Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label PETRONAS. Show all posts
Showing posts with label PETRONAS. Show all posts

Wednesday, September 6, 2017

Bagaimana Nak Kira Harga Minyak?



Polemik naik dan turun harga minyak Malaysia berkumandang hampir setiap minggu di alam maya dan juga di alam fizikal. Kini formula baru akan diumumkan pada minggu hadapan dan berkemungkinan akan ditetapkan secara harian di masa yang akan datang bagi menentukan harga minyak untuk pasaran runcit Malaysia seperti yang diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah pada 04 Julai 2017. “Formula baru” yang dimaksudkan beliau masih lagi samar, samada menukar cara pengiraan, menambah komponen-komponen lain dalam pengiraan atau menukar kaedah pengiraan secara menyeluruh.
Sebelum kita melangkah kepada ke hadapan dengan “formula baru” mari kita sama-sama membuat analisis terhadap faktor yang mempengaruhi harga runcit petrol dan diesel di Malaysia dan juga komponen yang terlibat dalam pengiraan harga runcit minyak di Malaysia. Kita juga akan sama-sama membuat simulasi pengiraan berdasarkan komponen pengiraan yang akan diterangkan.
Sebagai permulaan, minyak mentah keluaran Malaysia adalah minyak mentah yang berkualiti tinggi yang di gelar sebagai Tapis crude oil dan hasil minyak mentah ini akan dieksport ke luar negara di mana harganya lebih tinggi kerana kandungan sulfurnya yang rendah dimana ia memerlukan proses penapisan yang kurang berbanding minyak mentah yang lain. Dengan itu untuk memenuhi pasaran dan juga permintaan dalam negara, syarikat-syarikat minyak seperti Petronas, Shell dan lain-lain akan mengimport minyak yang telah diproses/ditapis (refined oil) dari pasaran luar. Sebagai permulaan kita sudah mendapat satu fakta penting disini iaitu PENGIRAAN harga minyak di Malaysia dipengaruhi secara langsung oleh harga pasaran minyak yang telah diproses (refined oil) iaitu berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan bukannya dipengaruhi oleh pasaran harga minyak mentah (crude oil) sebagai contoh WTI crude ataupun Brent crude.
Apa itu Automatic Pricing Mechanism (APM)?
APM merupakan kaedah pengiraan ataupun formula yang digunakan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 1983 untuk menentukan harga runcit bagi petrol dan juga diesel. Terdapat beberapa komponen di dalam APM iaitu;
  1. Kos Produk – Mean of Platt Singapore (MOPS)
Untuk kos produk, ia akan merujuk kepada harga pasaran MOPS iaitu MOPS95 untuk RON95, MOPS97 untuk RON97 dan Gasoil untuk diesel. Kebanyakan negara-negara di rantau ini menggunakan MOPS sebagai harga rujukan dalam menentukan harga runcit minyak dalam negara, termasuklah Australia. Harga rujukan MOPS ini akan dikeluarkan dan dikemaskini oleh S&P Global Platts iaitu satu syarikat pembekal maklumat berkenaan komoditi dan juga tenaga. Penentuan harga dibuat berdasarkan purata harian untuk semua transaksi perdagangan produk yang berasaskan petroleum.
Perlu diingat harga pasaran ini adalah dalam kiraan barrel dan perlu ditukarkan ke dalam liter (1 barrel = 159 liter) dan satu lagi faktor yang mempengaruhi harga runcit petrol dan diesel adalah tukaran matawang USD kepada Ringgit kerana harga rujukan ini dalam matawang USD.
  1. Kos Alpha
Alpha merupakan perbezaan diantara harga yang dikeluarkan Platts dan harga belian sebenar oleh syarikat-syarikat minyak. Ia bermaksud syarikat minyak terpaksa menanggung kerugian jika harga yang ditetapkan Platts lebih tinggi dari harga belian atau sebaliknya. Ianya telah ditetapkan sebanyak 5 sen untuk petrol dan 4 sen seliter untuk diesel.
  1. Kos Operasi
Kos operasi merangkumi kos pengangkutan dan juga kos pemasaran. Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ismail Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri pada ketika itu dalam The New Strait Times pada 15 Feb 2009 “The rate is currently 9.54 sen (0.40 cents) per litre” maka kos operasi pada ketika itu adalah sebanyak 9.54 sen.
  1. Margin Keuntungan Syarikat Minyak dan Stesen Minyak
Margin keuntungan syarikat minyak telah ditetapkan sebanyak 5 sen untuk petrol dan 2.25 sen untuk diesel dan keuntungan stesen minyak pula sebanyak 12.19 sen untuk petrol dan 7 sen untuk diesel.
  1. Cukai Jualan
Mengikut Akta Cukai Jualan 1972, kerajaan boleh mengutip cukai maksimum sebanyak 58.62 sen seliter untuk petrol dan 19.64 sen seliter untuk diesel. Kini cukai jualan itu telah pun dihapuskan setelah GST diperkenalkan pada April 2014. Dengan penghapusan cukai jualan itu, RON95 dan diesel telah di kecualikan daripada cukai GST dan hanya RON97 yang dikenakan cukai GST sebanyak 6%.


