Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 10, 2017

Zairil Nafi Video Menari Berpelukan, Kini Muncul Pula Video Kedua




BELUM reda dengan penyebaran video pertama yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, muncul pula video kedua yang memaparkan aksi menari dengan ghairah wakil rakyat itu dengan seorang wanita.

Video berdurasi 11 saat itu KLIK di SINI jelas memaparkan wajah lelaki itu yang kelihatan seiras dengan Zairil.

Wajah wanita itu pula mirip dengan seorang bekas calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka kelihatan intim berpelukan dan menari sambil menghayati lagu di dalam sebuah kelab malam.


Sebelum ini, Zairil menafikan individu di dalam video berkenaan adalah dirinya dan menganggap ianya adalah karut.



Untuk rekod, Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sebelum ini telah membuat laporan polis untuk membantu Zairil Khir Johari mencari siapakah dalang yang membocorkan semua gambar intim beliau dan Dyana Sofea. Setakat hari ini, masih tiada maklum balas daripada pihak polis mengenai laporan BN berkenaan dan yang lebih buruk Zairil Khir Johari sendiri masih tidak membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, kisah mengenai dirinya tidak pernah berhenti dan setiap hari pasti ada sahaja ‘gosip’ mengenai dirinya.

‘Gosip’ mengenai Zairil ini bukan pertama kali dilaporkan kerana pada Oktober 2014, Ahli Parlimen itu pernah dikaitkan dengan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud selepas gambar bercium dan berpeluk mereka tersebar di media sosial.





Gaji RM12,000 pun mohon BR1M


Image result for BRIM


Kira-kira 600,000 permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini ditolak kerana gaji mereka melebihi RM4,000.
Malah Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara permohonan yang ditolak juga adalah belasan ribu permohonan yang terdiri daripada individu berpendapatan antara RM8,000 hingga RM12,000 yang turut memohon BR1M.
"Kita terpaksa tolak 600,000 permohonan sebab gaji mereka melebihi RM4,000. Orang gaji RM12,000 pun ada yang memohon.

"Gaji lebih RM5,000 ada 260,000 orang yang memohon. Gaji dari RM6,000 ke RM8,000 ada dalam 40,000 ke 50,000 orang yang memohon. Dan berbelas-belas ribu orang daripada gaji RM8,000 hingga 12,000 yang memohon.

"Jadi sebab itu kita perlukan pengesahan kerana kita tak mahu kerajaan salurkan RM700 juta (wang BR1M) pada orang yang tak sepatutnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di parlimen hari ini.
Selain itu, anggota parlimen Titiwangsa itu berkata, pihaknya juga telah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyalurkan BR1M kepada 705,562 pemohon yang telah mendapat wang bantuan pada tahun lalu.
"Saya dah suruh LHDN masukkan wang peringkat pertama kepada 705,562 pemohon sebab mereka dapat (BR1M) tahun lepas.
"Yang mana permohonan baru dia kena memenuhi syarat-syarat. Tak boleh bagi dokumen yang tak lengkap.

“Tak ada kena mengena dengan SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia) sebab kita ada proses untuk periksa.
"Jadi tak perlu ada pihak yang padam nama di SSM kerana kalau ada nama di SSM pun, kalau pendapatan bawah RM4,000 kita tetap bagi," katanya lagi.
Sebelum ini terdapat isu individu yang mendapat BR1M pada tahun lalu tidak mendapat bantuan berkenaan pada tahun ini kerana mempunyai syarikat berdaftar dengan SSM. 

ProTun Kata Ekonomi Malaysia Jatuh Tetapi Semua Bank Untung – Tak Perlu ‘Bailout’


Jika ada krisis ekonomi atau ekonomi kita dalam krisis, bank-bank akan menjadi pihak pertama yang menanggung kerugian kerana mereka perlu mengurangkan pinjaman mereka.

Tetapi bank-bank di Malaysia terus mencatat keuntungan yang baik atau semakin meningkat.




Kepada mereka yang masih ingat krisis 1998 di bawah Mahathir akan ingat bahawa bank-bank di Malaysia telah hampir runtuh dan perlukan Danaharta dan Danamodal untuk menyelamatkannya.

