Semasa
pengumumaan Manifesto BN semalam, ada sekumpulan manusia ini yang begitu fokus
menelitinya. Meneliti untuk apa. Untuk mencari salah itu sudah pasti dan yang
lebih ditunggu adalah untuk dakwa manifesto BN ini tiru orang lain
Maka tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.
Seperti yang
dijangka sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek
kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap
apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang. Membawa tema “Menepati Janji, Membawa
Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut:
- Menangani Kos Sara Hidup
- Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
- Menyediakan Rumah Mampu Milik
- Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
- Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
- Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
- Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
- Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
- Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
- Memperkasa Penyertaan Wanita
- Memenuhi Aspirasi Belia
- Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
- Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
- Memerangi Gejala Rasuah
- Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
- Gerakan Kesederhanaan Global
- Memulihara Sumber Semula Jadi
Pemerincian
janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (layari www.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN
meniru manifesto mereka. Memang terdapat
topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam
Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan
kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal
yang diperkatakan oleh orang ramai.
Antara
tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin
Pas dalam harakahdaily:
Dakwaan 1
Harga kereta
Manifesto Rakyat
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat- peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasionalFakta:
Kerajaan
telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang
antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan
perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau
menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: (Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)
Ini bermakna
kerajaan sejak 2009 telah merancang
pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar
Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka
jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.
Dakwaan 2
Dasar Perumahan
Manifesto Rakyat
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
FAKTA:
Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.
Malahan
Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab
untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup
berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama.
Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami
dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00.
Apa yang
terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan
sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?
Jadi siapa
tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?
Dakwaan 3
Keretapi laju
Manifesto Rakyat
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar
Pada 1995,
Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5
telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari
Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke
Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan
China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.
Cadangan rel
keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini?
Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.
Dakwaan 4
Lebuhraya Sabah dan Sarawak
Manifesto Rakyat
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat
Manifesto BN
Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
FAKTA:
Lebuh Raya
Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan.
Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagiannya. Pada Februari
2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan
Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik- taraf Lebuhraya Pan Borneo
yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia
Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja Naik Taraf Lebuhraha Pan Borneo Diaktif Semula)
Dakwaan 5
Royalti Petroleum
Manifesto rakyat
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%
Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
Fakta
Tidak ada
janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat. (Lihat berita harakahdaily:
PR akui
kesilapan royalti minyak tertinggal).
Namun jika
Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak
menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa
sungguhpun bayaran royalti hanya 5%
kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima
setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil
keuntungan minyak negeri tersebut.
Ini bermakna
apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang
dibuat sebelum ini secara aku janji.
Dakwaan 6
Permit Teksi
Manifesto Rakyat
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu
Tiada
sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah
permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.
Malahan
dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk
memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki
sistem penyewaan teksi.
Hasilnya
pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu.
Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora.
Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan
dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan
tahun ini?
Sekarang
siapa tiru siapa?
Dakwaan 7
“Pengkalan” data
Manifesto rakyat
Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.
Manifesto BN
Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
Pertamanya,
manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya
Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data
nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.
Sebenarnya
apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih,
dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/index.php)
Jadi siapa
tiru siapa lagi?
Dakwaan 8
Tanah wakaf
Manifesto rakyat
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat
Manifesto BN
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Kerajaan
telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober
tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh
agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan
yang dirancang dengan aku janji manifesto.
Bukankah ini
bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan
melancarakan lebih awal?
Dakwaan 9
Pakej penggajian baru
Manifesto rakyat
Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan
Manifesto BN
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji
Fakta
Barisan
Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan
skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah
Barisan Nasional.
Kesimpulan
Hanya kerana
Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh
menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Sebenarnya, Manifesto Pakatan
lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian
idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.
Namun yang
perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang
“menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan. Ramai orang tidak
percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak
janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak
ditunaikan.
No comments :
Post a Comment