Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 8, 2016

PENDEBAT TERBAIK ASIA Memalukan Diri Sendiri Apabila KECUT PERUT UNTUK Berdebat Isu Yang Difitnahnya Sendiri



Seorang bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) kepada syarikat minyak dan gas, Azmi Arshad yang dikenali di laman sosial Facebook antara yang sering mempertahankan kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan fakta serta rujukan kepada sumber sahih, menarik perhatian netizen apabila turut berdebat dengan seorang remaja, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikenali sebagai juara debat Asia di laman sosial Facebook.

Dengan jawapan dan persoalan berbelit-belit, remaja yang dipercayai masih lagi belum bekerja dan tinggal bersama ibunya, gagal menghamparkan bukti sokongan kepada dakwaannya.

Berikut adalah terjemahan perdebatan itu yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris.
Oleh Azmi Arshad
Saudara 
Syed Saddiq,

Anda telah menerima cabaran saya untuk berdebat mengenai 1MDB (dan sepatutnya kemudian nanti mengenai Tabung Haji) tetapi rantaian debat yang diwujudkan hanya menerima jawapan senyap daripada saudara.

Saya tahu anda boleh mengambil seberapa lama masa anda untuk menjawab tetapi anda tidak mempersoalkan biar satupun daripada 11 tuduhan yang saya senaraikan. Saya telah memberi peluang kepada saudara untuk menyatakan sama ada anda bersetuju atau sebaliknya terhadap tuduhan tersebut dan pertikaian saudara boleh datang kemudian. (
RUJUK SINI)

Saya juga memberi ruang kepada saudara untuk mengubah, memadam atau menambah kepada tuduhan itu. Namun tiada di rantaian debat itu.

Apapaun, sementara menanti anda, saya berfikir lebih baik saya menjawab ‘persoalan dan kebimbangan’ yang secara ketara adalah bagi melencong daripada tuduhan yang saya sudah senaraikan. Melencong pun melenconglah. (
RUJUK SINI)

Saya harus katakan ia adalah persoalan yang penat untuk dijawab kerana apa yang jelas, anda hanya menembak membuta-tuli dan berpaut pada dahan tuduhan yang rapuh serta gagal membuktikannya.

Selepas ini saya harap saudara dapat memperjelaskan kedudukan saudara pada setiap tuduhan dan mempertikaikannya bersandarkan kepada fakta, logik dan akal.

Saya harap tiada lagi taktik melengahkan daripada saudara. Hormati masyarakat yang mahu anda benar-benar berdebat.

Apapun, saya tetap menjawab taktik melencong saudara:

Hi saudara Syed Saddiq:

Bagi memudahkan debat/dialog ini, saya akan menstrukturkannya kepada tiga segmen:

1. Campur tangan dalam siasatan sedang dijalankan
2. Model bisnes 1MDB (pembiayaan politik)
3. Penipuan dan tidak konsisten

1. CAMPUR TANGAN DALAM SIASATAN SEDANG DIJALANKAN
Mengapa pasukan khas yang ditubuhkan tahun lalu ditamatkan oleh Pejabat Perdana Menteri/Datuk Seri Najib?

Pertama sekali, ‘pasukan khas tidak memiliki kesahihan undang-undang.’ Di bawah bidang kuasa mana ia boleh diwujudkan?

Kedua, ia bukan dibubarkan oleh Najib tetapi ia terbubar dengan sendirinya apabila Peguam Negara baharu, merasakan pasukan itu tiada arah tuju dan pihak pendakwaan tidak dapat menjadi sebahagian daripada pasukan siasatan, sesuatu yang masuk akal.

Ketiadaan pasukan khas itu langsung tidak menghalang Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara daripada saling bekerjasama dengan satu sama lain (sebagaimana sudah dilakukan dalam kes melibatkan pemindahan wang haram, penyeludupan dan aktiviti kongsi gelap), tetapi ia meminimakan perlanggaran dan konspirasi di kalangan kakitangan kerajaan yang mempunyai agenda tersembunyi.

Lagipun, pasukan itu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan media Wall Street Journal (WSJ) kononnya dana itu disalurkan daripada 1MDB dan pada peringkat awal lagi sudah dinyatakan SPRM, wang itu bukan daripada 1MDB.

