Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Mahkamah rayuan. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah rayuan. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Keputusan kes kalimah Allah diketahui esok


Mahkamah Rayuan akan bersidang pada Isnin untuk mengumumkan keputusan sama ada mingguan Katolik, The Herald boleh atau tidak menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan edisi Bahasa Melayunya selepas Kementerian Dalam Negeri melarang ia berbuat demikian enam tahun lalu. Dalam perkembangan yang sama Presiden Pas Haji Hadi Awang  (Baca di sini ) mempertahankan bukan islam boleh menggunakannya.
Tarikh itu ditetapkan minggu lalu selepas panel tiga hakim menangguhkan keputusannya pada 10 September setelah mendengar hujah Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia serta Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur dalam kes berkenaan.
Tiga panel itu terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Tetapi biar apapun keputusan Mahkamah Rayuan, pihak-pihak yang berkenaan dalam kes itu dijangka akan mengemukakan rayuan terakhir ke Mahkamah Persekutuan.

Kes itu juga disertai oleh enam majlis agama Islam negeri iaitu Majlis Agama Islam Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan serta Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) yang diberi kebenaran oleh mahkamah untuk mencelah.

 

Tuesday, September 10, 2013

'ALLAH' Hanya Merujuk Kepada Tuhan Agama Islam

alt


PUTRAJAYA 10 September - Tiada agama yang boleh menggunakan nama 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan selain agama Islam.

Perayu yang juga merupakan peguam daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman berkata tiada bukti sahih yang diperolehi bagi menyatakan Allah itu sebagai Tuhan kepada penganut agama Kristian.

"Muslim merujuk Allah sebagai Tuhan yang merupakan Pencipta (sekalian alam) dan kemudiannya (Allah) menurunkan Quran.

"Tiada bukti nyata ia (Allah) sebagai sebahagian daripada agama Kristian sedangkan di dalam Bible mengikut salinan asal dan berbahasa Inggeris juga tiada perkataan Allah,"beliau berkata demikian ketika berhujah dalam sesi pendengaran berkenaan isu penggunaan kalimah Allah di Mahkamah Rayuan Putrajaya di sini.

Kes di dengar di hadapan Hakim Datuk Apandi Ali, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh.


(Laporan Lanjut Menyusul)  



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.