Democratic
Action Party (DAP) yang telah ditubuhkan selama 51 tahun sejak tahun
1965 tidak pernah mengubah polisi politik mereka. Dikenali sebagai
sebuah parti sosialis, DAP telah menyertai Socialist International
bertempat di Zurich, Switzerland pada 1967.
Parti
yang masih berpegang kepada kehendak Lee Kuan Yew ini sebenarnya
bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan semua kaum seperti yang
mereka gambarkan. Ideologi sebenar DAP hanyalah kerana impian
pemimpin PAP yang mahu menguasai Malaysia dan menjadikan Malaysia
sebagai sebuah Republik.
Jika
diteliti dengan baik kedudukan hairaki dalam DAP berkisar kepada satu
keluarga sahaja iaitu Dinasti Lim. Bermula dengan kedudukan Lim Kit
Siang selaku Setiausaha Agung dan kini di lantik sebagai ketua
pembangkang di parlimen, jawatan itu diserahkan pula kepada anaknya
Lim Guan Eng.
Senarai
penuh jawatankuasa DAP juga tidak memperlihatkan slogan DAP yang
memperjuangkan hak samarata rakyat Malaysia. Kebanyakan dari jawatan
tertinggi mereka di monopoli satu kaum dan kaum lain hanya sekadar
pelengkap dan menjaga hati.
Kebelakangan
ini kedudukan DAP semakin goyah apabila dilanda pelbagai kontroversi.
Selepas DAP mengambil alih Pulau Pinang daripada Barisan Nasional,
sikap sebenar DAP semakin terserlah. Pesta menjual tanah P.Pinang
yang dilakukan Guan Eng hingga kini tidak terjawab.
Pendapatan
kerajaan DAP di Pulau Pinang yang mengalami defisit sejak mengambi
alih pentadbiran menjadi antara faktor mengapa mereka melakukan
jualan tanah di P.Pinang. Lihat sahaja kepada pembentangan belanjawa
P.Pinang yang saban tahun mengalami defisit hingga Guan Eng terpaksa
merayu peruntukan dari kerajaan Persekutuan menjadi bukti jelas DAP
tidak tahu mengurus kewangan negeri.
Guan
Eng juga melakukan pembaziran wang rakyat dengan peojek mengecat
laluan basikal yang menelan belanja hingga RM30 juta sedangkan Sabah
juga berbuat demikian dengan kos yang jauh lebih murah.
Malah
sekutu kuat mereka PKR yang memerintah Selangor juga terpaksa
mewujudkan pelbagai projek bayangan untuk mengaburi mata rakyat.
Projek Gerbang Selangor yang bernilai RM9.8 juta dikatakan dibiayai
oleh penderma namun hingga kini identiti penderma tidak didedahkan
oleh Azmin Ali.
Skandal
yang menghantui PKR Selangor kini berjangkit kepada DAP P.Pinang
apabila satu demi satu pembaziran wang rakyat terbongkar sejak DAP
dan PKR bergabung dalam Pakatan Harapan.
Dana
politik DAP yang dikaitkan dengan penglibatan Israel sebagai sumber
utama juga tidak dijawap oleh Kit Siang. DAP menafikan dakwaan
Mohammad Razali Abdul Rahman yang membongkar tentang sumber dana
berkenaan dan latihan yang diberikan kepada pimpinan DAP dari pihak
Israel.
Namun
demikian Razali mahu Kit Siang mendakwanya di Mahkamah jika DAP
merasakan beliau membuat penipuan.Malangnya hingga kini DAP masih
tidak berani mendakwa Razali di muka pengadilan keran takut perkara
sebenar akan terbongkar. “Bagi saya, DAP bukan takut dengan isu
RM1.2 billion ini, dia (DAP) cuma takut rahsia di mana mereka dilatih
akan terbongkar.”
Hingga
kini isu Dana RM1.2 biliion masih tidak dijawap dan DAP hanya berani
menafikan tanpa sebarang penjelasan. Rakyat mahukan penjelasan dari
DAP dan bukan penafian tetapi apa yang mampu di buat oleh Kit Siang
hanya ugutan membawa perkara ini ke Mahkamah. Malah DAP juga akan
mendakwa akan menyaman seorang ahli PAS yang turut meminta penjelasan
berkenaan dana tersebut.
DAP
yang menjadi sekutu kuat PKR di Selangor turut mempunyai rangkaian
dalam industri ‘Spa’ sebagai satu cara melindungi sumber dana
politik parti mereka, malah Guan Eng pernah mengakui sumber dana
mereka turut datang dari judi lumba kuda. Mereka turut berselindung
dibalik jamuan makan malam dan jualan meja untuk mengutip wang rakyat
dan disalurkan kedalam kantung parti.
Jika
di teliti DAP sebenarnya banyak menyembunyikan perkara penting
daripada pengetahuan rakyat berkaitan sumber dana mereka.Sampai bila
DAP mahu menipu rakyat dengan pelbagai alasan dan penafian.
Rakyat
Pulau Pinang telah kehilangan tapak warisan mereka kerana kerakusan
DAP dan kini tiada apa yang mampu dilakukan kerana semuanya telah
terlambat dan Guan Eng mampu tersenyum kerana sebahagian dari
percaturan DAP telah berjaya dilaksanakannya.
Rakyat
perlu menolak kehadiran DAP dalam politik Malaysia kerana parti
tersebut hanya mahu memuaskan nafsu politik mereka dan bukannya
menawarkan keselesaan kepada rakyat dan negara.
- PRU14.tv
2 comments :
Melayu di Pulau Pinang macam Melayu di Singapura yang di pinggirkan, disepak terajang hingga jadi Melayu kelas ketiga. Lama lam Melayu di Pulau Pinang dah tak nilai. Tiada gunanya
Melayu Bodoh support DAP Cina Kominis!!!
Sekarang tanggong la sendiri!!!
Post a Comment