**Kos-kos yang terlibat didalam komponen di atas di ambil melalui kenyataan akhbar oleh Datuk Ismail Ahmad pada tahun 2009 dan kos komponen terbaru mungkin telah pun berubah tetapi maklumat tersebut tidak diketahui umum kerana kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kiraan terbaru APM seperti kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Simulasi Pengiraan Harga Minyak RON95
Sekarang kita dah tahu apakah komponen dan faktor yang mempengaruhi harga petrol dan diesel di Malaysia, maka mari kita sama-sama cuba untuk membuat pengiraan harga petrol RON95 secara mingguan untuk harga runcit yang bermula pada 08.06.2017 (Khamis) menggunakan data dari 01.06.2017 (Khamis) sehingga 07.06.2017 (Rabu);
Formulanya adalah A + B, nampak sangat ringkas tetapi agak menjenuhkan juga;
A = Kos produk MOPS95 (Means of Platt Singapore 95)
B = Kos tetap (Alpha + Kos Operasi + Margin Syarikat Minyak + Margin Stesen Minyak)
Kita bermula dengan (B) dahulu, kosnya adalah TETAP sebanyak RM0.3173 seliter apabila dijumlahkan komponen-komponen yang terlibat seperti dibawah;
  • Alpha = RM0.05
  • Kos operasi = RM0.0954
  • Margin Syarikat Minyak = RM0.05
  • Margin Stesen Minyak = RM0.1219
Jumlah (A) iaitu kos produk pula dihitung bergantung kepada harga pasaran MOPS95 dan kos ini berubah mengikut harga pasaran dan juga tukaran matawang USD ke Ringgit. Untuk mengetahui harga pasaran MOPS95 boleh rujuk laman sesawang seperti dibawah;
http://www.cmegroup.com/trading/energy/refined-products/singapore-mogas-95-unleaded-platts-swap-futures.html
  1. Purata harga pasaran MOPS95 dari 01.06.2017 sehingga 07.06.2017 = USD62.629 / barrel
  2. Tukarkan barrel ke liter (1 barrel bersamaan 159 liter) = USD9957 / 159 = USD0.3939 / liter
  3. Tukarkan pula kepada purata tukaran matawang USDMYR dari 01.06.2017 sehingga 07.06.2017 = USD0.3939 x 4.2733 = RM1.6832 / liter.
Sumber tukaran matawang adalah dari bank negara Malaysia.
Maka (A) Kos produk MOPS95 = RM1.6832.
Maka A + B = RM1.6832 + RM0.3173 = RM2.0005 dan apabila dibundarkan akan mendapat RM2.00.
Harga rasmi yang diumumkan pula adalah RM2.05. Terdapat perbezaan sebanyak RM0.05. Dibawah merupakan graf simulasi yang dibuat untuk harga RON95 bulan Feb, Mac (bulanan) April, May dan Jun 2017 (mingguan);
Berdasarkan graf harga simulasi  vs harga rasmi yang dibuat diatas, pola kenaikan dan penurunan harga minyak kedua-duanya dilihat selari dan ini membuktikan formula dan komponen yang terlibat dalam simulasi pengiraan APM ini adalah tepat dengan perbezaan sebanyak RM0.04 secara purata.
Kenapa terdapat perbezaan diantara harga simulasi dan harga rasmi? Perbezaan ini wujud kerana pengiraan APM ini dibuat berdasarkan pendedahan pengiraan yang dibuat oleh Datuk Ismail Ahmad pada 2009 (8 tahun lepas) dan pengiraan terkini tidak diketahui umum kerana tidak didedahkan oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi melibatkan kos operasi dan juga margin keuntungan yang terkini. Berharap dengan penerangan dan simulasi pengiraan ini sedikit sebanyak dapat memberi kita pengetahuan terhadap pengiraan APM dalam menentukan harga runcit petrol dan diesel. Dengan pengetahuan pengiraan ini, berharap pembaca/pengguna juga dapat membuat jangkaan sendiri sekaligus memberi penjimatan setiap kali membuat perancangan untuk mengisi minyakitupun  jika kerajaan masih mengekalkan kaedah pengiraan APM ini dalam menentukan harga runcit petrol dan diesel.
Selamat mencuba dan menilai semua.
Sumber:
  1. Ismail Ahmad (Feb 2009). “Setting the retail price for petrol and diesel”. The New Straits Times.
  2. Hamzah Zainudin (Feb 2017). “Kerajaan tak dedah formula kiraan harga minyak”. Berita Harian.
  3. Bank Negara Malaysia. http://www.bnm.gov.my/

