Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Syed Saddiq. Show all posts
Showing posts with label Syed Saddiq. Show all posts

Thursday, June 22, 2017

Di Sebalik 250 Muka Surat Saman DOJ



Tiada yang berubah sejak tahun lalu kecuali aset yang disenaraikan. Adalah penting untuk anda ketahui, saman sivil bagi pelucuthakan aset adalah dibuat ke atas aset dan bukan individu seperti Jho Low. Pemilik aset terbabit berhak mencabar saman itu, di mana mereka turut lakukan itu di mahkamah di Amerika Syarikat.



Berikut adalah pandangan terhadap saman sivil terkini melibatkan 250 mukasurat dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat:

1. Ia adalah saman sivil bagi mendapatkan pelucuthakan aset dan bukannya saman jenayah.

Tiada yang berubah sejak tahun lalu kecuali aset yang disenaraikan. Adalah penting untuk anda ketahui, saman sivil bagi pelucuthakan aset adalah dibuat ke atas aset dan bukan individu seperti Jho Low. Pemilik aset terbabit berhak mencabar saman itu, di mana mereka turut lakukan itu di mahkamah di Amerika Syarikat.

2. Ia hanyalah cerita ulangan dari saman terdahulu pada Julai 2016 tanpa sebarang susulan.

Tiada yang berubah sejak tahun lalu kecuali penambahan aset yang disenaraikan. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah dakwaan kononnya berlian bernilai USD27 juta (RM118 juta) dihadiahkan kepada isteri MO1. Lihat no 7 untuk memahami senario ini.

1MDB tidak pernah meminjam atau kehilangan wang sejak Julai 2016. Malah, 1MDB sebenarnya sedang meraih pendapatan dan membayar semula hutang pada tahun lalu.

3. Tiada wang yang didakwa dibelanjakan atau dilaburkan adalah milik 1MDB.

Ia bermakna wang yang disebutkan bukanlah wang 1MDB. Ia telah diperjelaskan tahun lalu. Sejak itu, pelbagai laporan turut mengesahkannya, terutama penyelesaian IPIC - 1MDB pada April lalu di mana IPIC dilaporkan telah mendapatkan pembeli bagi unit bernilai RM2.5 bilion dan turut bersetuju terhadap penyelesaian berikut:

Kedua pihak turut bersetuju untuk melalui perbincangan bagi pembayaran yang dibuat oleh 1MDB kepada entiti berkaitan.

Contoh untuk senario adalah sebagaimana berikut:

Bayangkan jika saya membayar RM1,000 untuk pelaburan dan ia dimasukkan ke dalam akaun anda. Sebagai pulangan, anda kemudian mengeluarkan satu dokumen untuk menyatakan anda berhutang dengan saya RM1,000 dan anda memberi jaminan bahawa saya akan menerima RM1,000 kembali.

Anda kemudian membayar RM500 kepada seorang samseng.

Bolehkah saya dituduh membayar RM500 kepada seorang samseng?

Sehubungan itu, mengapa IPIC bersusah payah untuk mengeluarkan satu jaminan terhadap bon bernilai USD3.5 bilion kepada satu negara lain? Mengapa Aabar mahu menjamin satu lagi unit dana bernilai USD2.5 bilion milik 1MDB?

Sebab itu 1MDB tetap dengan pendirian mereka bahawa tiada wang mereka yang hilang.

4. Dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bahawa unit di BSI atau Cayman terlebih nilai atau tersalah nilai, tidak ada kena mengena dengan 1MDB.

Sebagaimana diperjelaskan sebelum ini, nilai unit dijamin oleh Aabar Investments PJS. Bagi 1MDB, nilai minimum unit terbabit sudahpun dijamin oleh Aabar. Sebagaimana dilaporkan oleh media Singapura, Aabar telah mendapatkan pembeli bagi unit USD2.5 bilion itu (termasuk unit bernilai USD940 juta yang berbaki dalam dana BSI) dan 1MDB sudah mula menerima perolehan tunai itu.

Pada kedudukan 1MDB, mereka mempunyai sejumlah wang dalam unit BSI yang dijamin oleh Aabar yang sebenar. Memandangkan Aabar yang sebenar telah mendapatkan pembeli bagi membeli unit dana berkenaan dan membayar 1MDB jumlah sebenar, maka tidak timbul sebarang persoalan sama ada unit dana berkenaan tidak bernilai atau di bawah nilai mahupun terlebih nilai.

5. Dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kononnya wang itu diseleweng dari pinjaman 1MDB di Deutsche Bank, tidak ada kena mengena dengan 1MDB.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melaporkan pinjaman dari Deutsche Bank adalah bagi membayar pembatalan opsyen yang dipegang Aabar sebagai pulangan kepada jaminan IPIC terhadap pinjaman 1MDB berjumlah USD3.5 bilion pada 2012.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, wang itu dibayar kepada syarikat palsu 'Aabar Seychelles' yang didakwa mereka tiada kaitan dengan syarikat sebenar Aabar yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman turut mengesahkan bahawa pengarah tunggal Aabar Seychelles juga adalah pengarah urusan Aabar yang sebenar dan rakan kongsi dalam Aabar Seychelles yang disenarai dalam sijil pendaftaran syarikat adalah orang yang sama dalam syarikat Aabar yang sebenar.

Dalam hal 1MDB, mereka telah menggunakan pinjaman dari Deutsche Bank bagi membayar Aabar sebagai pembatalan opsyen. Sama ada ia Aabar palsu atau yang sebenar, ia tidak ada kena mengena dengan 1MDB selagi opsyen berkenaan sudah dibatalkan dan ia sudahpun dibatalkan. Ini diperkukuhkan pula kerana pihak yang berurusan pada masa itu ialah Pengarah Urusan Aabar, Mohamad Husseiny dan dokumen pendaftaran syarikat menyatakan dengan jelas, pemilik 'Aabar' palsu juga adalah pemilik Aabar adalah individu yang sama.

Maka dengan itu, jika terdapat penyelewengan wang atau penipuan, pihak yang menjadi mangsa adalah Aabar PJS yang berpusat di Abu Dhabi dan bukannya 1MDB.

Di mana ia turut membawa kita kepada penjelasan berikutnya:

6. Perdana Menteri mahupun isterinya atau 1MDB TIDAK dinamakan sebagai defendan dalam saman sivil itu.

Ini bermakna Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat langsung tidak menganggap Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah mahupun 1MDB telah melakukan kesalahan. Malah, dana sebuah syarikat pelaburan Abu Dhabi berjumlah USD125 bilion, Mubadala Investment Company yang memiliki IPIC dan Aabar kini dinamakan sebagai salah satu pihak terlibat dan kepentingan mereka terjejas.

7. Tiada bukti untuk menyokong dakwaan Datin Seri Rosmah menerima berlian bernilai USD27 juta.

Pertama sekali, menerima hadiah tidak melanggar undang-undang. Berdasarkan kepada saman sivil Jabatan Kehakiman, Jho Low telah membeli barang kemas bernilai USD200 juta bagi tempoh beberapa tahun dan memberikannya kepada beberapa pihak termasuk ibunya.

Jho Low turut didakwa menghadiahkan barang kemas bernilai jutaan dolar kepada kekasihnya, model Australia bernama Miranda Kerr yang baru-baru ini berkahwin dengan pengasas Snapchat yang juga seorang bilionair.

Maka, jika menerima hadiah itu salah, ibu Jho Low dan Miranda Kerr perlu disumbat ke dalam penjara.

