Satu perkara yang harus dicernakan bagi memahami
pembangkang Malaysia ialah apa saja yang dilihat salah bagi Barisan Nasional
akan menjadi tidak apa sekiranya dilakukan oleh pemimpin mereka. Antaranya,
tidak apa bagi Nik Aziz untuk berkuasa sehingga mati, tetapi adalah menjadi
satu kesalahan besar untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama,
atau untuk Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk terus menerajui Sarawak iaitu
melangkaui 30 tahun.
Kini, Tun Mahathir telah pun bersara dengan
meninggalkan Malaysia di puncak, dihormati dan dikagumi di seluruh dunia. Taib
Mahmud pula belum bersara tetapi telah membuktikan komitmen yang berterusan,
cekap dan berkebolehan membangunkan Sarawak di samping memastikan keamanan dan
kesejahteraan rakyatnya.
Tetapi, Nik Aziz pula langsung tidak ingin bersara
walaupun langsung tidak menjalankan tugas, melainkan berpolitik, berceramah,
bertazkirah mengutuk dan menghukum orang sahaja kerjanya selama lebih 20 tahun
sudah.
Pun begitu, pembangkang tidak pula mempersoalkan Nik
Aziz, tentang kenapa lebih 10,000 ekar tanah diberi kepada DAP, tentang kenapa
Kelantan terus mundur, apa jadi dengan hasil pembalakan, atau kenapa masalah
air tidak dapat diselesaikan atau kenapa masalah moral semakin parah?
Sebaliknya, mereka mencari-cari jalan untuk memburukkan Tan Sri Taib Mahmud
walaupun rakyat Sarawak hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera.
Jelas, masalah pembangkang bukanlah berkenaan nasib
atau kehidupan rakyat, tetapi berkenaan kuasa yang ada pada Taib Mahmud yang
ingin direbut mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Taib Mahmud
merupakan benteng Barisan Nasional yang cukup ampuh menahan berbagai bentuk
serangan selama bertahun-tahun.
Memandangkan Pilihanraya semakin hampir, maka tidak
hairanlah apabila tembakan untuk merobohkan benteng tersebut kembali
kedengaran. Kali ini, bukan dari luar, tetapi dari dalam, iaitu dari sepupu
Taib Mahmud sendiri, Norlia Rahman, dengan menyebarkan video yang memaparkan
perbincangan mengenai projek yang melibatkan pelaburan langsung asing di mana
kononnya terdapat unsur-unsur korupsi yang jelas di pihak Taib. Kononnya juga
video tersebut adalah diambil secara sulit, tanpa disedari oleh watak-watak di
dalamnya.
Apa yang pembikin video ini tidak tahu ialah, video
ini mudah ditangkis hanya dengan melihat kepada latarbelakang Norlia dan
memahami motifnya. Norlia adalah anak kepada Rahman Yakub, iaitu bapa saudara
kepada Taib Mahmud yang juga merupakan bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak.
Dendam keluarga Norlia terhadap Taib Mahmud bermula
sejurus selepas Taib Mahmud menggantikan bapanya sebagai Ketua Menteri pada
1981. Pada ketika itu, Rahman Yakub dicatatkan sebagai memiliki 70% dari lesen
pembalakan Lembahan Mewah melalui anak-anak perempuannya, manakala 30% lagi
dimiliki oleh Datuk Tajang Laing, ADUN Belaga. Taib Mahmud kemudiannya telah
membatalkan 30 dari lesen pembalakan yang berkaitan dengan Abdul Rahman dan
menuduh bapa saudaranya itu menganugerahkan 1.25 juta hektar konsesi balak
bernilai RM22.5 billion kepada diri sendiri, keluarga dan sanak-saudaranya.
Bermula dari situ, perbalahan keluarga ini menjadi
semakin besar di mana pada tahun 1985, Taib sekali lagi menyinggung Rahman
dengan menyingkirkan beliau dari jawatan Yang diPertua Negeri.
Rahman berpeluang melancarkan serang balas pada 1987
yang dikenali sebagai ‘Ming Court Affairs 1987’ dengan mengumpulkan tandatangan
ADUN dan mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti Kebangsaan
Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur bagi
mendesak usul hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib. Bagaimanapun, Taib
dapat menghidu konspirasi ini lebih awal dan mengadakan pilihanraya tergempar
lalu menang tipis iaitu 28 daripada 48 kerusi dan kemudiannya bertambah 8
kerusi lagi dari ADUN yang berpaling tadah.
Jika Taib Mahmud tidak yakin bahawa tindakannya yang
telah menyinggung bapa saudara sendiri sebagai tepat, tidak mungkin beliau
berani menyelesaikan perkara ini melalui pilihanraya.
Nampaknya, sepupu Taib Mahmud, Norlia tidak mempunyai
keberanian yang sama untuk bersemuka dan ‘beradu tenaga’ dengan sepupunya
mengikut jalan yang benar. Tetapi, beliau telah memilih untuk berlakon
memburukkan Taib kepada orang ramai.
Sedangkan jika benar beliau bercakap benar, apa
perlunya lakonan itu?
Seolah-olah melengkapi dendam Norlia terhadap Taib,
Norliz juga merupakan isteri kepada Datuk Justin Jinggut, bekas Timbalan
Presiden SNAP yang sedang giat mempromosi diri untuk mendaki tangga tertinggi
dalam PKR Sarawak. Datuk Justin juga diketahui mempunyai hubungan yang akrab
dengan Anwar Ibrahim.
Nah, bukankah telah dikatakan bahawa video tersebut
mudah ditangkis?
Walaubagaimanapun, sekiranya kita seorang yang
rasional, kita tidak perlu pun pergi sejauh itu untuk menilai ketulenan video
tersebut. Ini kerana lakonan dan situasi di dalam rakaman video tersebut
kelihatan amat tidak masuk akal. Mana mungkin perbincangan berkenaan urusniaga
yang begitu besar dan kontroversi dilakukan di antara orang asing dalam keadaan
mesra dan santai di bilik hotel kecil. Perhatikan juga bagaimana skrip para
pelakon yang tampak begitu sengaja menyebut secara terperinci hubungan orang
itu dengan orang ini termasuk masalah dalaman keluarga Taib.
Pendek kata, gerak badan, skrip, tempat, watak dan
segala-galanya mengenai video tersebut adalah terlalu amat jelas merupakan satu
penipuan terancang dan bukannya dirakam tanpa sedar.
Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, apa kata
untuk sekali sahaja, carilah isu yang benar-benar asli untuk berhadapan dengan
BN. Cukup-cukuplah lakonan yang tidak masuk akal kerana ia sudah mula membuat
kita merasa mual.
Untuk kesekian kalinya, berhadapanlah dengan BN secara
anak jantan, bukan secara homoseksual, biseksual atau pondan!
No comments :
Post a Comment