Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label China.. Show all posts
Showing posts with label China.. Show all posts

Friday, June 2, 2017

LIM GUAN ENG TERUS LEMAS DENGAN SKANDAL-SKANDAL TANAH YANG TERDEDAH DAN DIDEDAHKAN!!!





LimGuan Eng semakin terdesak. Pembohongannya sudah tidak menjadi, bahkan semakin banyak pula ulahnya yang terdedah dan didedahkan. Kebanggaan palsu yang sering dipertontonkannya, mula memakan diri, apatah lagi kes mahkamah melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sedang menantinya juga memerlukan perhatian khusus setelah 9 tahun dia berlagak seperti Maharaja Kecil Pulau Pinang.

Selama ini, Lim Guan Eng cukup garang. Pantang terdedah, dia akan menyaman. Bila dah asyik kalah di mahkamah, dia bergantung pula kepada Tun Dr. Mahathir. Semasa hayatnya dahulu, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sandaran dan modalnya, sekarang Dr. Mahathir pula yang digunakan oleh Guan Eng untuk menyelamatkan kerjaya politik dan kemewahan yang dikumpulnya selama 9 tahun.

Ditambah pula dengan usaha giat pihak berkuasa memburu dan menyelongkar premis-premis sindiket yang melanggar AMLA atau lebih tepat lagi skim cepat kaya, menjadikan segala usaha dan latihan yang diterima untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah negara idaman sekular sosialis chauvinist yang terasnya adalah DAP, mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Laporan kepada SPRM oleh Datuk Huan Chen Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia berhubung penjualan tanah kerajaan di Lebuhraya Peel kepada sebuah syarikat dari Singapura bagi pembinaan hospital mewah yang sudah tentu bukan untuk rakyat, tanpa melalui proses sewajarnya dan pada harga yang sangat rendah, membungkamkan Lim Guan Eng.

Begitujuga dengan pendedahan tentang Pulau Pinang yang sudah tidak ada wang sehingga memaksa mereka untuk meminjam dari bank luar negara dan kemudian cubaan menutup isu tersebut dengan MERASUAH BONUS kepada penjawat awam negeri sambil berbangga-bangga kononnya pemberian bonus tersebut adalah hasil daripada kecekapan pengurusan negeri, masih tidak mampu menutup cerita sebenar tentang kegilaan penjualan tanah dan ceteknya otak Lim Guan Eng untuk menjana pendapatan negeri dan rakyat selain daripada menjual tanah, laut, bukit bahkan air di Pulau Pinang untuk membuat penyelesaian kewangan jangka pendek.

Namun, dia sekurang-kurangnya mengakui peningkatan 500% perbelanjaan operasi secara tahunan semenjak dia mengambilalih pentadbiran negeri. Alasan yang diberikannya, peningkatan tersebut adalah perlu bagi memastikan semua projek berjalan lancar.

Maka bayangkanlah seandainya Kerajaan Persekutuan di bawah Najib Abdul Razak berbelanja 500% semenjak 2008 seperti Pulau Pinang dan memberikan alasan bahawa peningkatan 500% itu adalah perlu bagi membolehkan semua projek berjalan lancar, sudah pasti, Lim Guan Eng yang paling awal akan mengutuk menghentam, mencerca dan memaki hamun Najib serta Kerajaan Persekutuan.

Yang tidak pernah diberitahu ialah, dari mana dia memperolehi perolehan bagi mendapatkan surplus berbanding meningkatkan 500% dalam perbelanjaan?

Adakah wang tersebut datangnya daripada Kerajaan Persekutuan? Atau peningkatan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Pulau Pinang? Atau penjualan aset-aset Pulau Pinang sehingga tidak tinggal suatu apa pun sehingga akhirnya terpaksa meminjam dari bank asing semata-mata untuk membayar gaji dan bermegah-megah?



Selepas Lebuhraya Peel yang bernilai RM156 juta, kini terdedah lagi tentang penjualan tanah dan hak ke atas tanah tanpa tender terbuka oleh Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang melibatkan 36.53 ekar tanah dan tanah tambah bagi projek Queens Waterfront yang teletak berhampiran Queensbay Mall yang berhadapan dengan Pulau Jerejak.