Bagaimanapun, keadaan di mana Jabatan Kehakiman mendakwa Rosmah menerima berlian itu sangat meragukan.

Pertama sekali, Jabatan Kehakiman mendakwa Rosmah telah melihat berlian berkenaan dengan sekumpulan orang di atas kapal layar bernama Topaz.

Kapal layar Topaz bukanlah sebuah bot biasa tetapi pada masa itu adalah kapal layar terbesar di dunia dan masih dimiliki oleh Sheikh Mansour bin Zayed.

Sheikh Mansour bukan sahaja antara individu terkaya di dunia dengan nilai harta dianggarkan berjumlah USD38 bilion (RM162 bilion) pada 2014, tetapi beliau juga adalah Timbalan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Menteri Hal Ehwal Presiden dan ahli keluarga pemerintahan diraja Abu Dhabi. Beliau juga adalah adik kepada Presiden UAE pada masa ini.

Selain itu, Sheikh Mansour adalah Pengerusi IPIC dan bos kepada kedua-dua pengerusi Aabar, Khadem Al-Qubaisi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Badawy Al-Husseiny, dua individu yang paling banyak dinamakan dalam isu ini.

Kedua-dua individu ini tidak lagi didakwa dengan apa apa jenayah di negara mereka. Malah, laporan terkini mengatakan Khadem Al Qubasi masih lagi menetap di UAE dan di bawah perlindungan Sheikh Mansour Zayed.

Ini meninggalkan kita kepada dua kemungkinan:

Pertama: Berlian itu mungkin adalah hadiah dari Sheikh Mansour kepada Rosmah. Keluarga diraja Arab dikenali gemar memberi hadiah mahal kepada keluarga pemimpin dunia. Lagipun, jumlah USD27 juta hanyalah faedah dari kekayaan USD38 bilion yang dimiliki Sheikh Mansour.

Itu pun jika Rosmah ada menerima berlian itu. Lagipun, orang kenamaan dari negara lain tidak akan secara tiba-tiba menaiki kapal layar terbesar di dunia dan dimiliki keluarga diraja Arab dan adalah antara individu terkaya di dunia tanpa pemiliknya mengetahui kehadirannya.

Bagaimanapun, jika benar Rosmah menerima hadiah itu dari Sheikh Mansour, saya fikir eloklah beliau kembalikan kerana mungkin ia tidak sesuai untuk menerima hadiah sebegitu mahal.

Kedua: Jika Rosmah tidak pernah menerima berlian itu langsung dan Jabatan Kehakiman diberi maklumat palsu oleh pembangkang.

Berdasarkan kepada saman Jabatan Kehakiman, adalah penting untuk kita beri perhatian kepada maklumat berikut, bahawa Rosmah tidak membuat pesanan untuk berlian itu, membayarnya atau menerima berlian berkenaan.

Ia juga tidak pernah dibuktikan bahawa Rosmah pernah memiliki berlian itu.

Dakwaan Jabatan Kehakiman adalah kononnya seorang rakan warga Malaysia telah mengambil berlian itu dan ia sepatutnya menyerahkan berlian bernilai USD27 juta itu kepada Rosmah. Tetapi tiada bukti bahawa berlian itu sudahpun diserah kepada Rosmah.

Ini turut membawa kita kepada perkara berikut:

8. Kisah rantai berlian dan saman sivil Jabatan Kehakiman ini tampak dibuat atas sebab politik.

Pertama, Jabatan Kehakiman tidak mempunyai sebarang bukti bahawa Rosmah pernah menerima berlian itu namun tetap memasukkan maklumat tidak sahih itu dalam saman sivilnya dan hanya berdasarkan hearsay atau dengar cakap.

Kedua, kisah tidak sahih itu senada dengan tuduhan pembangkang kononnya Rosmah membeli berlian dan cincin, sehingga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli disaman oleh Najib dan Rafizi mengaku melalui keterangannya di mahkamah bahawa dia hanya bergurau mengenai tuduhan tentang cincin dan berlian itu.

Ketiga, masa yang dipilih sangat meragukan kerana ia seminggu sebelum kita semua balik kampung untuk Hari Raya dan ia akan menjadi satu kisah yang sedap dibincangkan di kampung.

Pada 2015, WSJ mengeluarkan laporan mengenai RM2.6 bilion pada 2 Julai iaitu kira-kira dua minggu sebelum Hari Raya.

Manakala tahun lalu, Jabatan Kehakiman yang sama membuat sidang media pada Syawal mengenai saman sivil mereka.

Bukanlah rahsia yang pakatan pembangkang mengharapkan 'Tsunami Melayu' pada pilihanraya akan datang dan kisah seumpama ini pada musim Hari Raya akan memanfaatkan mereka.

Ia juga bukanlah rahsia dengan siapa Pakatan bekerjasama dan telah menerima dana dari George Soros untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dan Najib. Lewat tahun lalu, laman web yang sering membuat pembongkaran Wikileaks, membongkar perincian pada Mac 2016 tentang kerja melobi yang dilakukan Soros di dalam kerajaan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Najib dan menggantikannya dengan Anwar Ibrahim.

Dokumen rahsia dari Wikileaks itu menunjukkan dengan jelas Soros memberitahu Kerajaan Amerika Syarikat bahawa Najib tidak setia kepada Amerika Syarikat dan turut berbaik dengan China.

Soros turut memberitahu Kerajaan Amerika Syarikat bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika Najib digulingkan. Dan jika Najib gagal digulingkan, Anwar akan tetap memberikan Kerajaan Amerika Syarikat maklumat dan kedudukan strategik mengenai Malaysia untuk Kerajaan Amerika Syarikat.

Empat bulan selepas kerja melobi itu, Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan Kehakiman melancarkan saman sivil terhadap 1MDB dan menggunakan sebaik mungkin perkataan MO1 bagi memburukkan Najib dan Barisan Nasional.

Adakah itu secara kebetulan? Tentu tidak.

Ada pula individu pembangkang yang bangga jika dipanggil ejen CIA atau ejen negara asing sebagaimana dilaporkan Malaysiakini minggu lalu.

Mengapa rakyat Malaysia dan pemimpin pembangkang mahu bekerjasama dengan kuasa negara luar untuk melancarkan propaganda dan memburukkan Malaysia agar mereka dapat berkuasa?

Ini adalah satu sabotaj terhadap negara kita. Ia satu penderhakaan.

9. Keuntungan dan perolehan 1MDB tetap tidak terjejas. Tiada mana-mana rakyat Malaysia mahupun generasi akan datang perlu membayar hutang 1MDB. Lanjutan dari penyelesaian IPIC dan 1MDB pada April 2017 serta usaha rasionalisasi dilakukan, 1MDB kini memiliki aset bernilai RM60 bilion berbanding dengan hutang jangka panjang (sehingga 2039) dianggarkan RM41.7 bilion.

Jika anda mempercayai Malaysiakini, maka keuntungan 1MDB akan bertambah lebih besar kerana unjuran kepada nilai Bandar Malaysia adalah RM90 bilion dan bukannya RM26 bilion.

Mengambil kira unjuran itu, aset 1MDB kini adalah RM124 bilion berbanding hutang RM41.7 bilion.

