Wednesday, December 30, 2015
Berani Mengaku “Sebab Mak Sudah Terlanjur….. “
Netizen Gelar Datin Dania Wira, Individu Tak Wujud… Gambar Sebenar Artis Pakistan
JAWAPAN BALAS RENGKAS UNTUK DATIN DANIA NORMAN YG MAMPU BUATSOALAN YANG AGAK BANGANG
(1) BR1M - Apa ke gila statement Perdana Menteri Malaysia bhw bantuan RM500 tu mampu tampung 1 keluarga selama setahun
(2) Subsidi yang ditarik - Dh la kau tarik balik semua subsidi
JAWAPAN - Ini lagi satu kenyataan fitnah dan tak berasas. Hanya subsidi petrol saja yang ditarik balik, itu pun atas desakan rakyat dibawah pimpinan YB Rafizi Ramli supaya harga petrol ikut harga pasaran. Bila dah dapat nak salahkan Gomen pulak. Subsisi-subsidi lain masih ada e.g Persekolahan, Hospital, Barang-Barang Makanan Asas, malah tiket pernerbangan MAS Wings di Serawak pun is highly subsidized by the government. NAK BUAT STATEMENT SILA GUNA OTAK DAN FAKTA .
(3) Cukai/GST - kau imposed plak mcm2 cukai
JAWAPAN - Ni mesti kes tak puas hati pasal GST. (a) Supplier A => Supplier B => Supllier C => Penguna (b) Sebelum ada GST semua supllier naikkan harga barang sesuka hati, tapi bila time bayar cukai selalu "Tatak Untong Wor". Mereka ada 3 jenis akaun kewangan, satu untuk mereka yang betul, satu untuk banker untuk tujuan pinjaman bank, dan satu untuk Gomen yang selalunya "Tatak Untong Wor". (c) Dengan GST mereka tak boleh menipu lagi sebab semuanya dipantau at source. (d) Lagi mereka naikkan harga barang lagi banyak mereka akan kena Cukai. Proses ini mengambil masa untuk mereka faham. Dalam jangkamasa panjang harga barang akan terkawal secara sendirinya dan stabil (e) Itu belum lagi cerita pasal mereka yang meniaga warung, burger, goreng pisang dan internet/FB yang dapat untung berlipat ganda tapi tak bayar cukai, sebab kesedaran tak ada., tapi kalau boleh semua nak subsidi atau percuma terus.
(4) Loan Gomen - sapa2 yg nk buat loan kerajaan lps ni dh xblh sbb bahagian perbendaharaan akan diswastakan dan bank CIMB akan take over semua tu
JAWAPAN - Kerajaan memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah badan berkanun yang bakal ditubuhkan itu tidak akan merugikan penjawat awam. Syarat-syarat pinjaman perumahan masih dikekalkan sebagaimana yang dinikmati mereka pada masa kini, malahan sebagai peminjam, penjawat awam akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Gomen tak cakap pun nak hapuskan pinjaman kerajaan. Yang menyalak tak tentu pasal tu kenapa?
(5) PTPTN - Xcukup dgn tu, kau aniaya anak2 muda Malaysia dgn beri tekanan supaya dorg bayar balik hutang PTPTN sdgkn kau tahu majoriti graduan hny bergaji xlebih RM3k sbulan
JAWAPAN - Yang ni pun kelakar. Dah pinjam tak mahu bayar. Dah terlalu lama masa diberikan hingga sampai kena blacklisted. Students baru pun nak pinjam juga. Kalau tak nak bayar belajar rajin-rajin LULUS FIRST CLASS. Ini tidak suruh belajar sibuk merambu dan duit PTPTN yang lebih pergi beli Handphone, shopping dan rewang.