Queens Waterfront merupakan sebuah projek yang dibangunkan oleh Ideal Property Group yang secara keseluruhan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.15 bilion.

Pemaju mengatakan, projek pegangan bebas itu terletak di tapak seluas 36.53 ekar yang mana 24.79 ekar adalah tanah tambak. (RUJUK SINI)

Dengan menggunakan harga jualan tanah kerajaan negeri di Bayan Mutiara pada tahun 2011, yang juga merupakan kombinasi tanah sedia ada yang hanya berharga RM240 sekaki persegi, nilai harga bagi 36.53 ekar sepatutnya RM382 juta.

Tiada sebarang pengisytiharan kepada awam tentang urusniaga tanah berkenaan apatah lagi tender terbuka sekaligus menimbulkan tandatanya adakah DAP Pulau Pinang menjual satu lagi aset negeri berharga RM382 juta tanpa melalui tender terbuka kepada Ideal Property?

Sekiranya benar, apakah tukaran untuk menjustifikasikan urusniaga langsung itu? Pembinaan lebih banyak kondo mewah?

Penjualan 49%  saham di Tropical Island Resort Sdn. Bhd (TIRSB) oleh PDC Pulau Pinang pada harga RM156 juta yang memiliki 80 ekar tanah di Pulau Jerejak kepada Ideal Property Group turut menimbulkan tandatanya.

Jualan tersebut telah dilakukan tahun lepas. Syarikat berkenaan memiliki 80 ekar tanah di Jerejak. Dengan 49% pegangan bagi nilai RM156 juta, Ideal secara efektifnya telah membeli 39.2 ekar tanah pada harga hanya RM40 sekaki persegi.

Adakah jualan 49% oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi open terbuka? Adakah pembida lain?

Ideal Property Group juga adalah pemegang 20% kepentingan dalam Projek Penang Transport Masterplan yang membabitkan penebusan tanah seluas 4,500 ekar diselatan Pulau Pinang, lebih luas dari Melaka Gateway dan Projek Forest City seandainya kedua-duanya digabungkan.

Berapa banyak projek tanah lain yang telah dijual oleh DAP Pulau Pinang tanpa pengetahuan dan tanpa melalui tender terbuka?



Monday, May 29, 2017

Geely tawar teknologi yang dibangun bersama Volvo jika dipilih sebagai rakan strategik Proton – laporan



Zhejiang Geely, pengeluar automotif dari China dijangka akan memulakan bidaan seawal minggu ini bagi mendapatkan tempat sebagai rakan strategik luar untuk Proton, lapor Reuters. Perkara ini diberitahu kepada agensi berita berkenaan oleh berberapa sumber dalaman yang mengikuti proses bidaan berkenaan.

Sumber berkenaan turut memberitahu Geely bakal menawarkan Proton teknologi kenderaan terbaharunya yang dibina bersama Volvo sebagai sebahagian tawaran tersebut.

Ini termasuk teknologi yang digunakan untuk membina sedan GC9 dan SUV Boyue keluaran jenama berkenaan, dan juga teknologi kenderaan kompak yang dibangunkan bersama Volvo, jelas sumber tersebut. Tambah sumber itu lagi, dengan menawarkan Proton berberapa teknologinya, Geely mensasarkan untuk menerjah masuk ke pasaran kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD), menerusi Proton.

Kerjasama yang signifikant bersama Proton ini bakal memberikan syarikat China tersebut asas yang kukuh untuk masuk ke pasaran RHD global. “Sejumlah lapan juta kenderaan RHD dijual di seluruh dunia setiap tahun. Geely tidak pernah menjual walau seunit pun kereta RHD, jadi kereta Geely akan dijual di bawah Proton, jika tidak Geely perlu membuat bayaran lesen yang besar,” jelas salah seorang sumber berkenaan kepada Reuters.

Menurut sumber berkenaan lagi, pelaburan dari Geely akan membantu Proton untuk mengembangkan pasaran eksportnya dan mengambil semula bahagian pasarannya yang hilang pada berberapa tahun kebelakangan ini. “Rancangan sepenuhnya pada asasnya untuk melabur di dalam Proton bagi mengembalikannya pada tahap global (untuk jualan) yang dicapai pada era 90’an,” tambah sumber itu lagi.

