Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, September 28, 2019

Kes Adib Belum Selesai ... Perjuangan Masih Panjang



Pembunuh mesti dibawa ke muka pengadilan: Aidil Khalid


INILAH dia pasangan suami isteri, Puan Syazlin Mansor dan Tuan Ahmad Soffian Sheriff, yang merupakan ‘hero’ dan ‘heroin’ yang memperjuangkan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tak ramai yang mungkin mengetahui pengorbanan dan liku-liku yang harus mereka lalui untuk perjuangkan kebenaran.

Puan Syazlin Mansor membawa kes Adib ini secara pro-bono, iaitu secara percuma. Beliau tidak caj walau ‘sesen’ pun, sama ada dari keluarga arwah Adib, mahupun dari Kementerian dan Bomba, ketika beliau mewakili kesemua pihak-pihak ini. Segala perbelanjaan dan kos guaman keluar dari poket sendiri.

Melalui Puan Syazlin lah, maka saksi-saksi pakar Prof. Dr. Shahrom dan Dr. Amir Radzi dipanggil memberikan keterangan di Mahkamah, yang Hakim Koroner pada hari ini telah memutuskan keterangan-keterangan pakar tersebut sebagai autoritatif. Dan saksi-saksi pakar ini, kesemuanya memberikan keterangan secara suka rela tanpa mengecaj walau sesen pun yuran pakar.

Ketika Peguam Negara Tommy Thomas cuba untuk menyingkirkan Peguam Syazlin dari inkues mewakili Kementerian dan Bomba — Tommy cuba untuk menggambarkan kononnya Puan Syazlin tidak kompeten. Dalam kenyataannya, Tommy menuduh Puan Syazlin telah melanggar prinsip kepeguaman (conflict of interest), lalu Tommy menulis surat kepada Menteri Zuraida, agar menamatkan perkhidmatan Peguam Syazlin Mansor. Bahkan Bar (ua) Council juga pada ketika itu mengkritik Syazlin, dan ada risiko Puan Syazlin diambil tindakan disiplin.

Suami Puan Syazlin, Tuan Soffian pada waktu itu adalah setiausaha akhbar kepada Menteri Zuraida. Bagi memastikan agar isterinya dapat terus memperjuangkan kebenaran dalam inkues arwah Adib, Tuan Soffian sampai sanggup meletakkan jawatannya — supaya tidak berlaku masalah kelak, untuk Puan Syazlin mengambil pendirian bertentangan dari arahan atasan orang-orang politik yang jahat dan tidak jujur. Sedangkan pada waktu itu Tuan Soffian memegang jawatan yang kanan di pejabat menteri, dengan gaji dan kelebihan-kelebihan yang enak dan lunak.

Kisah Adib belum berakhir. Perjuangannya masih panjang, dan perlu diteruskan, selagi para pembunuhnya belum dibawa ke muka pengadilan, dan selagi ada pihak-pihak yang memegang jawatan-jawatan penting perundangan yang tidak amanah dan berniat jahat.

Kita harus menghargai para profesional dan ilmuan seperti Puan Syazlin Mansor, Tuan Soffian, Prof Dr. Shahrom, dan Dr. Amir Radzi, yang sanggup berkorban masa, wang, tenaga dan kelunakan hidup, demi memperjuangkan secebis kebenaran.

Aidil Khalid
Aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ)

Credit : Ismaweb


Bila 'Ah Long' Kata Mahu Tolong Orang Melayu Kampung Bahru



Baru-baru nie, Khalid Samad tawarkan pewaris Kg. Baru untuk jual tanah mereka dengan harga RM850/kaki persegi...



Khabarnya ramai pewaris Kg. Baru yg tolak tawaran Khalid Samad sebab harga yang ditawarkan terlalu rendah, malah pakar hartanah pun akui harga tu jauh di bawah pasaran sedangkan Kg. Baru berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur!!!

Dahsyat juga belit taukey Harapan Coin tu yer...


Katanya dalam majlis tu Khalid Samad kena boooo!!!

Bagi admin, kalau Khalid Samad betul-betul ikhlas nak tolong bangsa Melayu kat Kg. Baru tu, bukanlah dengan cara beli dan halau penduduk Kg. Baru tu keluar...

Kalau admin jadi pewaris Kg. Baru pun admin tak setuju...


Dah lah harga rendah, boleh pulak bayar 10% tahun nie dan bakinya bayar lagi 4 tahun...

Nampak sangat nak membelit si Khalid Samad nie...


Khalid Samad sepatutnya jumpa dan belajar dengan Tan Sri Ali Rustam bekas Ketua Menteri Melaka (Sila baca di https://bit.ly/2njHg3J )...

Ali Rustam berjaya bangun dan indahkan Kg. Morten, Melaka yang pada tahun 60'an tak ada apa dan tahun 80'an jadi sarang penagih dadah tapi sekarang dah jadi tarikan pelancung dari dalam dan luar negara ke negeri Melaka...

Tak ada pun penduduk Kg. Morten tu kena jual tanah, tak perlu dibina kediaman mewah walau pun Kg. Morten tu terletak di tengah2 pusat Bandaraya Melaka...

Hasilnya sekarang, penduduk dapat nikmat dari industri hiliran macam jualan kraftangan, kuih muih tradisional, homestay pada pelancung dan kerajaan negeri dapat hasil dari kedatangan pelancung dalam dan luar negara...

Tu kalau betul2 nak tolong bangsa Melayulah tapi kalau nak sakau komisen dari tanah org Melayu, terpulanglah pada kau Lid!!!

Kalau nak sakau komisen hasil dari jual tanah, tanah kat Kg. Baru tu kecik jer...


Admin cadangkan Khalid Samad ambil tanah kubur Cina yang ada kat tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur...

Lagi banyak komisen dapat sebab 3 kali ganda lebih besar dari tanah Kg. Baru...

Tanah-tanah kubur orang Islam pun dah banyak dialihkan demi untuk pembangunan, takkanlah tanah kubur atau jirat Cina ini tak boleh nak dialihkan demi untuk pembangunan, betultak Lid?

Apa macam?


ADA BERAN KER LID?

Buat cadangan untuk ambil alih tanah tersebut daripada orang yang telah mati sebagaimana yang  dilakukan oleh pemerintah Singapura?

Khalid Samad buatlah plan pengambilan tanah demi untuk pembangunan negara...

Berapa ribu rumah rakyat boleh dibuat kat situ?

Kalau tak boleh buat rumah rakyat, bolehlah buat banglo utk rakyat China dan Hong Kong...

Zuraida Kamaruddin boleh jadi promoter...

Nie asyik-asyik tanah kampung Melayu jer kena sakau!!!

Jadi, tak payahlah sibuk sangat dengan tanah Kg. Baru tu...


Takut nanti kena ganggu jin...😂😂😂

Lagi admin tak boleh terima, bila apa yang ditawarkan Khalid Samad tu ditolak oleh orang Melayu Kg. Baru, dia mula meroyan...


Perli dan hina penduduk Kg. Baru...