(6) Fitnah MH370 - Quote" Kau bunuh kawan aku dlm flight MH370 yg mana sampai skrg aku xtau kt mana dia dan penumpang2 lain berada tp instinct aku kuat dan mimpi seorang ustaz alim tu xmungkin datang dgn sengaja.. Allah beri petunjuk pada dia tanpa sbrg hijab.. Semua mati dibunuh! Mati dgn penuh seksaan"Unquote
JAWAPAN - Yang ni lagi kelakar. Memfitnah dan menuduh tanpa bukti. Nak tanya mimpi sebelum subuh atau mimpi disiang hari. Ustaz aku cakap kalau mimpi sebelum Subuh dan tidur dalam keadaan berwuduk, in syaa allah betul. Kalau tidak itu semua MAINAN SYAITAN.
(7) TPPA - Sbb tu kau dgn puak2 kau beria2 promote psl TPPA.. Kau gadaikan negara tercinta kami sebab hati kau dh buta dgn kekayaan duniawi
JAWAPAN - Yang ni pun kelakar. Pertamanya kalau tak sign TPPA mana nak dapat peluang perniagaan dan pelaburan. Bila ini tak ada macam mana nak create peluang pekerjaan dan ada technology transfer. Bila ni tak berlaku negara tak akan maju sebab kebolehan negara kita masih lagi rendah terutamanya bab teknolgi ni. THE IRONY IS bila ekonomi meleset marah dan kata Gomen Bodoh. So which is which now?
(8) I don't know how to classify this, it is just plain ridiculous- Mcm2 alasan kau bagi utk alihkan perhatian rakyat pd isu besar yg kau dh buat!!!! Kau terlalu mgikut cakap isteri puaka kau yg mana aku boleh katakan dia adalah contoh terbaik wanita dari neraka!!!!!!!
JAWAPAN - I advise you to take A LOOK IN YOUR OWN MIRROR.
(9) Bukan salah ibu mengandung - Tun Razak, kamu adalah bapa yg gagal mendidik anak kamu menjadi seorang insan yg baik! Toh Puan Rahah, maaf andai kata2 ni mgguris perasaan kamu.. Dosa apa yg kamu lakukan sehingga manusia kejam ni lahir dari rahim seorang wanita yg baik seperti kamu
JAWAPAN - Sebenarnya kamu yang patut tanya mak bapak kamu kenapa anak macam kamu ni dilahirkan di dunia. Bercakap ikut sedap mulut tanpa bukti dan fakta yang dapat mengukuhkan hujjah.. Nobody is perfect, but in those imperfection many people have benefited from our PM's effort and work. Too many to be listed here actually.
(10) Rakyat Marhaen Terseksa - Sampai bila rakyat marhaen sanggup hadapi kehidupan sebegini???? Kenapa Najib Razak perlakukan kami seperti hamba tebusan Tun Razak?!!! Di mana sifat kemanusiaan manusia yg bernama NAJIB RAZAK!!!!!
JAWAPAN - Yang ni pun kelakar INDON, BANGLA, NEPAL, RONHINGYA dan lain-lain sanggup bergadai nyawa nak datang ke negara untuk cari rezeki. Rakyat negara ni pulak terseksa sebab mereka tak mahu lakukan ketrja-kerja yang dibuat oleh golongan ni? Habis Macam Mana Nak Buat tu.
(11) Kemelestan Eknomi Negara - Keadaan ekonomi Msia sangat2 nazak.
JAWAPAN - Tapi kenapa jalanraya masih sesak, shopping complex masih penuh, kedai makan sentiasa penuh. Kalau ekonomi nazak rakyat pasti tak ada pekerjaan dan sumber pendapatan untuk berbelanja. To be fair, Ekonomi dunia sekarang ni pun tak stabil, Jepun pun terpaksa suntik USD3 Thrillion untuk gerakkan ekonomi merera baru-baru ini.
(12) Tanah Rezab Melayu - hampir keseluruhan tanah org Melayu sudah dijual pd bangsa asing
JAWAPAN - Yang ni ada sokong sikit sebab jumlah tanah rezab Melayu telah menurun tapi taklah hampir keseluruhan. Kita mesti gesa Gomen ganti balik tanah ni. Itu saja.