Cr. The Patriot






Monday, April 24, 2017

24 Jasa Tun Dr Mahathir Mohamad Selama 22 Tahun Yang Wajib Dikenang (Bhgn 1)



KUALA LUMPUR: Sepanjang 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, pelbagai pembangunan dikecapi termasuk projek mega pembinaan Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Litar Lumba Antarabangsa Sepang, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Berikut merupakan 24 'jasa' utama Dr Mahathir didalam usaha 'memajukan' Malaysia diperingkat antarabangsa.

1. Pembinaan 32 pondok tol seluruh negara dengan kenaikan kadar tol sebanyak 10% setiap 3 tahun.

Dr Mahathir memperkenalkan konsep penganugerahan konsesi dan projek lebuhraya bertol direka oleh beliau. Juga dikenali sebagai bapa konsesi negara, konsep yang digunapakai membolehkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol setiap 3 tahun.

Sekiranya kenaikan tersebut ditangguhkan, kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

2. 10,000 produk dikenakan AP (Permit Import)

Antara produk paling popular dikenakan AP adalah kenderaan import. Dr Mahathir menerusi blognya pada 5 November 2009 pernah menjelaskan bahawa AP kepada kenderaan import adalah caranya untuk melindungi Proton daripada menjerumus ke arah bankrap.

"Tanpa perlindungan (AP) kita tidak akan ada industri kenderaan. Proton pernah mendominasi 80% pasaran pada suatu masa dahulu disebabkan oleh perlindungan ini."

3. Muwujudkan perjanjian penjana tenaga bebas (IPP).

IPP diwujudkan pada 1996 selepas tragedi 'blackout 1992'. Menurut Raja Petra Kamaruddin, kejadian berkenaan adalah rancangan Dr Mahathir untuk menswastakan pengeluar IPP kepada kroninya, Francis Yeoh.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pentadbiran Dr Mahathir pernah memaksa TNB menyerahkan tanahnya di Terengganu, dan Johor kepada pihak ketiga bagi membina loji janakuasa.

TNB sebelum itu menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit dan membekalkannya dengan harga 17 sen seunit. Selepas kewujudan pembekal IPP, TNB membeli kuasa elektrik dengan kadar 23 sen seunit dan menjualnya kembali dengan harga 30 sen seunit.


4. Pemberian tanah rizab Melayu di Tioman, Pulau Perhentian dan Sentul kepada Vincent Tan dan YTL.

Sepanjang pemerintahan Dr Mahathir, beliau berjaya mengubah Vincent Tan daripada 'millionaire' kepada 'billionaire'. Dr Mahathir juga 'menswastakan' syarikat perjudian Sports Toto kepada hartawan tersebut.

Sports Toto dijual kepadanya secara rahsia tanpa pengumumman bidaan oleh syarikat lain. 70% pegangan kepada B&B Enterprise milik Vincent Tan pada harga RM28 juta dan bakinya milik Raleigh Berhad milik Tun Daim Zainuddin.

5. Tanah rizab melayu di Langkawi banyak terjual pada kroni. Tanah kerajaan negeri di Langkawi diberi tanpa bayar premium.

Laporan media tempatan menyebut, seramai 80 keluarga di Pantai Chenang, Langkawi dihalau keluar pada 1980 untuk memberi laluan kepada projek pembangunan pelancongan oleh syarikat milik Vincent Tan.

Perkara ini didedahkan oleh ahli DAP Syerleena Abdul Rashid yang menyebut perkara sama turut berlaku di Pulau Redang, Terengganu. Kesemua penduduk kampung berkenaan menetap diatas tanah rizab Melayu dan diarah meninggalkan kediaman demi projek kroni Dr Mahathir.

6. Tanah milik DBKL 70 ekar Bukit Kiara dipajak pada Berjaya untuk jadi tempat equestrian


Projek ini didakwa bagi memenuhi minat Dr Mahathir didalam arena equestrian. Beliau juga mengakui sudah mempunyai 40 ekor kuda yang ditempatkan di ladang ternakan kuda di Langkawi.