Untuk sekian lamanya, Pakatan dan portal menyokong mereka berterusan mendakwa kerajaan akan muflis kerana hutang 1MDB (di mana pada masa sama, ia telah dilangsaikan dan selebihnya sedang diuruskan) dan kononnya kerajaan terpaksa menggunakan GST, menggunakan subsidi minyak, menaikkan harga gula dan banyak lagi tuduhan untuk menyelamatkan 1MDB dan kononnya hutang syarikat itu akan menjadi beban kepada generasi akan datang.

Tetapi kini, penyokong Pakatan berkata kerajaan akan membuat keuntungan dari 1MDB dan tiada lagi hutang yang akan membebankan generasi akan datang.

Maka, tidak akan berlaku sesiapa perlu membayar hutang 1MDB. Malah, kemungkinan dan unjuran 1MDB akan membuat keuntungan adalah sangat tinggi.

10. Berbeza dengan masa lalu, pasaran kewangan tidak memberi sebarang reaksi kepada berita tentang saman sivil Jabatan Kehakiman ini. Begitu juga dengan kebanyakan rakyat Malaysia. Malah, nilai Ringgit juga tidak melemah dan bursa saham tidak jatuh.

Malah, pasaran saham Bursa Malaysia menokok disebalik berita ini. Ia berterusan meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi Malaysia yang baik dan prospek kita terus cerah. Pelabur berterusan memberi keyakinan kepada agenda transformasi yang dilakukan Perdana Menteri.

Tidak seperti masa lalu, rakyat Malaysia sudah mula memberi reaksi berbeza kepada berita Jabatan Kehakiman - 1MDB ini.

Sebagaimana ditulis wartawan veteran, Rocky Bru semalam:

"Sudah setahun sejak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan mengenai saman sivil melibatkan 1MDB. Sejak itu, Amerika Syarikat telah memilih Presiden baharu, Dr Mahathir Mohamad mengesahkan keinginannya mahu kembali sebagai Perdana Menteri dan saman sivil Jabatan Kehakiman masih tiada tindakan lanjuta (hanya pengumuman).

"Tindakan terkini jabatan itu masih mewujudkan elemen yang sama dan sensasi sebagaimana dilakukan mereka Julai tahun lalu.

"Maka mengapa tidak ramai rakyat Malaysia yang membincangkannya sebagaimana Julai lalu? Saya turut berada dalam beberapa grup Whatsapp dan hanya satu grup sahaja yang membincangkan tindakan terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dan maksud 'membincangkan' itu hanyalah seorang individu yang menyertakan capaian kepada berita itu yang boleh diguna untuk menyerang PM Najib.

"Adakah itu bermakna kita sudah lali dengan dakwaan berlaku rasuah atau mencuri berbilion?

"Atau kita secara amnya sudah tidak lagi mempercayai dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, apatah lagi sejak Julai lalu, tiada apa yang berlaku selepas itu?"

Pada kebanyakan orang dan terima kasih kepada kejayaan rasionalisasi 1MDB dan bukti ketara terhadap perkembangan dilakukan, ramai rakyat Malaysia sudah memahami cerita (negatif) mengenai 1MDB adalah membosankan dan sudah basi.

Serangan berterusan Pakatan terhadap 1MDB tidak membantu mereka di DALAM Pilihanraya Negeri Sarawak tahun lalu dan menerima kekalahan. Ia juga tidak membantu mereka menang di dua pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Maka, anda pasti tertanya-tanya mengapa Pakatan masih lagi bersikap bengap dan mahukan hasil yang berbeza dengan melakukan (serangan) yang sama berulangkali?



Monday, June 5, 2017


Image result for azmin bayar dua bulan bonus syed saddiq


Syahir : Syed Saddiq bukanlah orang yang pertama kagum tak tentu pasal tentang rizab Selangor yang dikata sudah mencecah RM4 billion dan juga pemberian bonus dua bulan setengah yang diberikan oleh kerajaan Selangor kepada penjawat awam Selangor.

Baru-baru ini beliau sering membandingkan bagaimana kerajaan Selangor mampu memberi bonus lebih tinggi daripada kerajaan persekutuan yang hanya memberikan RM500 kepada semua penjawat awam, bagaimana kerajaan Selangor boleh memberikan air percuma kepada seluruh rakyat Selangor, bagaimana kerajaan Selangor boleh menyediakan bas percuma kepada rakyat Selangor dan pada masa yang kerajaan negeri Selangor boleh mencatatkan lebihan belanjawan (surplus budget) dan rizab yang bertambah setiap tahun.

Syed Saddiq juga mencoretkan kisah dongeng "Amzin dan Masalan" yang jelas menunjukkan kekaguman beliau terhadap kerajaan pimpinan Azmin Ali di Selangor yang memberi pelbagai faedah kepada rakyat dan menyindir kerajaan persekutuan dan negeri di bawah Barisan Nasional yang di kaca mata beliau, menyelewengkan wang rakyat, tidak telus, mengamalkan rasuah dan sebagainya.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan bantuan khas RM500 untuk kakitangan awam sempena hari raya semalam, dengan pantas Syed Saddiq membangkitkan bonus dua bulan setengah yang diberikan oleh kerajaan Selangor dan membandingkannya dengan bantuan khas kerajaan persekutuan tersebut.

Saya ingin menjawab 3 soalan yang diajukan Syed Saddiq malam semalam tetapi bukan sebagai penyokong Najib Razak, hanya sebagai seorang yang sukakan hujah yang disokong angka dan fakta.

 


Jawapan kepada soalan pertama mudah. Rizab kerajaan negeri atau lebih tepat Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat hampir setiap tahun malah sebelum 2008 lagi setiap tahun rizab kerajaan Selangor meningkat:

 
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor 2007


Kenapa rizab Selangor di bawah Pakatan lebih tinggi daripada rizab di bawah BN? Kenapa kerajaan Selangor di bawah Pakatan boleh mengumpul rizab sehingga RM3 billion lebih tetapi BN hanya RM1.3 billion?

Soalan ini adalah soalan tidak cerdik yang menunjukkan kecetekan kefahaman seseorang tentang ilmu kewangan. Ia seolah-olah bertanya kenapa rizab kerajaan Sarawak pada zaman arwah Adnan Satem berjumlah RM29.4 billion tetapi rizab di bawah Taib Mahmud hanya RM23.3 billion atau kenapa rizab kerajaan Johor di bawah Khaled Nordin RM2.6 billion berbanding RM1.8 billion di bawah Ghani Othman?

Sudah tentulah rizab kerajaan Selangor akan berkembang selari dengan saiz ekonomi yang berkembang setiap tahun. KDNK Selangor pada tahun 2007 adalah RM128 billion manakala KDNK pada tahun 2015 adalah RM239 billion. KDNK Malaysia pada tahun 2007 dicatatkan pada RM665 billion dan KDNK pada tahun 2015 adalah RM1.15 trillion. Ekonomi negara yang sentiasa berkembang membolehkan kerajaan negeri mengutip lebih banyak hasil setiap tahun bukan sahaja kerajaan Selangor tetapi juga kerajaan negeri lain yang menyaksikan peningkatan rizab setiap tahun.

Selangor juga menerima limpahan kemakmuran ekonomi yang dibawa oleh kerajaan persekutuan melalui pelbagai projek infrastruktur seperti LRT, MRT, KLIA, lebuhraya dan juga syarikat-syarikat multinasional tempatan dan antarabangsa yang berpengkalan dan berurusniaga di Selangor yang kebetulannya di dalamnya terletak ibu negara Malaysia dan pusat pentadbiran Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya. Untuk mengatakan kemakmuran Selangor adalah disebabkan usaha kerajaan Selangor selepas 2008 semata-mata adalah mengabaikan fakta yang terbentang di depan mata.