(13) Ekonomi dikuasai oleh bangsa asing - Bangsa asing mula menguasai pasaran ekonomi dan pasaran kerja di sini
JAWAPAN - Statement yang ketinggalan zaman. Memang sejak dari dulu bangsa asing terutama orang Cina dah menguasai ekonomi negara ni. Tapi keadaan dah berubah sebab dah ramai orang Melayu yang berjaya berbanding dulu. Cuma usaha kena pergiatkan lagi. Kita sebagai orang Melayu pula mesti sama-sama menyokong Business orang Melayu untuk terus berjaya, Boikot Barangan Cina Dap ORI ini tag lain yang bagus untuk itu. Tentang peniaga warga asing yang dah mula bertapak di bandar-bandar sebenarnya adalah salah orang Melayu sendiri kebanyakannya. Samada mereka benarkan guna nama mereka untuk buat lesen, atau sewakan tapak yang diberikan pada warga asing. Jadi masih lagi nak salahkan Gomen?
(14) Politik dan Sentiment Perkauman - Pemimpin guna sentimen perkauman untuk kepentingan politik.. Malaysia di ambang bahaya.. Apakah PRU akan datang masih berpihak pd parti UMNO/BN???
JAWAPAN - Ini betul, berdasarkan PRU13 yang lalu hampir 95% orang Cina undi DAP, Orang Melayu UMNO masih lagi undi UMNO/BN. MCA, MIC dan Gerakan pula hidup nyawa-nyawa ikan atas undi orang Melayu. The Irony is #DatinDaniaNOrman ni pun gunakan sentiment perkauman dalam komen dia dengan menyebut tentang bangsa asing. Dia CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
(15) SPRM - Apakah SPRM akan menjalankan tugas dgn telus??? Rakyat bayar gaji kamu wahai semua penjawat awam Malaysia.. Kamu bekerja utk rakyat bkn parti pemerintah.
JAWAPAN - Tetiba pulak masuk SPRM kat sini tanpa ada sebab dan tujuan. Disyorkan mohon kerja dan suruh saudara mara yang berkelayakan kerja di SPRM supaya badan ni lebih BERSIH, CEKAP dan AMANAH. Jangan menyalak saja.
(16) Rasuah - Tolonggggg laaaa sedar! X perlu la nk amalkn rasuah sbb bukan kamu sorg yg kesempitan wang.
JAWAPAN - Ini sifir saya. JANGAN ASYIK SALAHKAN PENERIMA KALAU YANG NAK MEMBERI TU LEBIH RAMAI. Sebagai contoh, lain kali kalau kena tahan atau saman trafik, bayar RM300, jangan bayar duit kopi RM50. Rasuah boleh dikurangkan disemua peringkat dan ianya bermula dengan PEMBERI dengan tidak MEMBERI. Mudahkan?
(17) Rakyat Hidup Melarat - tp ada berjuta lg rkyt Msia yg hidup melarat di bumi Msia ni.
JAWAPAN - Hmmmm nak kata berjuta-juta melarat tu keterlaluan. Tapi yang fakir miskin tu tetap ada. Kita sebagai rakyat kena sama-sama bantu mereka dapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitumal atau Pekerjaan jika terjumpa. Peluang tu semua dah ada, tapi nasib tidak menyebelahi mereka ketika ini. SAYA BERANI CAKAP SEBAB SAYA DAH BUAT APA YANG SAYA CAKAP NI.
Lagi satu peminta sedekah di Kuala Lumpur dan bandar-bandar seangkatannnya boleh kutip Rm400 sehari. Wartwan Astro Awani pernah kutip lebih RM18K sebulan dulu bila dia menyamar. Geladangan di Kl ni saban hari ada NGO, Coperate Organisation dan Baitumal beri makanan, pakaian baru, towel, selimut dan barang-barang keperluan asas. Ada yang ambil jual di pasar karat
(18) Menteri Mengampu - Menteri2 dan org2 kaya yg ada pangkat, x perlu la mgampu pemimpin mcm dia tu TUHAN semata2 nk hidup kaya raya.. Pemimpin tu pun ada kuasa sebab RAKYAT YG PILIH.