7. Tragedi Memali 1985 dan Al Maunah 2001 antara tragedi berdarah yang berlaku dibawah pemerintahannya

Selama lebih 30 tahun, rakyat Malaysia diberitahu insiden berdarah Memali berlaku selepas Polis mendapat arahan oleh Timbalan Perdana Menteri pada wajtu itu Tun Musa Hitam untuk menyerang Kampung Memali.

Musa baru-baru ini menerusi buku 'Frankly Speaking by Musa Hitam' mendedahkan Dr Mahathir berada didalam Malaysia sewaktu tragedi itu berlangsung.

"Pada hari insiden, Ketua Polis Negara (KPN) pada waktu itu dan saya bertemu dengan Dr Mahathir di pejabatnya dan KPN memaklumkan kepada beliau mengenai apa yang terjadi sewaktu operasi Memali, yang mengakibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam," kata Musa.

8. Enggan menghulurkan bantuan kepada Sekolah Agama Yan, Kedah yang terbakar.

Lebih dikenali sebagai 'Tragedi Pondok Pak Ya', insiden pada 1989 itu mengorbankan 27 pelajar perempuan sekolah tersebut. Sejarah hitam di Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah itu tidak mendapat bantuan kerajaan pusat.


9. Mengenakan cukai 58.6 sen seliter bagi petrol dan 19 sen seliter untuk diesel

Sebelum kewujudan media sosial, pelbagai perkara disorokkan termasuk pengenaan cukai terhadap komoditi bahan bakar. Dr Mahathir berselindung disebalik subsidi yang diberikan diperoleh daripada cukai petrol dan diesel yang dijual kepada rakyat.

10. Dr Mahathir menangkap musuh politiknya dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti Ops Lalang

Majoriti rakan Dr Mahathir didalam Pakatan Harapan kini pernah ditahan dibawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Azmin Ali, dan ramai lagi.

Ops Lalang pada tahun 1987 memberkas 106 rakyat Malaysia termasuk pemimpin pembangkang. Pada waktu itu, cabang bidang kehakiman, legislatif dan eksekutif diletakkan dibawah arahan Dr Mahathir.


11. Membelanjakan lebih RM102 bilion wang rakyat untuk menjamin syarikat-syarikat kroni.

Antara syarikat yang mendapat 'faedah' termasuk Intrakota, ParkMay, Danaharta dan PKFZ. Terdapat juga skandal besar seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan kerugian besar Bank Negara akibat kegagalan dagangan mata wang awal 1990-an.

Skandal BMF juga menjadi punca kepada kematian salah seorang pegawai Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) Jalil Ibrahim, di Hong Kong.

12. Memberikan projek kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada ahli keluarganya.

Penerima kontrak berkenaan tidak lain adalah Mirzan Mahathir yang memiliki syarikat perkapalan.

Syarikat tersebut pada 1998meminta jaminan kerajaan bernilai RM2 bilion namun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang portfolio Menteri Kewangan pada waktu itu cuma meluluskan RM1 bilion sahaja.

Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya Tongkah Holdings juga mendapat kontrak membekalkan peralatan kepada hospital kerajaan.

Sementara Mukhriz Mahathir menerusi syarikatnya Opcom Sdn Bhd diberikan kontrak membekalkan fiber optik kepada Telekom Malaysia.

 

Thursday, March 2, 2017

Yang Tinggal Hanyalah Kekosongan Di Antara Sepasang Telinga







Beruk cimpanzi mempunyai nilai IQ bersamaan 40.  Manusia yang normal mempunyai IQ di antara 90 hingga 109.  Sekiranya anda mempunyai IQ yang kurang dari 80, maka IQ anda hanya sedikit lebih baik dari IQ seekor cimpanzi. Oleh sebab itu cimpanzi mudah diajar menggunakan “flash cards” ataupun “kotak.”  

Mari kita tonton video ini:



Seronok, kan?

Baiklah.  Pada hari ini saya ingin menceritakan bagaimana Malaysia dikatakan telah menjual PETRONAS ataupun Projek RAPID di Pengerang kepada Arab Saudi sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa tokoh Pakatan termasuk dengan para penyokong mereka.

Contoh pertama:


Cuba teka. Berapakah nilai IQ makhluk ini?
Cuba teka. Berapakah nilai IQ makhluk ini?

Adakah Malaysia telah menjual sebanyak 50 peratus saham Projek RAPID seperti yang didakwa oleh makhluk di atas?