Walau bagaimanapun tiada petunjuk tawaran yang bakal diberikan pada Geely – yang menurut sumber tersebut ia merupakan bahagian terakhir untuk proses bidaan ini – termasuk tawaran kepentingan di dalam Proton. Tambah mereka, Geely berminat untuk mengambil sekurang-kurangnya 51% kepentingan Proton.

Reuters seterusnya menghubungi DRB-Hicom namun menurut syarikat berkenaan tiada apa perkara baharu yang boleh dinyatakan. “Kami sedang menilai bidaan yang diterima. Tiada pendedahan akan diumumkan sehingga rakan strategik luar ini dipilih,” ujar jurucakapnya. Sementara itu Geely turut enggan untuk mengulas spekulasi ini.

Laporan turut menyebut Geely dan PSA Groupe dari Perancis sedang mendahului bidaan untuk menjadi rakan strategik Proton. Minggu lalu, DRB-Hicom sekali lagi menegaskan mereka kini sedang menumpukan pada proses kritikal untuk mengenal pasti rakan yang paling ideal untuk Proton.

 

Syarikat berkenaan akan mengumumkan secara formal keputusan pencarian rakan strategik ini – yang turut termasuk penyatuan kedua-dua kilang syarikat tersebut yang terletak di Tanjung Malim, Perak dan Shah Alam, Selangor – pada penghujung separuh pertama 2017, dan bakal dilengkapkan secepat mungkin.

Hari ini juga kerajaan menafikan khabar angin bahawa Proton akan menjual 51% sahamnya kepada rakan asing, serta menyatakan tidak akan masuk campur terhadap urusan pemilihan rakan strategik ini kerana Proton kini bukan milik kerajaan, tetapi DRB-Hicom.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata keputusan akhir masih lagi belum dicapai. “Kerajaan bukannya gadai hak negara tetapi mencari peluang untuk membantu Proton membangun secara lebih cekap dan setanding jenama besar dalam industri automobil dunia,” jelas Ong.

Sebelum ini, kerajaan turut mengatakan pihak mereka tidak mempunyai masalah sekiranya DRB-Hicom mahu menjual kepentingan di dalam Proton. Sementara itu, DRB-Hicom sebelum ini mengatakan Proton akan kekal sebagai pembuat automotif nasional negara, dan menegaskan mereka akan kekal sebagai pemegang ekuiti majoriti di dalam Proton. 



Tuesday, November 29, 2016

Mahathir Lupa Lagi!!!



Image result for mahathir sudah lupa


Saya ada terbaca tulisan terbaru Tun Mahathir yang menyentuh tentang hutang kerajaan yang bertajuk "Najib Pinjam Lagi".

Walaupun siri tulisan Tun kali ini adalah ulangan dan kitar semula daripada tulisan beliau sebelum ini dan telah pun saya jawab, saya berazam selagi Tun menulis walaupun berulang-ulang tulisannya itu saya tetap akan menjawab tulisan Tun supaya tidak ramai rakyat Malaysia akan percaya bulat-bulat dengan apa yang Tun tulis.

1. Najib isytihar pinjaman sebanyak 55 billion Ringgit dari sebuah syarikat di masa lawatannya ke China.

Betul. Malaysia akan meminjam daripada China melalui Export-Import (EXIM) Bank sejumlah RM55 billion. Pinjaman mudah ini jika mengikut rekod pinjaman-pinjaman China melalui EXIM Bank kepada negara lain akan dikenakan kadar faedah sebanyak 2-3% untuk tempoh masa 20 tahun di mana untuk 7 tahun pertama Malaysia tidak perlu membayar apa-apa kepada EXIM Bank. [1] [2]

Pinjaman daripada negara luar yang mengambil masa berdekad dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh 5-7 tahun pertama tanpa perlu membayar apa-apa adalah perkara biasa.

Di zaman Tun Mahathir sebagai PM, pada tahun 1994, kerajaan Malaysia meminjam 50.3 billion Yen atau RM1.17 billion (RM1 = 43.10 Yen) daripada kerajaan Jepun melalui Japanese International Cooperation Agency (JICA) untuk membiayai sebahagian kos membina KLIA. [3]


 

Pinjaman bernilai 50.3 billion Yen ini adalah untuk tempoh 25 tahun dengan kadar faedah yang dikenakan sejumlah 3% dan 7 tahun pertama kerajaan Malaysia tidak perlu membayar apa-apa kepada kerajaan Jepun.