(Rujuk kepada jawapan sebenar saya terhadap tuduhan itu #1: Wang RM2.6 bilion kononnya adalah daripada 1MDB, yang tidak dipedulikan saudara). Dan sudah diketahui umum, akaun ‘peribadi’ dirujuk menerima wang daripada SRC tidak dikendalikan Najib tetapi orang lain. Kesimpulannya: Pembubaran pasukan khas tidak mempunyai sebarang impak kepada keputusan akhir.



Saya yakin pegawai Cawangan Khas itu kerana keingkaran. (Editor: Polis Diraja Malaysia – PDRM adalah sebuah agensi penguatkuasa yang menitikberatkan disiplin dan kenyataan dikeluarkan ketika menjawat jawatan tanpa kelulusan/kebenaran Ketua Polis Negara adalah bertentangan dengan Arahan Ketua Polis Negara).

Ia amat jelas di laporan media di mana seorang pegawai Cawangan Khas mengisytiharkan kesetiaan kepada Tun Mahathir Mohamad dan bukan kepada kerajaan, justeru keputusannya akan berat sebelah.

(Editor: Ia bertentangan dengan ikrar setiap anggota dan pegawai PDRM sebagaimana berikut):



Bagi anggota PAC pula, kesan paling teruk pun ia hanya melengahkan sedikit proses dijalankan namun mengapa kedudukan dalam PAC menjejaskan peluang Ahli Parlimen terbabit untuk dinaikkan pangkat? Saya tidak nampak bagaimana kenaikan pangkat itu akan mengubah atau merosakkan sebarang bukti terhadap tuduhan terbabit?

Jawab persoalan ini:
Adakah ia menyebabkan kertas siasatan atau bukti hilang berikutan keputusan kenaikan pangkat ini?
Jika ya, bukti atau dokumen apa yang dimusnahkan?
Jika tiada bukti sebagaimana tuduhan dan membangkitkan ia menjadi isu besar, ia adalah tindakan mengalih perhatian tanpa halatuju. Kesimpulannya, tiada impak kepada keputusan akhir.



Terdapat asas untuk mengesyaki kebocoran maklumat di SPRM dan konspirasi untuk mengguling seorang pemimpin dipilih secara demokrasi. Pegawai SPRM tidak mempunyai imuniti untuk disiasat. (Editor: Perdana Menteri, dalam isu ini turut disiasat, maka, mengapa pegawai SPRM tidak boleh disiasat?).

Pegawai terbabit tidak menggambarkan mereka ditakutkan. Mereka lebih terarah kepada sikap berlagak, membuat kenyataan kepada media hingga Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim terpaksa mengeluarkan kenyataan berlapik terhadap mereka untuk jangan merepek. Apapun, adakah terdapat kehilangan bukti hasil daripada siasatan itu? Jika ya, apa bukti yang hilang?

Jika tiada bukti hilang mereka masih boleh membocorkan maklumat dan ini bukan satu isu pun. Kita pun sudah mengetahui, SPRM sudah melengkapkan siasatan dan tidak mengemukakan sebarang bukti berlaku salahlaku jenayah. Kesimpulannya, tiada impak kepada keputusan akhir.



Jika anda mempunyai daya pemikiran yang lebih tajam, anda pasti akan melihat ‘alasan kesihatan’ ini sebagai pengakhiran yang lebih baik. Dia boleh dipecat kerana tidak kompeten, cuai dan/atau terlibat dalam konspirasi haram untuk menggulingkan Perdana Menteri. Dia juga mungkin dipenjarakan dan kehilangan pencennya.

Tiada apa yang menghalang beliau daripada bercakap dengan media, dan kenapa dia senyap? Apa jua bukti yang Abd Gani perolehi, tentu sekali secara logiknya, SPRM dan Bank Negara Malaysia (BNM) sudahpun perolehinya memandangkan mereka turut berada dalam ‘pasukan khas’ yang sama, justeru penggantian Abdul Gani tidak akan mencacatkan bukti, jika ada pun.

