Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label King Salman. Show all posts
Showing posts with label King Salman. Show all posts

Thursday, March 2, 2017

Yang Tinggal Hanyalah Kekosongan Di Antara Sepasang Telinga







Beruk cimpanzi mempunyai nilai IQ bersamaan 40.  Manusia yang normal mempunyai IQ di antara 90 hingga 109.  Sekiranya anda mempunyai IQ yang kurang dari 80, maka IQ anda hanya sedikit lebih baik dari IQ seekor cimpanzi. Oleh sebab itu cimpanzi mudah diajar menggunakan “flash cards” ataupun “kotak.”  

Mari kita tonton video ini:



Seronok, kan?

Baiklah.  Pada hari ini saya ingin menceritakan bagaimana Malaysia dikatakan telah menjual PETRONAS ataupun Projek RAPID di Pengerang kepada Arab Saudi sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa tokoh Pakatan termasuk dengan para penyokong mereka.

Contoh pertama:


Cuba teka. Berapakah nilai IQ makhluk ini?
Cuba teka. Berapakah nilai IQ makhluk ini?

Adakah Malaysia telah menjual sebanyak 50 peratus saham Projek RAPID seperti yang didakwa oleh makhluk di atas?

Kita katakan kotak di bawah mewakili keseluruhan Projek RAPID:

square

Projek RAPID ini membabitkan pembinaan kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin (melalui proses yang dikenali sebagai “cracking”) setahun dan sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia berkaitan.


Projek ini juga mengandungi projek pembinaan terminal laut dalam, terminal regasifikasi (penukaran cecair kepada gas), terminal LNG, projek unit pengasing udara, projek pembekalan air mentah dan lain-lain.

Supaya cimpanzi-cimpanzi faham dengan lebih mudah, kita bahagikan kotak di atas kepada empat seperti di bawah:


boxes


Sekarang kotak di atas dibahagikan kepada A, B, C dan D yang mewakili kesemua projek-projek yang saya sebutkan di atas, yang dijalankan atau bakal dijalankan di Projek RAPID.

Untuk memudahkan cimpanzi-cimpanzi memahami perwakilan petak-petak kecil di atas, kita katakan bahawa projek penapisan minyak mentah dan “cracking” adalah diwakili oleh Petak ‘C’.  Secara kebetulan, huruf ‘C’ juga ialah huruf awalan untuk Cimpanzi.

Saudi Aramco telah membeli sebanyak 50 peratus dari saham Petak ‘C’ dengan nilai RM31 billion.  Maka, Petak ‘C’ kini menunjukkan pegangan saham sebanyak 50 peratus milik Saudi Aramco dan 50 peratus lagi milik PETRONAS.


boxes

Soalan saya sekarang ialah, bagaimana makhluk di atas, yang mewakili makhluk-makhluk yang sewaktu dengannya, boleh mencanangkan penipuan bodoh bahawa Projek RAPID kini 50 peratus milik Saudi?

Kebodohan ini juga terbit semasa makhluk-makhluk tersebut mencanangkan bahawa satu aset strategik tentera telah dijual kepada China. Bila terbukti bahawa dakwaan mereka itu satu penipuan yang nyata, mereka marah, tetapi tidak boleh memberi hujah berfakta untuk menidakkan kebodohan mereka itu.

Yang canang bodoh, yang sokong pencanang pun sama bodoh.

Saya kira anda faham dengan penjelasan mudah yang telah diberikan di atas.  Saya yakin anda mempunyai nilai IQ sebanyak 90 ataupun lebih.

Cimpanzi pun mungkin akan faham sebab saya menggunakan contoh kotak, iaitu satu cara paling berkesan untuk mengajar cimpanzi.


Sekiranya tidak, samalah anda dengan makhluk di atas, dan di bawah. 

Apa yang tinggal brader?

Monday, February 27, 2017

Kunjungan Raja Salman Buktikan Tuduhan #Tun Mahathir Tidak Berasas!!!