Kita katakan kotak di bawah mewakili keseluruhan Projek RAPID:

square

Projek RAPID ini membabitkan pembinaan kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin (melalui proses yang dikenali sebagai “cracking”) setahun dan sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia berkaitan.


Projek ini juga mengandungi projek pembinaan terminal laut dalam, terminal regasifikasi (penukaran cecair kepada gas), terminal LNG, projek unit pengasing udara, projek pembekalan air mentah dan lain-lain.

Supaya cimpanzi-cimpanzi faham dengan lebih mudah, kita bahagikan kotak di atas kepada empat seperti di bawah:


boxes


Sekarang kotak di atas dibahagikan kepada A, B, C dan D yang mewakili kesemua projek-projek yang saya sebutkan di atas, yang dijalankan atau bakal dijalankan di Projek RAPID.

Untuk memudahkan cimpanzi-cimpanzi memahami perwakilan petak-petak kecil di atas, kita katakan bahawa projek penapisan minyak mentah dan “cracking” adalah diwakili oleh Petak ‘C’.  Secara kebetulan, huruf ‘C’ juga ialah huruf awalan untuk Cimpanzi.

Saudi Aramco telah membeli sebanyak 50 peratus dari saham Petak ‘C’ dengan nilai RM31 billion.  Maka, Petak ‘C’ kini menunjukkan pegangan saham sebanyak 50 peratus milik Saudi Aramco dan 50 peratus lagi milik PETRONAS.


boxes

Soalan saya sekarang ialah, bagaimana makhluk di atas, yang mewakili makhluk-makhluk yang sewaktu dengannya, boleh mencanangkan penipuan bodoh bahawa Projek RAPID kini 50 peratus milik Saudi?

Kebodohan ini juga terbit semasa makhluk-makhluk tersebut mencanangkan bahawa satu aset strategik tentera telah dijual kepada China. Bila terbukti bahawa dakwaan mereka itu satu penipuan yang nyata, mereka marah, tetapi tidak boleh memberi hujah berfakta untuk menidakkan kebodohan mereka itu.

Yang canang bodoh, yang sokong pencanang pun sama bodoh.

Saya kira anda faham dengan penjelasan mudah yang telah diberikan di atas.  Saya yakin anda mempunyai nilai IQ sebanyak 90 ataupun lebih.

Cimpanzi pun mungkin akan faham sebab saya menggunakan contoh kotak, iaitu satu cara paling berkesan untuk mengajar cimpanzi.


Sekiranya tidak, samalah anda dengan makhluk di atas, dan di bawah. 

Apa yang tinggal brader?

Monday, February 27, 2017

Petronas metrai Perkongsian RAPID Pengerang dengan Aramco Saudi bernilai USD$ 21 bilion




Ini bermakna potensi RM43.9 bilion pelaburan asing akan datang ke Malaysia dari USD3 trilion (RM12 trilion) keseluruhan syarikat Saudi.
Tidak pasti mengapa Arab Saudi adalah begitu dekat dan yakin dengan Malaysia pada masa ini, begitu juga China.

Petronas Could Soon Seal Partnership With Saudi Aramco on $21 Billion Refinery
KUALA LUMPUR, Malaysia—Malaysia’s national oil company is set to make a final investment decision in December that is expected to bring in Saudi Arabian Oil Co., or Saudi Aramco, as its partner for a roughly $21 billion refining and petrochemicals project, according to two people familiar with the matter.
Petroliam Nasional Bhd., known as Petronas, will offer the world’s largest oil firm a 50% stake in the project, in Malaysia’s southern Johor state bordering Singapore, the people said. The project will comprise of a refinery, petrochemical plants and other related facilities.
If Petronas proceeds with the plan, the two companies will set up a joint-venture company in the first quarter of next year to run the project, with the refinery due to start operating in early 2019, the people said.
Petronas declined to comment. Aramco wasn’t immediately available for comment.
The entry of Saudi Aramco into the project would be a coup for Petronas. Based in Dhahran, Saudi Arabia, the kingdom’s state-owned oil company is the world’s largest crude oil exporter, producing roughly one in every eight barrels of the world’s supply, according to its official website.
As part of an economic transformation to contend with the prolonged drop in oil prices, Saudi Arabia is expected to partially list Saudi Aramco, estimated to be worth between $2 trillion and $3 trillion, in what could be the world’s largest-ever initial public offering, targeted for 2018.
Petronas, Malaysia’s only Fortune 500 company, meanwhile, has also been hit by the oil price slump. The company announced in January that it would slash spending by as much as 50 billion ringgit, or $12 billion, over the next four years, but says it remains committed to investing in long-term projects.
The refinery and petrochemical development, situated in a fishing town in Johor, is estimated to cost some $12.7 billion, Petronas has said. Related facilities ranging from raw-water supply to a liquefied natural gas regasification terminal will cost another $8.6 billion, according to Petronas.
The company reported net profit fell 86% to 1.6 billion ringgit ($384 million) in the second quarter ended June from 11.1 billion ringgit a year earlier due to lower oil prices and higher net impairment on assets. Petronas plans to cut several hundred more jobs even after it said it was cutting 1,000 in March.


