Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, February 11, 2016

Pembangunan Luar Bandar Kelantan - Pusat Sediakan Peruntukkan RM144.36 Juta


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sebanyak RM144.36 juta bagi pembangunan luar bandar di Kelantan tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM33.56 juta berbanding RM110.8 juta pada tahun lepas, sekali gus menepis tuduhan pihak tertentu kononnya kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) menganaktirikan Kelantan.
BN sentiasa membela rakyat tak kira negeri itu diperintah oleh parti mana sekalipun dan rakyat perlu terus memberi sokongan kepada BN untuk terus memerintah agar nasib mereka terbela,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Jambatan Sungai Pergau yang menghubungkan Kampung Biak dan Kampung Kandek di Dabong di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri KKLW Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) merangkap ADUN Kuala Balah Datuk Abdul Aziz Derashid.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata antara projek pembangunan luar bandar yang telah dan sedang dilaksanakan di Kelantan khususnya di Kuala Krai, meliputi pembinaan jalan dan jambatan menghubungkan Taman Melati dan Kampung Gatal dengan kos RM3.9 juta.
Selain itu, beliau berkata projek lain termasuk pembinaan jambatan baharu Kampung Pemberian (RM30 juta), pembinaan jalan dari simpang Ladang Serasa di Gua Musang ke Kampung Lulut (RM49 juta) dan Dewan Terbuka Jelawang (RM3.9 juta).
Bagi projek pembinaan jambatan Sungai Pergau ini pula, ia melibatkan kos sebanyak RM28 juta yang memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk Kampung Biak dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini dihubungkan menerusi jalan air sahaja.
Jambatan berkenaan sepanjang 320 meter akan memudahkan penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai penoreh getah untuk membawa keluar hasil pertanian mereka ke bandar Kuala Krai, Jeli atau Tanah Merah tanpa perlu menggunakan khidmat orang tengah, sekali gus meningkatkan hasil pendapatan penduduk,” katanya.
Sementara itu, Ramzi dalam ucapannya berkata pembinaan jambatan itu mengakhiri penantian lebih 50 tahun penduduk di Kampung Biak dan kawasan sekitarnya untuk akses kepada jalan perhubungan darat.
Sebelum ini, penduduk termasuk guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang tinggal di Kampung Biak menggunakan perahu untuk menyeberangi Sungai Pergau untuk ke Kampung Kandek.
Penduduk berdepan pelbagai masalah, antaranya tidak dapat menggunakan bot jika air sungai kering dan ketika musim tengkujuh, air sungai akan menjadi deras dan berbahaya,” katanya.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.