Kemonlah Lid, satu jer admin nak pesan, kalau niat dan tujuan kau tu ikhlas, pasti Allah SWT akan permudahkan perlaksanaannya tapi kalau tujuan dan niat kau tu tak ikhlas pasti Allah SWT akan menyukarkan perlaksanaannya...

Apa yang admin nampak 'tawaran' Khalid Samad pada penduduk Kg. Baru ibarat Ah Long yang kata mahu tolong!!!


Credit : SnapShot

Saturday, September 7, 2019

KDRM Siasat Video Tak Senonoh Membabitkan Anggota



SEMBILAN klip video memaparkan aksi seorang wanita yang memakai pakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan melakukan aksi lucah tular di media sosial sejak semalam.

Video termasuk gambar individu berkenaan mula disebarkan melalui aplikasi Whatsapp memaparkan tindakan wanita itu membuka buka bajunya satu persatu dipercayai dalam bilik persalinan agensi berkenaan.

Antara rakaman itu membabitkan perbuatan wanita berkenaan membuka pakaian seragam sebelum menyelak pakaian dalamnya.

Selain itu, terdapat rakaman wanita itu membelakangkan kamera dalam keadaan tanpa pakaian dipercayai untuk dikongsi kepada seseorang.



Sementara itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur berkata, pihaknya sedang menyiasat mengenai video terbabit yang dipercayai dirakam pada tahun lalu.

“JKDM memang ada menerima maklumat mengenai video itu yang dikatakan membabitkan kakitangan agensi ini.

“Buat masa ini, kita masih menyiasat mengenainya dan berdasarkan maklumat awal video itu dirakam pada tahun lalu tetapi disebar di media sosial sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi.

Menurut JKDM, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung rakaman itu dalam masa terdekat sebaik siasatan mengenainya selesai.

Credit : Cempedakcheese

Kami Tidak Boikot Cuma Tolak DAP



Kami tidak pernah kempen boikot. DAP jangan cuba-cuba menghasut dan jadi pengadu-domba.

Yang kami seru adalah BMF - "Buy Muslim First". Sokong produk dan perkhidmatan Muslim demi melonjakkan ekonomi kami yang jauh ketinggalan berbanding yang lain selama ini.

Selama ini apa yang berlaku? Cuba YB jujur dan berterus-terang atau DAP sudah tidak kenal erti kejujuran.

Bagaimanakah sokongan maayarakat bukan Islam terhadap:

Kedai runcit Melayu?
Kedai kain Melayu?
Kedai Emas Melayu?
Bengkel Kereta Melayu?
Kedai tayar Melayu?
Tukang jahit Melayu?
Klinik Doktor Melayu?
Kedai buku dan alatulis Melayu?
Pusat Tuisyen Melayu?
Tadika Melayu?

Mungkin YB dan DAP boleh buat kajian dan dedahkan secara terbuka hasil kajian itu.

Berapa peratus masyarakat bukan Islam/ bukan Melayu membeli atau ambil khidmat dari pengusaha Melayu Muslim?

Kita mahu orang Melayu Islam juga catat keuntungan kerana selama ini mereka bersaing dengan penuh ketidakseimbangan lantaran pilih bulu dikalangan pengguna non Muslim.

Jangan yang bukan Melayu saja laris dan untung.

Oleh kerana itu kami akan terus berkempen BMF tetapi tidak memboikot. BMF sudah pasti Buy Malaysian juga cuma keutamaan pada produk dan perkhidmatan Muslim.

Dan untuk pengetahuan YB yang kami kempen TOLAK sudah pasti adalah DAP.

Credit : Roslan SMS


Kempen "Buy Muslim First"



Semalam Kerajaan PH dan ahli-ahli politik Bersatu dan DAP mengutuk tindakan beberapa pihak termasuk NGO-NGO pengguna yang mereka (PH) kata telah melancarkan kempen "Boikot Barangan Bukan Islam".

Kata ahli-ahli politik PH ini, kempen ini adalah racist.

Ada seorang ahli parlimen DAP sehingga berkata bahawa kempen ini adalah menyalahi Perlembagaan.

Saya sudah periksa dengan NGO-NGO pengguna Islam termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Sebenarnya, tidak ada pun kempen untuk boikot barangan keluaran bukan Islam oleh mana-mana NGO.

Yang ada adalah kempen boikot barangan mahal walaupun kos pengeluaran telah turun, kempen boikot produk yang mengandungi DNA khinzir, kempen "Beli Barangan Pengeluar Pembayar Zakat", dan kempen "Beli Barangan Muslim Dahulu" atau "Buy Muslim First".

Kempen "Buy Muslim First" ini adalah untuk membantu perniagaan orang-orang Islam yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan perniagaan orang-orang bukan Islam di negara ini.

Jika dilihat secara positif, kempen ini tidak pun menyuruh orang untuk boikot sesiapa, tetapi ia hanya menggalakkan pengguna Islam untuk memilih barangan keluaran orang Islam dahulu jika mereka mempunyai pilihan.

Oleh itu, kenyataan ahli-ahli politik PH tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah suatu "spin" atau retorik putar belit politik yang mereka selalu buat seperti biasa untuk mengelirukan rakyat.

Orang-orang Islam membeli barangan buatan pengeluar orang-orang Islam kerana mereka percaya bahawa pengeluar barangan-barangan ini adalah lebih sensitif terhadap perkara halal dan haram dan kebersihan mengikut hukum syarak dalam Islam berbanding pengeluar bukan Islam.

Saya ingin bertanya kepada ahli-ahli politik PH ini, apa salahnya orang-orang Islam beli barangan keluaran orang-orang Islam?

Kita tidak boleh paksa sesiapa untuk beli barang dari sesiapa.

Jika pengguna memilih untuk membeli barang dari mana-mana pihak, maka itu adalah pilihan mereka dalam pasaran.

Jika kita ikut cakap ahli-ahli politik Bersatu dan DAP di atas supaya kerajaan mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang melancarkan kempen "Buy Muslim First" ini lantas mengekang pengguna daripada kebebasan untuk membuat pilihan dalam pasaran, maka itu yang sebenarnya menyalahi Perlembagaan, bukan sebaliknya.

........

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula berkata kononnya bahawa "pemboikotan barangan bukan bumiputera ini telah mencapai tahap membimbangkan".

Dia menyalahkan hal ini kepada pihak yang dia panggil "perkauman dan pelampau agama".

Lim Guan Eng ini seolah ingin menyalahkan pengguna-pengguna Islam ke atas penurunan penjualan barangan-barangan keluaran peniaga-peniaga bukan Islam.

Sikap Lim Guan Eng ini adalah yang sebenarnya berunsur perkauman.

Kempen beli barangan Islam ini baru sahaja bermula baru-baru ini.

Tetapi penurunan jualan barangan dalam pasaran rata-rata telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu kerana keadaan ekonomi negara yang merudum akibat pentadbiran dan dasar ekonomi negara yang lemah oleh Kerajaan PH terutamanya oleh Lim Guan Eng sendiri, bukannya sebab orang-orang Islam memboikot barangan bukan Islam.

Oleh itu, saya ingin nasihatkan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, berhentilah daripada menyalahkan orang lain ke atas kelemahan diri sendiri, atau jika tidak boleh, baik berhentilah kerja dan cari kerja lain.