Sebelum 2007 lagi Selangor merupakan negeri yang termaju dan terkaya di dalam Malaysia. Kerajaan Pakatan selepas 2007 hanyalah menyambung kemajuan pembangunan yang dibawa kerajaan BN sebelum itu:

 
KDNK Mengikut Negeri 2005 - 2009


Melihat kepada bonus kakitangan awam semata-mata sebagai pencapaian sesebuah kerajaan adalah dangkal. Bonus yang diberikan kepada 17,528 kakitangan awam jika dibandingkan dengan 6.3 juta rakyat Selangor adalah sangat sedikit iaitu 0.3%. Ini berbeza dengan 1.38 juta kakitangan awam persekutuan yang mewakili 4.3% populasi penduduk Malaysia yang membuktikan lebih ramai menerima manfaat daripada bonus yang diberi kerajaan persekutuan walaupun jumlahnya lebih rendah berbanding bonus Selangor.

Jawapan kepada soalan kedua Syed Saddiq adalah mudah. Selangor adalah negeri terkaya dan termaju dari segi saiz ekonomi dan kutipan hasil kerajaan. Tidak ada yang menghairankan apabila kerajaan Selangor membayar bonus yang lebih tinggi kepada kerajaan negeri yang lain.

Walaubagaimanapun jika dikira secara purata jumlah emolumen yang termasuk gaji, elaun, imbuhan, bonus kerajaan Johor membelanjakan lebih banyak untuk tujuan emolumen untuk kakitangan awam berbanding kerajaan Selangor.

Pada tahun 2015 kerajaan Johor membelanjakan sejumlah RM404.5 juta bagi tujuan emolumen. Terdapat 15,126 jumlah kakitangan awam negeri Johor. Ini bermaksud secara purata kerajaan Johor membelanjakan RM26,742 bagi setiap kakitangan awam negeri Johor:
  
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Johor

Pada tahun yang sama kerajaan Selangor membelanjakan sejumlah RM377.16 juta bagi tujuan emolumen dan terdapat 17,528 jumlah kakitangan awam negeri Selangor. Secara purata kerajaan Selangor membelanjakan RM21,517 bagi setiap kakitangan awam negeri Selangor:

 
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Selangor


Malah jika dibandingkan perbelanjaan emolumen berbanding hasil yang dikutip, kerajaan Johor membelanjakan 26% daripada kutipan hasil (RM1.55 billion) untuk perbelanjaan emolumen (RM404.5 juta) lebih tinggi daripada kerajaan Selangor yang membelanjakan 15% daripada kutipan hasil (RM2.53 billion) untuk perbelanjaan emolumen (RM377.16 juta).

 
Kutipan Hasil Kerajaan Johor


 
Kutipan Hasil Kerajaan Selangor


Pada pendapat anda siapakah yang menawarkan jumlah emolumen yang lebih pro-rakyat kepada penjawat awam negeri masing-masing? Adakah bagi Syed Saddiq penanda aras utama faedah dan manfaat kepada kakitangan awam hanyalah bonus setiap tahun?

Soalan ketiga Syed Saddiq membuktikan betapa simplistik pemikiran beliau tentang pengurusan kewangan kerajaan. Syed Saddiq menyangka "model" pentadbiran kerajaan Selangor boleh dilaksanakan dan direplikasikan di peringkat persekutuan. Pertama sekali Syed Saddiq kena faham perbezaan komponen hasil dan perbelanjaan kerajaan negeri dan persekutuan.

Hasil kerajaan negeri terhad kepada hal berkaitan tanah seperti cukai tanah, premium geran tanah, hasil hutan dan juga lesen, permit, cukai hiburan dan juga pemberian kerajaan persekutuan. Manakalah hasil kerajaan persekutuan lebih luas dengan kutipan cukai pendapatan individu, syarikat, petroleum, cukai tidak langsung, duti eksport dan import, duti eksais, faedah dan royalti, dividen pelaburan dan macam-macam lagi.

Perbelanjaan kerajaan negeri juga tidak seluas perbelanjaan kerajaan persekutuan yang meliputi emolumen dan bonus kakitangan awam di seluruh negara seperti guru, polis, tentera, imigresen, kastam termasuk yang bertugas di negeri-negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang persekutuan seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, perbelanjaan pencen kakitangan awam, pembelian aset-aset kerajaan, geran dan serahan kepada kerajaan negeri termasuk kerajaan Selangor dan badan-badan berkanun, subsidi dan juga perbelanjaan pembangunan yang merangkumi sektor ekonomi, sosial, keselamatan dan pertahanan awam, pendidikan, kesihatan, perumahan dan sebagainya.

Malah kerajaan persekutuan juga memberikan sejumlah RM758 juta kepada kerajaan Selangor setiap tahun dan sebahagian daripada jumlah pemberian ini dikira di dalam rizab RM4 billion yang dibangga-banggakan pembangkang termasuk Syed Saddiq:

 
Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri


 

 
Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri


Selain daripada itu Syed Saddiq juga perlu tahu penyumbang utama hasil kerajaan Selangor adalah kutipan premium geran tanah yang dikutip oleh kerajaan negeri apabila tanah diberimilik oleh kerajaan kepada pihak persendirian. Mereka yang ingin menyambung pajakan tanah mereka dengan kerajaan juga perlu membayar premium kepada kerajaan Selangor. Kini kutipan premium geran tanah menyumbang lebih 50% hasil kerajaan negeri setiap tahun berbeza pada zaman BN mentadbir Selangor di mana premium geran tanah hanya menyumbang sebanyak 26% hasil kerajaan negeri.

 
Penyumbang Utama Hasil Kerajaan Negeri Selangor

Premium geran tanah ini juga menyebabkan harga hartanah seperti rumah di Selangor meningkat naik mendadak berbanding negeri-negeri lain di Malaysia (kecuali Kuala Lumpur). Pada tahun 2015 harga rumah di Selangor mencatatkan kadar kenaikan tertinggi pada 8.1% berbanding negeri-negeri lain lebih tinggi daripada Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Kemungkinan besar penduduk Selangor tidak mampu untuk membeli dan memiliki rumah disebabkan harga rumah yang naik mendadak setiap tahun di Selangor. Ini dapat dibuktikan dengan kadar pemilikan rumah di Selangor antara yang terendah di Malaysia pada 70.2%. Hampir 30% penduduk Selangor tidak memiliki rumah berbanding negeri-negeri lain (kecuali Sabah) yang mencatatkan kadar pemilikan rumah lebih 80%. Ia sama ada orang Selangor suka menyewa atau mereka tidak mampu untuk membeli rumah:

 

Kadar Pemilikan Rumah Mengikut Negeri di Malaysia


Bilangan rumah kos rendah yang dibina di Selangor juga hanya 48 unit pada tahun 2014. Ini membuktikan kos premium geran tanah yang tinggi menyebabkan rakyat tidak mampu memiliki rumah di Selangor:

 
Bilangan Unit Rumah Kos Rendah Yang Siap Dibina


Apa guna bonus berbulan-bulan diberikan kepada kakitangan awam negeri Selangor tetapi rakyat kebanyakan tidak mampu memiliki rumah seperti rakyat di negeri lain? Rizab hampir RM4 billion tetapi hanya sedikit unit rumah kos rendah yang dibina untuk rakyat? Model inikah yang ingin dilaksanakan oleh pembangkang sekiranya mereka mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?