Tiada apa-apa masalah pada ekonomi negara sebenarna, cuma pembangkang mereka-reka pelbagai mesej WhatsApp palsu untuk menakutkan anda dan menjejaskan keyakinan rakyat Malaysia.

Nota: Nanti lah nanti ProTun dan PakaTun membangkitkan VSS pekerja bank yang memang berlaku diseluruh dunia kerana perkembangan teknologi di dalam sistem perbankan.


Wednesday, March 8, 2017

Forest City vs Langkawi, Siapa Yang Kena Jual?

Sebelum Tun nak tunjuk ibu jari ke bawah , cuba Tun ingat kembali nostalgia di Langkawi, itu pun jika Tun tak mudah lupa lah.

Ramai nak tahu berapa banyak duit Tun curahkan di Langkawi ? Kepada siapa tanah di Langkawi diserahkan ? Kepada Melayu bumiputrakah atau kepada rakan dangangan Tun ? Hebat sangatkah Langkawi hari ini?

Untuk pengetahuan Tun, Forest City dibina menggunakan wang dari pelabur untuk buat PULAU bagi menambah keluasan Johor.  Apa masalahnya jika Free Hold sekalipun ?

Yang penting berapa banyak yang kerajaan akan dapat hasil dari CUKAI TANAH dan CUKAI HARTA.  Jika kerajaan Johor lepaskan peluang ini, Singapura yang akan ambil.... nak ke kita ketinggalan jauh lagi dari Singapura ?
Lagipun keluasan Forest City hanyalah 0.1% dari keluasan sebenar negeri Johor, dan ianya hanyalah sebuah pulau baharu yang wujud dari proses penambakan.

TIDAK ADA SEINCI PUN TANAH ORANG MELAYU JOHOR YANG TERGADAI.

Johor perlu rebut peluang ini, jika tidak Singapura yang akan sapu buat projek Forest City ini. Ratusan billion ringgit akan mengalir masuk ke Singapura termasuklah wang rakyat Malaysia yang beli hartanah disana. Berpuluh ribu peluang perkerjaan akan diwujudkan oleh Singapura. Ratusan juta cukai akan dikutip oleh mereka setiap tahun hasil dari projek ini selama-lamanya. Apa yang kita akan dapat ? Melopong laa tengok orang lain kaya.

Sebab itulah kita kena rebut peluang ini. Semasa pembinaan wang akan masuk ke Malaysia dan mewujudkan ratusan bilion ringgit aktiviti untuk para pembekal dan berpuluh ribu peluang pekerjaan. Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan mendapat hasil ratusan juta ringgit dari cukai-cukai dan caj yang telah dikenakan.

Singapura dapat apa ? Kosong -kosong.

Jadi sebelum nak maki dan mencaci kerajaan kononya jual negara kepada negara China pikiaq dulu, kot-kot anak cucu hangpa dapat kerja kat sana dengan gaji puluhan ribu setahun.

Baca seterusnya> http://bit.ly/2n2eQWB

Saturday, March 4, 2017

Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang - Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC)




KompleksBersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex- PIPC) mengandungi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dan kemudahan sampingan yang lain seperti Terminal Regasifikasi LNG Pengerang, Unit Pemisahan Udara, Projek Pembekalan Bekalan Air Mentah (Pamer) Tangki Produk dan Minyak Mentah serta kemudahan perkongsian dan pemusatan utiliti.

Manakala di dalam projek RAPID ini membabitkan pembinaan kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin (melalui proses yang dikenali sebagai “cracking”) setahun dan sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia 



Projek ini juga mengandungi projek pembinaan terminal laut dalam, terminal regasifikasi (penukaran cecair kepada gas), terminal LNG, projek unit pengasing udara, projek pembekalan air mentah dan lain-lain.


Saudi Aramco tidak membeli Petronas, PIPC atau keseluruhan RAPID seperti mana yang dituduh pembangkang dan macai-macai yang sealiran dengannya.