Ini lebih elok daripada menyusahkan semua orang.


ISHAM JALIL
Presiden Sukarelawan Malaysia


Najib dan Perkhidmatan Awam




Saya lahir daripada keluarga penjawat awam. Ibu saya seorang guru dan jawatan terakhir ayah saya sebelum bersara (tahun 2001) adalah Timbalan Pengarah. Perkhidmatan awam pada zaman PM ke 4 tidak begitu baik. Ayah saya hanya memandu Perodua Rusa. Ibu saya naik Kancil 660cc paling basic yang tak ada radio.

Apabila Pak Lah menjadi PM ke 5, beliau memilih untuk menaikkan mutu perkhidmatan penjawat awam. Tahun 2007, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 35% sementara elaun sara hidup dinaikkan sekali ganda. Kesannya, kadar rasuah dikalangan penjawat awam bawahan menurun secara mendadak

Pada zaman DS Najib Razak mewarisi jawatan eksekutif no 1 negara, beliau meneruskan legasi ini. Tetapi dengan fokus khas bagi penjawat awam pangkat rendah yang tertakluk kepada golongan B40. Antaranya:

1. Tahun 2012, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 12%. Pencen minimum dinaikkan dari RM720 kepada RM820 sebulan dan elaun sara hidup dinaikkan RM50 kepada penjawat awam yang bertugas di pinggir bandar.

2. Tahun 2013, kenaikan pangkat secara besar-besaran PDRM dan ATM berdasarkan time-based dan perubahan lapisan gred. Skim Perumahan Penjawat Awam (PP1M) diwujudkan dengan sasaran 200 ribu unit rumah disiapkan menjelang tahun 2020.

3. Tahun 2015, imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada minimum RM300

4. Tahun 2016, gaji minimum dinaikkan daripada RM832 kepada RM1200. Pencen minimum dinaikkan lagi kepada RM950 sebulan.

Prinsip DS Najib ketika itu senang dibaca. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan servis terbaik, bayar mereka setara dengan kualiti kerja mereka. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan fokus dan tenaga 100%, pastikan kemudahan asas dan pendapatan mereka mencukupi.

Dan insentif yang pelbagai ini dibalas oleh penjawat awam melalui prestasi tinggi badan-badan kerajaan. Anda boleh lihat bagaimana UTC dan RTC diwujudkan - memberikan servis pantas kepada rakyat.

Akhirnya masa rakyat tidak terbuang dan boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada peningkatan pungutan cukai, kewujudan pekerjaan baru dan kenaikan gaya hidup.

Bayangkan bagaimana Bank Dunia sendiri mengiktiraf UTC dan RTC sebagai antara model perkhidmatan kerajaan terbaik dunia

Ini kitarannya. Saya tidak tahu sama ada kerajaan baru faham kitaran ini.

Sebab itu dalam 7 tahun pertama pentadbiran beliau, 2.26 juta pekerjaan diwujudkan. Saya tidak tahu berapa juta pekerjaan yang PH dah buat. Mungkin 5 bilion selepas wujudnya Gojek

Malah hebatnya golongan pekerja diMalaysia sehinggakan pada tahun 2017, KWSP diiktiraf oleh State of The Global Islamic Economy sebagai badan yang mempunyai pelan simpanan Islamik paling besar di dunia.

Berapa caruman terkumpul KWSP? RM814.4 bilion pada 2017 berbanding RM341.6b pada 2009.

Hari ini kita terbaca bagaimana seolah olah penjawat awam adalah beban. Seolah olah penjawat awam bergaji terlalu besar. Seolah olah bayaran pencen mereka membazirkan harta negara.

Saya teringat gambar 2 orang jururawat bangga mengibarkan bendera PKR di hadapan Seri Perdana pada malam 9 Mei 2018

Apa khabar mereka agaknya



Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal
Kuala Terengganu

Tun Ingat Tanah Melayu Ni Wujud Sejak Dijajah British dan Selepas Merdeka Sahajakah?





Oleh : Nurhayyu Zainal

Rumpun Austronesia dah lama mendiami rantau Asia Tenggara, dari Wilayah Khmer ke Segenting Kra hingga ke Kota Gelanggi, kemudian dari Tanah Acheh hingga ke Kota Kecil Pasemah.

Sejak wujudnya empayar Funan, Langkasuka, Tun Sun, Chih Tu, Kedah Tua/Gangga Negara/Lembah Bujang,Tan Tan, Bhumi Malayu ni dah cukup terkenal sebagai pelabuhan masyhur dan menjadi laluan perdagangan utama rantau Timur dan Barat.


Jadi tak hairanlah kenapa ramai arkeologis dan sejarawan dunia mengatakan kerajaan lama di Bhumi Malayu ini wujud sebelum tamadun yunani dan rom lagi.

Berkurun-kurun sudah Orang Melayu berdagang dengan pedagang dari China, India, Parsi, Turki dan Timur Tengah.

Makanya berkurun-kurun jugalah Orang Melayu sudah korek Emas, Tembaga dan Timah untuk didagangkan.

Berkurun kurun sudah Orang Melayu terkenal dengan sifat suka berlayar dan merantau untuk dagangkan hasil tani, herba kayu hutan dan lombong.

Dan sehingga hari ini Orang Melayu masih bekerja keras sehingga ada yang buat 2-3 kerja sehari.

Orang-orang politik ni BODOH!

Dia hanya menilai sejarah ikut kompas penjajah bangsat.

Dia tak nampak bagaimana British bangsat ini meranap dan merampas tanah-tanah dan hasil bumi yang menjadi sumber kolektif masyarakat setempat.

Sama juga dengan orang kiri yang asyik berpolemik tentang Malaysia ikut nas ideologi dan kapitalisme beku.

Dua-dua pun gagal menulis mengikut fakta dan menelusuri nilai keragaman budaya serta kewujudan bahasa pengantar melalui antropologi sejarah yang jujur.

Ingat Bumi Malaysia (Tanah Melayu) ni wujud sejak perompak british menjajah dan selepas Merdeka ke?


100 Fakta Wajib Sokong Produk Muslim dan Produk Bumiputera



1. Statistik membuktikan bahawa pada 2019 penduduk Bumiputera berjumlah seramai 20.4 juta orang, iaitu sebesar 69.3% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).  Namun begitu, pendapatan purata isi rumah Bumiputera masih rendah berbanding bukan Bumiputera, iaitu RM6,267 berbanding RM8,213 menurut data 2016.

2. Jumlah penduduk Bumiputera hari ini jauh mengatasi penduduk Cina di Malaysia yang hanya berjumlah 6.7 juta iaitu 22.8% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).

3. Jumlah penduduk Bumiputera juga jauh mengatasi jumlah penduduk India di Malaysia iaitu seramai 2.03 juta yakni 6.9% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).

4. Statistik 2019 ini menunjukkan peningkatan ketara penduduk Bumiputera iaitu daripada 20.07 juta orang pada tahun 2018 kepada 20.4 juta orang pada tahun 2019 (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).

5. Pada tahun 2018 jumlah penduduk Bumiputera juga jauh mengatasi jumlah penduduk Cina yang hanya seramai 6.69 juta iaitu 23% dan India seramai 2 juta iaitu 6.9% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).