Saya ada menulis mengenai persaraan Abduk Gani dan konspirasi yang mungkin wujud pada 9 Julai, 28 dan 31 Julai lalu:

https://www.facebook.com/azmi929/posts/821921261262012

https://www.facebook.com/azmi929/posts/831824626938342

https://www.facebook.com/azmi929/posts/833295033457968



Jelaskan secara terperinci salahlaku 1MDB. Apa bukti dikemukakan BNM?
Adakah BNM menyatakan RM2.6 bilion daripada 1MDB? Ya atau tidak?
Adakah BNM menyatakan terdapat pengubahsuaian wang? Ya atau tidak?
Adakah BNM menyatakan kemasukan derma ke dalam akaun peribadi sebagai satu jenayah? Ya atau tidak?

Jawapan saya kepada ketiga-tiga persoalan di atas adalah TIDAK namun anda dialukan untuk membuktikan jika ia bertentangan. Ia juga diketahui, BNM mengetahui dan membenarkan derma itu masuk ke dalam akaun, juga bagi pembayaran luar pesisir 1MDB.
Lihat jika anda mempunyai sebarang bantahan terhadap pernyataan berikut:

https://www.facebook.com/azmi929/posts/868489223271882

https://www.facebook.com/azmi929/posts/870935823027222

Kesimpulannya, anda hanya menegakkan benang yang basah.



Jelaskan secara terperinci dan terang apa yang Peguam Negara silap dan tidak mentafsirkan ia sebagai kononnya SPRM diketepikan. Peguam Negara meneliti kertas siasatan sebelum membuat keputusan dan beliau turut menjelaskannya dalam sidang media.

Juga, tiada peruntukan undang-undang untuk jawatankuasa rayuan dan di manakah anda mendapat terma itu? Pertemuan antara SPRM dan Peguam Negara bukanlah satu perjumpaan formal.

Apa yang SPRM mahu lakukan ialah membuat kunjungan hormat kepada Peguam Negara baharu. Memandangkan tiada kedesakan dan rasmi mengenai pertemuan itu, Peguam Negara menangguhkannya kerana beliau dipanggil mengadap Sultan bagi satu isu berkaitan kepentingan negara dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menjelaskannya.

Jika anda merujuk jawatankuasa itu kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, yang BUKANNYA satu jawatankuasa rayuan, mengapa panel itu menafikan kenyataan dikeluarkan SPRM? Anda hanya berpegang kepada maklumat tidak sahih.

http://www.mynation.news/wartawan-gosip-malaysian-insider/



Mereka tidak didakwa di bawah SOSMA. Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L, Kanun Keseksaan. SOSMA adalah prosedur. Mereka didakwa kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan. Apapun, apa bukti yang mereka kemukakan untuk menyokong tuduhan mereka berlaku rasuah?

Apa bukti yang mereka ada dan disembunyikan daripada masyarakat hingga mahu ke luar negara berselfie dan ‘berkongsi’ maklumat itu dengan pihak berkuasa luar negara? Saya syaki ‘bukti’ yang mereka miliki adalah dokumen sudah diubahsuai dan maklumat berpilih yang tidak menceritakan keseluruhan fakta sebenar.



Apa bukti yang mereka kemukakan setakat ini kononnya terdapat rasuah? Tiada. Dalam hal ini, pihak berkuasa Switzerland melalui Peguam Negaranya sudah mengesahkan Perdana Menteri tidak terlibat dalam siasatan mereka.

Manakala Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak pula menangkap Najib ketika beliau berada di negara itu baru-baru ini. Malah, Najib juga tidak bimbang untuk melakukan perjalanan ke luar negara bagi menunaikan tugasannya disebalik segala tuduhan kononnya terdapat kebenaran pada kenyataan mereka.



Anda perlu ketahui, bukan sekali The Malaysian Insider (TMI) mengubah tajuk artikel mereka kerana ia mengelirukan. Mereka sepatutnya dihalang lama dahulu. The Edge juga membuat pusingan U ketika melaporkan mengenai penjualan Edra oleh 1MDB. Sama ada mereka patut diheret ke mahkamah atau tidak adalah bergantung kepada 1MDB dan kerajaan dan ia juga bergantung kepada masa.

Adakah kita mahu menunggu keputusan mahkamah sementara mereka berterusan merosakkan negara? Lihat kepada contoh seperti pemimpin pembangkang yang membuat fitnah hingga mengakibatkan kerosakan?

Contohnya:

https://www.malaysiakini.com/news/272315



Senang?