Apa yang Saudi Aramco beli RM31 bilion ialah 50% dalam projek-projek penapisan dan minyak mentah di RAPID sahaja - yang hanya sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex - PIPC). Pelaburan Aramco ini hanya akan selesai dan boleh berjalan pada tahun 2019.

boxes

Di bawah kerjasama strategik itu, Saudi Aramco akan membekalkan sehingga 70% daripada keperluan bahan mentah iaitu minyak mentah untuk penapisan di RAPID, manakala gas asli, tenaga dan utiliti-utiliti lain akan disediakan oleh Petronas.

Pelaburan begini bukan baru kepada Saudi Aramco kerana mereka telah melakukan pelaburan yang sama di kilang-kilang penapisan di seluruh dunia supaya mereka boleh membekalkan minyak mentah mereka ke kilang penapisan minyak.

Petronas juga akan mendapat banyak manfaat kerana akan memberi jaminan bekalan minyak mentah untuk Malaysia kerana kita bukan pengeluar minyak mentah terbesar dunia.

Projek PIPC memberi banyak kelebihan jika  dibandingkan dengan  negara jiran terdekat kita iaitu Singapura kerana kita mempunyai keluasan tanah yang besar dan kapasiti penapisan yang lebih banyak.

Singapura adalah pusat pemprosesan dan hab perdagangan minyak yang terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia semenjak berdekad yang lalu setelah mereka memanafaatkan bekas Pengkalan Tentera Laut British yang ditinggalkan dahulu. Sedangkan Singapura tidak mempunyai setitis minyak sendiri pun, menariknya minyak dan gas tersebut adalah sebahagianya datang dari Malaysia. 

Perdana Menteri DS Najib telah nampak perkara ini yang bakal memberi kekayaan dan keuntungan kepada Malaysia selain memproses minyak mentah dari negara luar, kita juga mampu memproses minyak mentah kita sendiri yang dikeluarkan oleh Petronas.

Ia bukan seperti membina KLCC, KL Tower serta projek-projek mega lain seperti jambatan bengkok atau Sepang circuit yang memberi kekayaan kepada kroni-kroni, sebaliknya mengambil alih mahkota minyak Singapura yang sepatutnya menjadi keutamaan nombor satu Malaysia.

Dengan adanya Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (PIPC) yang mengandungi RAPID serta kemudahan-kemudahan sampingan lain, maka kekayaan yang selama ini dilambak di Singapura akan kembali menjadi milik kita dan menawarkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Malaysia bakal menjadi pengeksport bersih produk minyak bertapis dan bukannya pengimport bersih yang telah memberi keuntungan kepada orang lain hasil dari perbelanjaan negara kita. Cukup, cukup sudahlah selama berpuluh tahun kepimpinan negara membenarkan Singapura mengaut keuntungan berbilion setahun hasil dari minyak negara kita.




Kes Rasuah Anak EXCO Johor, Menteri Besar Mula Bersuara

KENYATAAN AKHBAR MENTERI BESAR JOHOR

(Berhubung Isu Penukaran Status Rumah Bumiputera dan Siasatan SPRM)

Kerajaan Negeri Johor amat mengutamakan tadbir urus dan tatakelola pentadbiran Kerajaan yang telus, bersih dan beramanah.

Justeru Kerajaan Negeri memandang serius siasatan dan penangkapan terhadap beberapa individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan penyelewengan dalam urusan hartanah dan perumahan di Negeri Johor.

Setelah meneliti dan mengambil kira perkembangan mutakhir, Kerajaan Negeri Johor ingin membuat beberapa penjelasan dan penegasan.

Pertama: Kerajaan Negeri Johor akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Kerajaan Negeri Johor berpendirian bahawa SPRM harus diberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjalankan siasatan.

Adalah menjadi komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan tidak ada campur tangan dari mana-mana pihak. Ini bagi memastikan ketelusan dan kelancaran dalam siasatan yang dijalankan.

Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri juga akan dipastikan memberi kerjasama terbaik agar siasatan yang adil dapat dilakukan.

Kerajaan Negeri turut ingin memaklumkan bahawa Datuk Haji Abd Latif bin Haji Bandi, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal perumahan dan kerajan tempatan telah memohon untuk bercuti dari perkhidmatannya dalam Kerajaan sehingga siasatan ini selesai.