Pinjaman ini masih lagi ditanggung oleh kerajaan melalui KLIA Berhad iaitu agensi yang meminjam daripada Official Development Assistance (ODA) di bawah kerajaan Jepun sehingga sekarang seperti tercatat di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015. [4]


 

Setakat 31 Disember 2015, kerajaan Malaysia masih menanggung RM320 juta hutang untuk pembinaan KLIA kepada kerajaan Jepun.

Ini tidak termasuk pinjaman lain daripada kerajaan luar untuk pelbagai projek-projek pembangunan seperti Projek Empangan Beris, Projek Pembangunan Universiti Malaysia Sarawak, Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dan pelbagai lagi projek yang mana Tun Mahathir mendapatkan bantuan kerajaan luar negara seperti tercatat dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.

Hutang-hutang puluhan tahun ini masih lagi ditanggung oleh pembayar cukai sekarang.

 

Hutang Kerajaan Persekutuan Daripada Kerajaan Luar: Jabatan Akauntan Negara

Pinjaman RM55 billion daripada China sekarang sememangnya besar berbanding pinjaman RM1.17 billion daripada Jepun pada tahun 1994.

Tetapi perbandingan dengan angka mutlak adalah tidak adil kerana sepatutnya apa-apa perbandingan angka kewangan dan ekonomi diambil kira secara relatif dan dalam kes ini jumlah pinjaman perlulah mengambil kira saiz ekonomi Malaysia.

Pada tahun 1994 ekonomi Malaysia hanya bersaiz RM195 billion manakala pada tahun 2015 ekonomi Malaysia bersaiz RM1.15 trillion.

Adalah logik pinjaman untuk projek pembangunan dari luar akan menjadi semakin besar dari segi jumlah pinjaman mutlak kerana faktor inflasi tetapi tidak wajar sama sekali kita mengabaikan ekonomi negara yang sudah berkembang hampir 10 kali ganda sejak 20 tahun dahulu.

2. Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi letrik di Pantai Timur.

Betul.

3. Kerajaan Najib telah pun pinjam 42 billion Ringgit untuk 1MDB. Kerana tidak membayar faedah dan pokok, hutang ini meningkat kepada lebih 53 billion Ringgit. Tidak ternampak sedikit pun pelaburan yang memberi keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang. Sudah tentu jika tidak dibayar faedah hutang ini akan meningkat lagi.

Tidak betul. Tun sepatutnya lebih peka dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh 1MDB. 1MDB telah berjaya melangsaikan hutang-hutang jangka pendek dan banknya selepas menjual syarikat kuasa EDRA kepada China General Nuclear awal tahun ini. [5]

1MDB sudah pun mengurangkan hutang lebih RM14 billion dan juga membayar balik sepenuhnya kemudahan kredit (standby credit) berjumlah RM950 juta yang diberi oleh kerajaan. [6]

Hutang yang masih tinggal adalah hutang dalam bentuk bon dan sukuk jangka masa panjang yang masih dibayar 1MDB setiap tahun tanpa gagal.

Hari ini juga 1MDB baru sahaja membayar faedah berjumlah USD52.4 juta ke atas sukuk bernilai USD1.75 billion jadi tidak timbul isu 1MDB tidak mampu membiayai hutang dalam bentuk bon dan sukuk jangka masa panjang.

4. Najib juga merancang untuk mengadakan keretapi kelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur. Untuk projek ini Najib perlu hutang lebih kurang 50 billion Ringgit lagi.

Betul.

5. Jumlah semua melebihi 160 billion.

Tolak angka kasar hutang 1MDB yang tidak tepat, betul jumlah pinjaman projek ECRL, HSR dan 1MDB melebihi RM100 billion.

Saya tak faham apa isunya di sini kerana hutang keseluruhan kerajaan persekutuan adalah berjumlah RM643 billion setakat suku ketiga 2016 atau 52.2% daripada saiz ekonomi Malaysia [7]

 

Kerajaan Malaysia belum pernah gagal membayar hutang kepada pemiutang dan tidak pernah menyembunyikan jumlah hutang sebenar yang ditanggung mereka.