Saya rasa cukup saya menjawab 3 soalan Syed Saddiq di atas. Saya ada membaca ada balasan di Twitter beliau yang beliau retweet seperti di bawah:

 

 



Mari kita lihat sama ada Syed Saddiq berani retweet jawapan yang saya beri di atas. Kalau Syed Saddiq hendak membuktikan saya salah silakan buat hujahan balas dan saya akan sentiasa menunggu bila-bila masa dan di mana jua saya berada.



Tuesday, March 8, 2016

PENDEBAT TERBAIK ASIA Memalukan Diri Sendiri Apabila KECUT PERUT UNTUK Berdebat Isu Yang Difitnahnya Sendiri



Seorang bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) kepada syarikat minyak dan gas, Azmi Arshad yang dikenali di laman sosial Facebook antara yang sering mempertahankan kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan fakta serta rujukan kepada sumber sahih, menarik perhatian netizen apabila turut berdebat dengan seorang remaja, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikenali sebagai juara debat Asia di laman sosial Facebook.

Dengan jawapan dan persoalan berbelit-belit, remaja yang dipercayai masih lagi belum bekerja dan tinggal bersama ibunya, gagal menghamparkan bukti sokongan kepada dakwaannya.

Berikut adalah terjemahan perdebatan itu yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris.
Oleh Azmi Arshad
Saudara 
Syed Saddiq,

Anda telah menerima cabaran saya untuk berdebat mengenai 1MDB (dan sepatutnya kemudian nanti mengenai Tabung Haji) tetapi rantaian debat yang diwujudkan hanya menerima jawapan senyap daripada saudara.

Saya tahu anda boleh mengambil seberapa lama masa anda untuk menjawab tetapi anda tidak mempersoalkan biar satupun daripada 11 tuduhan yang saya senaraikan. Saya telah memberi peluang kepada saudara untuk menyatakan sama ada anda bersetuju atau sebaliknya terhadap tuduhan tersebut dan pertikaian saudara boleh datang kemudian. (
RUJUK SINI)

Saya juga memberi ruang kepada saudara untuk mengubah, memadam atau menambah kepada tuduhan itu. Namun tiada di rantaian debat itu.

Apapaun, sementara menanti anda, saya berfikir lebih baik saya menjawab ‘persoalan dan kebimbangan’ yang secara ketara adalah bagi melencong daripada tuduhan yang saya sudah senaraikan. Melencong pun melenconglah. (
RUJUK SINI)

Saya harus katakan ia adalah persoalan yang penat untuk dijawab kerana apa yang jelas, anda hanya menembak membuta-tuli dan berpaut pada dahan tuduhan yang rapuh serta gagal membuktikannya.

Selepas ini saya harap saudara dapat memperjelaskan kedudukan saudara pada setiap tuduhan dan mempertikaikannya bersandarkan kepada fakta, logik dan akal.

Saya harap tiada lagi taktik melengahkan daripada saudara. Hormati masyarakat yang mahu anda benar-benar berdebat.

Apapun, saya tetap menjawab taktik melencong saudara:

Hi saudara Syed Saddiq:

Bagi memudahkan debat/dialog ini, saya akan menstrukturkannya kepada tiga segmen:

1. Campur tangan dalam siasatan sedang dijalankan
2. Model bisnes 1MDB (pembiayaan politik)
3. Penipuan dan tidak konsisten

1. CAMPUR TANGAN DALAM SIASATAN SEDANG DIJALANKAN
Mengapa pasukan khas yang ditubuhkan tahun lalu ditamatkan oleh Pejabat Perdana Menteri/Datuk Seri Najib?

Pertama sekali, ‘pasukan khas tidak memiliki kesahihan undang-undang.’ Di bawah bidang kuasa mana ia boleh diwujudkan?

Kedua, ia bukan dibubarkan oleh Najib tetapi ia terbubar dengan sendirinya apabila Peguam Negara baharu, merasakan pasukan itu tiada arah tuju dan pihak pendakwaan tidak dapat menjadi sebahagian daripada pasukan siasatan, sesuatu yang masuk akal.

Ketiadaan pasukan khas itu langsung tidak menghalang Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara daripada saling bekerjasama dengan satu sama lain (sebagaimana sudah dilakukan dalam kes melibatkan pemindahan wang haram, penyeludupan dan aktiviti kongsi gelap), tetapi ia meminimakan perlanggaran dan konspirasi di kalangan kakitangan kerajaan yang mempunyai agenda tersembunyi.

Lagipun, pasukan itu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan media Wall Street Journal (WSJ) kononnya dana itu disalurkan daripada 1MDB dan pada peringkat awal lagi sudah dinyatakan SPRM, wang itu bukan daripada 1MDB.

(Rujuk kepada jawapan sebenar saya terhadap tuduhan itu #1: Wang RM2.6 bilion kononnya adalah daripada 1MDB, yang tidak dipedulikan saudara). Dan sudah diketahui umum, akaun ‘peribadi’ dirujuk menerima wang daripada SRC tidak dikendalikan Najib tetapi orang lain. Kesimpulannya: Pembubaran pasukan khas tidak mempunyai sebarang impak kepada keputusan akhir.



Saya yakin pegawai Cawangan Khas itu kerana keingkaran. (Editor: Polis Diraja Malaysia – PDRM adalah sebuah agensi penguatkuasa yang menitikberatkan disiplin dan kenyataan dikeluarkan ketika menjawat jawatan tanpa kelulusan/kebenaran Ketua Polis Negara adalah bertentangan dengan Arahan Ketua Polis Negara).

Ia amat jelas di laporan media di mana seorang pegawai Cawangan Khas mengisytiharkan kesetiaan kepada Tun Mahathir Mohamad dan bukan kepada kerajaan, justeru keputusannya akan berat sebelah.

(Editor: Ia bertentangan dengan ikrar setiap anggota dan pegawai PDRM sebagaimana berikut):



Bagi anggota PAC pula, kesan paling teruk pun ia hanya melengahkan sedikit proses dijalankan namun mengapa kedudukan dalam PAC menjejaskan peluang Ahli Parlimen terbabit untuk dinaikkan pangkat? Saya tidak nampak bagaimana kenaikan pangkat itu akan mengubah atau merosakkan sebarang bukti terhadap tuduhan terbabit?

Jawab persoalan ini:
Adakah ia menyebabkan kertas siasatan atau bukti hilang berikutan keputusan kenaikan pangkat ini?
Jika ya, bukti atau dokumen apa yang dimusnahkan?
Jika tiada bukti sebagaimana tuduhan dan membangkitkan ia menjadi isu besar, ia adalah tindakan mengalih perhatian tanpa halatuju. Kesimpulannya, tiada impak kepada keputusan akhir.



Terdapat asas untuk mengesyaki kebocoran maklumat di SPRM dan konspirasi untuk mengguling seorang pemimpin dipilih secara demokrasi. Pegawai SPRM tidak mempunyai imuniti untuk disiasat. (Editor: Perdana Menteri, dalam isu ini turut disiasat, maka, mengapa pegawai SPRM tidak boleh disiasat?).

Pegawai terbabit tidak menggambarkan mereka ditakutkan. Mereka lebih terarah kepada sikap berlagak, membuat kenyataan kepada media hingga Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim terpaksa mengeluarkan kenyataan berlapik terhadap mereka untuk jangan merepek. Apapun, adakah terdapat kehilangan bukti hasil daripada siasatan itu? Jika ya, apa bukti yang hilang?