6. Hanya dalam tempoh tiga tahun iaitu 2017, 2018, dan 2019, jumlah dan peratusan penduduk Bumiputera di Malaysia melonjak secara berturut-turut iaitu dari 19.78 juta orang pada 2017 (bersamaan 68.8%), kepada 20.07 juta orang pada tahun 2018 (bersamaan dengan 69.1%), dan meningkat lagi kepada 20.4 juta orang setakat ini pada 2019 (69.3%) (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my).

7. Dari segi jumlah penduduk yang berusia 20 tahun dan ke atas pula, seramai 12.5 juta orang adalah Bumiputera, berbanding hanya 6.4 juta orang bukan Bumiputera.  Namun begitu, kesemua statistik demografi ini jauh berbeza dengan realiti penguasaan ekonomi dalam negara.

8. Jika dipecahkan kadar pendapatan purata mengikut kaum berasaskan kepada kumpulan pendapatan T20, kaum Bumiputera mendapat jumlah RM14,098 masih jauh dibandingkan dengan kaum Cina, RM20,534 dan kaum India RM16,163 (Rujuk: https://kapital.my/2018/10/antara-ketuanan-melayu-penguasaan-ekonomi/).

9. Dalam kelas M40 pula Bumiputera memiliki jumlah pendapatan purata sebanyak RM5,953, jauh lebih rendah berbanding kaum Cina RM8,162 dan kaum India RM6,669 (Rujuk: https://kapital.my/2018/10/antara-ketuanan-melayu-penguasaan-ekonomi/).

10. Dalam kelas golongan B40, kaum Melayu hanyalah memiliki RM2,666, jauh kurang berbanding kaum Cina, RM3,446 dan kaum India, RM3,131 (Rujuk: https://kapital.my/2018/10/antara-ketuanan-melayu-penguasaan-ekonomi/).

11. Malah kadar insiden kemiskinan mengikut kaum pada tahun 2016 menunjukkan Bumiputera berada di tempat teratas dengan 0.5 peratus, jauh dihadapan berbanding kaum Cina dan India yang masing-masing hanya sekadar mencatatkan 0.1 peratus kemiskinan (Rujuk: https://kapital.my/2018/10/antara-ketuanan-melayu-penguasaan-ekonomi/).

12. Statistik Utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Januari 2018 juga menunjukkan golongan Bumiputera masih ketinggalan jauh dalam pendaftaran perniagaan francais di mana hanya 236 pendaftaran Bumiputera direkodkan berbanding sebanyak 628 perniagaan francais oleh bukan Bumiputera (Rujuk: https://kapital.my/2018/10/antara-ketuanan-melayu-penguasaan-ekonomi/).

13. Kawalan Bumiputera terhadap syarikat senarai awam hanya pada kadar 7.3 peratus berbanding kaum Cina yang memiliki ekuiti 36 peratus dan kawalan yang tinggi sehingga 59 peratus (Rujuk: https://kapital.my/2018/10/antara-ketuanan-melayu-penguasaan-ekonomi/).

14. Statistik daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada tahun 2015 menunjukkan kadar pemilikan hartanah golongan Bumiputera hanya pada tahap 39.5%, berbanding 53.4% oleh bukan Bumiputera (Rujuk: https://kapital.my/2018/10/antara-ketuanan-melayu-penguasaan-ekonomi/).

15. Malah pergerakan pembelian hartanah dalam kalangan Bumiputera berada pada kedudukan sederhana dengan kadar kira-kira satu peratus setiap tahun sedangkan bagi JPPH, pergerakan pembelian hartanah yang baik ialah pada kadar kira-kira tiga peratus setahun (Rujuk: https://kapital.my/2018/10/antara-ketuanan-melayu-penguasaan-ekonomi/).

16. Bagi pemilikan komersial pula Bumiputera hanya mampu berada pada tahap 9.8% berbanding bukan Bumiputera, 46% (Rujuk: https://kapital.my/2018/10/antara-ketuanan-melayu-penguasaan-ekonomi/).

17. Situasi ini tidak banyak berubah sejak lebih 10 tahun lalu.  Contohnya ialah pemilikan ekuiti Melayu Bumiputera hanya sekitar 18.9% berbanding 40.6% bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).

18. Pemilikan syarikat Melayu Bumiputera hanya sekitar 20.3% berbanding 75.7% bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).

19. Pemilikan bangunan komersial Melayu Bumiputera hanya sekitar 11.7% berbanding 88.3% bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).

20. Dari segi Pekerjaan – Pengurusan Tinggi pula Melayu Bumiputera hanya merekodkan sekitar 14% berbanding 73% Melayu bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).

21. Bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pula, Melayu Bumiputera hanya mencatatkan sekitar 20% berbanding 70.4% yang dikuasai bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).

22. Bumiputera juga menduduki posisi Tahap Sosioekonomi Terendah dengan peratusan sebesar 76% berbanding bukan Bumiputera iaitu 23.2% (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008).

23. Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan Melayu Bumiputera iaitu sebesar 73.3% berbanding 26.7% bukan Bumiputera (Rujuk: Utusan Malaysia 9 April 2008) juga menuntut usaha yang lebih besar untuk menyokong barangan dan perkhidmatan Muslim dan Bumiputera dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran yang turut disumbang oleh diskriminasi seperti mana dapatan kajian Cent-GPS pada Mac 2019.

24. Transaksi pemilikan kediaman dalam pasaran primer oleh Bumiputera berbanding bukan Bumiputera pada tempoh sama adalah 38.8 peratus (RM5.63 bilion), berbanding 56.7 peratus (RM8.23 bilion).

25. Bagi pemilikan komersial, peratus transaksi Bumiputera hanya 9.8 peratus (RM21 juta) berbanding bukan Bumiputera, iaitu 46 peratus (RM1.01 bilion).

26. Menurut data pada 2009, tahap pemilikan kekayaan (aset kewangan dan hartanah) Bumiputera paling rendah berbanding kaum lain.

27. Pada 2009, purata pendapatan isi rumah masyarakat Cina ialah 1.38 kali ganda pendapatan Bumiputera.

28. Dari segi pemilikan kekayaan, jurang ini meluas kepada 1.9 kali ganda.

29. Dari segi aset kewangan, masyarakat Cina memiliki 2,135 kali ganda lebih aset daripada Bumiputera.

30. Ini bermakna, median aset kewangan seorang Bumiputera hanya RM1, berbanding RM2,135 bagi seorang Cina (data penyelidik yang kini merupakan Penasihat Ekonomi Perdana Menteri sendiri, Dr Muhammed Abdul Khalid).

31. Maka tidak hairanlah apabila Pengarah Eksekutif INSKEN, Encik Norizan Sharif mengeluarkan kenyataan pada 2015: “daripada keseluruhan syarikat di Malaysia, 27% adalah syarikat milik Bumiputera dan 90.7% syarikat ini adalah mikro. Apabila syarikat ini dibesarkan, maka sumbangannya kepada ekonomi negara juga menjadi lebih besar”.

