Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Lorong basikal. Show all posts
Showing posts with label Lorong basikal. Show all posts

Saturday, January 16, 2016

Cat Hijau Lorong Basikal Bernilai RM30 Juta Sudah Mula Tertanggal


cat hijau


AIDCNews – 12/1/16 –Dalam tempoh enam bulan, cat hijau untuk lorong pejalan kaki dan berbasikal yang menelan belanja RM 30 juta di Pulau Pinang sudah mulai tertanggal.

“Guna cat berkualiti rendah untuk mengecat lorong basikal tapi bonus RM30 juta.
“RM30 juta untuk mengecat laluan basikal di atas laluan pejalan kaki, menggunakan cat yang berkualiti rendah yang hilang dalam masa 6 bulan.

“Kemudian dapat lagi RM 30 juta untuk proses mengecat … setiap 6 bulan mendapat RM30 juta ?,” soal Tan Khai Beng.

cat hijau

Menurut Anti Fitnah TMI cat yang mulai tertanggal itu telah mendatangkan kemarahan warga Pulau Pinang, yang jelas memperlihatkan penipuan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pembinaan laluan basikal yang menelan belanja tidak masuk akal.

“dilihat hasil yang dijalankan projek kerajaan negeri itu, ia jelas hanya menelan belanja ratusan ribu kerana laluan berbasikal itu ‘menumpang’ laluan pejalan kaki sedia ada dan hanya dicat dengan warna hijau dan putih.

“Walau bagaimanapun, macai-macai pembangkang cuba mempertahan ‘tokong besar’, Lim Guan Eng dengan mengatakan cat yang digunakan itu merupakan fasa pertama dan pembinaan laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan lagi.

“Alasan yang tak munasabah diberikan oleh mereka untuk mempertahankan ‘tokong besar’ mereka. Jika laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan, mengapa laluan terbabit dibuka kepada orang ramai??

“Perkara ini jelas menunjukkan DAP Pulau Pinang telah menyonglap RM30 juta duit rakyat umat di negeri itu, apabila perbelanjaan projek berbasikal itu yang hanya memakan ratusan ribu tetapi di ‘makap’ menjadi RM30 juta untuk poket kroni-kroni mereka,” ulasnya.

lim


Masih Lagi Pertikaian Isu Lorong Basikal Bernilai RM30 Juta



AIDCNews- Gambar di atas dirakam semalam di Prangin Mall, George Town, Pulau Pinang kata Tan Khai Beng.

Ia menunjukkan laluan pejalan kaki yang berkongsi dengan laluan basikal yang bernilai RM30 juta tidak efektif dan tidak dihiraukan oleh penduduk setempat sehingga laluan itu dijadikan tempat meletak motorsikal.

“Apa yang DAPigs lakukan kerja mengarut … lorong untuk basikal di atas laluan pejalan kaki ? Siapa yang akan memberi laluan ? 30 juta ringgit untuk kerja yang tidak bernilai!,” ulas Tan Khai Beng

lorong2

lorong1

Sementara itu, Datuk Huan Cheng Guan menunjukkan perbandingan tanah dan perbelanjaaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

bajet

“Ini apa yang tinggal oleh DAP sejak mereka ambil alih Pulau Pinang,”ulasnya.
Isu yang sama turut diulas oleh Azizi Safar.

“Ini penjelasan kenapa setiap tahun Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng peroleh surplus walaupun membentangkan bajet defisit pada awalnya…

“Dia jual tanah milik kerajaan untuk menampung perbelanjaan kerajaan yang meningkat setiap tahun sejak 2008.

“Tidak cukup tanah daratan, laut pun dia jual… Not his daddy’s land, dia peduli apa,” ulasnya.


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.