JAWAPAN - Sebab kamu tak bekerja dengan bos mereka dan dapat apa yang kamu mahu, itu sebab kamu kata mereka mengampu? Apa yang mereka dah buat pada kamu dan keluarga kamu? Hanya kerana mereka menjalankan tugas yang diberikan pada mereka, mereka dikatakan mengampu? Orang bodoh dan pendek akal saja yang akan melawan Bos mereka tanpa sebab. Kenyataan ini terpakai untuk kita semua, tanpa kita sedari.
(19) Menteri pandang hina pada rakyat marhaen - Xperlu pandang hina rkyt marhaen yg hidup ssh sbb kekayaan kamu pun belum tentu jamin kamu masuk ke syurga dari pintu syurga terbaik di sana.
JAWAPAN - Boleh beri bukti menteri mana yang pandang Hina pada rakyat? Jangan pertikai tentang Syurga atau Neraka orang lain, kalau kata-kata dari komen kamu sendiri tidak berciri-cirikan seorang ahli Syurga.
(20) A story of her sad and pathetic life - Sy muatnaik status ni hnya nukilan kesalan dari rakyat marhaen yg hina.. Mungkin jgk suara rkyt marhaen yg tidak pernah di pandang serious oleh para pemimpin baik dari pemimpin pemerintah mahupun sesetengah sultan di Malaysia.. Wasalam JAWAPAN - I am sorry to say this, it is not your heartfelt opinion or view but rather your RANTING DUE TO SEVERE PMS ATTACK coming from your other end.
Saturday, December 26, 2015
PAS Silap Besar 'Ceraikan' DAP Kata Mat Sabu!
Tindakan Pas ‘menceraikan’ DAP adalah satu kesilapan politik yang cukup besar, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, untuk memenangi pilihan raya, Pas mesti berkawan dengan semua pihak termasuk parti bukan Melayu.
“Bagi kita (Amanah), untuk sertai pilihan raya mesti bergabung. Tuduhan komunis dan syiah akan kita hadapi.
“Malah tuduhan sebagai ‘barua DAP’ itu juga terlalu kecil pada saya. Itu hak mereka nak tuduh,” katanya kepada media.
Menurutnya, parti Islam serpihan Pas itu juga tidak mempunyai sebarang isu yang bertentangan Islam bersama DAP.
“Kita tiada pertentangan, itu cuma sentimen yang dimainkan oleh pihak tertentu. Macam mereka kata DAP akan perintah Malaysia kalau Umno kalah. Maknanya kalau DAP menang semua, MCA kalah semua.
“Malah gabungan PR juga menambahkan tujuh kerusi Melayu dalam Parlimen yang sepatutnya bukan Melayu yang menang melalui BN sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu membuktikan bahawa gabungan yang disertai DAP dan PKR lebih menguatkan lagi kedudukan Melayu di Parlimen.
Belantan
Friday, December 25, 2015
DJ Radio Tampil Perakui Dia Diislamkan Oleh DS Najib Abdul Razak
DJ RADIO TAMPIL PERAKUI DIA DIISLAMKAN OLEH NAJIB ABDUL RAZAK!!!
Memandangkan kisah seorang DJ Radio yang di-Islam-kan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Tun Abdul Razak menjadi perhatian netizen dan mengundang pelbagai reaksi, admin cuba menghubungi DJ Radio tersebut untuk mendapatkan kisah sebenar dari mulut beliau sendiri.
DJ Radio tersebut bersetuju untuk ditemu ramah dan berharap semoga kisah ringkas beliau dapat memberi inspirasi dan semangat kepada mereka yang ingin memeluk agama Islam.
Nama asal beliau adalah Aaron Samuel A/L Mariyaras. Beliau memilih untuk tetap menggunakan nama yang sama setelah memeluk agama Islam cuma ditambah dengan nama Muhammad di pangkalnya. Dan nama beliau yang terkini adalah Muhammad Aaron Samuel Bin Mariyaras.
Beliau berketurnan Cina dan India. Bapanya berbangsa India dan ibunya berbangsa Cina. Maka terhasillah keturunan Melayu iaitu dirinya, beliau berseloroh sambil ketawa.