Teliti dahulu bagaimana sesuatu kes mengambil masa untuk selesai. Jangan jadi bodoh. Adakah anda ingat bagaimana TMI membuat empat permohonan maaf dalam satu minggu dan tidak diheret ke mahkamah?

Beginilah, apa kata anda minta media terbabit membawa 1MDB ke mahkamah jika mereka merasakan dakwaan 1MDB terhadap mereka sebagai berbohong dan kuat putarbelit adalah fitnah. Ia memberi peluang kepada media (seperti TMI) untuk membuktikan mereka tidak putarbelit.



Kenapa dengan mereka? Perincikan secara jelas tuduhan mereka agar saya faham apa yang anda cuba cakapkan. Anda sendiri tidak mampu menjawab secara terperinci apa yang saya senaraikan pada rantaian status yang lain bagi memudahkan anda.

Penipuan yang dibuat sangat mudah dibuktikan sebaliknya tanpa perlu dibawa ke mahkamah manakala kenyataan samar-samar tidak bernilai untuk dibawa ke mahkamah.

Sama ada disaman atau tidak bergantung kepada aspek teknikal perundangan (di Amerika Syarikat) serta impak kepada penderma Arab Saudi tetapi anda pasti bersetuju standard paling rendah kewartawanan WSJ untuk memetik sumber tidak sahih tanpa perlu mengesahkan ‘bukti’ mereka.

Malah, WSJ sendiri tidak mampu menjawab pelbagai persoalan dilontar kepada mereka ketika menganjurkan sesi soal jawab dengan orang ramai di laman sosial Facebook, maka mengapa anda masih percaya kepada mereka?

Lihat kepada status saya sebelum ini:

https://www.facebook.com/azmi929/posts/906570572797080



Kebetulan apa? Laporan berita yang sama? Tentulah tidak.

Contohnya, New York Post akan memetik WSJ dan Sarawak Report. Sarawak Report memetik tabloid dan tulisan Rafizi.

Free Malaysia Today (FMT), TMI dan Malaysiakini pula saling memetik antara satu sama lain.

The Edge memiliki TMI.

WSJ, New York Post, Sunday Times dan Dow Jones dimiliki Rupert Murdoch. Maka, gunakanlah akal. Kesimpulannya, ia bukanlah kebetulan tetapi satu tindakan yang sudah dirancang serta standard paling rendah kewartawanan.

Apapun, media BBC turut melaporkan, “.. dana itu diluluskan di peringkat atasan, daripada Almarhum Raja Abdullah, dengan wang disalurkan daripada kewangan peribadi dan negara. Tujuan derma ini adalah mudah, kata sumber Saudi itu, ia adalah untuk membantu Najib dan gabungan parti politik Barisan Nasional memenangi pilihanraya, menggunakan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi fokus kepada Sarawak dan membiayai program sosial untuk kempen parti.”

CNBC turut memetik laporan BBC itu maka mengapa pula anda tidak mahu mempercayai laporan BBC dan CNBC itu?


Adakah saya perlu yakin hanya kerana anda menyatakan ‘sebaliknya?’ Itu bukan kualiti seorang yang kononnya juara debat Asia. Saya masih menanti debat anda dan fakta bagi menyokong segala tuduhan. “Saya kata sebaliknya” hanya satu penafian bukan debat.

2. MODEL BISNES 1MDB 


Sila jelaskan dengan lebih terperinci apa yang anda maksudkan ‘terlebih harga RM12.1 bilion.”

Anda kemudian bertentangan dengan kenyataan sendiri apabila menyatakan ia dijual pada harga rugi RM2.27 bilion.

Adakah 1MDB menambah nilai kepada hampir RM10 bilion antara masa mereka membelinya dan menjual aset tenaga itu?

Itu akan membanggakan, kecuali, tentu sekali jika anda silap contohnya: pembelian itu tidak melampaui harga RM12 bilion. Apapun, jika anda boleh menjelaskan bagaimana 1MDB telah membayar lebihan RM12 bilion tentu sekali anda boleh menjelaskan bagaimana mereka boleh memperoleh RM10 bilion sebelum penjualan itu.

