Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, January 16, 2016

Cat Hijau Lorong Basikal Bernilai RM30 Juta Sudah Mula Tertanggal


cat hijau


AIDCNews – 12/1/16 –Dalam tempoh enam bulan, cat hijau untuk lorong pejalan kaki dan berbasikal yang menelan belanja RM 30 juta di Pulau Pinang sudah mulai tertanggal.

Guna cat berkualiti rendah untuk mengecat lorong basikal tapi bonus RM30 juta.
RM30 juta untuk mengecat laluan basikal di atas laluan pejalan kaki, menggunakan cat yang berkualiti rendah yang hilang dalam masa 6 bulan.

Kemudian dapat lagi RM 30 juta untuk proses mengecat … setiap 6 bulan mendapat RM30 juta ?,” soal Tan Khai Beng.

cat hijau

Menurut Anti Fitnah TMI cat yang mulai tertanggal itu telah mendatangkan kemarahan warga Pulau Pinang, yang jelas memperlihatkan penipuan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pembinaan laluan basikal yang menelan belanja tidak masuk akal.

dilihat hasil yang dijalankan projek kerajaan negeri itu, ia jelas hanya menelan belanja ratusan ribu kerana laluan berbasikal itu ‘menumpang’ laluan pejalan kaki sedia ada dan hanya dicat dengan warna hijau dan putih.

Walau bagaimanapun, macai-macai pembangkang cuba mempertahan ‘tokong besar’, Lim Guan Eng dengan mengatakan cat yang digunakan itu merupakan fasa pertama dan pembinaan laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan lagi.

Alasan yang tak munasabah diberikan oleh mereka untuk mempertahankan ‘tokong besar’ mereka. Jika laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan, mengapa laluan terbabit dibuka kepada orang ramai??

Perkara ini jelas menunjukkan DAP Pulau Pinang telah menyonglap RM30 juta duit rakyat umat di negeri itu, apabila perbelanjaan projek berbasikal itu yang hanya memakan ratusan ribu tetapi di ‘makap’ menjadi RM30 juta untuk poket kroni-kroni mereka,” ulasnya.

lim


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.