32. “Bumiputera mewakili 57.5% tenaga kerja Malaysia yang berjumlah 8.35 juta orang…Data berkenaan gaji yang direkodkan oleh tenaga kerja sektor swasta pada 2016 menunjukkan bahawa gaji purata masyarakat Bumiputera adalah jauh lebih rendah berbanding kaum yang lain”.

33. Pakar Runding Ekonomi Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Akbar Ali, ketika mengulas Kajian Separuh Penggal RMK11 -  Tanggungjawab Bersama Dan Berkongsi Kemakmuran dalam Sesi Pembentangan Meja Bulat MPM – Media menunjukkan jurang pendapatan antara bumiputera dan bukan bukan bumiputera, penduduk bandar dan luar bandar, kumpulan B40 dan kumpulan T20 dan M40 semakin melebar terutama sejak 2009.

34. Jumlah pemilikan harta kekal dan tidak kekal termasuk saham dan aset lain serta hartanah kalangan B40 yang majoritinya adalah bumiputera jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

35. Jurang ini harus ditangani segara kerana dari segi jangka panjang, pemilikan kekayaan lebih bermakna berbanding tahap pendapatan.

36. Dalam keadaan ekonomi lemah, golongan yang hanya bergantung kepada pendapatan akan berdepan risiko pengurangan atau hilang mata pencarian.

37. Sebaliknya, mereka yang mempunyai tahap pemilikan aset yang tinggi mampu mencairkan aset berkenaan untuk mempertahankan kualiti hidup mereka sementara menunggu ekonomi pulih.

38. Dari segi kawalan sektor korporat pula, Khaidir A Majid, bekas Pengarang Ekonomi Berita Harian menyatakan bahawa walaupun penguasaan pemilikan ekuiti dalam syarikat senarai awam oleh Bumiputera berada pada tahap 22 peratus pada nilai par (ASLI berkata pemilikan itu adalah setinggi 40 peratus pada dasar nilai pasaran), namun hakikatnya kawalan Bumiputera terhadap syarikat senarai awam hanyalah pada tahap 7.3 peratus berbanding kaum Cina yang memiliki ekuiti 36 peratus, tetapi kawalan 59 peratus.

39. Kawalan adalah segala-galanya kerana ia menentukan dasar syarikat dari segi pengambilan pekerja, pemilihan pembekal dan kontrakror serta strategi pelaburan.

40. Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara bertemakan ‘Mendepani Cabaran Bumiputera dalam Malaysia Baharu’ pada 2018 sendiri meluluskan 51 resolusi yang dipecahkan kepada enam bidang fokus utama iaitu Nilai, Moral dan Etika; Pendidikan dan Modal Insan; Penciptaan dan Pemilikan Kekayaan; Perniagaan dan Keusahawanan; Tindakan Afirmatif, dan Pembentukan Strategi/Hala Tuju.

41. Daripada semua resolusi dicapai, 12 tertumpu dalam bidang penciptaan dan pemilikan kekayaan, sembilan ditumpukan kepada perniagaan dan keusahawanan.

42. Namun begitu, Bagi pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai, resolusi dicapai agak mengecewakan kerana fokusnya lebih tertumpu kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera, berbanding usahawan mikro.

43. Beliau menjelaskan hampir 95 peratus daripada peniaga di negara ini atau 85 peratus peniaga Bumiputera terbabit dalam perniagaan mikro.

44. Negara memerlukan strategi lebih drastik untuk membantu usahawan mikro dan kumpulan berpendapatan rendah (B40), kerana yang perlu ialah strategi pengagihan, bukan strategi pembangunan seperti sebelum ini.

45. Barjoyai berkata, untuk mengeluarkan kumpulan berpendapatan rendah daripada kancah kemiskinan ialah dengan cara memastikan sumber modal, kepakaran dan peluang perniagaan disediakan kepada mereka.

46. Sejarah membuktikan perkembangan ekonomi dan kemakmuran masyarakat Melayu cukup penting, kerana Bumiputera tidak harus menjadi lambang kemiskinan seperti berlaku pada 1960-an.

47. Ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum dan perbezaan kelas yang besar, mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan orang Melayu ketika itu - perkara ini membawa kepada masalah yang boleh menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, seperti yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969.

48. Sekarang ini, pemilikan Bumiputera dalam kekayaan negara adalah 23.5 peratus. Angka ini tidak banyak berganjak sejak tahun 1985.

49. Ini bermakna masih terdapat pengumpulan kekayaan oleh Bumiputera, tetapi hanya pada kadar peningkatan yang hanya mengekalkan kedudukannya pada tahap 23.5 peratus, selari dengan kadar perkembangan 'pie' ekonomi negara, tidak lebih daripada itu.

50. Jika Bumiputera mahu mencapai sasaran 30 peratus, kadar pengumpulan aset terpaksa lebih tinggi daripada kadar perkembangan ekonomi secara keseluruhannya.

51. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sendiri pernah mengaplikasikan satu teori dari kes luar negara: Di Amerika Syarikat, terdapat suatu teori - the escape velocity theory. Teori berdasarkan fizik ini menyatakan kadar pertumbuhan sesebuah ekonomi perlu meningkat kepada suatu tahap yang cukup tinggi untuk keluar daripada situasi kegawatan ekonomi. Teori ini boleh diguna pakai untuk menghuraikan kaedah peningkatan kadar pengumpulan aset Bumiputera yang mana kegiatan ekonomi Bumiputera perlu membina suatu momentum sehinggakan momentum itu menjana suatu kadar perkembangan ekonomi Bumiputera yang cergas dan cerdas.

52. Secara mikronya, kita boleh mengambil contoh sebuah perniagaan yang berkembang yang mana selepas perniagaan ini mencapai suatu kadar jualan yang cukup tinggi – hasil kempen utamakan barang dan perkhidmatan Muslim & Bumiputera, dengan kejayaannya menambat hati dan kepercayaan pengguna, maka jumlah jualan tahunannya akan meningkat secara lestari untuk tahun-tahun selanjutnya.

53. Maka seperti mana menurut Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, untuk Bumiputera menjangkau pemilikan 30 peratus kekayaan negara pada tahun 2020, dengan mengambil pemilikan sekarang sebanyak 23.5 peratus dan kadar ekonomi negara berkembang lima peratus setiap tahun, Bumiputera perlu meningkatkan kadar perkembangan pemilikan aset 1.9 kali ganda kadar perkembangan ekonomi atau peningkatan sebanyak 9.4 peratus setiap tahun. Inilah satu-satunya cara Bumiputera dapat mengecapi sasaran yang kita tetapkan 44 tahun dahulu. Inilah escape velocity kita.

54. Namun begitu, peratusan kekayaan Bumiputera hanya meningkat daripada 19 peratus dari tahun 1985 kepada 23.5 peratus sekarang.

55. Dalam ekonomi berpendapatan tinggi, perniagaan industri perkhidmatan memainkan peranan penting dalam pembentukan keluaran negara kasar, yang mana industri seperti kewangan dan industri sokongannya boleh menjadi antara sumber utama pendapatan negara.

56. Malah, menjelang 2020, penyertaan Bumiputera dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi disasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus oleh Unit Perancang Ekonomi sendiri di bawah RMK-11.

57. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) sendiri menggariskan lima strategi bagi memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera (KEB) dalam meningkatkan pemilikan kekayaan, termasuk memperkasa modal insan dan memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera.

58. Strategi pertama bagi memperkasa modal insan Bumiputera, latihan kemahiran tinggi dan program profesional bertauliah seperti Program Peneraju Skil di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

59. Strategi kedua bagi meningkatkan penguasaan efektif Bumiputera dan mengekalkan pemilikan korporat, strategi pelaburan untuk menambah baik pemilikan ekuiti akan diperluas.  Ini akan juga melalui peningkatan pelupusan aset dan aktiviti bukan teras syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan kepada usahawan Bumiputera, serta memperkenal mekanisme pembiayaan baharu bagi aset kewangan.

60. Strategi ketiga, memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera dengan memperkukuh program berasaskan institusi bagi pemilikan aset serta memperkenal mekanisme pembiayaan baharu bagi aset bukan kewangan.

61. Strategi keempat antara lain akan memperkasa KEB dengan mengurangkan pembiayaan dalam industri bernilai tambah rendah dan tidak strategik, mempergiat program pembiayaan usahawan dan mempertingkat program bersepadu kepada perusahaan Bumiputera.

62. Strategi terakhir ialah mengukuh keberkesanan penyampaian program berorientasikan Bumiputera dengan mewujudkan pangkalan data bersepadu yang mengandungi maklumat status sosioekonomi Bumiputera dan mempermudah prosedur kerajaan bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

63. Kempen utamakan perkhidmatan Muslim & Bumiputera profesional tentulah menampung keperluan kesemua strategi RMK11 ini.  Namun begitu, ia direncatkan oleh beberapa kelemahan kerajaan Pakatan sendiri yang sudahlah menyelewengkan kempen ‘Buy Muslim & Bumiputera First’ (BMBF) sebagai ‘boikot’, tetapi lebih membimbangkan lagi turut melaksanakan beberapa tindakan yang regresif dan destruktif untuk mencapai matlamat Komuniti Ekonomi Bumiputera di bawah RMK-11 ini.

64. Antara tindakan yang regresif dan destruktif kerajaan Pakatan ialah Sistem perolehan kerajaan Pakatan kini tidak lagi mesra Bumiputera. Laporan dan maklum balas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menunjukkan bukan sahaja jumlah kontrak makin berkurang malah kerajaan mengeluarkan tender-tender yang terlalu besar nilainya kepada kontraktor Bumiputera. Ini hanya akan menggalakkan amalan Ali Baba kerana syarikat Bumiputera yang layak tidak dapat menyediakan modal dan ini membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan status Bumiputera mereka untuk menjual kontrak kerajaan. Pelbagai pihak telah bersuara namun masih tiada tindakan sehingga kini. Pihak Kementerian Kewangan perlu bertindak segera agar persepsi bahawa masyarakat ekonomi Bumiputera terancam dengan pentadbiran Pakatan Harapan dapat ditepis. MTEM sendiri telah menerima maklum balas daripada persatuan kontraktor Bumiputera yang mengesahkan rungutan ini. Anehnya Kementerian Kewangan seperti tidak peduli tentang maklum balas ini (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/478860).

65. Lambakan pekerja asing masih gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan PH. Kegagalan ini bukan sahaja mengancam perusahaan mikro Bumiputera, bahkan akan melambatkan perjalanan Malaysia mencapai status negara maju kerana industri-industri di Malaysia tiada insentif untuk meningkatkan teknologi dan produktiviti mereka (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/478860).

66. Wawasan dan rancangan kerajaan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera masih kurang jelas dan ini menyebabkan kaum Bumiputera mempersoal kesungguhan kerajaan PH untuk menjaga kepentingan mereka. Apa khabar Teraju, Ekuinas, MARA dan agensi-agensi serta program pemerkasaan Bumiputra yang lain? Sudah tentu kita harapkan strategi yang lebih hebat dan berkesan daripada yang lepas. Kita masih menunggu pelan tindakan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang akan merancakkan ekonomi negara (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/478860).

67. Kementerian Pertanian pula disifatkan sebagai “cukup mengecewakan dengan sikap syok sendiri dan terlalu terpengaruh dengan lobi kapitalis”. Bukan sahaja tuntutan Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi Dan Beras (Padi Rescue) yang tersenarai dalam Manifesto PH tidak dilayan sewajarnya, Halatuju Kementerian Pertanian 2019 - 2020 pula terlalu menekankan konsep 'economic of scale', 'bigger is better' dan 'private driven industri' yang pasti akan meminggirkan majoriti petani di Malaysia dan digantikan dengan kemasukan syarikat - syarikat berkepentingan. Dengan pelbagai masalah yang dihadapi majoriti petani dan nelayan, rancangan pengenalan Rang Undang-undang Benih dan pengiktirafan kepada Konvensyen UPOV 91 yang akan menafikan amalan turun termurun dan hak petani terhadap benih akan meminggirkan lagi majoriti petani dan menjejaskan agrobiodiversiti tanaman (https://www.malaysiakini.com/news/478860).

68. Pendapatan per kapita pada tahun 2014 bagi Bumiputera hanya sebanyak 21.7 peratus (RM16,066 setahun) berbanding pendapatan bagi bukan-Bumiputera (RM74,067 setahun).

69. Bumiputera hanya memiliki 26.1 peratus daripada aset perumahan di Malaysia manakala bukan Bumiputera sebanyak 63.3 peratus sedangkan bilangan penduduk Bumiputera hampir 3 kali ganda berbanding bukan-Bumiputera.

70. Sumbangan kepada ekonomi oleh SME Bumiputera hanya 12 peratus daripada jumlah KDNK Malaysia.

71. Pemohon kerja Bumiputera masih menghadapi diskriminasi pekerjaan di sektor swasta. Sebagai contoh, keperluan untuk bertutur bahasa Mandarin sebenarnya hanya alasan untuk menawarkan pekerjaan kepada kaum Cina sahaja.

72. Walaupun Cina cuma 24 peratus daripada jumlah 30 juta penduduk Malaysia pada tahun 2012, mereka menguasai kerjaya profesional. Kini, lebih ramai akauntan dan arkitek Cina daripada Melayu, manakala 70 peratus CEO syarikat di Malaysia pada tahun 2005 adalah Cina.

73. Kajian Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Dr Muhammed menunjukkan pemilikan ekuiti korporat kaum Cina meningkat dalam tempoh DEB, iaitu daripada 23 peratus (1970) kepada 44 peratus (2006).

74. Kajian Penasihat Ekonomi Perdana Menteri juga menunjukkan bahawa kaum Cina menguasai 70 peratus aset komersial, termasuk kilang dan bangunan perniagaan negara ini dan 59 peratus syarikat di Bursa Malaysia.

75. Hasil kajian beliau sekali gus menepis dengan hujah dan dakwaan bahawa pertumbuhan ekonomi Cina disekat kerajaan dan bahawa DEB bersifat diskriminasi atau hanya menguntungkan Bumiputera. Beliau membuktikan dasar membasmi kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan dimanfaat semua kaum, malah penurunan kadar kemiskinan adalah paling ketara dalam kalangan orang Cina; daripada 26 peratus (1970) kepada 5.4 peratus (1990). Kadar kemiskinan Cina hari ini cuma 0.3 peratus berbanding India (1.8 peratus) dan Melayu (dua peratus).