Jika tiada bukti hilang mereka masih boleh membocorkan maklumat dan ini bukan satu isu pun. Kita pun sudah mengetahui, SPRM sudah melengkapkan siasatan dan tidak mengemukakan sebarang bukti berlaku salahlaku jenayah. Kesimpulannya, tiada impak kepada keputusan akhir.



Jika anda mempunyai daya pemikiran yang lebih tajam, anda pasti akan melihat ‘alasan kesihatan’ ini sebagai pengakhiran yang lebih baik. Dia boleh dipecat kerana tidak kompeten, cuai dan/atau terlibat dalam konspirasi haram untuk menggulingkan Perdana Menteri. Dia juga mungkin dipenjarakan dan kehilangan pencennya.

Tiada apa yang menghalang beliau daripada bercakap dengan media, dan kenapa dia senyap? Apa jua bukti yang Abd Gani perolehi, tentu sekali secara logiknya, SPRM dan Bank Negara Malaysia (BNM) sudahpun perolehinya memandangkan mereka turut berada dalam ‘pasukan khas’ yang sama, justeru penggantian Abdul Gani tidak akan mencacatkan bukti, jika ada pun.

Saya ada menulis mengenai persaraan Abduk Gani dan konspirasi yang mungkin wujud pada 9 Julai, 28 dan 31 Julai lalu:

https://www.facebook.com/azmi929/posts/821921261262012

https://www.facebook.com/azmi929/posts/831824626938342

https://www.facebook.com/azmi929/posts/833295033457968



Jelaskan secara terperinci salahlaku 1MDB. Apa bukti dikemukakan BNM?
Adakah BNM menyatakan RM2.6 bilion daripada 1MDB? Ya atau tidak?
Adakah BNM menyatakan terdapat pengubahsuaian wang? Ya atau tidak?
Adakah BNM menyatakan kemasukan derma ke dalam akaun peribadi sebagai satu jenayah? Ya atau tidak?

Jawapan saya kepada ketiga-tiga persoalan di atas adalah TIDAK namun anda dialukan untuk membuktikan jika ia bertentangan. Ia juga diketahui, BNM mengetahui dan membenarkan derma itu masuk ke dalam akaun, juga bagi pembayaran luar pesisir 1MDB.
Lihat jika anda mempunyai sebarang bantahan terhadap pernyataan berikut:

https://www.facebook.com/azmi929/posts/868489223271882

https://www.facebook.com/azmi929/posts/870935823027222

Kesimpulannya, anda hanya menegakkan benang yang basah.



Jelaskan secara terperinci dan terang apa yang Peguam Negara silap dan tidak mentafsirkan ia sebagai kononnya SPRM diketepikan. Peguam Negara meneliti kertas siasatan sebelum membuat keputusan dan beliau turut menjelaskannya dalam sidang media.

Juga, tiada peruntukan undang-undang untuk jawatankuasa rayuan dan di manakah anda mendapat terma itu? Pertemuan antara SPRM dan Peguam Negara bukanlah satu perjumpaan formal.

Apa yang SPRM mahu lakukan ialah membuat kunjungan hormat kepada Peguam Negara baharu. Memandangkan tiada kedesakan dan rasmi mengenai pertemuan itu, Peguam Negara menangguhkannya kerana beliau dipanggil mengadap Sultan bagi satu isu berkaitan kepentingan negara dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menjelaskannya.

Jika anda merujuk jawatankuasa itu kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, yang BUKANNYA satu jawatankuasa rayuan, mengapa panel itu menafikan kenyataan dikeluarkan SPRM? Anda hanya berpegang kepada maklumat tidak sahih.

http://www.mynation.news/wartawan-gosip-malaysian-insider/



Mereka tidak didakwa di bawah SOSMA. Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L, Kanun Keseksaan. SOSMA adalah prosedur. Mereka didakwa kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan. Apapun, apa bukti yang mereka kemukakan untuk menyokong tuduhan mereka berlaku rasuah?

Apa bukti yang mereka ada dan disembunyikan daripada masyarakat hingga mahu ke luar negara berselfie dan ‘berkongsi’ maklumat itu dengan pihak berkuasa luar negara? Saya syaki ‘bukti’ yang mereka miliki adalah dokumen sudah diubahsuai dan maklumat berpilih yang tidak menceritakan keseluruhan fakta sebenar.



Apa bukti yang mereka kemukakan setakat ini kononnya terdapat rasuah? Tiada. Dalam hal ini, pihak berkuasa Switzerland melalui Peguam Negaranya sudah mengesahkan Perdana Menteri tidak terlibat dalam siasatan mereka.

Manakala Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak pula menangkap Najib ketika beliau berada di negara itu baru-baru ini. Malah, Najib juga tidak bimbang untuk melakukan perjalanan ke luar negara bagi menunaikan tugasannya disebalik segala tuduhan kononnya terdapat kebenaran pada kenyataan mereka.



Anda perlu ketahui, bukan sekali The Malaysian Insider (TMI) mengubah tajuk artikel mereka kerana ia mengelirukan. Mereka sepatutnya dihalang lama dahulu. The Edge juga membuat pusingan U ketika melaporkan mengenai penjualan Edra oleh 1MDB. Sama ada mereka patut diheret ke mahkamah atau tidak adalah bergantung kepada 1MDB dan kerajaan dan ia juga bergantung kepada masa.

Adakah kita mahu menunggu keputusan mahkamah sementara mereka berterusan merosakkan negara? Lihat kepada contoh seperti pemimpin pembangkang yang membuat fitnah hingga mengakibatkan kerosakan?

Contohnya:

https://www.malaysiakini.com/news/272315



Senang?

Teliti dahulu bagaimana sesuatu kes mengambil masa untuk selesai. Jangan jadi bodoh. Adakah anda ingat bagaimana TMI membuat empat permohonan maaf dalam satu minggu dan tidak diheret ke mahkamah?

Beginilah, apa kata anda minta media terbabit membawa 1MDB ke mahkamah jika mereka merasakan dakwaan 1MDB terhadap mereka sebagai berbohong dan kuat putarbelit adalah fitnah. Ia memberi peluang kepada media (seperti TMI) untuk membuktikan mereka tidak putarbelit.



Kenapa dengan mereka? Perincikan secara jelas tuduhan mereka agar saya faham apa yang anda cuba cakapkan. Anda sendiri tidak mampu menjawab secara terperinci apa yang saya senaraikan pada rantaian status yang lain bagi memudahkan anda.

Penipuan yang dibuat sangat mudah dibuktikan sebaliknya tanpa perlu dibawa ke mahkamah manakala kenyataan samar-samar tidak bernilai untuk dibawa ke mahkamah.

Sama ada disaman atau tidak bergantung kepada aspek teknikal perundangan (di Amerika Syarikat) serta impak kepada penderma Arab Saudi tetapi anda pasti bersetuju standard paling rendah kewartawanan WSJ untuk memetik sumber tidak sahih tanpa perlu mengesahkan ‘bukti’ mereka.

Malah, WSJ sendiri tidak mampu menjawab pelbagai persoalan dilontar kepada mereka ketika menganjurkan sesi soal jawab dengan orang ramai di laman sosial Facebook, maka mengapa anda masih percaya kepada mereka?

Lihat kepada status saya sebelum ini:

https://www.facebook.com/azmi929/posts/906570572797080



Kebetulan apa? Laporan berita yang sama? Tentulah tidak.