[ Baca berita asal ]

Tuesday, October 25, 2016

Kereta Mewah Bugatti Veyron Milik Mokhzani Mahathir






Kereta mewah BUGATTI VEYRON hanya terdapat 3 buah sahaja di Malaysia. Bugatti Veyron Milik Sultan Johor, milik Mokhzani Mahathir dan seorang wanita di Kelantan.

Harga Bugatti Veyron Mencecah Jutaan Ringgit

Harga Buggati Veyron ini hampir mencecah RM10 juta ringgit setiap satu. Kalau di Malaysia harganya boleh mencecah RM10juta kerana cukai dan duti lain yang akan dikenakan. Di United Kingdom, Buggati Veyron based price is approximately €1,225,000 (GB£1,065,000/US$1,700,000) dan Super Sport: €1,912,500 (GB£1,665,000/US$2,700,000).

Unit yang telah terjual dari 2005 hingga 2011 cuma 300 unit sahaja. Cukai jalan dan Insuran sahaja sudah melebihi 5 angka di Malaysia



Gambar Buggati Veyron Yang DiKatakan Milik Mokhzani Mahathir




Cukai Jalan Mencecah 5 angka

Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Dia merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak dikira lagi...

Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM54 juta bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN.

 

Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!

Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa ianya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu:

A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat


C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang
terlibat dalam program francais IPT


D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan, dan


E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang emesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya

Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat?





Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia 



Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")


Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wang rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.

Sebenarnya Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan PNB dan PETRONAS.

Kebolehan politiknya juga tidak ada. Kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbuk adalah hasil usaha Cikgu Arzmi Abdul Hamid, Ketua Bahagian UMNO Merbuk yang juga Setiausaha Politik Daim. Cikgu Arzmi diarahkan membayar sebanyak RM 1.5 juta kepada calon-calon yang akan menentang Mokhzani. Akhirnya anak perompak bermisai tebal itu menang tanpa bertanding!

Mokhzani dilantik oleh Ahmad Zahid Hamidi sebagai Bendahari Pemuda UMNO kerana dipaksa oleh MAHATHIR. MAHATHIR meminta Najib Tun Razak (bekas "boss" Zahid yang pernah mengambil Zahid sebagai Setiausaha Politiknya) untuk melantik Mokhzani. Zahid patuh, tetapi senjata makan tuan. Kini Zahid merupakan ahli politik yang tidak berparti, tidak berpenyokong dan tidak berpengaruh langsung!


Mokhzani merupakan seorang anak MAHATHIR yang lupa daratan. Sebenarnya kekayaannya malah makanan yang disuapkan ke mulut anak dan isterinya setiap hari hasil daripada usaha ayahnya merompak wang rakyat!
Mokhzani harus dikalahkan dalam pilihanraya umum nanti. Dia akan bertanding sebagai calon Parlimen Merbuk, menggantikan Qarun Malaysia Daim Zainuddin. Pastikan Mokhzani tersungkur! Pastikan si-angkuh ini makan tanah! ~(sedarlah@egroups.com)

 




Saturday, September 28, 2013

Harga minyak Malaysia

Harga minyak Malaysia dikawal dan diberi subsidi oleh kerajaan Malaysia. Setakat 2008, kerajaan membelanjakan AS$14 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan gasasli setiap tahun.Sementara pada 2013, jumlah ini telah menurun menjadi RM24.8 bilion (~USD7.6 bilion).Oleh sebab Malaysia juga merupakan negara pengeluar petroleum, sebarang kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia dapat dihad dan dikawal sedikit sebanyak.

Perubahan harga minyak 2008

Tahun 2008 menyaksikan beberapa siri kenaikan dan penurunan harga petrol di pam minyak sejajar dengan turun naik harga minyak mentah di pasaran dunia.