6.    Kita tidak diberi maklumat tentang pelaburan 1MDB selain dari kerugian membeli stesen janakuasa dan menjualnya kepada syarikat China dengan kerugian yang besar.

Saya tak mahu ulas panjang tentang "kerugian" penjualan EDRA kepada China. Jika dicampur dividen daripada EDRA kepada 1MDB sejumlah RM2 billion, 1MDB secara asasnya tidak untung dan tidak rugi di atas urusniaga pembelian aset-aset penjanakuasa.

Harga belian RM12.1 billion, harga jualan RM9.83 billion campur dengan dividen lebih kurang RM2 billion, pelaburan 1MDB di dalam EDRA boleh dikatakan pulang modal.

Bacaan lanjut boleh didapati di laman web 1MDB. [8]

 7.    Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak 55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang 55 billion ini.
8.    Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.
9.    Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
10.    Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.
11.    Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga. Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada 90 billion Ringgit.
12.    Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri.
13.    Pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan hantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri.

Kemana RM55 billion akan pergi?

Ke 620KM landasan keretapi yang akan dibina.

Bukan kontraktor China sahaja yang akan mendapat manfaat daripada projek ECRL, tetapi syarikat-syarikat tempatan seperti MMC, Gamuda, Ahmad Zaki Resources, UEM Group, MRCB, YTL Corp, IJM dan WCT adalah yang dijangka akan mendapat manfaat daripada pakej-pakej kerja yang akan ditawarkan dibawah projek ini. [9]

Kontraktor-kontraktor tempatan yang mendapat pakej kerja projek ECRL juga akan memberi manfaat kepada tenaga kerja tempatan terutamanya dalam bidang profesional seperti jurutera-jurutera tempatan.

Menteri Abdul Rahman Dahlan sudah pun mengesahkan bahawa RM55 billion kos projek ECRL ini adalah termasuk rolling stock dan bukannya berasingan seperti didakwa Tun. [10]

Tahun lepas terdapat 2.135 juta pekerja asing di Malaysia menurut data yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Tambahan beberapa ribu pekerja dari China bukanlah suatu angka yang menakutkan berbanding jumlah pekerja asing sedia ada di dalam Malaysia.

Malah sebelum China membawa masuk berpuluh ribu pekerja mereka untuk projek ECRL, aliran keluar wang daripada Malaysia ke luar negara dalam bentuk kiriman wang oleh pekerja asing ke negara mereka telah pun mencecah RM34 billion tahun lepas sahaja [12]

 

Aliran keluar wang disebabkan kiriman wang pekerja asing di Malaysia ke negara asal mereka sentiasa meningkat setiap tahun disebabkan pertambahan pekerja asing di Malaysia dan juga kenaikan gaji.

Jika benar pun berpuluh ribu pekerja China akan datang ke Malaysia dan mengirim wang ke negara asal mereka, saya tak nampak apa isunya kerana lebih 2 juta pekerja asing sedia ada sudahpun mengirim berpuluh billion Ringgit ke luar negara sebagai kiriman kepada keluarga mereka.

Dari segi pendapatan pelaburan pula, syarikat Malaysia yang melabur di luar negara akan menerima pendapatan dari operasi mereka di luar negara dan membawa pulang wang tersebut begitu juga sebaliknya syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia akan menjana pendapatan di dalam Malaysia dan membawa keluar wang tersebut dari Malaysia ke negara mereka.

Di dalam akaun semasa dalam imbangan pembayaran ada tercatat jumlah pendapatan pelaburan oleh syarikat Malaysia yang melabur di luar negara dan juga jumlah pendapatan pelaburan oleh syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia:

 
Akaun Semasa, Imbangan Pembayaran: Jabatan Perangkaan Negara

Kredit (dalam kotak biru) bagi pendapatan pelaburan bermaksud pendapatan pelaburan syarikat Malaysia dari luar negara dan debit (dalam kotak merah) adalah pendapatan pelaburan syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia.

Pendapatan pelaburan bersih (kredit tolak debit) Malaysia sentiasa dalam keadaan defisit sejak berdekad yang lalu dengan erti kata yang lain syarikat-syarikat asing yang melabur di Malaysia membawa keluar lebih banyak pendapatan dari Malaysia ke negara asal masing-masing berbanding syarikat-syarikat Malaysia yang membawa pulang pendapatan dari luar negara balik ke Malaysia:

Ini juga bermaksud lebih banyak wang pendapatan pelaburan mengalir keluar lebih daripada wang pendapatan mengalir masuk.