Contohnya, New York Post akan memetik WSJ dan Sarawak Report. Sarawak Report memetik tabloid dan tulisan Rafizi.

Free Malaysia Today (FMT), TMI dan Malaysiakini pula saling memetik antara satu sama lain.

The Edge memiliki TMI.

WSJ, New York Post, Sunday Times dan Dow Jones dimiliki Rupert Murdoch. Maka, gunakanlah akal. Kesimpulannya, ia bukanlah kebetulan tetapi satu tindakan yang sudah dirancang serta standard paling rendah kewartawanan.

Apapun, media BBC turut melaporkan, “.. dana itu diluluskan di peringkat atasan, daripada Almarhum Raja Abdullah, dengan wang disalurkan daripada kewangan peribadi dan negara. Tujuan derma ini adalah mudah, kata sumber Saudi itu, ia adalah untuk membantu Najib dan gabungan parti politik Barisan Nasional memenangi pilihanraya, menggunakan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi fokus kepada Sarawak dan membiayai program sosial untuk kempen parti.”

CNBC turut memetik laporan BBC itu maka mengapa pula anda tidak mahu mempercayai laporan BBC dan CNBC itu?


Adakah saya perlu yakin hanya kerana anda menyatakan ‘sebaliknya?’ Itu bukan kualiti seorang yang kononnya juara debat Asia. Saya masih menanti debat anda dan fakta bagi menyokong segala tuduhan. “Saya kata sebaliknya” hanya satu penafian bukan debat.

2. MODEL BISNES 1MDB 


Sila jelaskan dengan lebih terperinci apa yang anda maksudkan ‘terlebih harga RM12.1 bilion.”

Anda kemudian bertentangan dengan kenyataan sendiri apabila menyatakan ia dijual pada harga rugi RM2.27 bilion.

Adakah 1MDB menambah nilai kepada hampir RM10 bilion antara masa mereka membelinya dan menjual aset tenaga itu?

Itu akan membanggakan, kecuali, tentu sekali jika anda silap contohnya: pembelian itu tidak melampaui harga RM12 bilion. Apapun, jika anda boleh menjelaskan bagaimana 1MDB telah membayar lebihan RM12 bilion tentu sekali anda boleh menjelaskan bagaimana mereka boleh memperoleh RM10 bilion sebelum penjualan itu.

Juga, sila beritahu saya apakah IRR 1MDB yang kita lihat, yang menyatakan pembelian itu melampaui RM12 bilion, atau adakah anda hanya membandingkan kepada nilai tetap buku aset terbabit?

Sebenarnya, 1MDB tidak rugi RM2.27 bilion. Anda terlupa (atau tidak tahu), faktanya ialah pembeli akan turut mengambil alih liabiliti.

Jumlah RM9.83 bilion terbabit adalah dalam ekuiti tunai tanpa hutang, tidakkah anda mempunyai penyelidikan? Maknanya, dengan pembeli turut menyerap hutang, harga jualan adalah lebih tinggi iaitu kira-kira RM17 bilion, di mana secara jelas mengenepikan dakwaan anda, terdapat kerugian RM2.27 bilion.



Tuduhan kononnya wang 1MDB digunakan untuk kempen? Tentu sekali ia salah. Maka, tunjukkan kepada saya pernyataan kewangan 1MDB di mana ia menunjukkan wang digunakan untuk kempen politik? Anda tidak akan menemuinya kerana ia tidak pernah terjadi. Saya sudah jelaskan faktanya yang merujuk kepada pembiayaan kempen melalui RM2.6 bilion yang bukan datang daripada 1MDB dan saya masih lagi menunggu saudara untuk mengemukakan bukti, fakta dan alasan logik yang menunjukkan sebaliknya.

Anda tidak membaca atau tidak memperdulikan fakta dibentangkan.




Anda hanya kitar semula tuduhan liar tanpa mengemukakan bukti bagi menyokongnya.

Rujuk kepada pertikaian saya terhadap Tuduhan #2 (USD700 juta kononnya dikeluarkan melalui Good Star Limited) dalam rantaian status debat sebelum ini.
Rujuk kepada artikel saya sebelum ini mengenai kenyataan BNM.
Saya sudah menunjukkan dengan jelas mengapa USD700 juta tidak mungkin dicuri daripada 1MDB, apatah lagi angka tidak masuk akal USD1.45 bilion. Sekarang, kemukakan kepada saya, bagaimana USD1.45 bilion boleh dicuri daripada 1MDB tanpa disedari pengaudit, BNM, SPRM atau PAC. (Jika anda mahu mengemukakan carta berwarna warni, silakan, tetapi bersiap sedia untuk menjawab tentang carta itu nanti. Maka, jika anda tidak dapat mengemukakan bukti, lebih baik elakkan daripada malu sendiri).
Anda menyatakan pengaudit menandatangani akaun palsu dan dipalsukan. Kita bercakap mengenai USD1.83 bilion di sini bagi aset tidak wujud sebagaimana didakwa anda. Saya cabar anda membuat laporan polis terhadap pengaudit terbabit atau sekurang-kurangnya membuat aduan kes anda kepada MIA atau MICPA. Ada berani?



Maaf, saya tidak tahu apakah makna “disoised.” Saya andaikan ia adalah ‘disposed’? (Lain kali anda seharusnya membaca dan memahami dengan betul apa yang dihantar kepada anda untuk ‘copy and paste’ (salin dan tampal). Jika perkataan itu tidak masuk akal, tanya kembali kepada penghantarnya).

Pelaburan itu dibuat, perolehan USD488 juta adalah benar tetapi anda tidak mengambil kira fakta sokongan. Rujuk kembali kepada penjelasan saya melalui Tuduhan #2 (USD700 juta dicuri melalui Good Star Limited) dalam rantaian debat.

Pelaburan itu terpapar pada Pernyataan Kewangan 1MDB bagi tahun kewangan 2014, maka adakah orang ramai akan mempercayai anda dan bukannya firma audit Deloitte (pengaudit yang berdiri teguh pada akaun terbabit), Ketua Audit Negara dan PAC, kalaupun anda tidak percaya kepada kenyataan 1MDB?

Apa yang anda ada untuk membuktikan saya perlu percaya kepada anda dan bukan mereka yang bertauliah? Saya tidak tahu mengenai Bridge Partners, namun saya yakin mereka dilesenkan untuk mentadbir pelaburan 1MDB, namun itu tidak mengubah fakta selepas penebusan aset melalui BSI Singapura tanpa sebarang isu.

Apa yang anda mahu kemukaan di sini? Paling teruk ialah, terdapat kepincangan peringkat pentadbiran atau paling buruk, anda berbohong.



Ia adalah KMPG dan bukannya KPMY. KMPG tidak dipecat. Pertukaran pengaudit bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ini sudah dijelaskan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, melalui temuramah televisyen, ia adalah piawaian antarabangsa untuk menukar firma audit setiap tiga tahun.



Jika KMPG dipecat sekalipun berikutan keraguan dalam 1MDB, mereka wajib melaporkannya tetapi mereka tidak melakukannya?

Rakan kongsi KPMG sudah tentu tidak mahu mengambil risiko dipenjarakan. Jikapun KPMG kononnya dipecat, firma audit seterusnya iaitu Deloitte sudah tentu tidak mahu mengesahkan atau melindungi sebarang salahlaku jenayah yang boleh melanggar Akta Syarikat.