Juga, sila beritahu saya apakah IRR 1MDB yang kita lihat, yang menyatakan pembelian itu melampaui RM12 bilion, atau adakah anda hanya membandingkan kepada nilai tetap buku aset terbabit?

Sebenarnya, 1MDB tidak rugi RM2.27 bilion. Anda terlupa (atau tidak tahu), faktanya ialah pembeli akan turut mengambil alih liabiliti.

Jumlah RM9.83 bilion terbabit adalah dalam ekuiti tunai tanpa hutang, tidakkah anda mempunyai penyelidikan? Maknanya, dengan pembeli turut menyerap hutang, harga jualan adalah lebih tinggi iaitu kira-kira RM17 bilion, di mana secara jelas mengenepikan dakwaan anda, terdapat kerugian RM2.27 bilion.



Tuduhan kononnya wang 1MDB digunakan untuk kempen? Tentu sekali ia salah. Maka, tunjukkan kepada saya pernyataan kewangan 1MDB di mana ia menunjukkan wang digunakan untuk kempen politik? Anda tidak akan menemuinya kerana ia tidak pernah terjadi. Saya sudah jelaskan faktanya yang merujuk kepada pembiayaan kempen melalui RM2.6 bilion yang bukan datang daripada 1MDB dan saya masih lagi menunggu saudara untuk mengemukakan bukti, fakta dan alasan logik yang menunjukkan sebaliknya.

Anda tidak membaca atau tidak memperdulikan fakta dibentangkan.




Anda hanya kitar semula tuduhan liar tanpa mengemukakan bukti bagi menyokongnya.

Rujuk kepada pertikaian saya terhadap Tuduhan #2 (USD700 juta kononnya dikeluarkan melalui Good Star Limited) dalam rantaian status debat sebelum ini.
Rujuk kepada artikel saya sebelum ini mengenai kenyataan BNM.
Saya sudah menunjukkan dengan jelas mengapa USD700 juta tidak mungkin dicuri daripada 1MDB, apatah lagi angka tidak masuk akal USD1.45 bilion. Sekarang, kemukakan kepada saya, bagaimana USD1.45 bilion boleh dicuri daripada 1MDB tanpa disedari pengaudit, BNM, SPRM atau PAC. (Jika anda mahu mengemukakan carta berwarna warni, silakan, tetapi bersiap sedia untuk menjawab tentang carta itu nanti. Maka, jika anda tidak dapat mengemukakan bukti, lebih baik elakkan daripada malu sendiri).
Anda menyatakan pengaudit menandatangani akaun palsu dan dipalsukan. Kita bercakap mengenai USD1.83 bilion di sini bagi aset tidak wujud sebagaimana didakwa anda. Saya cabar anda membuat laporan polis terhadap pengaudit terbabit atau sekurang-kurangnya membuat aduan kes anda kepada MIA atau MICPA. Ada berani?



Maaf, saya tidak tahu apakah makna “disoised.” Saya andaikan ia adalah ‘disposed’? (Lain kali anda seharusnya membaca dan memahami dengan betul apa yang dihantar kepada anda untuk ‘copy and paste’ (salin dan tampal). Jika perkataan itu tidak masuk akal, tanya kembali kepada penghantarnya).

Pelaburan itu dibuat, perolehan USD488 juta adalah benar tetapi anda tidak mengambil kira fakta sokongan. Rujuk kembali kepada penjelasan saya melalui Tuduhan #2 (USD700 juta dicuri melalui Good Star Limited) dalam rantaian debat.

Pelaburan itu terpapar pada Pernyataan Kewangan 1MDB bagi tahun kewangan 2014, maka adakah orang ramai akan mempercayai anda dan bukannya firma audit Deloitte (pengaudit yang berdiri teguh pada akaun terbabit), Ketua Audit Negara dan PAC, kalaupun anda tidak percaya kepada kenyataan 1MDB?

Apa yang anda ada untuk membuktikan saya perlu percaya kepada anda dan bukan mereka yang bertauliah? Saya tidak tahu mengenai Bridge Partners, namun saya yakin mereka dilesenkan untuk mentadbir pelaburan 1MDB, namun itu tidak mengubah fakta selepas penebusan aset melalui BSI Singapura tanpa sebarang isu.

Apa yang anda mahu kemukaan di sini? Paling teruk ialah, terdapat kepincangan peringkat pentadbiran atau paling buruk, anda berbohong.