Tindakan ini amat bersesuaian agar proses siasatan dapat berjalan dengan lancar dan bebas demi mengangkat integriti dan ketelusan yang senantiasa menjadi pegangan kukuh Kerajaan Negeri.

Kedua: Pelepasan Status Bumiputera adalah dasar yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri berasa bertanggungjawab untuk ambil kesempatan bagi menjelaskan kekeliruan tentang isu yang melibatkan penukaran atau pelepasan status rumah-rumah Bumiputera kepada status awam atau bukan Bumiputera.

Dasar yang membenarkan pelepasan ini tidak sama sekali melibatkan rumah kos rendah dan mampu milik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Secara asasnya, penukaran dan pelepasan status atau kouta Bumiputera untuk rumah-rumah mewah dan bukan dalam kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) atau Rumah Kos Rendah adalah dibenarkan dan menjadi amalan Kerajaan Negeri dari dahulu lagi.

Ia terpakai kepada rumah-rumah mewah dan harganya di luar kategori RMMJ yang telah melepasi tempoh dan syarat tertentu, bagi mengelakkan lambakan rumah sedemikian yang tidak terjual kepada pembeli Bumiputera.

Permohonan ini lazimnya dibuat oleh pemaju perumahan untuk mengelakkan kerugian yang besar dan menjadi beban kepada komitmen pembiayaan projek pembangunan mereka.

Sejak akhir tahun 2013, penambahbaikan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan menetapkan bahawa salah satu syarat yang mesti dipenuhi oleh pemaju dalam membuat permohonan pelepasan status Bumiputera tersebut ialah dengan pemaju memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri. Jumlah yang ditetapkan ialah sebanyak 7.5%, iaitu bersamaan dengan 50% daripada 15% diskaun Bumiputera.

Selain itu, terdapat juga permohonan untuk membayar atau membuat sumbangan pada jumlah yang lebih rendah daripada peratusan yang ditetapkan ini terutamanya bagi projek-projek lama sebelum tahun 2013.

Kesemua keputusan berhubung kelulusan bagi setiap permohonan sebegini diputuskan oleh Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh EXCO Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sumbangan atau kutipan yang diperolehi hasil bayaran penukaran dan pelepasan status Bumiputera ini kemudiaannya dimasukkan ke dalam Tabung Perumahan Bumiputera. Sumbangan yang diperolehi sejak 2013 adalah sebanyak kira-kira RM600 juta.

Dana ini seterusnya digunakan oleh Kerajaan Negeri melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) seperti PIJ Holding dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebagai sumber dana dan perbelanjaan untuk, antara lain:

(a) Mengenalpasti dan membeli tanah-tanah yang bersesuaian untuk dibina rumah mampu milik di seluruh Johor;

(b) membina lebih banyak rumah kos rendah dan rumah mampu milik untuk rakyat Johor seperti yang ditawarkan  dalam skim Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ);

(c) membina gerai-gerai atau pusat berniaga mampu milik untuk golongan Bumiputera;

(d) membolehkan Kerajaan Negeri membeli tanah-tanah milik Bumiputera yang strategik dan bersesuaian supaya ia kekal dimiliki Bumiputera;

(e) menjadi sebahagian daripada sumbangan dana pusingan di bawah skim pembiayaan perumahan rumah mampu milik Johor di bawah AmBank Islamic.

Maka, adalah ditegaskan, dana yang dikumpul hasil dari dasar ini, telah menjadi sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri untuk menjayakan lebih banyak lagi projek perumahan golongan Bumiputera.

Penjelasan ini sekaligus menjawab tuduhan tidak berasas wakil DAP bahawa kes yang dalam siasatan SPRM ini melibatkan rumah-rumah mampu milik Bumiputera dan kerana itu, terdapat kekurangan yang serius dalam jumlah rumah mampu milik yang boleh dibeli oleh Bumiputera.

Ketiga: Kerajaan Negeri akan memperkemas prosedur dan tadbir urus

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah dan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan pemantapan prosedur dan tadbir urus Kerajaan Negeri diperkemaskan.

Kerajaan Negeri akan membuat pengumuman selanjutnya dalam sedikit masa lagi tentang langkah-langkah penambahbaikan tadbir urus dan tatakelola pentadbiran Kerajaan Negeri bagi mengelakkan segala bentuk ketirisan dan penyalahgunaan.