Kami tidak pernah mengetahui tentang siapa sebenarnya Aaron kerana Dr Fathul Bari merahsiakan identiti beliau sehinggalah Aaron sendiri yang memberi respon di Page Facebook Dr Fathul Bari tentang video tersebut.
Rupa-rupanya beliau telah meminta kepada Dr Fathul Bari dan hadirin yang ada pada ketika itu supaya tidak menghebahkan tentang penukaran agama beliau kepada Islam kerana beliau khuatir respon keluarganya yang mungkin akan terkejut dan beliau sendiri perlukan sedikit masa untutk menyesuaikan diri selain beliau risau dituduh mengejar populariti. Mereka yang hadir menghormati akan permintaan Aaron dan kisah beliau tidak diketahui sehinggalah kini iaitu setelah setahun lamanya.
Aaron kini bersedia untuk berkongsi kisahnya mencari tuhan yang abadi, dan kami dari team DFB mengalu-alukan bahkan kami kira semua umat Islam sangat mengalu-alukan kedatangan saudara Aaron kepada agama Islam.
Kami dari taem DFB juga sangat kagum dengan usaha dan kesabaran saudara Aaron menempuhi pelbagai cubaan dan rintangan dalam mencari agama dan berkat usahanya akhirnya Allah 'datang' kepadanya dengan memudahkan beliau untuk memeluk agama Islam. Seperti sabda Nabi, dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu;
"Allah Taala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatinya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat." [HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675]
Kami mengesyorkan Aaron dan saudara baru yang lain supaya berdoa sebagaimana yang diajarkan Nabi apabila seseorang memeluk agama Islam seperti berikut;
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي
Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa 'aafinii, warzuqnii
Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk padaku, selamatkanlah aku (dari berbagai penyakit), dan berikanlah rezeki kepadaku.
Dari Thoriq bin Asy-yam radhiyallahu anhu, dia berkata,
كَانَ الرَّجُلُ إِذَا أسْلَمَ عَلَّمَهُ النَّبيُّ – صلى الله عليه وسلم – الصَّلاَةَ ثُمَّ أمَرَهُ أنْ يَدْعُوَ بِهؤلاَءِ الكَلِمَاتِ : (( اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي )) .
"Jika seseorang baru masuk Islam, Nabi sallallahu alaihi wa sallam mengajarkan pada beliau solat, lalu beliau memerintahkannya untuk membaca doa berikut: "Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa 'aafinii, warzuqnii."" [HR. Muslim no. 35 dan 2697]
Kami mengucapkan selamat datang. Kami mendoakan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda dan kepada kami. Semoga Allah memudahkan anda dalam mempelajari agama, memberikan kesabaran, beristiqamah di atas jalan Allah dan semoga lebih ramai yang memeluk agama yang benar ini melalui anda. Allahu Akhbar.
Barakallahufikum.
-Admin DFB
Versi Facebook: https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1057549087623252/
Versi Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Yb2LVZnfDxQ
Tuesday, December 22, 2015
Lim Guan Eng Didakwa Menipu, Tambak Laut Di Bayan Bay Secara Sorok-Sorok
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa menipu penduduk tempatan dengan menebus tanah bagi projek tambakan laut di Bayan Bay secara sorok-sorok.
Setiausaha Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata terdapat percanggahan jawapan kerajaan negeri dengan realiti yang dilakukan di tapak lapangan.
Menurutnya, kerajaan negeri mengumumkan kelulusan kerja tebus guna tanah bagi projek tambakan laut di Bayan Bay dilaksanakan pada bulan lepas sedangkan menurut papan notis di tapak kerja projek tambakan laut di lapangan, kerja tebus guna tanah tersebut telah diluluskan dan dibenarkan pada 15 Mei lalu.
“Adakah ini bermaksud sebelum pengumuman kerajaan negeri mengenai projek yang baru ini pada November lalu iaitu semasa sidang Dewan Undangan Negeri, kerja-kerja tambakan laut telah dijalankan secara senyap-senyap?,” katanya kepadapemberita di tapak kerja projek tersebutdi Bayan Bay pada Isnin.