Ia adalah KMPG dan bukannya KPMY. KMPG tidak dipecat. Pertukaran pengaudit bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ini sudah dijelaskan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, melalui temuramah televisyen, ia adalah piawaian antarabangsa untuk menukar firma audit setiap tiga tahun.



Jika KMPG dipecat sekalipun berikutan keraguan dalam 1MDB, mereka wajib melaporkannya tetapi mereka tidak melakukannya?

Rakan kongsi KPMG sudah tentu tidak mahu mengambil risiko dipenjarakan. Jikapun KPMG kononnya dipecat, firma audit seterusnya iaitu Deloitte sudah tentu tidak mahu mengesahkan atau melindungi sebarang salahlaku jenayah yang boleh melanggar Akta Syarikat.

Ini adalah sebuah pasukan yang besar, melibatkan rakan kongsi, junior, senior, penyelia dan pengurus melakukan audit dan jika salah seorang daripada mereka membocorkan maklumat kalaupun ada berlaku salahlaku jenayah, sudah tentu siasatan akan dilancarkan terhadap dokumen audit. Tetapi sebagaimana saya nyatakan sebelum ini, kita tidak melihat KPMG atau Deloitte memusnahkan dokumen sebagaimana dilakukan Arthur Andersen ketika penipuan Enron berlaku.



Apa yang kita tahu ialah, 1MDB sudahpun membayar Aabar daripada perolehan penebusan pertama berjumlah USD1.22 bilion – sila rujuk kepada nota pernyataan melalui Penyata Kewangan 1MDB 2014. Sama ada sebahagian daripada daripada pinjaman USD975 juta digunakan untuk membayar bagi pilihan pemberhentian (dengan andaian terdapat lebih daripada satu pembayaran), adalah soal kedua dan ia adalah tidak relevan.

Soalan yang anda perlu tanya ialah sudahkah IPIC menuntut atau menyaman 1MDB atas sebarang wang yang dihutang? Jawapannya adalah tidak. Kenapa tidak? Secara jelas, jawapannya ialah kerana 1MDB sudah membayar mereka Itu logik. Tetapi jika logik tidak cukup untuk anda, lihat sendiri Penyata Kewangan IPIC untuk sebarang maklumat bertentangan.
Izinkan saya menjelaskan mengapa dakwaan anda 1MDB tidak membayar IPIC Aabar adalah tuduhan liar, tidak berasas serta tidak masuk akal.

Mari kita lihat bukti dan gunakan logik serta akal.

Untuk bukti, sila lihat kepada akaun interim IPIC bagi tempoh berakhir 30 Jun 2015. Dalam akaun itu, Note 22 Page 30, saya huraikan menggunakan terma mudah yang menyatakan:

i. IPIC menyerahkan opsyen
ii. IPIC membayar 1MDB USD1 bilion bagi menjelaskan pinjaman USD975 juta dan liabiliti lain
iii. IPIC mengambil alih pinjaman 1MDB berjumlah USD3.5 bilion, dan
iv. IPIC mengenepikan hutang lain 1MDB

Sekarang, kita gunakan logik dan akal. Jika 1MDB sudah membayar pihak lain dan bukannya IPIC/Aabar, mengapa pula IPIC akan melakukan perkara di atas?

Fikir sungguh-sungguh sebelum anda menjawab dengan jelas.



Pertama sekali, “Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri secara konsisten menipu rakyat Malaysia” adalah sesuatu yang bodoh dan kesimpulan terdesak oleh anda.

Kesilapan itu adalah pada peringkat pentadbiran dan langsung tidak menggambarkan ada wang hilang.

Aset BSI itu adalah aset sama nilai dengan tunai.

Pergi ambil kenyataan kewangan dan lihat satu perkara di bawah ‘Statement of Financial Position (Balance Sheet)’ dinamakan “Cash and cash equivalent”.

Ia adalah perkara kecil, tidak signifikan dan tidak penting pada aset dan ia bukanlah baharu.

Apa yang anda perlu tunjukkan ialah adakah aset BSI itu tiada nilai?

Saya tahu anda tidak mampu menghuraikannya tetapi silakan untuk tujuan hiburan kami.

