Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, November 17, 2013

Ulama VS Liberal : Pastinya Dr Bridget Welsh Sokong Mat Sabu


Pemerhati asing mula menunjukkan minat terhadap pemilihan PAS sejak dari tahun 2009, iaitu selepas Pakatan Rakyat (PR) mencapai kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12)

Kehadiran Dr Bridget Welsh pada Muktamar PAS ke-55 tentunya menarik perhatian. Welsh hadir sebagai pemerhati di sayap wanita (muslimah) parti itu sambil ditemani Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Semua ini mempunyai makna-makna yang tersendiri, apatah lagi ketika itu Muktamar PAS menyaksikan pertandingan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk sesi 2009-2011.

Seperti biasa, Ketika itu pun jawatan Presiden PAS bukan subjek utama kerana sudah dijangkakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal menang tanpa bertanding, namun fokus utama adalah jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ketika itu tiga tokoh PAS menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut iaitu Ustaz Nasharudin Mat Isa,
Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu (Mat Sabu).

PAS perlu berubah atau diubah,” tulis Welsh dilaporkan wanitakeadilan yang mengambarkan pertembungan kem konservatif Islam diwakili Nasharudin Mat Isa (Nasha) dengan kumpulan liberal (Erdogan) diwakili Husam Musa.

Ketika itu Mat Sabu tidak diberi perhatian, sebaliknya Husam Musa yang disebut-sebut sebagai ketua kem liberal PAS gagal memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS. Nasha menang dengan mendapat 480 undi, Husam 281 undi dan Mat Sabu, 261 undi.

Welsh melihat kemenangan Nasha itu dengan pandangan sinis.

Pertimbangkan pemenang dalam pertandingan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa. Hanya empat tahun lalu, apabila beliau telah dilantik pada tahun 2005, beliau telah disebut-sebut sebagai pemimpin yang progresif (liberal). (Namun) Hari ini, beliau telah dilabelkan sebagai pembela ulama, suara konservatif.

Identiti politik Nasharuddin ini masih tidak jelas, kerana ia dibentuk oleh kuasa-kuasa dalaman parti… dan bukannya didorong oleh prospek yang tetap.

Beliau mewakili posisi majoriti pemimpin PAS yang menjadi ahli-ahli politik, dan mengamalkan ‘haiwan politik’ dan bukannya ideologi politik. Sebagai haiwan politik, mereka beroperasi melalui pujukan dan kepentingan, dan bukannya prinsip serta ideologi dengan kedudukan yang tetap,”ulas Welsh.

Sekali lagi Welsh memberi perhatian terhadap pemilihan PAS pada tahun 2011 iaitu pada muktamar kali ke-57, di mana kali ini pertandingan Timbalan Presiden tiga penjuru antara penyandang, Nasha ditentang oleh Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mat Sabu menang dengan undi 420 undi menewaskan penyandang, Nasha, 224 undi dan seorang lagi dari kem ulama, Tuan Ibrahim dengan 399 undi.

 

Tidak seperti kemenangan Nasha pada tahun 2009, kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden dipandang Welsh sebagai kemenangan kumpulan progresif (liberal) dalam PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dalam merealisasikan ‘PAS for All.’
 
Kemenangan kumpulan progresif dalam parti Islam Malaysia untuk berkhidmat lebih dinamik dalam Pakatan Rakyat dan mengukuhkan penglibatan PAS dalam politik negara,”ulas Welsh.
 
Selain Welsh kemenangan Mat Sabu dan kumpulan Naib Presiden liberal, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub disambut gembira oleh DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Wajah baru kepimpinan PAS sekarang telah melenyapkan sentimen kerjasama perpaduan PAS-UMNO yang menjadi kebimbangan kompenan Pakatan Rakyat terutamanya DAP dan PKR”, kata Ketua Publisiti DAP, Teresa Kok dilaporkan dalam Suara Keadilan, 7 Jun 2011.
 
Katanya kemenangan gandingan wajah baru dalam kepimpinan PAS 2011-2013 akan memantapkan lagi hubungan dengan DAP dan PKR dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang.
 
Tahniah kepada Mohamad Sabu dan semua pimpinan serta ahli-ahli PAS yang memahami senario politik semasa bagi memantapkan lagi PR untuk menguasai Putrajaya di masa depan”, jelas beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Seputih.