76. RMK-11 turut menyasarkan pencapaian sekurang-kurangnya 11% pertumbuhan tahunan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera.

77. Namun begitu, statistik menunjukkan Bumiputera masih jauh tercicir dalam sektor keusahawanan. 8 Julai 2019, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr Hatta Ramli (PAN) dalam sidang Dewan Rakyat menyatakan, daripada kira-kira 1 juta syarikat, hanya 40 peratus dimiliki Bumiputera.  Menurutnya, ia disebabkan sikap terlalu bergantung pada bantuan kerajaan (https://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/hanya-40-peratus-syarikat-dimiliki-usahawan-melayu-dan-bumiputera-1.932497). 

Hakikatnya, Kempen Dahulukan Produk Muslim Bumiputera yang digemakan kini mampu membantu meningkatkan kemandirian usahawan bumiputera daripada bantuan kerajaan.

78. Malah, apabila Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof (PPBM) menyatakan penglibatan usahawan Bumiputera PKS hanya lapan peratus daripada keseluruhan perolehan tahunan RM45 bilion melalui sektor tersebut, ia sesuatu yang merugikan Bumiputera, meskipun komposisi populasinya adalah yang teramai (http://www.kosmo.com.my/niaga/bumiputera-hanya-sumbang-8-peratus-kdnk-1.840719).  

Sekali lagi, Kempen Dahulukan Produk Muslim Bumiputera (BMBF) mampu menjadi antara penyelesaian kepada isu ini.

79. Kempen Utamakan barang dan perkhidmatan Muslim dan Bumiputera ini juga wajib disokong akibat kegagalan kerajaan Pakatan sendiri untuk mengenakan cukai ke atas ‘modal’ yang dimiliki golongan ‘super rich’ di negara ini.

80. Kekayaan golongan ‘super rich’ yang pernah diistilahkan oleh Penasihat Ekonomi Perdana Menteri sebelum beliau dilantik ke posisi tersebut dahulu sebagai ‘birth lottery’ ini tidak dikenakan cukai meski pun kini hampir 70% daripada golongan ini mewarisi kekayaan ‘modal’ yang bukannya baru dicipta daripada titik peluh mereka sendiri.

81. Kegagalan kerajaan Pakatan mengenakan ‘capital gain tax’ kepada golongan ‘super rich’ ini (meskipun kuat dipromosi oleh Penasihat Ekonomi Perdana Menteri sebelum PRU-14) memerlukan Bumiputera untuk berusaha mengambil inisiatif sendiri bagi merapatkan jurang melalui kempen utamakan produk dan perkhidmatan Muslim dan Bumiputera ini.

82. Kegagalan LHDN dan Kementerian Kewangan untuk menunjukkan iltizam pemantau skema "tax avoidance" yang mirip "tax evasion" yang menjadi mekanisme golongan ‘super rich’ melarikan diri dari membayar cukai juga memaksa warga Bumiputera untuk memberi keutamaan kepada produk Muslim dan Bumiputera sendiri yang jelas majoritinya tidak tergolong dalam kumpulan yang menggubal wang ke luar negara.

83. ‘Tiga daripada empat’ kaum Bumiputera yang menabung dalam Amanah Saham Bumiputera hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM600 sahaja (Rujuk: ‘Antara Dua Darjat’, Muhammed Abdul Khalid).

84. Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) jelas pernah membentangkan kajian pada Mac 2019 yang menunjukkan orang Cina lebih mudah mendapat temuduga di sektor swasta, berbanding orang Melayu dan India.

85. Kajian itu juga menunjukkan wanita tidak bertudung lebih mudah dipanggil temuduga daripada mereka yang bertudung.

86. Menurut Pengarah Cent-GPS Zaidel Baharuddin, kajian itu dibuat dengan menghantar resume menggunakan tujuh nama - tiga Melayu, dua Cina dan dua India - dengan kelayakan yang sama. Setiap nama menghantar 547 resume kepada syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada pemegang ijazah.  Daripada tujuh calon itu, dua calon Cina menerima paling banyak panggilan temu duga, masing-masing 240 dan 179 panggilan.

87. Dapatan kajian Cent-GPS tentang diskriminasi kepada golongan Bumiputera yang tidak berbahasa Mandarin (dan juga yang bertudung) menunjukkan bahawa kempen mengutamakan produk Muslim dan Bumiputera mampu menjadi ‘game-changer’ berskala sistemik dalam jangka masa sederhana dan jangka panjang.

88. Malah sebanyak RM674.4 bilion daripada RM1.1 trilion yang disediakan kerajaan untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah dibelanjakan untuk IKS Bumiputera tetapi IKS Bumiputera hanya mampu menyumbang kurang daripada 9 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

89. Dari perspektif sejarah Islam, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghujahkan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. berusaha membangunkan ekonomi Muslim di Madinah, hinggakan disabotaj oleh Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi yang merobohkan khemah perniagaan yang telah dibangunkan. Sebagai reaksi balas, Rasulullah menegaskan: “Baiklah, kita akan bina pasar yang lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada ini!” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257). Menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah sendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan Muslim. Kata beliau: “Sesungguhnya Rasulullah sendiri menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan kaum Muslim.” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257) (Rujuk: https://www.facebook.com/DrAhmadSanusi/posts/953508864986240).

90. Dari sudut sejarah Alam Melayu pula, Hasanuddin Yusof dari Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam jelas menghujahkan bahawa usaha membantu perniagaan sesama umat Islam telah lama berlangsung di era kerajaan Islam silam yang dilanjutkan ke Alam Melayu.  Antaranya adalah seperti di era Sayyidina Umar dan Salahuddin al-Ayyubi serta usaha para ulama Tanah Melayu menjelang kemerdekaan yang menubuhkan ‘Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS)’ di samping Syeikh Abu Bakar al-Baqir yang menubuhkan Persatuan Al-Ehya Al-Syarif di mana persatuan ini berjaya menjalankan tiga jenis projek perniagaan iaitu kilang padi, stesen pam minyak dan stesen jana kuasa elektrik. 

91. Dalam konteks Malaysia hari ini, cukup jelas bahawa pihak yang majoriti tetapi inferior dari segi pemilikan ekonomi ialah Melayu-Islam dan Bumiputera manakala golongan bukan Melayu pula lebih dominan.

92. Melayu-Islam dan Bumiputera hari ini bolehlah diibaratkan seperti mana aktor ‘negara pinggir’ (periphery states) dalam skema Teori Sistem Dunia Immanuel Wallerstein yang sedang berusaha untuk mendaki hierarki penguasaan ekonomi dalam negara melalui kempen ‘Utamakan membeli barangan Muslim & Bumiputera’.

93. Hakikatnya, usaha ‘mendaki’ ini sememangnya memerlukan modal yang besar dan suntikan dana daripada kerajaan sahaja tidak mencukupi.