Ini adalah sebuah pasukan yang besar, melibatkan rakan kongsi, junior, senior, penyelia dan pengurus melakukan audit dan jika salah seorang daripada mereka membocorkan maklumat kalaupun ada berlaku salahlaku jenayah, sudah tentu siasatan akan dilancarkan terhadap dokumen audit. Tetapi sebagaimana saya nyatakan sebelum ini, kita tidak melihat KPMG atau Deloitte memusnahkan dokumen sebagaimana dilakukan Arthur Andersen ketika penipuan Enron berlaku.



Apa yang kita tahu ialah, 1MDB sudahpun membayar Aabar daripada perolehan penebusan pertama berjumlah USD1.22 bilion – sila rujuk kepada nota pernyataan melalui Penyata Kewangan 1MDB 2014. Sama ada sebahagian daripada daripada pinjaman USD975 juta digunakan untuk membayar bagi pilihan pemberhentian (dengan andaian terdapat lebih daripada satu pembayaran), adalah soal kedua dan ia adalah tidak relevan.

Soalan yang anda perlu tanya ialah sudahkah IPIC menuntut atau menyaman 1MDB atas sebarang wang yang dihutang? Jawapannya adalah tidak. Kenapa tidak? Secara jelas, jawapannya ialah kerana 1MDB sudah membayar mereka Itu logik. Tetapi jika logik tidak cukup untuk anda, lihat sendiri Penyata Kewangan IPIC untuk sebarang maklumat bertentangan.
Izinkan saya menjelaskan mengapa dakwaan anda 1MDB tidak membayar IPIC Aabar adalah tuduhan liar, tidak berasas serta tidak masuk akal.

Mari kita lihat bukti dan gunakan logik serta akal.

Untuk bukti, sila lihat kepada akaun interim IPIC bagi tempoh berakhir 30 Jun 2015. Dalam akaun itu, Note 22 Page 30, saya huraikan menggunakan terma mudah yang menyatakan:

i. IPIC menyerahkan opsyen
ii. IPIC membayar 1MDB USD1 bilion bagi menjelaskan pinjaman USD975 juta dan liabiliti lain
iii. IPIC mengambil alih pinjaman 1MDB berjumlah USD3.5 bilion, dan
iv. IPIC mengenepikan hutang lain 1MDB

Sekarang, kita gunakan logik dan akal. Jika 1MDB sudah membayar pihak lain dan bukannya IPIC/Aabar, mengapa pula IPIC akan melakukan perkara di atas?

Fikir sungguh-sungguh sebelum anda menjawab dengan jelas.



Pertama sekali, “Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri secara konsisten menipu rakyat Malaysia” adalah sesuatu yang bodoh dan kesimpulan terdesak oleh anda.

Kesilapan itu adalah pada peringkat pentadbiran dan langsung tidak menggambarkan ada wang hilang.

Aset BSI itu adalah aset sama nilai dengan tunai.

Pergi ambil kenyataan kewangan dan lihat satu perkara di bawah ‘Statement of Financial Position (Balance Sheet)’ dinamakan “Cash and cash equivalent”.

Ia adalah perkara kecil, tidak signifikan dan tidak penting pada aset dan ia bukanlah baharu.

Apa yang anda perlu tunjukkan ialah adakah aset BSI itu tiada nilai?

Saya tahu anda tidak mampu menghuraikannya tetapi silakan untuk tujuan hiburan kami.

Yang kedua, bagaimana anda membuat kesimpulan, “It also means that the MONEY INVESTED IN PETROSAUDI which was reinvested in Caymans Island, are still missing and unaccounted for” adalah sangat mengelirukan.

Jika ia benar, mana datangnya wang untuk membayar opsyen pemberhentian IPIC/Aabar, modal keraja dan pembayaran faedah?

Pastikan anda menjawab persoalan itu.

Bagaimanapun, jika anda mahu mendakwa wang itu datangnya daripada pinjaman Deutsche USD975 juta, jelaskan pula bagaimana mereka memberikan pinjaman bersandarkan kepada wang/ aset yang ‘masih hilang dan tidak dihitung’ sebagai cagaran.



Saya pun hairan mengapa dan bagaimana ia boleh membuktikan sebarang tuduhan. Jika anda mengambil berbulan untuk mengetahui, maka saya pun menganggap anda tidak tahu. Dan jika anda tidak tahu, anda hanya menembak dalam gelap bagi mengalih perhatian.

Kesimpulannya, beritahu saya dalam beberapa bulan ya.



Tunjukkan saya bukti daripada Najib sebagaimana didakwa, yang memetik beliau sebagai berkata “wang itu tiada dalam akaun.” Apa yang saya ingat apa yang dinyatakan beliau adalah, wang itu bukan digunakan untuk peribadi. Kesimpulannya, anda pemalas untuk membuat penyelidikan.



Ya, melainkan anda boleh nyatakan kepercayaan anda dan sokong ia dengan bukti serta fakta dan bukan dengan membuat persoalan membuta-tuli.


Anda terlupa untuk menyebut di mana menteri Arab Saudi juga menyebut Peguam Negara adalah tepat untuk tidak menyabitkan Perdana Menteri dengan sebarang salahlaku.

Tetapi benarkan saya memahami in
i, anda sendiri mengaku “ia mencadangkan.”

Ya, anda betul. Beliau mencadangkan kerana tidak ada akses kepada keseluruhan maklumat derma itu. Maka, bagaimana itu membuktikan ia bukan satu derma? Jika ‘ia mencadangkan’ ia adalah untuk pelaburan sekalipun, ia mungkin kerana Amerika Syarikat juga sedang memerhati.




Pertemuan Datuk Seri Najib dan Raja Salman di Riyadh, baru-baru ini. Tiada laporan menghentam Perdana Menteri mengenai derma RM2.6 bilion sepanjang pertemuan itu. Malah, Datuk Seri Najib turut diberi sambutan negara di Arab Saudi.

Sebab lain ialah, membantu sebuah kerajaan Islam untuk memenangi pilihanraya adalah satu pelaburan tetapi bukanlah pada sudut kuantitif tetapi secara kualitatif pada sudut kepentingan ummah.

Seperti saya katakan, ia dilaporkan yang menteri Arab Saudi menyatakan adalah tepat Peguam Negara tidak menyabitkan Najib dengan sebarang salahlaku dan anda juga turut mengambil kira ‘cadangan’ dalam persoalan anda.

Nanti dahulu, anda bersetuju wang itu sememangnya datang daripada penderma Arab dan bukannya 1MDB, meskipun “ia adalah satu pelaburan?”

Maka, anda sendiri bercanggah dengan kenyataan anda sendiri.



Saya tidak tahu mengapa anda perlu menggunakan huruf besar mengandaikan anda sudah berjaya. Kita tidak mempunyai maklumat syarat derma itu. Jika ia digunakan untuk pilihanraya dan tidak semua wang itu digunakan sebaik pilihanraya selesai dan dimenangi, tentu sekali wang lebihan perlu dipulangkan dan anda sepatutnya bangga dengan Perdana Menteri di atas kejujurannya.

Jika ia bukan derma, apa dia?

Jika anda menyatakan wang itu bukan daripada penderma Arab, kenapa anda sebut menteri Arab Saudi ”mencadangkan” wang itu untuk ‘pelaburan’, bermakna ia bukan daripada 1MDB?

Seperti saya katakan sebelum ini, anda sering bercanggah dengan kenyataan anda sendiri.




DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.