Anwar pula melihat kemenangan itu sebagai PAS kembali pada landasan betul iaitu kembali semula ke era penubuhan zaman almarhum Dr Burhanuddin al Helmy.
Ketika zaman Dr Burhanuddin, PAS tidak bergerak di atas kerangka Negara Islam, sebaliknya berpaksikan politik nasionalisme.
PAS memiliki sejarah panjang memperjuangkan rakyat sejak sebelum merdeka. Tokoh seperti almarhum Dr Burhanuddin al Helmy, Almarhum Zulkifli Muhamad dan almarhum Ustaz Fazil Mohd Noor tidak asing dalam mengungkap perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman dalam kerangka politik nasional”, katanya.
 
Namun kesungguhan Welsh terhadap pemilihan PAS itu turut dipandang sinis oleh bekas blogger PAS, MZ.
 
Siapa Bridget Welsh ?
 
MZ, menyusurgalurkan latar belakang Welsh seperti berikut :
Bridget Welsh kini bergelar Profesor Bersekutu Sains Politik di Universiti Pengurusan Singapura yang mana kini beliau sedang menyiapkan penyelidikan yang bertajuk “Gender and Politics in Southeast Asia ” yang berfokuskan kajian mengenai persamaan gender di rantau ASEAN. Sebelum ini beliau turut bergelar Profesor Bersekutu di Southeast Asia Studies Program di Universiti Johns Hopkins,Amerika yang mana Anwar turut menjadi Profesor jemputan di sana.
 
1. Freedom House
 
Hujah pertama yang mengatakan Bridget Welsh adalah agen CIA ialah apabila beliau bergelarKonsultan kepada Freedom House, organisasi yang mempromosikan kebebasan melampau gaya Amerika. Freedom House adalah terkenal di seluruh dunia sebagai operasi rahsia CIA, apabila ia ditubuhkan serentak dengan NED dan menerima tajaan daripada agensi itu. Buktinya anda boleh taip di enjin carian google mengenai perkara ini ataupun klik sini sahaja untuk mengetahui kaitan langsung CIA,NED dan Freedom House.
 
Freedom House juga sering mengkritik kerajaan Malaysia kononnya tidak bebas seperti yang dimahukan mereka.
 
Apa yang paling melampau yang dilakukan oleh Freedom House adalah untuk memastikan seluruh timur tengah mencontohi negara Israel yang dikatakan mereka sebagai negara paling bebas di timur tengah dan dunia. Antara lain perkara ini membuktikan modus operandi mereka yang mahu menjadikan timur tengah seperti Israel. Antara yang terlibat secara tidak langsung dalam membawa kebebasan gaya Amerika di timur tengah ini ialah Yayasan Masa Hadapan atau Foundation For The Future yang turut pernah dianggotai Anwar sebagai Pengerusi dan juga kekasih Wolfowitz, Shaha Riza.
 
Tugas Bridget Welsh di Malaysia pula adalah membawa agenda Freedom House ini ke Malaysia dengan mencanangkan Malaysia sebagai negara yang tidak bebas dan tidak demokrasi, ini dapat dilihat melalui setiap tulisan beliau terhadap Malaysia.
 
2. Asia Barometer dan Merdeka Centre
 
Bridget Welsh juga merupakan Pengarah Malaysia Asia Barometer Project Survey yang menumpukan kajian mengenai demokrasi di Malaysia. Melalui Asia Barometer ini juga beliau berkerjasama dengan Ibrahim Suffian,Pengarah Merdeka Centre untuk menjalankan kajian politik di Malaysia antaranya ialah “Malaysia Country Report: Second Wave of Asian Barometer Survey,yang diterbitkan pada tahun 2007.
 
3. Malaysiakini
 
Bridget Welsh turut membawa propagandanya ke dalam Media Malaysia dengan menjadi kolumnis tetap Malaysiakini akhbar internet yang mendapat tajaan terus NED. Bukti paling besar kaitan terus Bridget Welsh, Malaysiakini,Freedom House dan juga NED apabila Bridget Welsh secara individu, Premesh Chandran daripada Malaysiakini yang mendapat tajaan NED tahun lepas,Sarah Cook daripada Freedom House dan John Knaus daripada NED berkerjasama menjayakansatu forum mengenai kebebasan media internet di Malaysia anjuran NED pada tahun lepas di Washington.
 
Penglibatan semua agensi yang berkaitan dengan Bridget Welsh dalam satu forum ini yang menunjukkan secara simbolik beliau adalah agen CIA. Kerana semua agensi itu Malaysiakini,Freedom House dan juga NED mempunyai kaitan dengan CIA secara langsung atau secara tidak langsung.
 
AIDC


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.