 
 Pendapatan Pelaburan Bersih Malaysia: EPU

Jika dibandingkan dengan saiz ekonomi negara, peratusan defisit pendapatan pelaburan Malaysia adalah lebih tinggi pada zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri berbanding di bawah zaman Dato' Sri Najib:

 
Defisit Pendapatan Pelaburan Malaysia 

Kebergantungan Malaysia kepada pelabur asing lebih tinggi 20-30 tahun lepas berbanding pada masa sekarang.

Jika tidak ada apa-apa yang berlaku setelah beratus billion wang mengalir keluar sejak berpuluh-puluh tahun dulu, kenapa sekarang isu ini ditimbulkan oleh Tun?


14.    Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur?
15.    Kata orang Kelantan lebih murah dan lebih cepat jika penerbangan low cost diguna untuk berjalan antara Pantai Timur dengan bandar-bandar di Pantai Barat.
16.    Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan.
17.    Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi.
18.    Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh Kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund.

Pendapatan melalui jualan tiket penumpang dan muatan barangan sepatutnya hanya untuk menampung kos operasi ECRL dan bukannya keseluruhan kos termasuk kos kewangan, pembinaan dan kos modal seperti yang disebut Tun.

Kos kewangan akan dibiayai oleh kerajaan melalui kumpulan wang disatukan (consolidated fund) seperti mana projek-projek lain.

Limpahan ekonomi daripada projek ECRL akan menjana pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai, dan melalui pendapatan cukai inilah kerajaan akan menampung kos pembiayaan pinjaman ini.

Lupakah Tun Mahathir tentang LRT STAR dan PUTRA yang terpaksa diambiloleh kerajaan persekutuan melalui Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) kerana menanggung beban hutang berjumlah RM5.5 billion pada tahun 2001?

Lupakah Tun bagaimana kerajaan persekutuan meminjamkan pinjaman mudah berjumlah RM300 juta kepada KL Monorail akibat kerugian beratus juta Ringgit?

Privatization in Malaysia: Regulation, Rent-Seeking and Policy Failure

 19.    Tetapi hari ini Kerajaan tidak ada duit. Lagi pun nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST. Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Jika kerajaan tidak ada duit seperti didakwa Tun bagaimana kerajaan boleh membayar gaji kakitangan kerajaan berjumlah RM70 billion tahun lepas? Bagaimana kerajaan membayar pencen pesara kakitangan awam berjumlah RM18.8 billion pada 2015? Bagaimana kerajaan menampung subsidi yuran universiti awam, perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan pelbagai lagi perbelanjaan-perbelanjaan mengurus yang lain? [13]

Hutang luar negara kerajaan dihadkan kepada hanya RM35 billion pada suatu masa sahaja seperti tertakluk di bawah Akta PinjamanLuar Negeri (1963):

 
Laporan Kewangan Sektor Awam: Perbendaharaan Negara 


Ini konsisten dengan kenyataan menteri bahawa pinjaman daripada EXIM Bank China adalah dalam Ringgit dan juga Yuan sesuai dengan undang-undang negara.

Setakat suku ketiga 2016, hutang luar kerajaan persekutuan dalam matawang asing hanyalah berjumlah RM20.4 billion:

 
Hutang Luar Kerajaan Persekutuan Di Dalam Matawang Asing: BNM 

Risiko tukaran matawang asing kepada kewangan kerajaan sangat terhad dan hanya ke atas RM20.4 billion ini sahaja.

Untuk pengetahuan anda semua, sebahagian hutang luar kerajaan persekutuan sekarang adalah hutang warisan daripada kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahathir yang mana kita masih membayar hutang-hutang tersebut sehingga hari ini.

Hutang-hutang luar tersebut dipinjam dari Jepun, Perancis, Kanada dan Bank Pembangunan Asia (ADB) untuk projek-projek pembangunan seperti tertera di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015:

 
Hutang Bilateral Kerajaan Persekutuan: Jabatan Akauntan Negara 


Hutang kerajaan dalam matawang Ringgit tidak akan terkesan langsung dengan pergerakan tukaran matawang asing.

