Netizen
mendedahkan dua kes 'pejuang' yang begitu anti dengan Najib
Abdul Razak dan kerajaan yang dipimpinnya. Agak menarik, memandangkan
yang beria-ia memaki hamun dan kelihatan bersungguh-sungguh antikan
Najib Abdul Razak adalah orang yang memang cari makan dengan kerajaan
yang mereka sendiri maki hamun.
Kes pertama melibatkan seorang pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa UITM Sabah, Profesor Madya Roslan Mokhtar yang memetik tajuk daripada sebuah artikel di blog yang terkenal dengan cerita-cerita fitnah yang disengajakan bagi menarik pembaca.

Seorang
pengguna Facebook rakan saya alies Aliesz menyatakan kehairanan
bagaimana seorang yang bergelar pensyarah boleh menggunakan bahasa
yang sebegitu teruk, sekaligus menggambarkan keperibadiannya dan
anak-anak murid yang telah dihasilkannya.
Manakala
seorang pengguna yang lain mempersoalkan profesor tersebut kerana
menggunakan modal daripada blog yang mencari sensasi
Kes
kedua melibatkan seorang bekas pengacara TV3 yang kemudian menjadi
produser. Difahamkan, individu tersebut sebelum ini cukup kuat
mengeji dan memaki hamun Najib Abdul Razak dan menteri-menteri
kabinet.
Bagaimanapun,
apabila berkesempatan, bukan main pula lagak dan gayanya
berselfie dengan Menteri-Menteri Kabinet yang dianggap bodoh dan
disuruh pecat.
Kes-kes sebegini sebenarnya cukup banyak dan sudah banyak kali juga didedahkan bagaimana mereka yang mencari makan dengan kerajaan, bertindak mencaci dan memaki hamun majikan sendiri.
Anehnya, golongan ini walaupun benci bukan main tetapi tetap bergantung harap kepada kontrak-kontrak dan kerja-kerja dengan kerajaan. Mereka bijak mengatur kata-kata tetapi mereka sendiri tidak berani keluar daripada kepompong selamat di sekeliling mereka dan bersaing seperti orang lain.

No comments :
Post a Comment