Pada 5 Jun 2008, kerajaan menaikkan harga minyak dan diesel secara mendadak, dengan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter (kenaikan 40%) manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Sejajar dengan penurunan harga minyak dunia, kerajaan Malaysia pada 22 Ogos 2008 mengumumkan penurunan harga runcit minyak. Pengumuman ini menyaksikan harga petrol dan diesel diturunkan di antara lapan dan 22 sen mulai 23 Ogos 2008.Pada 24 September 2008 pula, kerajaan mengumumkan penurunan 10 sen harga petrol dan diesel.Berikutan harga minyak dunia yang terus menurun, bermula 15 Oktober, harga minyak diturunkan lagi antara 10 dan 20 sen.  Seterusnya pada 1 November, harga petrol dan diesel terus diturunkan sebanyak 15 sen.Harga runcit petrol terus turun pada 18 November, 3 Disember 2008 dan 16 Disember 2008.

Subsidi minyak

Mulai 1 November 2008, Kerajaan Malaysia tidak lagi memberi subsidi petrol seperti yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, pada 18 November 2008.[11] Mengikut Shahrir, syarikat minyak mengambil 19.54 sen manakala operator stesen minyak mengambil 12.19 sen dan perbezaan antara harga di pam minyak dan kos serta komisyen syarikat dan operator dipulangkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

Bagaimanapun, kerajaan masih membayar rebet tunai kepada pemilik kenderaan seperti yang diumumkan sebelum ini di bawah skim baru subsidi bahan api. Rebet sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak "pick up" dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc. Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun. Rebet tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan. Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga31 Mac 2009. Bayaran tunai itu akan diberikan dalam bentuk tunai atau kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 14 Jun 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc. Selain itu, kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.


Penukaran RON 92 kepada RON 95

Mulai 1 September 2009, minyak petrol RON 92 dihentikan jualan dan digantikan dengan RON 95. Kualiti RON 95 selaras dengan spesifikasi EURO2M. RON 95 mula dijual pada harga RM 1.75 sebelum dinaikkan kepada RM 1.80. Pada hari yang sama, harga RON 97 naik kepada RM 2.05.Mulai 1 Ogos 2010 pula, cuma kenderaan didaftarkan di Malaysia dibenarkan membeli petrol RON95; kenderaan asing (terutamanya dari Singapura dan Thailand) cuma dibenarkan membeli RON97 (atau diesel) di stesen minyak Malaysia.

Sejak diperkenalkan, harga RON 95 telah naik tiga kali, pada 16 Julai 2010 naik 5 sen menjadi RM 1.85/liter, pada 3 Disember 2010 naik lagi 5 sen menjadi RM 1.90/liter, dan terbaru pada 3 September 2013 naik 20 sen menjadi RM2.10/liter.

Sejarah harga petrol & diesel

Petrol RON 97 

Jadual berikut menunjukkan harga runcit di stesen minyak bagi RON 97 sejak 1990 hingga 2009.

Jadual berikut menunjukkan harga runcit di stesen minyak bagi RON 97 sejak 1990 hingga 2009.
Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)
Tarikh
Harga baru
Perubahan
Harga sejagat1
Perubahan
Peratus (%)
Peratus (%)
Sebelum 1990
0.89
-
18.33 (1989)
-
1990
1.10
25
24.49
33.6
1.20
9
24.68
0.8
1.30
8.3
25.90
4.9
1.32
1.5
30.86
19.2
1.33
1
24.53
5.3
1.35
1.5
31.54
28.6
1.37
1.5
40.28
27.7
1.42
3.6
53.13
91.8
1.52
7
56.26
5.9
1.62
6.6
58.70
4.3
1.92
18.5
61.64
5
2.70
41
121.00
96.3
2.55
(5.6)
114.60
(5.3)
2.45
(3.9)
109.20
(4.7)
2.30
(6.1)
84.07
(23)
2.15
(6.5)
64.38
(23)
2.00
(7.0)
55.37
(13)
1.90
(5.0)
46.96
(15)
1.80
(5.3)
46.28
(1.4)
2.05
13.9
69.96
51.2

Nota:

1Harga minyak sentiasa berubah. Nilai yang diberikan merupakan nilai anggaran berdasarkan harga minyak mentah di pasaran New York.
2Kerajaan mengumumkan harga minyak akan dikaji sebulan sekali bermula 1 September 2008 berdasarkan purata harga global minyak. Perubahan mengikut sistem ini pertama kali dilaksanakan pada 23 Ogos 2008.
3Mulai 1 September 2009, RON 95 mula dijual menggantikan RON 92 dan disasarkan sebagai minyak kegunaan ramai, harganya pula dikawal kerajaan. RON 97 pula ditukar fungsi menjadi minyak premium dan harganya diapungkan separa mengikut pasaran.