Yang kedua, bagaimana anda membuat kesimpulan, “It also means that the MONEY INVESTED IN PETROSAUDI which was reinvested in Caymans Island, are still missing and unaccounted for” adalah sangat mengelirukan.

Jika ia benar, mana datangnya wang untuk membayar opsyen pemberhentian IPIC/Aabar, modal keraja dan pembayaran faedah?

Pastikan anda menjawab persoalan itu.

Bagaimanapun, jika anda mahu mendakwa wang itu datangnya daripada pinjaman Deutsche USD975 juta, jelaskan pula bagaimana mereka memberikan pinjaman bersandarkan kepada wang/ aset yang ‘masih hilang dan tidak dihitung’ sebagai cagaran.



Saya pun hairan mengapa dan bagaimana ia boleh membuktikan sebarang tuduhan. Jika anda mengambil berbulan untuk mengetahui, maka saya pun menganggap anda tidak tahu. Dan jika anda tidak tahu, anda hanya menembak dalam gelap bagi mengalih perhatian.

Kesimpulannya, beritahu saya dalam beberapa bulan ya.



Tunjukkan saya bukti daripada Najib sebagaimana didakwa, yang memetik beliau sebagai berkata “wang itu tiada dalam akaun.” Apa yang saya ingat apa yang dinyatakan beliau adalah, wang itu bukan digunakan untuk peribadi. Kesimpulannya, anda pemalas untuk membuat penyelidikan.



Ya, melainkan anda boleh nyatakan kepercayaan anda dan sokong ia dengan bukti serta fakta dan bukan dengan membuat persoalan membuta-tuli.


Anda terlupa untuk menyebut di mana menteri Arab Saudi juga menyebut Peguam Negara adalah tepat untuk tidak menyabitkan Perdana Menteri dengan sebarang salahlaku.

Tetapi benarkan saya memahami in
i, anda sendiri mengaku “ia mencadangkan.”

Ya, anda betul. Beliau mencadangkan kerana tidak ada akses kepada keseluruhan maklumat derma itu. Maka, bagaimana itu membuktikan ia bukan satu derma? Jika ‘ia mencadangkan’ ia adalah untuk pelaburan sekalipun, ia mungkin kerana Amerika Syarikat juga sedang memerhati.




Pertemuan Datuk Seri Najib dan Raja Salman di Riyadh, baru-baru ini. Tiada laporan menghentam Perdana Menteri mengenai derma RM2.6 bilion sepanjang pertemuan itu. Malah, Datuk Seri Najib turut diberi sambutan negara di Arab Saudi.

Sebab lain ialah, membantu sebuah kerajaan Islam untuk memenangi pilihanraya adalah satu pelaburan tetapi bukanlah pada sudut kuantitif tetapi secara kualitatif pada sudut kepentingan ummah.

Seperti saya katakan, ia dilaporkan yang menteri Arab Saudi menyatakan adalah tepat Peguam Negara tidak menyabitkan Najib dengan sebarang salahlaku dan anda juga turut mengambil kira ‘cadangan’ dalam persoalan anda.

Nanti dahulu, anda bersetuju wang itu sememangnya datang daripada penderma Arab dan bukannya 1MDB, meskipun “ia adalah satu pelaburan?”

Maka, anda sendiri bercanggah dengan kenyataan anda sendiri.



Saya tidak tahu mengapa anda perlu menggunakan huruf besar mengandaikan anda sudah berjaya. Kita tidak mempunyai maklumat syarat derma itu. Jika ia digunakan untuk pilihanraya dan tidak semua wang itu digunakan sebaik pilihanraya selesai dan dimenangi, tentu sekali wang lebihan perlu dipulangkan dan anda sepatutnya bangga dengan Perdana Menteri di atas kejujurannya.

Jika ia bukan derma, apa dia?

Jika anda menyatakan wang itu bukan daripada penderma Arab, kenapa anda sebut menteri Arab Saudi ”mencadangkan” wang itu untuk ‘pelaburan’, bermakna ia bukan daripada 1MDB?

Seperti saya katakan sebelum ini, anda sering bercanggah dengan kenyataan anda sendiri.




2 comments :

Anonymous said...

Najib pun kecut telor jugak...lari drp Nothing to hide.

Unknown said...

Ptuihhhh...

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.