Kajiselidik
mendapati syarikat kejuruteraan Cina dan Melayu lebih cenderung
memilih calon Cina.
Syarikat
Melayu juga lebih cenderung memilih permohonan pekerjaan daripada
seorang Cina berbanding Melayu meskipun kedua siswazah kejuruteraan
itu sama layak, menurut satu tinjauan.
Fakta
mengejutkan itu ditemui dalam kajiselidik pensyarah kanan Universiti
Malaya, Dr Lee Hwok Aun, bersama Pengarah Penyelidikan Institut
Penyelidikan Khazanah, Muhammed Abdul Khalid.
“Bagi
kerja kejuruteraan, kemungkinan syarikat milik Melayu memanggil
pemohon Melayu untuk ditemuramah adalah lebih rendah berbanding
syarikat milik Cina,” kata Hwok.
Kajiselidik
itu juga mendapati kemungkinan individu yang fasih dialek Cina
dipanggil untuk ditemuramah adalah lebih tinggi – samada pemohon
Cina ataupun Melayu.
“Fasih
berbahasa Cina merupakan ciri penting dan merupakan kelebihan kepada
pemohon Melayu dan Cina.”
Hwok
mendapati menetapkan fasih berbahasa Cina sebagai salah satu syarat
kelayakan kerja mengurangkan peluang pemohon Melayu mendapat kerja.
Justeru,
beliau mencadangkan pihak berkuasa supaya mengharamkan majikan
meletakkan syarat sebegitu rupa untuk jawatan-jawatan kosong kerana
ia merupakan satu amalan diskriminasi.
Maka,
penemuan kajiselidik yang menunjukkan pemohon Cina lebih
berkemungkinan untuk dipilih bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan
kejuruteraan di syarikat-syarikat kejuruteraan swasta berbanding
pemohon Melayu meskipun sama layak adalah tidak mengejutkan.
“Diskriminasi
yang berlaku sangat khusus hinggakan apabila permohonan kerja
pemohon-pemohon yang sama layak diserahkan, majikan lebih cenderung
memanggil pemohon Cina untuk temuramah,” kata Hwok di satu kuliah
di Universiti Nottingham.
Menjelaskan
alasan disebalik diskriminasi pekerjaan itu, Hwok berkata ia
barangkali angkara praanggapan di dalam syarikat-syarikat Cina.
“Syarikat
yang rata-rata kakitangannya Cina merasakan calon Melayu dari segi
sosial dan budaya tidak dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran
tempat kerja mereka.
“Syarikat
terbabit juga merasakan calon Melayu diberi keutamaan untuk
kerja-kerja di sektor awam, lantas, sektor swasta perlu memainkan
peranan sebagai pengimbang.”
Hwok
juga mendapati kebanyakan syarikat Cina dan syarikat asing lebih
cenderung memilih pemohon Cina
1 comment :
Nak hairan apa? Datok Bashah selepas baru dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, terus memberi sumbangan kpd sekolah persendirian China, dia x bagi pun kpd sekolah pondok, kita bukan membenci bangsa China, tapi itulah hakikat sebenarnya, ada yang x betul dalam perkara ini.
Post a Comment