Oh Tong Keong tunjuk tarikh kelulusan projek dipapan notis 15 Mei 2015 bertentangan dengan perwartaan kerajaan negeri
Selain itu Ong berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk tempatan sejak Sabtu lalu yang menyatakan bahawa mereka tidak tahu tentang kewujudan projek tersebut serta tidak menerima sebarang surat atau diminta hadir ke sebarang sesi dialog.
“Mereka berpendapat mungkin tiada perundingan awam bagi projek ini dan sebenarnya penduduk di sini bantah projek tambakan laut ini. Penduduk di sini menanya saya, bukankah projek ini telah dibatalkan sebelum PRU 13?
“Mereka masih ingat bahawa pada masa itu ketua menteri yang mengumumkan pembatalan projek ini, mengapa ia dihidupkan semula dalam masa dua tahun lebih ini?” soal beliau.
Menurut satu dokumen projek tersebut telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri bertarikh pada 29 Ogos 2013.
“Sebelum PRU 13, Lim Guan Eng dikatakan telah memaklumkan bahawa projek ini tidak akan dilaksanakan. Ternyata ia satu penipuan kerana projek ini diluluskan oleh kerajaan negeri hanya selang beberapa bulan selepas PRU 13 berlangsung.
“Projek ini telah di’kurniakan’ kepada Ideal Gim Ventures SB secara rundingan terus dan tiada tender terbuka dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Ternyata penduduk kawasan Queensbay telah tertipu oleh janji palsu Lim Guan Eng,”ulas Azizi Safar.
AIDCnews
GOLF AMAL YaPEIM TERIMA RM. 18 JUTA
Isu amal golf jelas niat NOW untuk dipolitikkan
Isu ini muncul selari dengan isu-isu terhadap JAKIM, khalwat dll oleh pembangkang dan NGO haluan songsang.
DAP SEMAKIN TERUK BERANTAKAN.
{ VIDEO } Masalah Rumah Tangga Disyaki Punca Kebakaran Enam Kereta Di Taman Jaya - Polis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 20-an, yang berada dalam kereta bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api marak membakar kenderaan itu.
"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenali suspek dan mereka dipercayai mempunyai masalah rumahtangga dan dalam proses perceraian," katanya kepada pemberita mengenai kebakaran kira-kira 1 tengah hari itu.
Selain Proton Wira berkenaan, lima kereta lain yang diletakkan berhampiran turut terbakar dengan gambar-gambar yang menunjukkan kebakaran dan asap tebal kejadian itu menjadi viral di laman sosial .
Mohd Zani menegaskan dakwaan terdapat letupan bom di lokasi kejadian seperti yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar dan meminta orang ramai menghentikan penyebaran berita sumpama itu.
"Saya ingin memberi peringatan bahawa menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya menyebarkan berita tidak benar," katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan tiada sebarang letupan bom berlaku dalam insiden itu.
"Seseorang telah menyebabkan kebakaran sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Taman Jaya, Petaling Jaya, tiada letupan bom @PDRM masih menyiasat perbuatan khianat dengan menggunakan api ini," katanya dalam catatan di laman Twitter.
Mohd Zani berkata kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api dan menjelaskan kerugian dianggarkan RM200,000.
Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Siti, 30-an, berkata kepulan asap mengejutkannya yang sedang makan tengah hari di premis berhampiran sebelum melihat orang ramai mengalihkan kenderaan masing-masing dari lokasi kebakaran.
"Sebelum nampak asap tebal, terdapat bau asap yang sangat kuat namun saya tidak menjangka terdapat kebakaran melibatkan beberapa kereta, dan paling membimbangkan ia berlaku berhampiran pencawang TNB," katanya.
Kebakaran itu menyebabkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Wira terbakar sepenuhnya manakala sebuah Suzuki Swift terbakar 80 peratus dan Proton BLM (70 peratus). Sebuah Proton Gen2 dan kereta jenis Honda pula terbakar 20 peratus.
Kebakaran bermula dari kereta Proton Wira sebelum merebak ke kenderaan lain yang diletakkan berhampiran. Api dipadamkan sepenuhnya pada 1.32 tengah hari.