Jadi tak perlulah Tun Mahathir menakutkan rakyat Malaysia tentang hutang luar negara kerajaan.

Tun tidak harus lupa pada tahun 1985 - 1986 semasa Tun memimpin kerajaan, hutang kerajaan persekutuan pernah melebihi 100% daripada saiz ekonomi negara:

 
Nisbah Hutang Kerajaan Persekutuan Kepada KDNK Negara: EPU 


Di bawah Dato' Sri Najib hutang kerajaan persekutuan kekal di bawah paras 55% berbanding KDNK negara iaitu had yang dibenarkan di bawah Akta Pinjaman Tempatan (1959) dan Akta Pendanaan Kerajaan (1983).

Jika tidak ada apa-apa yang berlaku semasa hutang kerajaan persekutuan melebihi saiz ekonomi negara pada 30 tahun lepas, apakah masalahnya hutang kerajaan yang hanya berada pada paras 52.5% berbanding KDNK negara?

20.    Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun.

Sama seperti rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung beban hutang pengambilalihan hutang Renong, LRT STAR dan PUTRA dan bermacam-macam hutang dalam dan luar negara yang terpaksa ditanggung sehingga sekarang.

Kenapa Tun lupa tentang hakikat bahawa kegagalan projek penswastaan Tun menyebabkan hutang swasta beralih menjadi beban hutang kerajaan?

Mungkin banyak di antara kita tidak sedar bahawa hutang-hutang berdekad dahulu yang dikumpul Tun Mahathir masih lagi dibayar oleh kerajaan sekarang.

Jarang kita dengar ada yang merungut mereka terpaksa membayar hutang-hutang warisan kerajaan di bawah Tun Mahathir ini kerana mereka tidak sedar akan fakta ini.

Yang hanya diulang-ulang adalah hutang 1MDB yang masih dibayar 1MDB sendiri dan tidak ada satu sen pun duit rakyat digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Sampai satu masa Tun Mahathir, DAP, pembangkang yang lain perlu sedar bahawa 1MDB bukan segala-galanya yang berlaku di dalam negara kita.

Rujukan:
[1] Fresh loan from China's EXIM Bank to Sri Lanka

[2] The China Africa Research Initiative

[3] Kuala Lumpur International Airport Construction Project

[4] Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015

[5] Kenyataan Media 1MDB: Pembayaran Semula Hutang

[6] Kenyataan Media 1MDB: Pembayaran Penuh Standby Credit

[7] Economic and Financial Developments in the Malaysian Economy in the 3rd Quarter of 2016, BNM

[8] Sale of EDRA, Clarification by 1MDB

[9] Local firms to benefit from ECRL: NST

[10] Clarification to Tun Mahathir: Abdul Rahman Dahlan

[11] Jumlah pekerja asing di Malaysia mengikut negara asal: EPU

[12] Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2015: BNM

[13] Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan Mengikut Objek: BNM



Tuesday, March 22, 2016

Patut la Lim Guan Eng Nak Lari Ke China, Rupanya Terkantoi Lagi...


KANTOI LAGI

Menurut Sumber mengapa Lim Guan Eng seperti yang dikatakan oleh Setiausaha Politiknya, Wong Hong Wai, akan berada di Hainan, China pada minggu ini walaupun sesi penggulungan di Parlimen sedang berjalan dan Lim Guan Eng pula tidak mengambil kesempatan untuk menjawab tuduhan yang dia terasa daripada Shabudin Yahaya. (RUJUK SINI)

Lim Guan Eng dalam sidang medianya sebelum ini, menafikan Phang Li Koon terlibat atau mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat pemaju yang telah merampas tanah PPRT untuk dijadikan klinik pakar pergigian dan hotel mewah. 

Tender untuk tanah Taman Manggis telah dikeluarkan pada Februari 2010 dan telah dimenangi oleh Kuala Lumpur International Dental Center Sdn. Bhd (KLIDC) untuk pembangunan dan pengurusan sebuah pusat perubatan. 


Selepas tender tersebut dimenangi oleh KLIDC, syarat-syarat kegunaan tanah tersebut yang dinyatakan dalam tender, beransur-ansur berubah menerusi surat kepada KLIDC pada tahun 2011. 