Petrol dan diesel

Jadual berikut menunjukkan harga runcit petrol dan diesel di stesen minyak Malaysia sejak 1 September 2009 apabila RON 95 mula menjadi petrol kegunaan ramai.
Harga runcit minyak Malaysia
Tarikh
RON 95
Beza
RON 974
Beza
Diesel
Beza
Peratus (%)
RM/liter
Peratus (%)
RM/liter
Peratus (%)
1 Sept 2009
1.75/1.80[12]
 -
2.05
13.9
1.70
 -
16 Julai 2010
1.85
2.8
2.10
2.4
1.75
2.9
2 Nov 2010
 -

2.15
2.4
 -

1-4 Dis 2010
1.90[14]
2.7
2.30
7.0
1.80
2.9
5 Jan 2011
 -

2.40
4.3
 -

1 Feb 2011
 -

2.50
4.2
 -

1 April 2011
 -

2.70[15]
8.0
 -

5 Mei 2011
 -

2.90[16]
7.4
 -

7 Jun 2012
 -

2.80[17]
(3.4)
 -

7 Sept 2012
 -

3.00[18]
11
 -

10 Jan 2013
 -

2.70[19]
(1.8)
 -

3-5 Sept 2013
2.10[18]
11
2.85
5.6
2.00
11

Nota:
Harga minyak RON97 boleh berubah bila-bila masa. Tidak semua perubahan dimasukkan di sini.

Rujukan

  1. Jump up↑AP. "Malaysia to lift fuel price controls", Associated Press, USATODAY.com, 2008-06-03. Dicapai pada 2013-07-20. 
  2. Jump up↑ Lee Shi-Ian. "It’s finally here, fuel price up tonight. New taxes next?", 2 September 2013. Dicapai pada 5 September 2013. 
  3. Jump up↑ "Malaysia raises petrol prices by 40%", Channel NewsAsia, 4 Jun 2008. Dicapai pada 24 September 2008. (Inggeris) 
  4. ↑ Jump up to:4.0 4.1 "Harga Petrol Dan Diesel Turun Mulai Sabtu, Umum Abdullah", Bernama, 22 Ogos 2008. Dicapai pada 24 September 2008. 
  5. Jump up↑ "Harga Petrol, Diesel Turun 10 Sen Esok", Bernama, 24 September 2008. Dicapai pada 24 September 2008. 
  6. Jump up↑ "Harga minyak turun lagi, kali ini antara 10 hingga 20 sen", mStar Online, 14 Oktober 2008. Dicapai pada 14 Oktober 2008. 
  7. Jump up↑ "Petrol Dan Diesel Turun 15 Sen Esok", Bernama, 31 Oktober 2008. Dicapai pada 31 Oktober 2008. 
  8. Jump up↑ "Harga minyak turun 15 sen, kali kelima tahun ini", mStar Online, 18 November 2008. Dicapai pada 18 November 2008. 
  9. Jump up↑ "Harga minyak turun lagi, rendah sebelum paras Jun", mStar Online, 3 Disember 2008. Dicapai pada 3 Disember 2008. 
  10. Jump up↑ "Petrol Dan Diesel Turun 10 Sen Berkuatkuasa Selasa", Bernama.com, 15 Disember 2008. Dicapai pada 15 Disember 2008. 
  11. Jump up↑ "Malaysians are now paying petrol tax", The Malaysian Insider, 18 Nov 2008. Dicapai pada 18 November 2008. (Inggeris) 
  12. ↑ Jump up to:12.0 12.1 "Minyak petrol RON95 ganti RON92, 5 sen lebih mahal", mSTAR Online, 1 Sept 2009. Dicapai pada 1 Sept 2009. 
  13. ↑ Jump up to:14.0 14.1 Second round subsidy cut MIDF. 6 Disember 2010.
  14. Jump up↑ Ron 97 fuel up by 20 sen theStar Online. 1 April 2011.
  15. Jump up↑ RON 97 to cost 20 sen more from today theStar Online. 5 Mei 2011.
  16. Jump up↑ Danny Tan. "RON 97 fuel to cost 10 sen less - now RM2.80 per litre". Paul Tan’s Automotive News. Capaian 5 September 2013.
  17. ↑ Jump up to:18.0 18.1 Nicholas Cheng. "Harga RON 97 Naik 15 Sen", 4 September 2013. Dicapai pada 5 September 2013. 
  18. Jump up↑ Anthony Lim. "RON97 petrol to go up by 20 sen to RM2.90". Paul Tan’s Automotive News. Capaian 5 September 2013.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.