Pihak Kerajaan Negeri berharap yang siasatan ini akan berjalan dengan lancar dan dapat dilengkapkan dengan sebaiknya. Adalah menjadi harapan kerajaan Negeri agar ia membuahkan keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak.

YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Besar Johor
2 Mac 2017

Thursday, March 2, 2017

Yang Tinggal Hanyalah Kekosongan Di Antara Sepasang Telinga







Beruk cimpanzi mempunyai nilai IQ bersamaan 40.  Manusia yang normal mempunyai IQ di antara 90 hingga 109.  Sekiranya anda mempunyai IQ yang kurang dari 80, maka IQ anda hanya sedikit lebih baik dari IQ seekor cimpanzi. Oleh sebab itu cimpanzi mudah diajar menggunakan “flash cards” ataupun “kotak.”  

Mari kita tonton video ini:



Seronok, kan?

Baiklah.  Pada hari ini saya ingin menceritakan bagaimana Malaysia dikatakan telah menjual PETRONAS ataupun Projek RAPID di Pengerang kepada Arab Saudi sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa tokoh Pakatan termasuk dengan para penyokong mereka.

Contoh pertama:


Cuba teka. Berapakah nilai IQ makhluk ini?
Cuba teka. Berapakah nilai IQ makhluk ini?

Adakah Malaysia telah menjual sebanyak 50 peratus saham Projek RAPID seperti yang didakwa oleh makhluk di atas?

Kita katakan kotak di bawah mewakili keseluruhan Projek RAPID:

square

Projek RAPID ini membabitkan pembinaan kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin (melalui proses yang dikenali sebagai “cracking”) setahun dan sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia berkaitan.


Projek ini juga mengandungi projek pembinaan terminal laut dalam, terminal regasifikasi (penukaran cecair kepada gas), terminal LNG, projek unit pengasing udara, projek pembekalan air mentah dan lain-lain.

Supaya cimpanzi-cimpanzi faham dengan lebih mudah, kita bahagikan kotak di atas kepada empat seperti di bawah:


boxes


Sekarang kotak di atas dibahagikan kepada A, B, C dan D yang mewakili kesemua projek-projek yang saya sebutkan di atas, yang dijalankan atau bakal dijalankan di Projek RAPID.

Untuk memudahkan cimpanzi-cimpanzi memahami perwakilan petak-petak kecil di atas, kita katakan bahawa projek penapisan minyak mentah dan “cracking” adalah diwakili oleh Petak ‘C’.  Secara kebetulan, huruf ‘C’ juga ialah huruf awalan untuk Cimpanzi.

Saudi Aramco telah membeli sebanyak 50 peratus dari saham Petak ‘C’ dengan nilai RM31 billion.  Maka, Petak ‘C’ kini menunjukkan pegangan saham sebanyak 50 peratus milik Saudi Aramco dan 50 peratus lagi milik PETRONAS.


boxes

Soalan saya sekarang ialah, bagaimana makhluk di atas, yang mewakili makhluk-makhluk yang sewaktu dengannya, boleh mencanangkan penipuan bodoh bahawa Projek RAPID kini 50 peratus milik Saudi?

Kebodohan ini juga terbit semasa makhluk-makhluk tersebut mencanangkan bahawa satu aset strategik tentera telah dijual kepada China. Bila terbukti bahawa dakwaan mereka itu satu penipuan yang nyata, mereka marah, tetapi tidak boleh memberi hujah berfakta untuk menidakkan kebodohan mereka itu.

Yang canang bodoh, yang sokong pencanang pun sama bodoh.

Saya kira anda faham dengan penjelasan mudah yang telah diberikan di atas.  Saya yakin anda mempunyai nilai IQ sebanyak 90 ataupun lebih.

Cimpanzi pun mungkin akan faham sebab saya menggunakan contoh kotak, iaitu satu cara paling berkesan untuk mengajar cimpanzi.


Sekiranya tidak, samalah anda dengan makhluk di atas, dan di bawah. 

Apa yang tinggal brader?

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.