Andai kita berfikir gunakan logik akal, kalau benarlah Najib MENIPU dan BERBOHONG yang sumber asal RM 2.6 Billion yang didedahkan itu adalah derma dari Arab Saudi ,terfikirkah kita King Salman Raja Arab Saudi mahu datang melakukan kunjungan hormat ke Malaysia apatah lagi berjumpa Najib???

Maka,telah terjawab apabila si pemberi datang berjumpa dengan si penerima. 

Jelaslah bahawa sikap kejujuran dan ketulusan Najib yang menyatakan sumber asal RM 2.6 Billion yang didedahkan itu adalah derma dari Arab Saudi DAN BUKAN SESEKALI dari sumber 1MDB. Malah segala fitnah, penipuan dan pembohongan Pakatan Haram Jadah, pembangkang, atok nyayok mudah lupa serta penjilat dan pemakan dedak tegar mereka atau yang lain memakan diri mereka sendiri. 


Maka berkokoklah macai-macai bagai orang meroyan tak sudah;
Obama datang dikata berbaik dengan Yahudi. 
        China datang dikata pula jual negara kepada komunis.
Kini, Raja Salman datang dikata tiada duit dan tak ikhlas bersahabat dengan Malaysia 
Bila Jokowi datang bakal dihina sebagai kawan dengan orang gaji dan buruh kasar

Entah apa penyakit bangang dalam negara kita ni. Semua salah dan tak betul.



Padahal esok Saudi Aramco akan menandatangani perjanjian pelaburan di RAPID Pengerang dengan nilai yang dilaporkan USD2 trillion dan ada pihak menilai hingga USD10 trillion.

Malah Beberapa Memorandum Persefahaman akan dimeterai selepas mesyuarat delegasi antaranya:

1. Memorandum mengenai kerjasama dalam bidang saintifik dan pendidikan.
2. Memorandum persefahaman untuk kerjasama ekonomi.
3. Memorandum persefahaman dalam bidang buruh dan sumber manusia.
4. Memorandum persefahaman antara Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan Saudi Press Agency mengenai kerjasama dan perkongsian berita.

Maka neraka lah jawab nya kepada pemakan daging busuk, darah dan nanah yang menabur fitnah selama ini... terbukti BODOH, BANGANG dan TOLOL lah mereka sepanjang zaman yang percaya kepada fitnah berkenaan... benarlah dalam Al-QURAN yang menyatakan bahawa fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh... hingga rosak masyarakat, berpecah belah dan timbul permusuhan khususnya dikalangan melayu dan Islam...

Yang untung nya DAPiggy lah yang sememangnya kafir harbi laknatullah rasis chauvanis anti Islam... ketua segala ketua dalam Pakatan Haram jadah Pembangkang...

Lawatan Rasmi Raja Salman: Menyaksikan Perjanjian Usaha Sama Rapid Pengerang Antara PETRONAS dan Saudi Aramco – Pembangkang Kata Syarikat Asing Dah Hilang Kepercayaan




Sempena lawatan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Saudi Aramco dan PETRONAS menandatangani projek usahasama?

Bukan kah Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan “pengunduran secara tiba-tiba” Aramco dan berkata ini adalah satu “kehilangan keyakinan oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia akibat daripada skandal 1MDB yang telah menjadi berita utama antarabangsa”?
Jadi ini bermakna bahawa PAN adalah salah dan juga bermakna dengan Aramco menandatangani bermakna undi percaya oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan punca pembatalan perjanjian kerjasama antara Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) dan Petronas bernilai AS$27 bilion di Pengerang, Johor.
“Kita lihat seperti satu keputusan yang dilakukan secara tiba-tiba (oleh Saudi Aramco).
“Isu utamanya adalah kenapa?” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.http://m.malaysiakini.com/news/370917

* Untuk rekod: Tidak pernah seorang pun Raja Arab Saudi membuat lawatan rasmi ke Malaysia sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Lawatan rasmi Raja Saudi Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud pada tahun 1970 dan Lawatan Rasmi Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud pada tahun 2006. 





DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.