94. Malah, pada sisi yang lain, kempen ini sepadan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi Bumiputera melalui badan seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

95. Tiada apa yang salahnya dengan kempen mengutamakan barangan dan perkhidmatan Bumiputera dan Melayu-Islam ini kerana ia bukanlah kempen ‘boikot’ seperti mana yang sengaja disalahertikan – bahkan menepati pula keperluan merapatkan jurang sosioekonomi pada hari ini.  Hal ini boleh disahkan oleh Presiden The Patriots iaitu Mohamad Jamalee yang memulakan kempen ‘Buy Muslim Bumiputera First’ melalui sebuah inisiatif nama Gerakan Ekonomi yang kemudiannya disambut oleh NGO besar lain seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan UMMAH.  Inisiatif ini jelas sebagai usaha Sekretariat Daulat 812 susulan Himpunan 812 Disember 2018 yang lalu. 

96. Hakikatnya di Malaysia, tindakan afirmatif dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) mulai 1970 bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi dan ketidaksetaraan kekayaan antara etnik melalui agihan semula ekuiti dengan matlamat 30% dimiliki Bumiputra dan 40% dimiliki bukan Bumiputra.  Namun begitu, setelah kira-kira 40 tahun perlaksanaan DEB, matlamat agihan ekuiti masih gagal dicapai.

97. Adanya kajian akademik yang jelas menunjukkan bahawa “Negara memerlukan bukan sahaja kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi pada masa yang sama perlu memastikan wujudnya keadilan sosial, berkongsi peningkatan pendapatan yang saksama serta meningkatkan peluang pekerjaan. Ini bertepatan dengan pandangan Abdul Rahman Embong (2003) di mana pembangunan harus bersifat holistik dan menyeluruh agar hasil pembangunan dapat dinikmati bersama dengan setara di kalangan masyarakat dan Kerajaan berperanan melaksanakan pembangunan dan agihan yang saksama dan adil” (Muhammad Najit Sukemi, Madeline Berma Shamsul Amri Baharuddin Faridah Shahdan 2018).

98. Kajian tersebut seterusnya menekankan bahawa “Kejayaan agihan kekayaan ini penting sebagai satu matlamat penyusunan semula masyarakat bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi antara etnik, mengurangkan jurang ketidakseimbangan ekonomi dan sosial antara kumpulan etnik sekali gus serta menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi” (Muhammad Najit Sukemi, Madeline Berma Shamsul Amri Baharuddin Faridah Shahdan 2018).

99. Maka dalam keadaan kerajaan perlu mengejar tempoh singkat Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang hanya berbaki tidak lama sahaja lagi dengan merapatkan jurang pendapatan antara kaum yang semakin melebar di negara ini.  Kempen Dahulukan Produk Muslim Bumiputera jelas tidak sepatutnya dimusuhi, sebaliknya wajib disokong dengan sekuat-kuatnya oleh seluruh ahli politik kerajaan.

100. Jelas, kempen Utamakan Barangan dan Perkhidmatan Muslim & Bumiputera (BMBF) ini wajib disokong atas dasar keselariannya dengan objektif kerajaan sendiri, membangunkan kemandirian umat Islam dan Bumiputera, keadilan kepada penduduk majoriti dalam negara ini yang sejak sekian lama menjadi mangsa ketidaksaksamaan dan diskriminasi ekonomi ‘sistemik dan sistematik’, melonjakkan ekosistem zakat yang terhasil dari peningkatan harta umat Islam di samping potensi wakaf, dan juga seterusnya meluaskan empayar perniagaan Muslim & Bumiputera di pentas antarabangsa melalui prinsip ‘the escape velocity theory’ yang dinyatakan di atas: peningkatan kadar pengumpulan aset Bumiputera yang berjaya membina momentum hinggakan momentum itu menjana suatu kadar perkembangan ekonomi Bumiputera yang jauh lebih cergas dan cerdas.


Oleh: Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sunday, June 16, 2019

Politik Hanyir Pakatan Harapan ( PH )





Sedang Rakyat tertunggu-tunggu janji manis Kerajaan Pakatan Harapan (PH), pelbagai cerita timbul selepas setahun memerintah. Namun kemanisan yang rakyat dambakan, sebaliknya 'politik hanyir' yang dihidangkan.


Negara digemparkan dengan penularan video pasangan sejenis didakwa mirip seorang menteri. Bertambah gempar apabila sipelaku tanpa rasa bersalah mengaku bahawa dirinya merupakan individu di dalam video tersebut bersama menteri yang didakwa.


Situasi ini seolah drama pada 1998 kembali menghantui rakyat. Pada ketika itu Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri ke-4. Dengan kuasanya Anwar Ibrahim ketika itu telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Kini apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7, senario yang sama juga berlaku tetapi melibatkan watak berbeza. Malah situasinya hampir sama ketika 1998, dalam situasi sebelum berlakunya peralihan jawatan Perdana Menteri.


Cuma bezanya, pada1998 Anwar Ibrahim dikaitkan dengan Tun Mahathir, dan kini giliran Anwar Ibrahim dikaitkan dengan Azmin Ali pula. Ada pemerhati berpendapat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini terbahagi kepada dua kem yang berbeza ideologinya.


Secara kebetulan atau tidak, tetapi jelas dapat dilihat dalam isu perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baru-baru ini. Terdapat satu kem menentang dan satu kem lagi menyokong pelantikan tersebut.


Situasi ini menimbulkan spekulasi yang mengatakan penularan video Azmin Ali bersama Haziq Aziz ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim. Mungkinkah ini merupakan konflik perebutan jawatan Perdana Menteri Ke-8?


Jadi benarkah mereka yang pro Anwar Ibrahim merupakan dalang utama yang merancang untuk membunuh karier politik Azmin Ali? Ia dengan sekelip mata sahaja sekali gus menghalang Azmin Ali dari terus merampas jawatan Perdana Menteri ke-8?


Kita sedar bahawa permainan politik jijik seperti ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat. Selain tertunggu-tunggu janji-janji manis yang menyebabkan mereka memberikan sokongan kepada Kerajaan PH dalam PRU-14, rakyat juga sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang keperluan, tol tidak dihapuskan, penurunan harga petrol ke tahap RM1.50 seperti dijanjikan dan banyak lagi.


Samada video hanyir itu tulen atau sebaliknya bukan persoalan. "Damage has been done". Rakyat muak dengan penafian demi penafian. Rakyat resah dengan cara pentadbiran 'caca marba'. Dengan Malaysia ditadbir oleh "undang undang rimba", orang yang sedang dibicarakan boleh dibebaskan, inikan pula pelaku video hanyir. Mereka boleh 'disucikan' pada bila-bila masa dan diangkat menjadi perdana menteri. Inikah naratif bagi melantik seorang pemimpin dalam meneruskan kesinambungan sebuah kerajaan?


Tersebarnya video hanyir tersebut menandakan kemuncak kepada kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan. Para pemimpin mereka berpolitik sepanjang masa dengan mengabaikan kepentingan rakyat, hingga sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa.


Justeru Perdana Menteri tidak perlu lagi berdolak-dalik, selain membubarkan parlimen bagi membolehkan rakyat memberikan mandat baharu kepada sebuah kerajaan yang lebih baik.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.