kerajaan dan mengedarkannya kepada media, pada tahun 1999.
Ezam telah mengadakan sidang akhbar pada 6 November 1999 untuk mendedahkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Rafidah Aziz. Sebelum itu Ezam pernah mencabar pihak berkuasa menyiasatnya setelah mengaku sengaja mendedahkan wujudnya berkotak-kotak dokumen rahsia kerajaan itu.
Beliau mendakwa dokumen-dokumen itu mengandungi dokumen Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung siasatan ke atas Datuk Seri Rafidah Aziz. Bagaimanapun, tiga hari selepas pilihan raya umum ke 11 berakhir, Ezam telah menafikan memiliki sebarang dokumen berkenaan.
Memandangkan bukti telah berada ditangan pihak SPRM maka kita mempersoalkan integriti mereka dalam membawa Rafidah Aziz dan menantu beliau ke muka pengadilan berhubung isu AP tersebut.
Untuk makluman, isu AP ini turut melibatkan “drama” antara Mahathir dan Rafidah Aziz. Mahathir pernah mendakwa Rafidah yang menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu melindungi kereta-kereta asing hingga menjejaskan pasaran kereta tempatan.
Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam pemberian AP kereta dan meminta kerajaan mendedahkan senarai penerima AP tersebut. Isu yang didedahkan oleh Mahathir itu telah disambut oleh Lim Kit Siang dan para pemimpin PAS. Mereka berganding tangan dengan Mahathir menuntut senarai AP didedahkan dan meminta SPRM menyiasat.
Kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, mengeluarkan senarai penerima AP. Ia mendedahkan empat orang telah menerima lebih 25,000 permit untuk mengimport kereta-kereta mewah selama tiga tahun lalu. Mereka ialah Tan Seri Nasimuddin SM Amin, Syed Azman Syed Ibrahim, Mohd Haniff Abdul Aziz and Azzuddin Ahmad.
Adakah SPRM akan terus membisu isu AP Rafidah Aziz ini? Kami masih menunggu tindakan SPRM seterusnya terhadap Rafidah Aziz.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.