Daripada penggunaan tanah 100% untuk kegunaan pusat perubatan swasta, ia bertukar menjadi 30% pusat perubatan swasta dan 70% pula adalah hotel dan apartment servis.

Ini bermakna, memang dari asal pun, projek PPRT dianggap menyemak mata dan mengganggu keuntungan yang akan diperolehi. Justeru, dengan penuh helah, termasuklah menolak tawaran lebih lumayan dari parti BN yang menawarkan RM22 juta untuk tanah yang telah dijual RM11 juta kepada KLIDC yang mempunyai pula kaitan dengan Phang Li Koon. 

Sebagai Ketua Menteri dan Ahli Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan, selain Pengerusi Majlis Perancangan Negeri (SPC), sudah tentu Lim Guan Eng tahu tentang perubahan ini yang memerlukan pula kelulusan daripadanya!

Surat ini telah disahkan sebagai notis Kelulusan Perancangan 2014:


Bidang tanah ini sebenarnya diperuntukkan untuk pembinaan 272 unit rumah kos rendah untuk rakyat termiskin tetapi projek tersebut dibatalkan oleh Lim Guan Eng atas alasan Kerajaan Negeri Pulau Pinang saiz tanah tersebut tidak mencukupi. 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata, tanah berkenaan tidak mencukupi untuk pembinaan 272 unit rumah kos rendah tetapi cukup lebar untuk pembinaan hotel dan suites servis 24 tingkat - siap dengan apa yang sangat dikehendaki oleh Lim Guan Eng iaitu KOLAM MANDI. 

Pemilik KLIDC adalah Datuk Tang Yong Chew dan Tang Yong Chew adalah boss kepada Phang Li Koon - wanita yang telah menjual hartanah bernombor 25, Jalan Pinhorn dengan harga di bawah paras nilai pasaran sebenar RM2.8 juta pada tahun lepas.

Banyak yang perlu dijelaskan dan tidak hairanlah kenapa tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng ada lawatan rasmi di Hainan.



Saturday, January 2, 2016

Jawapan Fitnah Rafizi 2016 Tahun Jual Negara

Kepada yang masih tak faham bagaimana Bandar Malaysia hanya 24% dimiliki oleh Syarikat Dari Negara China, ini penjelasannya:

1) 1MDB hanya menjual 60% ekuitinya di Bandar Malaysia.

2) Syarikat yang membeli 60% ekuiti tersebut adalah sebuah syarikat yang 60% dimiliki oleh IWH, manakala baki 40% dimiliki oleh China Rail.

3) IWH 100% Milik Malaysia. 60% dimiliki oleh ahli perniagaan warganegara Malaysia dan 40% dimiliki oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor.

4) Ini bermakna China Rail hanya menguasai 24% ekuiti Bandar Malaysia.

5) ini juga bermakna 57% ekuiti Bandar Malaysia dikuasai Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Johor.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Rafizi Ramli memanipulasi fakta demi untuk membentuk persepsi jahat terhadap Kerajaan Malaysia, khususnya Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak.

Apa yang perlu kita sedar adalah, plan Rasionalisasi 1MDB sudah pasti tidak perlu dilakukan sekiranya kita berjaya memperolehi RM 20 Bilion melalui penyenaraian Edra Energy.

Tapi semua ini akibat daripada fitnah dan sabotaj yang berterusan oleh Rafizi Ramli, Tony Pua dan Tun Dr. Mahathir, akhirnya rakyat juga yang menanggung kerugian.

Sunday, January 12, 2014

Model Tanpa Seluar Dalam Jual Kereta?!!!


China cukup terkenal dengan pameran keretanya. Bukan itu sahaja, model-model jelita yang turut serta memperagakan kereta juga menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung pameran tersebut.

Jika disebut nama Gan Lulu, peminat-peminat kereta pasti mengenalinya kerana keseksian melampaunya sekitar tahun 2012.

Kini, namanya sedikit tenggelam setelah kehadiran model-model baru yang lebih berani dan seksi.

Terbaru, ketika di Ghuang Zhou Auto Show, seorang lagi model yang lebih berani dari Gan Lulu. Beliau adalah Ye Zixue. Jika dahulunya Gan sering tampil dengan imej seksi, Ye lebih hebat, tampil tanpa seluar dalam!








DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.